Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Wednesday, 23 October 2013

Weekends Stories

A fortnight ago, we went to Stafford to do some final cleaning at our house in Stafford before sending the keys back to the letting agent. On the way to Stafford, we dropped by at Sekolah Malaysia Manchester to buy nasi kerabu, made by my blogger-friend, Farah. The Sekolah Malaysia held every Saturday and they followed the UK school term as well (correct me if I'm wrong). So, what I heard every Saturday there will be many (read:malaysian) food sold in the canteen. I've never been here before, so I told Zaid let's go and buy some food since we really need energy to clean the house on that day. So I asked Farah to keep 2 packs of her delicious nasi kerabu for me and Zaid. 


When we got there, we managed to see a group of students from Libya. Then I've been told that there were two schools operated every Saturday, Sekolah Malaysia and Libya School (kanak-kanak Libya). They share the same building. The Malaysian kids already had their break time so that means during my visit it was the break time for the Libya kids. 

~The canteen..
Fahim, do you want to school here?


~Yours truly with taukey nasi kerabu cawangan Manchester. :p


We're done around 6pm and after performed Maghrib prayer, we went to Dalina's house to return her vacuum cleaner as we had borrowed it earlier. After short lepak-lepak and waved a final goodbye, we went off back to Bradford. Once again we stopped at Manchester to buy late dinner and of course..Cendol Faluda! But this time we didn't buy food at Al-Jazeera, because Dalina was recommending something more delicious (according to her). It was Afghan. We ordered Qabily Pilau rice and Chicken. Erm....it was nice. The taste was striving to be on par to our fav Al-Jazeera, but I think Al-Jazeera has given a little 'hit' on its menu. Well, everyone has different taste,ey? We're glad we have tried Afghan anyway. Thank you for reckon babe! 

***************************


Last weekend, the Malaysian Community in Bradford (Rumpun) has invited us to join their Raya Haji open house in Bro. Nazrul & Kak Salmi's house. This was my second meeting with my Malay friends in Bradford after Kak Nur's Raya Haji open house. The 'makan-makan' theme was 'Masakan Kampung'. Whoaa..bestnye ada tema2 gitu! There were daging masak singgang (lauk klate by Kak Nur), ayam percik klate (by Dell), and many more mouth-watering food. I brought two simple dishes, sayur campur goreng dengan cendawan and sambal gesek. Hope they like it. On that day as well, I've been introduced to 'adik-adik' undergrads. Again, I forgot to snap any photos. However, seeing the 'adik-adik' undergrads holding their dslr buatku rindu nak ambik gamba balik. I should bring my camera next time. Especially when I saw Fahim cooperatively giving nice shots and throwing his cheeky smiles when he's been asked to give a pose by the 'adik-adik' undergrads. Haih..kena ingat ni lain kali. Luckily I managed to snap two photos of us after the party. 

~in front of the host's house




Anyway, that's it my weekends stories. I'm looking forward to seeing someone this weekend. Ehem-ehem..sapalah yang sudi singgah ke teratak buruk kami ni. Tunggu!!! Ok, before I go I would like to say thank you to my bestie, Dalina. She's really good in sending surprises to my door i tell you. :)

~raarr! haha..it's not like what you think..but yes,the box is damn sexy. :p




Wednesday, 16 October 2013

Happy Birthday to Us! Eid Mubarak to You!

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha semua..Wah wah..akhirnya dapat kuhapdet berita sensasi dari Bradford. Alhamdulillah dah selamat kami bermastautin dan menjadi warga kota Bradford. Walaupong tak habih cover lagi, tapi so far kami semua seronok di sini.


Seperti tajuk filem di atas, aku dan incek zaid sambut besday secara sederhana je kat rumah baru. Besday iols lapanharibulansepuluh haritu dan besday beliau semalam limabelasharibulansepuluh. Birthday aku seminggu yang lepas jatuh sehari selepas kitorang berpindah ke Bradford. Hari tu Zaid masih cuti. Aku mulanya taknak gi memana sebab aku nak mengemas je. Tapi Zaid beria-ia ajak so taknak durhaka ikot jelah kan. Hewhewhew..Kitorang gi jalan-jalan ke city centre punyalah jakun happy sebab ada KFC dan Nandos halal. Kahkah! Pathetic sungguh..Zaid bawak makan di Nandos dan kebetulan pulak hari kerja dan time tu dah lepas lunch time, maka tak ramai orang la kat situ.

