Aku masih di London masa update entry Musim Bunga di London (update mendenya..gambau je ada :D). So aku nak wat liputan sikit masa di london. Bunyi cam wartawan je, taulah baru jumpa Heliza Hashim di London (ok aku mengaku..SANGAT TERUJA TERLIHAT BELIAU).
Aku pegi london hari ahad dengan train,kat train station stafford terjumpa Eta dan husben,Wan Haneef, dan Aiman.Maka kami berempat naik train bersama-sama. Sampai je kat London Euston,aku,zaid dan aiman terus ke University College London (UCL). Eta dan wan pergi tengok bola. Ada apa dengan London? Jeng..jeng..
UKEC-Graduan Career Fair
Inilah platform fresh graduates kat sini untuk cari keje sebelum balik ke Malaysia. Banyak jugak institusi dan company yang datang macam Shell, Schlumberger, Axiata,USM,UTEM,Bank Negara,Media Prima,Astro,Malaysia Airports dan banyak lagi. Hari ahad tu career fair, isnin dan selasa hari interview for the short-listed candidates. Aku pergi ni sebab nak cari scholarship atau sponsorship untuk sambung master. Memang ada nak offer scholarship macam NSTP dan USM,tapi syaratnya kena belajar kat Malaysia. Tak dapek laa kan..aku nak apply scholar sbb nak belajar kat sini. So,mission cari goodies eh, scholarship dan selesai, kami duduk2 dekat kerusi tu (refer gambar di atas). Tiba-tiba aku nampak wartawan TV3 di London,Heliza Hashim sedang interview student. Sah confirm masuk Buletin Utama. Err..korang ada perasan aku tak dalam berita malam isnin tu?Hehe..

~video untuk merakam cik heliza hashim nun jauh di di tengah-tengah,tapi minah amoi ni sibuklah..duh!
~one of UCL buildings,cantek kan?
Dah tengahari,perut pun dah lapar,Fifah was suggesting to makan at Makan cafe. Furthermore, kawan dia keje part-time situ. Kami pun naik underground tube ke Portobello Road. Ini tips ye pada sesiapa yang nak ke Makan cafe, paling senang turun di station Ladbroke Grove. Dari situ boleh cari bazaar portobello dan kedai makan tu betul2 bawah jambatan.

Sedap, murah dan excellent service..(pakcik tu mintak tolong promote hehe)
Dah makan, siap tapau 9 biji jemput-jemput pisang, kami mencari jalan pulang..menyusuri portobello road. Sempat pulak merembat sehelai muffler :p Pastu aku dan zaid terus check in di Easy Hotel kat South Kensington.


The next day, kami ke Camden Market. Zaid pun belum pernah sampai lagi kat Camden ni. Aku rasa Camden lagi happening dari Portobello, plus barangan jualan jua jauh lebih murah, boleh bargain dan... banyak sangat vintage and rare stuff korang boleh jumpa kat sini. Best!
~port makan yang cool,kerusinya berbentuk scooter,facing the canal..
Dah habis merayau kat Camden, kami ke Bayswater pulak. Lunch makan kebab Taza. Kebab Taza ni paling sedap kot. Senang cite kalau sampai london wajib makan ini kebab. :)
Dah kenyang haruslah exercise kan..maka jalan-jalan pulak ke Hyde Park. Itu yang tema Musim Bunga tu..

Nama je spring tapi masih sejuk kot..terus balik hotel. Malam tu, aku,zaid, aiman, shieela, eta dan wan haneef dinner kat Steak & Wine restaurant. Kat situ boleh request for halal steak.
Esok paginya, aku dan zaid check out hotel pukul 10 pagi. Kitorang dah siap2 beli sandwich Greggs, so breakfast kat hotel je. Masih ada 2 ke 3 jam sebelum balik stafford. So kitorang ke Chelsea stadium.
Owh..he's a Setan Merah's fan by the way.. LOL
Dah pukul 12 tengahari, kami ke C&R Malaysian Cuisine,tapi tak buka lagi. Ingat nak ke Sate House tapi takut terlambat, then terus makan nasi campur kat Malaysian Hall je. Punya lapar sampai tak ingat nak amik gambau. Siap la tapau kuih cucur badak, seri muka dan cucur bom sebelum naik train balik ke Stafford. ;)