Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Guest. Show all posts
Showing posts with label Guest. Show all posts

Monday, 4 November 2013

Hostess The Mostess?

Sabtu dua minggu sudah rumah kami dikunjungi tetamu pertama. Jeng..jeng..tokey nasi kerabu area Manchester datang singgah tengahari tu sebab dia nak ambik carpet sekali. Iols dah macam bangla jual carpet pulok. Hahaha! Tq for buying the rug Farah! How's it? Hope it could warm up your feet nicely. Sorry kalau berhabuk sikit masa pindah aritu. Farah stay dalam 2 jam je sebab itinerary dia penuh nak visit kengkawan lain pulak kat Bradford ni. Tengahari tu kitorang jamu nasi beriyani kambing dan lauk yang dibeli dekat Pakeeza je. First time rasa, memang sedap. Pakeeza tu supermarket Pakistan, tapi kat dalam ada macam-macam. Ada jual nasi berlauk macam mamak-style, ada roast chicken bergolek siap, variety of pakora & samosa (chicken,fish,vegie,meat) ada desert kek dan manisan, halal butcher dan macam2 lagi. Weekend selalunya kami ke sini sebab pagi-pagi lagi nasi lauk sume dah ready. Pakcik kipas yang tugasnya menjual lauk-pauk tu tengok aku terus cakap 'Malaysia'? 'Apa khabar'? 'Berapa? 1?2?' dan 'Jumpa lagi'!. Hebat kau! Hahahah!


Hari Isnin, 2 hari selepas tu Kak Izu pulak singgah. Diorang sefamily dalam perjalanan dari Durham. Cuti-cuti UK..hehe! Rumah kitorang ni kalau visitor nak datang kena bagi special guide sebab postcode rumah tak keluar dalam satnav, sebab new housing area. Tapi diorang berjaya gak sampai dalam pukul 6.30 petang camtu. Tapi tak susah kan..gelap2 pun sampai jugak. :) Aku masak simple je sebab kak Izu bagi short notice..hahaha! Petang ahad baru tau dia nak datang maka kujamu nasi berlauk daging masak kicap berkerisik,salad dengan ikan bawal 3 rasa aje. Nasib ada starter chicken tikka spring roll. Tapi yang paling seronok tentulah Fahim Zidane. Masa Farah datang Fahim seronok main dengan Awisy. Time Kak Izu pulak riang sungguh main dengan Zahin, Iris dan Zafri. Sampai sedih2 la time nak balik tu. Thank you for visiting us guys! Dan time kasih buah tangan anda :)


Ni dia gambar ehsan Mommy little hero dengan Ishamizu. Tuan tanah? Garu kepala carik beg kamera tauk tang mana ntah. Lol!

~bersama Farah kemho depan umah

~dengan kak Izu sefamily


*****************


Hari Sabtu lepas pulak warga bapa-bapa di Bradford ni ada main futsal. Kaum ibu yang datang cuma iols dan kak Salmi. Kebetulan Kak Salmi ada anak sebaya Fahim. So dapatlah Fahim cuba-cuba nak bersosial lagi. Kat tempat futsal tu ada indoor play area untuk kids dan toddler. Best pulak. 

~cheer for daddies! 
Sorang minum susu tak lepas botol. Sorang lagi tak lepas payung.



..dan video Fahim sebagai penyokong daddy yang tak berapa tegar..





Balik dari main futsal pegi ambik frozen karipap kat rumah Hairul/Dell. Rupa-rupanya dekat je ngan umah Kak Nur. Bro Azhan ajak singgah masuk, ingat nak salam je ngan Kak Nur rupa-rupanya langkah kanan. Ada Kak Husni dari Huddersfield sama sebab husben dia main futsal jugak. Kak Nur jamu nasi kerabu..amboi, tak malu kitorang ter'dinner' pulak kat situ. Hahaha!. Time kasih Kak Nur.


Dah ada kesempatan jumpa Kak Nur & Kak Husna, maka sempatlah buat mesyuarat tingkap tentang housewarming kita. Dapatlah gambaran sikit nak masak apa, berapa orang, maklumlah duduk kat Stapod tak ramai sangat. Nanti saya announce date dan invite kat Rumpun/Muslimat Bradford. 