~we were in smokey black theme that day


~my fav photo of the day :)


Dah makan-makan dan jalan-jalan kitorang pun balik rumah. Rumah kitorang kat Laisterdyke,Bradford, dalam 10 minit dari city centre. Sampai je kat pekan dekat rumah kitorang tu tiba-tiba ternampak satu kedai patisserie ni..

 Zoya Cafe & Patisserie
~apebende ni bolat-bolat kaler pink,mommy?

Kat kedai ni bukan je ada jual kek, tapi macam2 jenis manisan dan juga ada cafe kalau nak makan dan minum kat situ. Boleh like facebook Zoya kalau nak tengok menu dia. Bukan desert saje, Italian food like lasagna, spaghetti, steak dan makanan Asia pun ada. Yang pasti halalun toyyibah :) Hari tu kami pegi disambut chef dia/baker brother Luqman namanya. Masa nak beli aku tanya apa nama kek ni (sebab takde label/nama/price). Pastu bro Luqman tu terus explain satu2 semua kek kat situ, siap panjang lebar ala-ala masterchep punya tajuk makanan. Hahaha!

~mouth-watering deserts in a beautiful box. Perfect for my birthday!


Semalam pulak birthday Zaid dan jugak Hari Raya Haji. Tapi dia keje. So takdelah nak beli kek apa. Cuma masakkan rendang dan nasi jugak nasi ayam madu. Malam semalam juga kami dijemput beraya ke rumah blogger Kak Nur. Akhirnya berkenalan jugak in person dengan Kak Nur dan family dia. Such a nice person and so others Malaysian friends di Bradford. Time kasih jemput. Sedap macam-macam ada, sate, nasi ayam, kek, sambal sotong..kenyang perut sukahati. Hehe.. Si Fahim Zidane as usual, sampai drama dulu. Pastu nampak abg Danish ajak main terus lepas tu buat muka-tak-malu-kelebek-kabinet-dapo-tawaf-satu-rumah haishhh -_-'. Sayangnya terlupa nak bergambo ngan tuan tanah.



Ok..that's it. Cerita pasal rumah kita simpan dulu for next entry. Haha! Jangan marah aa.. Sebab belom habih kemas betul2. Nanti dah siap kita amik gambo. Harap bersabo. Sebagai penghargaan pada kesabaran anda..nah intro umah baru.. Gambo masa hari pindah itu hari..



~jiran baru..Cik Embong. ;)





Tuesday, 3 September 2013

Our Last Open House in Stafford.

Ahad dua minggu sudah aku jemput kawan blogger dari Manchester, Farah datang beraya di Stafford. Al-maklumla asik datang Portmeroyan je..singgah2 lah Stapod ni alang-alang.. :p Sampai jugaklah diorang ke sini (sejam dari Manchester). Time kasih datang Farah, Rizal & Rizq Darwisy (ai eja nama penuh you..). On that day, I chose to wear this pinkish tudung, present from mama. Dia kirim masa kitorang dapat kuih raya hari tu. Tq mama. Susah nak matching sebab takde baju kaler yang match ngan tudung ni, nasib baik muat lagi iols pakai baju bertunang iols. *ahem..*

~selfie sikit~

Ok, takdak modal sebab gambo cuma ada gambo tuan tanah dengan food. Sebab tetamu sampai terus excited borak sampai terlupa nak ajak kemhoring. *tepukdahi*. Maka redha lah kalian melihat aksi 'Aku & Makanan'. 



Hari tu aku masak popia goreng for starter, nasi minyak biasa, ayam masak merah, ayam bakar (buffalo chicken wing recipe), jelatah, dan desert strawberry custard with pineapple dalam cup. Time kasih Farah for the delicious carrot cake. Suka cream cheese topping dia. Tetamu sampai terus lepak kat backyard, tuan tanah pun terus bukak tikar makan kat patio deck. hahaha! Si Fahim nak nangis tak jadi sebab nampak abg Awisy..nak berkawan le tu.. Fahim pun sebok je nak ngendeng kat mummy Awisy, orang tu nak suap anak dia la nak oi..ish ish..tak malu kan ini budak? Hope you guys love the food ya? 


