Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 10 September 2014

B&B di Bedfordshire. It's a Yay or Nay?



Salam semua.. Ye hari ni aku merajinkan diri berbelog setelah merasakan belog ni hampir pupus.. Cerita dari Bedford..Alhamdulillah dah settled down urusan pindah, unpacking, kemas, etc.. Hampir sebulan di Bedford terasa seronok juga sebab banyak kedai halal (pakistan) seperti groceries, butcher, masjid, pharmacy, even tesco express pun within walking distance. Kadang2 tolak Fahim dengan stroller pergi kedai beli sayur untuk masak tengahari (maklumlah rumah di Bradford dulu jauh dari kedai, asyik weekend shopping je). 

Rumah sekarang pun ada playground, haa...itu yang Fahim paling suka. Asal balik dari kedai je nak singgah playground. Seronok dia pergi kedai mommy belanja susu strawberry. Pastu main kat playground. Belakang taman perumahan kitorang train station. Train ni boleh direct ke station St. Pancras. Station yang kalau nak ke Paris tu..dalam 40 mins Bedford-St.Pancras. Ada rezeki macam nak buat bed & breakfast. Sebab rumah ni pun ada 4 bilik. Nanti MIL balik Msia dah kosong bilik dia. Satu bilik kecik tu penuh brg baby je. Tapi taktaulah bila nak buat hehehe...niat je pasang dulu. Orang Msia kalau nak dtg London bolehlah menginap sebab tak jauh pun London-Bedford. Cheaper la rather than u stay in hotels kot..cewah b&b blom set up dah nak buat promosi. Kuikui...

Oh ye, other than London city, it's worth to pay a visit to Cath Kidston factory shop which is just 20 mins drive away. Harga dia lebih kurang sama kt Bicester Village tapi rasanya banyak lagi barang di factory shop dia. Tapiiii kalau nak ke Bicester Village pun tadehal.. 30-40 mins je drive dari rumah iols. Hehe!!! Then you can pusing2 la satu Oxford City..hehuu!! 

Ok aku teruja cerita pasal Bedford sebab belum ada tetamu lagi yang datang ke rumah aku ni sebenarnya. So kawan2 kat Bradford/Leeds, Staffordshire, Manchester, London dan mana2 lah kt UK mai la visit kami k. Yang di Malaysia kalau nak dtg hallo2 k. Kalau dah set up b&b i announce komdian..lulzz..


Redho jelah gambo posing ala segan tuan tanah dan aktiviti si nenek dengan cucu pagi2 sambil hirop udara segar. 




Till then..babaii...









Tuesday, 29 July 2014

Salam Aidilfitri 2014 Daripada Kami Perantau di UK.

Sapu lekaih...habuk banyak..tudia bersawang-sawang belog ai..haha!! Ampunkan daku wahai pengunjung tegar (eh ada ke?). I admit, ada satu masa terpikir macam nak tutup ini belog. Tapi macam sayang je, macam comel je..macam cantik je.. Mana tak sayang..belog ni banyak simpan kenangan dan khazanah memori dari 2009 lagi. So bila orang dah hint-hint sambil perli blog ni wujud ke lagi haruslah ai bagi alasan paling konkrit kan.. Apakah alasan itew? Jeng..jeng..jeng..saspen dulu bagi hati pembaca kurang sabar dulu. Meh kita beraya dulu..

-anak sapa la ni nak konker gambo sorang2..ish..ish..

-paling beria sebut 'Peace' itulah anak saya. Hehe..

-juadah di rumah Dr. Azman dan Kak Fauziah.

Hari raya pertama semalam kami dapat 2 undangan open house rumah Dell & Hairul dan Dr. Azman & kak Fauziah. Rumah pertama kami dijamu nasi hujan panas, ayam masak merah, sate, kuah kacang, roti jala, kari ayam, dan ada spesel desert. Tapai pulut my fav!!! Sayang sungguh hanya mampu memandang tapai itu. Why meh? Haa nanti ceq cerita...saspen2..

Rumah kedua kat dalam gambar atas ni lah juadah ya. Lodeh, sambal goreng jawa, nasi impit. Oi 2 round mak hencik tambah..ada pulut durian juga ye. Sedap2 juadah kedua2 rumah. Terima kasih kerana menjemput. Gendang gendut tali kecapi kami semua.

Okay...tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Pengumuman rasmi alasan yang sangat konkrit mengapa blog ini sepi. Sebabnya...