Geng Stafford bila nak mai? Nak iols buat housewarming party gak ke? Kena bawak gitar la baru leh suruh vocalist 13 Beaconside, Intan Wee buat sesi akustika. Kami dah berjiran (jiran la sangat Bradford-Leeds). Heh!


Dah announce nanti, save the date ya! Till then, Salam Maal Hijrah everyone! 



Tuesday, 3 September 2013

Our Last Open House in Stafford.

Ahad dua minggu sudah aku jemput kawan blogger dari Manchester, Farah datang beraya di Stafford. Al-maklumla asik datang Portmeroyan je..singgah2 lah Stapod ni alang-alang.. :p Sampai jugaklah diorang ke sini (sejam dari Manchester). Time kasih datang Farah, Rizal & Rizq Darwisy (ai eja nama penuh you..). On that day, I chose to wear this pinkish tudung, present from mama. Dia kirim masa kitorang dapat kuih raya hari tu. Tq mama. Susah nak matching sebab takde baju kaler yang match ngan tudung ni, nasib baik muat lagi iols pakai baju bertunang iols. *ahem..*

~selfie sikit~

Ok, takdak modal sebab gambo cuma ada gambo tuan tanah dengan food. Sebab tetamu sampai terus excited borak sampai terlupa nak ajak kemhoring. *tepukdahi*. Maka redha lah kalian melihat aksi 'Aku & Makanan'. 



Hari tu aku masak popia goreng for starter, nasi minyak biasa, ayam masak merah, ayam bakar (buffalo chicken wing recipe), jelatah, dan desert strawberry custard with pineapple dalam cup. Time kasih Farah for the delicious carrot cake. Suka cream cheese topping dia. Tetamu sampai terus lepak kat backyard, tuan tanah pun terus bukak tikar makan kat patio deck. hahaha! Si Fahim nak nangis tak jadi sebab nampak abg Awisy..nak berkawan le tu.. Fahim pun sebok je nak ngendeng kat mummy Awisy, orang tu nak suap anak dia la nak oi..ish ish..tak malu kan ini budak? Hope you guys love the food ya? 


Not long enough, Emilia, her partner and 2-mos baby arrived. Then Simone and her boyfriend too. Dah lama sangat diorang plan nak jumpa tapi asik cancel je. So alang-alang dah masak lebih dan kebetulan Emilia pun baru dapat baby,invite jela. Lepas ni entah bila la nak jumpa lagi sebab aku dah nak pindah Leeds. Diorang ni kawan rapat masa aku keje dulu. Emilia ni Polish dan Simone ni British. Menjadi kebiasaan tiap kali aku buat makan-makan Raya ke, Birthday ke, Baby Shower ke, mesti ajak Simone sebab dia je kawan British yang rapat dengan aku. Yang lain-lain tak berapa semenggah sangat perangai kan. :p Even masa raya tahun 2010 dulu Simone aku paksa pakai baju kebarung (yang pink nilah). Tapi dia rela sebab dia suka culture kita katanya. 


~Simone in the Eid outfit.

~Emilia,me and Simone..3 years later..


Open house kali ni dapatlah introduce serba sedikit makanan kita kat diorang ni. Bukan tu je,budaya dan yang paling penting, Islam itu bukan peperangan semata-mata, seperti yang diorang lihat di Syria dan Egyt sekarang ni. 

So, inilah last open house kitorang di Stafford ni. Ketika entry ni ditulis, tuan tanah sedang sibuk menelaah. Nak sit exam for PR Khamis ni. Patutnya exam semalam tapi bleh plak cancel sebab penjaga exam cuti sakit. Haish sabo jelah. Wish us luck ya!





Friday, 22 March 2013

Tetamu Dari Malaysia: The 2 Bloggers Meet.

Assalamualaikum..Selamat Hari Jumaat. Ye, hari Jemahaat elok untuk bersihkan belog aku yang dah bersawang-sawang ni. Gagaga..