Not long enough, Emilia, her partner and 2-mos baby arrived. Then Simone and her boyfriend too. Dah lama sangat diorang plan nak jumpa tapi asik cancel je. So alang-alang dah masak lebih dan kebetulan Emilia pun baru dapat baby,invite jela. Lepas ni entah bila la nak jumpa lagi sebab aku dah nak pindah Leeds. Diorang ni kawan rapat masa aku keje dulu. Emilia ni Polish dan Simone ni British. Menjadi kebiasaan tiap kali aku buat makan-makan Raya ke, Birthday ke, Baby Shower ke, mesti ajak Simone sebab dia je kawan British yang rapat dengan aku. Yang lain-lain tak berapa semenggah sangat perangai kan. :p Even masa raya tahun 2010 dulu Simone aku paksa pakai baju kebarung (yang pink nilah). Tapi dia rela sebab dia suka culture kita katanya. 


~Simone in the Eid outfit.

~Emilia,me and Simone..3 years later..


Open house kali ni dapatlah introduce serba sedikit makanan kita kat diorang ni. Bukan tu je,budaya dan yang paling penting, Islam itu bukan peperangan semata-mata, seperti yang diorang lihat di Syria dan Egyt sekarang ni. 

So, inilah last open house kitorang di Stafford ni. Ketika entry ni ditulis, tuan tanah sedang sibuk menelaah. Nak sit exam for PR Khamis ni. Patutnya exam semalam tapi bleh plak cancel sebab penjaga exam cuti sakit. Haish sabo jelah. Wish us luck ya!





Wednesday, 28 August 2013

WW27-Resepi Nasi Minyak Hujan Panas

Recipe as requested by Haniza Yazid.


kredit to http://dapur-mamasya.blogspot.co.uk/2013/02/nasi-minyak-hujan-panas-rendang-hitam.html

Bahan-bahan ( 5 orang ) 
4 cawan beras basmati 
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dg beras 
2 kiub ayam - letak 1 sj 
2 helai daun pandan 
pewarna merah, kuning dan hijau 
[bahan tumis] 
1/2 inci halia 
2 ulas bawang putih 
1/2 biji bawang besar 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb 
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
[bahan hias] 
bawang goreng , kismis 

Cara-cara 
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan. 
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang 
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi 
Masukkan beras dan gaul rata. 
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan. 
Masaklah nasi sehingga masak 
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu. 
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Monday, 19 August 2013

Salam Aidilfitri..Salam Perantauan dari bumi UK.


Assalamualaikum..dah lebih seminggu pun kita beraya. Alhamdulillah panjatkan syukur pada Illahi kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih mudah tahun ni. Sebab tahun ni (2013/1434H), Fahim Zidane dah 16 bulan umurnya masa Ramadhan lalu dan ibadah puasa serta solat tarawikh dapat mommy dan daddy buat secara berjemaah dengan mudah sebab time tu (pukul 10.30 malam) Fahim dah tidur. Kalau tahun-tahun lepas, mommy sendiri terpaksa tak berpuasa sebab mengandung dan menyusukan Fahim. Tahun ni gembira sangat sebab banyak hari dapat bertarawikh. :)


Menjelang raya tu kami pegi Scotland. Dah cerita di entri yang lepas kan. Nanti ai tulis pasal trip gi Scotland dalam entri lain. Entri ni sempena menyambut Syawal yang mulia..meh tengok sambutaan kami di Stafford.


Khamis,1 Syawal
Kami takde kemana-mana. Orang Stafford ada yang masih bekerja. Tapi incek somi dah cuti. Sebab kami ke Scotland 2 hari sebelum tu. Malam raya tu baru sampai rumah dalam pukul 11 malam. Maka masak-memasak pun start on hari raya jugak. Juadah pun simple je buat lodeh ngan nasi impit. Disebabkan aktiviti beraya/open house takde, kami pun bercamwhoring raya jelaa kat luar rumah. Hahaha..dasar kan..

~baju atuk opah bagi tahun lepas dah sendat :p







Tapiiii..yang bestnya, ini haaa..


Biskut dan kuih raya dari Malaysia dah sampai..beserta dodol dan lempok doyan. Alhamdulillah.