....Abang Fahim Zidane bakal dapat adik. Jadi mommy nye sedang melalui fasa kemual-mualan dan mabuk bukan kerana brandy. Sebab tu takleh makan tapai..panas katanya. Rezeki Ramadhan 2014 mengimbau kenangan rezeki ramadhan 2011 dulu. Alhamdulillah, minggu ni sudah genap 3 bulan. Insyallah Khamis ni nak dating sama si adik (12 weeks scan). Doakan adik dan mommy sihat2 aja ya. Tq.


And there is another news too (sila saspen lagi..).


Kami bakal merindui keluarga besar kami di Bradford ini...



Kerana apa? Kerana..tak lama lagi kami akan berpindah ke Bedfordshire. Zaid dapat keje baru di Luton. Another hijrah for us. Semoga baik2 aja kehidupan kami di sana. Walaupun tak sampai setahun di Bradford ni, tapi ukhuwah silaturrahim yang terjalin antara kami sangat kuat. Nanti datanglah visit kami di Bedford alang2 ke London tu ye.


Sekian sajelah coretan raya serta saspen yang tak seram dari saya. Dengan rendah hati saya mohon ampun dan maaf pada kaum keluarga di Malaysia, kawan2 dan jika sepanjang coretan di blog ini ada mengguris hati mana2 pembaca. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin daripada kami sekeluarga.





Wednesday, 7 May 2014

Makan Nasi Minyak Kenduri Kahwin di UK.

Sape kahwin? Haa...kelas tau kitorg kat sini dapat invitation ke majlis resepsi pasangan pengantin yang juga anak Ustaz Daud dan Hjh Hamidah di Leeds. Teruja sangat sebab first time ni attend kenduri kawin di perantauan.. Teruja sangat sampai tersilap hari..hahaha!!! Ingatkan hari Sabtu rupa-rupanya hari Ahad. Tapi takpelah biarlah cerita kelakar tu tersimpan dalam memori je..hewhewhew!!

Berbalik pada cerita kenduri ni, Ustaz Daud dan isterinya yang kami panggil aunty Midah/Kak Midah ni pernah aku cerita kat blog ni diorang kawan kepada pakcik dan makcik aku. Been introduced to them since we moved to Bradford last year. Ust Daud dan aunty Midah mmg dikenali kat Leeds memandangkan sudah menetap lama di sini. Jadi masa kami sampai tu, tak hairanlah ramai tetamu yang hadir. Students dekat Leeds Uni saje dah berapa orang..kami warga RUMPUN (Msian community di Bradford) turut dijemput. Bukan Malaysian je, mat saleh british dan lain2 nationalities pun hado..rata2 teruja datang sebab first time menghadiri majlis kawin di oversea (termasuklah yang tgh menaip ni)..

Sesampai je kat depan rumah dah ada khemah kecil ada diletakkan guest book dan tetamu leh rasa ais cendol kat situ..tapi kitorg tak sempat rasa. Lepas menyapa tuan rumah, kami ke backyard di mana terletaknya khemah makan beradap pengantin dan buffet untuk tetamu. Ada meja dan kerusi..Cuaca pun angin sepoi2 je..Aku gi beratur ambik makanan, Zaid pulak dukung Fahim gi cari tempat. Ada nasi minyak, nasi putih, lauk kambing (tak pasti dalca ke kari), ayam masak merah, nasi impit, lodeh, kuah kacang, puding jagung, rendang daging, wajik, kuih muih dan jugak kek pengantin yang sedap berkrim. Hihi.. 

-Aunty Midah (ibu pengantin lelaki)..kek pengantin tu sedap tau!

-sebahagian drp wanita2 RUMPUN Bradford..

Masa kat majlis tu aku dah nampak brother Nazali Noor (penulis buku ULU YAM DI LIVERPOOL). Tapi segan nak tegur la kan..tapi aku sempat salam dengan kak Ain isteri beliau. Aku cakap takde rezeki jugak nak berkenalan dengan beliau. Aku ngan zaid memang pemalu, hahaha!! Dari zaman terserempak diorang meniaga kat Manchester Game, shopping di Cheshire Oaks sampailah dah depan mata pun tade kekuatan nak tegur. Huhu!!