Tak sangka akhirnya ketemu jugak aku dengan blogger dari Malaysia ni Mijoe yang datang coti-coti Europe dan UK bersama wifey dia,Malin. Aww..ex-UIA jugak you..hihi. Hah..mari-mari bloggers kak Ishamizu, Kak Nana, Kak Nurill, Kak Nadine dan UIAns semua kenal tak Puan Malin ni? Dia Engineering jugak. Ehh..macam terpromote pulak. Sorry ye incek Mijoe. Kot-kot kenal boleh menyambung silaturrahim. :)

Blogger Mijoe jugak suka sangat kat anak bujang kami si Fahim Zidane sampai sudi hadiahkan something special masa Fahim lahir. Walhal kitorang masih belum bersua muka. Dan bila dengar diorang nak datang sini last month, terus ajak singgah Stafford. Dah kalau plan nak gi Old Trafford tengok Manchester Utd game tu memang saje la tak singgah Stafford kan. So 2 malam lah diorang di B&B kitorang ni. :)

Diorang sampai di Stafford dari London hari Jumaat 1/3/13 dengan train. Sampai tengahari agak lewat sebab train suspended. Kesian tau dengan luggage berat sebab bawak barang kiriman kitorang. Hahaha! Tak hagak-hagak kitorang dera diorang bawak teppanyaki grill & steamboat set. Maka haruslah bribe dengan lunch steamed salmon sama curahan kuah sambal serta nasik panas berserta tempura chicken with oyster sauce. Sorry gambo takde sebab chef Dapur Perantau sangat eksaited menjamu dan tetamu pulak berselera. Takpe kita tunggu kot-kot ada gambo lauk tengahari tu dalam blog beliau nanti. hahaha!

Bukan periuk teppanyaki je ye..segala tempe goreng ibu mertua kesayangan sama ikan bilis, minyak panas untuk Fahim pun ada dihangkut skali. Ya Allah Tuhan sajelah yang membalas jasa baik korang. Terima kasih banyak2. Terima kasih banyak2 buat ibu jugak. Dahlah tu, Mijoe & wifey siap ada buah tangan untuk kitorang plak tu..



sedap gile honey & walnut cake. A classic Czech Republic cake.


*******************

full Malaysian breakfast. :)

tadaaa! inilah tetamu dari Malaysia.



Esoknya, Sabtu, diorang tido di Manchester sebab diorang nak tengok game Man Utd vs Norwich. Tak lengkap kalau check out dari B&B kitorang kalau tak pekena dulu nasik lemak dan kopi O' Che Nah tau. :)  Nasi Lemak daun pisang sepound ni spesel sebab daun pisang fresh dari Mesia. Hahaha!! TQVM!


***************************


Hari Ahad kitorang ambik diorang lepas check out, terus bawak gi Cheshire Oaks. Aktiviti melontar katanya. Melontar ape? Kaaa-ching!! Shopping time le ape lagi. Tu aktiviti kegemaran Puan Malin tu. hihi. Sama je ngan aku. Tapi sebelum nak melontar, badan kena bertenaga. Maka haruslah isi perut dengan makanan spesel di Manchester. Apelagi, Al-Jazeera la.  

sila tahan dari menjejeh air lior tu..kang basah kibod.

time kasih,tetamu kitew belanjew uolls..

saja nak post 2x..sendiri tengok pun terlior.



Puas tak ati dapat kambiang UK incek Mijoe? hihi..Feberet aku kat situ ayam dia la..peh! Dah kenyang, terus gerak. Sampai je terus menuju Clarks. Hah hambek ko.. sejam dalam tu. Kesian para suami dan hero kecik. Sib bek sporting. Mommy Zidane cuma membeli-belah kasut2 untuk yang mengirim di Msia aje. Diri sendiri tak sempat kedai dah nak tutup. Hover hokeh shopping sampai nak tutup kedai. Lol!

Cik Puan Malin pasti semangat nak gi keje setiap minggu. Sehari sepasang kasut lah katakan..wiwiwi.

Dah penat melontar, kitorang solat jama' dekat Masjid Liverpool. Sempat la Lap-lap badan Fahim dan tukar baju tido. Bagi makan sikit. Baru la happy on the way back tu.


********************

Pagi esoknya, Isnin, incek hasben udah kena keje. So untuk kelainan buat tetamu..full english breakfast. Starter tetap melayu sebab buat mince meat puff mcm inti karipap.. hihi. Tengok plate si kecik tu pun siap ada toast sama baked beans jugak.