Sabtu, 3 Syawal
Hari raya ketiga kami dijemput ke open house Afizal & Misa. Pasangan pengantin baru ni masak sedap-sedap. Ada laksa penang, mee kari mutton dan rendang ayam serta nasi impit. Kuih raya pun berbalang-balang. Hehe..Kitorang sampai antara yang paling awal dalam pukul 2 petang camtu. Kitorang bertema silver hari tu. Fahim pakai baju present dari Aunty Dalina & Uncle Jerul.


Fahim dah lama tak jumpa orang, so masa sampai rumah Afizal dia menangis macam kena injection. Haiyoh! Setengah jam nak tenangkan dia sambil suap lunch. Pulak tu nap time dia, memang cranky. Tapi setengah jam lepas tu alhamdulillah dah ok. Dah buat muka tak malu tawaf rumah orang. :p Cuma masih taknak orang pegang.

~siap spesel sampul duet raya from Afizal&Misa.Tq.


Ahad, 4 Syawal
Open house di rumah kami pulak hari ni. Event start pukul 12 tengahari tapi tetamu terawal sampai pukul 1. Pukul 2 lebih baru mula penuh rumah ni. Makanan yang special ialah nasi minyak hujan panas, daging masak hitam berkerisik, acar rampai, rendang ayam, ketupat pulut dan chocolate smudge cheesecake (org tanya nama kek haram nak ingat..pandai2 bagi nama komersil..hahaha!)

~alhamdulillah berkongsi rezeki

Belajar daripada kesilapan semalam, hari ni pukul 1 sementara tetamu belum sampai kami tidokan Fahim dulu. Biarlah dia rest kang ngamuk cam semalam. So bila dia bangun dalam kul 4 camtu, dia agak culture shock apesal rumah dia meriah sangat ni. Menangis kejap cepat-cepat bawak gi luar backyard. Sekejap je pastu dia dah join abang Jack & Mirul main bola. 



~siap join menempek kat bapak orang lagi..haih tak malu sungguh :p


~Fahim Zidane & IsaHarizs yang sebaya,beza 2 bulan je :)

Kitorang bertema purple biru pulak kali ni. Fahim pakai baju melayu hadiah maklong tahun lepas. Tapi sebab tahun lepas masih besar so simpan tahun ni. Daddy pulak baju melayu warna biji kundang. Mommy pulak berbaju kurung cotton polka dot biru pemberian Aunty Dalina. Pair with purple shawl from Pritties Accessories that I bought from ebay. Haha..nak cari shawl online tade macam kat Mesia so beli je shawl or scarf. Lol!

~memang kelako muka-tahan-panas fahim.. :D

Dan selepas makan-makan, ada sesi camwhoring raya warga Stapod. Yang takde dalam ni cuma Dalina & Jerul sebab family diorang datang beraya di sini. InsyaAllah jika tiada aral ini mungkin raya open house terakhir kami di Stafford. Sebab besar kemungkinan kami akan berpindah ke Leeds Oktober nanti. T_T




~keluarga kecil Stafford


Sabtu, 10 Syawal
Kami dijemput ke open house Isa & Niza pulak di Stoke. Terlewat sikit sebab tunggu Fahim bangun dari nap tengahari so dekat pukul 4 petang baru sampai. Bawak popia goreng as buah tangan. Tak tahu pulak laris sorry buat sikit sangat. :p Sedap Niza masak nasi lemak, mee kari, sandwich dan kek coklat. Bertambah-tambah kitorang makan. Fahim kali ni sebab dah mula banyak kali attend open house, nangis pun seminit dua je, pastu mulalah buat perangai tak malu dia tawaf rumah orang. Hihi. 

~Thanks to Wani Ateng bagi resepi sos popia :)

~bersama tuan tanah kat belakang saya :p



Ahad,11 Syawal
Hari ni kami (dan Niza sefamily) mendapat undangan ke Manchester pulak rumah Farah. First time nih nak jumpa blogger aka bizneswoman nasik kerabu. Hehe..sedap tau Farah nasi kerabu anda. Bertambah2..hihi. Dah lama tak makan nasi kerabu sampai lupa nak letak lauk apa. Nasib baik ada kawan cakap makan dengan kopok sedap. Incek suami lagi laa..taktau yang solok lada tu ada isi ikan. Dia ingat cili/lada je..hahaha tensi je bila ai cite sedap solok lada tu. Moral of the story next time tunggu ayang bubuhkan nasik kat awak ye. :p

~Us..tema blue black, daddy & son were on their checked outfit while I was in polka dots shawl.