Lepas pulang dari majlis, aku contact sorang kakak ni (kak Shidah) sebab nak collect kotak untuk shipping ke Msia. Dia duduk berdekatan je. Sesampai je depan rumah Kak Shidah, kitorg nampak bro Nazali sefamily masuk rumah dia. Ehh..jeng..jeng..kami turut dijemput masuk minum2 kopi..Ya Allah macam tak percaya je dapat berkenalan dan minum2 petang sekali dengan bro Nazali dan Kak Ain. Kawan diorang Ustaz Ramli dan Kak Ros pun ada. Si Fahim pun dapatlah main dengan Awwab si bongsu abg Naz dan Kak Ain. Inilah yang dinamakan rezeki Allah. Dalam dok kecewa tak dapat berkenalan dengan Nazali Noor last2 rezeki lebih baik Allah bagi. Kami berborak dan gelak tak berhenti sebab abg Anuar dan abg Naz tu kelakar orangnya..Pukul 6 lebih kami pun minta diri dan jemput diorang singgah Bradford kalau turun Leeds lagi.

notakontot: dalam perjalanan pulang hati menyesal sebab tade gambar pun dengan diorang. Tulah sape suruh pemalu sangat!!!



P.s sumber dari coretan Nazali Noor di facebook, kenduri kahwin tu dimaklumkan oleh aunty Midah cuma menelan belanja £1500 sahaja (RM8500). Sungguh...kami terasa kemeriahannya. Mungkin inilah dikatakan keberkatan. Wallahualam..







Wednesday, 30 April 2014

WW29- Fahim's Friends Birthday Parties.



-Aisha's birthday party @ Bradford



Iman's birthday party @ Leeds

Kimie's birthday party @ Bradford




- Danish's birthday party @ Bradford










Sunday, 20 April 2014

Fahim Zidane 2nd Birthday Party & Doa Selamat

Salam everyone. Last weekend was Easter holiday in UK and most of us were having long weekends. Hubby is also not working on friday and monday and it's school easter break as well. Tesco, Asda, and most stores were closed....So ada masa nak update cerita birthday party Fahim.

Perancangan asal nak buat birthday Fahim pada 5/4/14 (bday dia 4/4/14) tapi kita postponed ke next Saturday 12/4/14. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Sayang sungguh dek kerana kebizian dan kekalutan di dapur, mak hencik tak dan nak snap table and whole party decoration. Pak hencik pun sibuk layan guests. Memang rasa nak nangis..harghh! Korang imagine jelah ek..

It supposed to be a Postman Pat theme, that was the reason I put my red tablecloth and red paper bags for kids goodies. To blend with the color we hang up red/blue/white balloons. For the back drop, I made the Happy Birthday & Fahim's name bunting. Thanks to our modern technology as everything can be downloaded easily. What left is to print, cut and hang it up. So ta-daah!!


                       *After-event-photos*

-the hand-made bunting


-Bday boy tengah belek pressies..


                                        *During-the-scene-photos*

-my very-comot-home made-Postman Pat-cake.

-the cake-cutting session.

-the 'Special Delivery' goodies..


                               *Behind- the-scene-photos*

-what's in the goodies..

-the birthday Trifle and Postman Pat cake


notakontot: During-the-scene photos were taken by Pn Aishah. Tqvm for sharing them. 

-ustaz Daud dari Leeds berbual dengan Dr. Azman.

Event started at 3pm. Dr. Azman led the yassin recitation, followed by reciting du'a by Ustaz Daud. Later, everyone join in the makan2 session. The menu I cooked were mainly for 'minum petang' menu, mee kari, mee sup (for kids), bihun goreng and bihun goreng tomyam. For starter, I served yorkshire pudding with crab mayo filling (it's not a desert pudding..will try to show the exact picture next time). Raspberry trifle for desert. Another desert I made was banana with chocolate dip. I put the chunky banana on skewers, dip it with melting chocolate and sprinkle with cake sprinkles. Kids love that! 

The novelty birthday cake that I made was a chocolate cake with buttercream filling. Coated with sugarpaste. Tapi sangat tak puas hati sebab tak pandai2 lagi..haha!! Dah lama tak baking tangan kejung.. 

Anyhow, i would like to say thank you to every guests who came and brought scrumptious food and lovely presents to our dearly birthday boy. The most importantly, your presence really brighten up the party. 


To our 'little sausage' (nickname daddy give to Fahim), may you grow to be anak syurga mommy dan daddy, strong and healthy insyaAllah. Amin..