Diharap korang happy dan selesa lah sepanjang stay kat rumah kitorang ye. Lebih-lebih lagi bila Dapur Perantau asik disebut-sebut. Aiseh, malu saya. Tah kena ke tidok dengan tekak korang. Huhuhu! Walaupun sedikit keciwa tak dapat rasa snow tapi elok pulak lepas fly esoknya snow turun. Haish..saja nak suruh repeat trip tu..

Thanks for everything and we'll surely keep in touch balik Mesia nanti. In sya Allah.



Last but not least..


Hari ni snow turun. Lagi.Tebal. Fahim cakap uncle Mijoe dan Auntie Malin sabo byk2 ye. :p



Tuesday, 27 March 2012

Parents' Arrival & Mother's Day in UKeeeeyyy!




Salam semua.. lamanya daku hambik masa nak hapdet belog. Tapi memang serius busy doh bila parents/tetamu datang dari Malaysia nak visit kita. Kita yang busy nak bawak diorang sana sini. :) Hari Sabtu 17/3/2012, flight Emirates dari Dubai landed di Manchester Airport dalam pukul 7.30 pagi. Aku dan Zaid keluar dari rumah pukul 5.55 pagi dan alhamdulillah motorway (highway) pun clear je. Sampai kat airport dalam pukul 6.45 pagi camtu.


Tunggu punya tunggu dalam ke'nervous'an (sbb byk sgt makanan eksotik yg aku kirim) last-last muncul 2 wajah yang memang ada iras wajah aku (bapak dgn mak aku ler) :p Alhamdulillah, berkat tak putus2 baca doa dipermudahkan segala urusan, bagasi Haji Hamdan dan Hajjah Pipah lepas kat imegresen tanpa kehadiran sekor anjing pun. Peh.. selamat ikan keli salai sama ikan pekasam. Lebih kurang pukul 8.30 pagi kitorang bergerak dari airport menuju ke Old Trafford stadium. Saje bawak parents jalan-jalan sekitar bandar Manchester..





~aku pun teruja sama sbb 1st time sampai nih..


Lepas tu kitorang singgah Manchester City stadium pulak. Al maklumle..itu pak aji minat sama team Etihad Airways.





Dah pusing-pusing satu bandar, kami bergerak balik tapi singgah kejap kat Stoke-on-Trent untuk lunch. Saja nak introduce makanan Iran kat diorang so kami makan di restoran Bakhan. Aku pernah post gambar nasik dia kat sini. Dah kenyang, bawak parents beli ayam halal kt butcher pakistan, siap dapat free tulang kambing ke lembu ntah. Shopping barang dapur sikit then balik ke Stafford lepas tu. Elok sampai rumah, siap mandi, solat, dan aktiviti memunggah isi perut bagasi, diorang pun dah jet lag. :)


*************


Esoknya, Mother's Day di UK- 18/3/2012. Untuk pertama kali aku sambut Hari Ibu sebagai seorang ibu. Hee.. macam tak caya pulak. Masa parents sampai semalam aku dah present cupcakes kat mama. So esoknya aku dah buat research nak bawak diorang ke Cheddleton Village di 1 daerah kecil antara Stoke dan Stone, untuk naik steam train. Tapi hari tu service dia tak pakai steam, diorang pakai diesel je. Merasalah naik train jaman dolu2. :) Sape minat bolehlah cuba. Tiket adult £11, senior citizen £9. Yang tak best ialah hanya 3 stations je dia bawak. Chedleton-Consall-Kingsley & Froghall.




~Happy Mother's Day to us ;)






That's all for now.. hari ni hjh pipah massk mee kari. Harus makan puas2 sebelum pantang neh (asik excuse yang sama je eh) hahaha!

Friday, 16 March 2012

Wohoo,esok boleh makan tempoyak!




That was what my sistah wrote on facebook. Woooo..my parents are coming to England! Their plane just took off an hour ago and I'm gonna meet them in next 18 hours. Eksaited okeyh! Yeah,i'm sure I will be the most excited person when sesi punggah-memunggah beg later on. Tempoyak, ikan keli salai, ikan masin..Ya Allah, semoga lepas lah baggage mak aku ni. Kemahin kakakku, malu nak sebut kunun..err petai tak dak? Hahaha!


My parents will be in England for 2 months and a half. Alhamdulillah, managed to buy good price Emirates tix for them. Both of them dapatlah around RM6k. Ok lah kan?Plus makanan pun halalun tayyibah..hehe. Sokak la bapakku makan kambeng dlm flight. Haihh..



Another thing, stroller baby dah sampai tadi. Tunggu incek daddy balik nak pasang.


~stroller+car seat.


Smalam Jackie, si midwife ku datang buat antenatal visit kt rumah. Diskusi pasal birth plan, malam smalam lagik dah tulis macam2 dlm journal. So far in my birth plan are:
-water birth
-tak nak medical students wat pape cuma boleh observe saje (siap request tu,sabo jelah)
- Zaid will be all the time and cut the umbilical cord
-request nak take home placenta n cord
-opt for gas & air pain relief
-wish to stay one night at the ward to establish breasfeeding (with midwife's help)

Other things yang aku discuss tentang induce, other pain relief and effects, dan cara-cara yang berkesan supaya aku boleh stay longer kat rumah during latent phase (fasa pertama ketika contraction bermula). Aku taktau sejauh mana aku boleh bertahan sebab semua first mom takkan tau, tapi lepas dapat nasihat dalam kelas, semua midwives galakkan stay as long as you can at home during latent phase and have warm bath/shower. Aku cakap kat Jackie, aku nak sampai spital bila dah dilate more than 4cm sebab aku taknak jump dalam pool awal then kena keluar dari pool.. Dia cakap kalau aku set mind macam tu tak mustahil boleh achieve birth plan aku. Fuh..mommies sekelian, adakah itu mustahil?



Ok, stop being panic.. no one will know what's going to happen as they've never experience it. What need to do is.. ' Just go with the flow..'

:)

Friday, 5 August 2011

Shieela's Leaving UK

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali lagi dan syukur sangat kali ni, walaupun waktunya lebih panjang dari tahun lepas, tapi sebab keje kali ni rileks sikit, terasa lebih mudah nak menunaikan puasa tu. Tahun lepas boleh tahan jugak bilangan hari yang aku kena ganti time winter. Maklumlah puasa time summer.. Tahun ni start puasa pukul 3.30 pagi dan berbuka pukul 9 malam. Makin lama makin awal lah berbuka ni.


Ye saya tau blog ini sudah bersawang..maafkan daku, tsk!


Sorry sangat pada sesiapa yang menanti aku update. Rupa-rupanya dah seminggu lebih tak update! Oh..so not me! Pada few friends yang buzz2 nak ajak chatting pun sorry jugak. Aku lemau gile weh! Hari ni half day friday, balik keje terus tido petang. Hahaha! Nasib baik sini waktu Zohor panjang. Dapat lelap 2,3 jam pun dah ok. Letih bebenor.



Ok, tajuk lain cerita lain. Haha!! Sebenarnya nak cerita jugak yang one of my besties kat UK ni dah balik Malaysia for good. T_T


Ye, cik Shieela itu.


Sedih tau...sebab dialah yang paling rajin singgah rumah aku siang-siang lepas dia habis keje. Pernah zaid outstaion ke London, dia tolong temankan i.. and she even cooked for me once while I fall ill. Touch seyh.. Dan dia jugak orang pertama yang tegur aku kat facebook 2 1/2 tahun lepas.Terus cakap nak datang melawat rumah aku & zaid kat Stone dan suruh aku masak nasi ayam sebab dia nak ajak kawan2 lain jugak. Dan itulah first time masak-masak untuk kawan2 kat Stafford sejak kawin. What a memory...


Yang bestnya, kitorang sempat berkumpul & makan-makan kat rumah Dalina sambil makan steamboat. Mmmmm!!! Sedap!





super duper lazat..now thinking where can I get this brilliant cooking stuff?


Sebelum Shieela balik, dia ada ajak family dia singgah rumah aku, aku dah cite kat entry ni. Pastu semua family members dia balik except her mum. 3 hari sebelum shieela balik, dia dan maknya tido rumah aku. Nampaknya dia jugaklah tetamu pertama yang tido rumah aku ni. Hahaha...so sempatlah merasa bersahur & berbuka puasa kat rumah aku.




berbuka lauk sup ayam & ayam sambal mak shieela, dan pecal (gado-gado). lazat..


So that's it! Another friend has gone..Good luck to you beb, I'll see you in Malaysia. And to all of you, have a blessed Ramadhan everyone. :)


p/s entry ini ditulis dalam keadaan mamai selepas bangun tidur.harap maaf kalau ada typo.tak dan check. :p

Monday, 4 July 2011

Ada Tetamu Dari Malaysia

Yeay! Ada tetamu dari Malaysia!

~Shieela's family

~aku masak special punya; Ikan salmon stim, sea bass fillet masak lada, sayur goreng kicap (kacang panjang, fucuk, suun, kentang dan baby tomatoes), Mediterranean chargrilled vegies (ni frozen punya) dan ulam salad beserta sambal belacan nyok (kelapa). Harap2 kena la dengan selera diorang :)

Seronoknya kalau dapat berkumpul satu family di sini. Tapi yelah, belum ada rezeki. Kitorang pun tumpang seronok bila Shieela bawak familynya datang makan malam di rumah kitorang semalam. Shieela's parents, her aunt and sister arrived yesterday morning and before that I met them at carboot. Balik dari carboot bertembung lagi diorang kat Tesco. Kat Tesco shieela told me that they are going to pass my stuff (family kirim) tonight and guess what??? Shieela's mom brought petai for me!!! Hahahaha..terima kasih makcik. Siap daun kesom dan bunga kantan you..siap la berlaukkan asam pedas nanti. :)



Bukan tu je, ada ole-ole buah pala (orang Penang lah katakan), coconut cookies & kacang potong (sedap!). Aunty Shieela pulak bagi sambal ikan bilis peket yang tahan 3 bulan katanya. Thank you so much. Mewah la kami dengan makanan bulan ni. Alhamdulillah.


Family zaid kirimkan serunding daging dan ikan bilis, stok setahun lagi boleh ni. Hehe..tenkiu kak yong & family. Dan... yang paling teruja bila dapat ini..jeng jeng jeng.....



~yang kutunggu-tunggu, blouse dari Jakarta hadiah ex-roomate Emil Jamila. Makasih ya buk emil ;) Waduh2, cantik bangat sih.


~glam habis, Eline ko jangan cemburukan baju adikmu ini :p


~kebaya blouse hadiah dari kakak gue ibuk Elina..waduh cantik bener kerawangnya :p


~kemeja untuk si Om Zaid. Saiznya sedikit besar kok, barangkali kakakku berpikirin adik iparnya udah gemuk ya? Kamu silap dong, Om zaid belum mencecah size XL ya. Tapi masih boleh disarung, terima kasih ibuk Elina. Terimalah jeans skinny sebagai balasan dengan ucapan..

NAK SKINNY JEANS, TAK MENAHAN! :p



So now, I have baju to wear on Shieela's convocation. Ehem, which one do you think the best choice (except for the last one) for me to pick for the event? The event will be in the afternoon. Sibuk je orang lain yang konvo kita yang sebok. Hahaha!




Tuesday, 21 June 2011

Tea Time & Wii Dance with D&J

Please do not be surprised with the title above. D&J is just a short form for Danila & Jerul, our former neighbour (if you still remember).


I received a phone call from Dalina on last Sunday afternoon. She and Jerul were visiting friends at few rows from our house. I told her that zaid and i are just about to go jogging (and cycling) and promised that we'll meet up at the friend's house afterwards. It was very sunny and breezy afternoon. We went out merely to get a breath of fresh air plus exercises at the same time. Sorry, no picture of zaid jogging while i was cycling behind. Been busy changing the gear, when got time to snap2 maa? :p


We done about 0.8 miles and we stop for a while at our friend's house. The D&J was there, sedang berkaraoke! :) Soon after we reached home, the D&J came and four of us had tea time together.



What were they eating? It was garlic bread topped with vegie minced meat & mashed potato.
Credit to shieela for the quick & easy meal.

Jerul: thumb up for coffee?



And wii dance became more fun when two dance crazes had their groove together, off their pace and back to front. Yeah, let's groove baby! :)



womanizer..womanizer..oh, oh, oh waahh!



She breaks the previous record.. 10467!!! Proving that she is kaki joget!

Lol...