~kali ni buah tangan adalah air tangan from M&S :) Strawberry Roses Cake with cream cheese filling.


~bersama tuan tanah Farah Adlini. Fahim yang cheeky sampai tak malu nak botol susu Awisy. Padahal sampai2 nangis dulu. Hahaha!Pic cilok dari fb tuan tanah.

Masa kat rumah Farah semalam tetiba terjumpa ex-UIA. Grad tahun yang sama pulak tu. Course pun sama hahaha! Kalau budak UIA ni cepat je aku scan..kikiki. 

~Rabi the ex-UIA, sat on my left..she's doing her Phd in Politics at Machester Uni.


Balik dari rumah Farah kitorang singgah beli Falouda yang marvellicious kat Moonlight. Tq Niza sebab ingatkan mende ni, dulu lagi nak try tapi asek lupa je. A must-buy-desert when you are in Machester. ;)

~Falouda; ala-ala cendol+vanilla ice cream+biji selasih+sirap. 


Till we meet again..babai! 





p/s perasan tak aku dah buang panggilan 'kak' Farah tu? Sebab kitorang figured out kitorang sebaya smalam.kahkahkah!









Tuesday, 6 August 2013

Menjelang Raya Kami Di Scotland..

Assalammualaikum..kita dah hampir ke penghujung Ramadhan. Sungguh terasa cepatnya waktu berlalu. Semoga roh-roh arwah yang terpilih untuk menziarahi kita gembira dengan sedekah doa-doa kita. Saya tak pernah kenal arwah ayah mertua saya. Tapi saya selalu cakap kat incek suami tiap kali habis teraweh yang arwah ayah datang lawat kita sebulan kat UK ni. *buat lawak sebab taknak sebak nanti tak macho*.


Semalam baca pasal konon ada budak hilang kat mall rupa-rupanya mak dia yang bagi budak tu kat boifren. Alhamdulillah dah jumpa. Nak berpesan sesama kita, menjelang raya ni janganlah shopping sakan sangat tak hengat donia ya ibuk2 bapak2. Heret anak kecik pastu mata melilau carik size, tup2 anak dah hilang. Nauzubillah.. Yang nak balik kampung, pandulah dengan cermat. Slow n skema takpa..biaq pi la orang kata macam baru dapat lesen terkemut-kemut..takpa..yang penting nyawa dalam kereta anda dan kereta2 lain selamat. Tak berkudis pun kalau driver sebelah jeling2 sinis..Dia jeling korang nyanyi kuat2 lagu Balik Kampung.Apedehal?


Ok sebenarnya iols sekeluarga akan ke Perth, Scotland pagi nanti (sekarang baru pukul 12.30 malam). Apa buat menjelang raya ni ke Scotland? Hihi..ngikut laki teman le ada keje sikit. Pegi sehari je. Malam raya balik Stafford balik. Marilah angkat tangan tinggi-tinggi dan berdoa semoga raya tak jatuh hari Rabu. Kot tak raya kat Scotland la aku..huwaa! Apa kes?So iols packing barang tadi fefeeling cam nak balik raya la konon. Dah la 5 jam weh. Masak vontot!


InsyaAllah kalau ada kesempatan kan ku buat video salam perantauan. Cewah! 4 tahun raya tak sibuk pun tahun kelima baru sebok nak buat ucapan. 4 tahun raya gambo raya semua dalam rumah, kali ni ada scene obersi skit kot ada background Edinburgh ke, Perth ke..baru real salam perantauan ye dok?


Ok, buat semua di Malaysia, babah mama, ibu, adik-beradik, ipar duai, saudara-mara, kawan-kawan dan jugak blog readers, Salam Aidilfitri..mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, halalkan makan minum. Tahun ini tak dapat kita bersua juga, insyaAllah tahun depan kami usahakan pulang beraya bersama ye. "Pecah kaca pecan papan, Kami balik tahun depan."


Untuk teman-teman dan blog readers kat UK ni, meh la datang rumah. Nanti nak mai halo-halo k. Iols nak buat open house tapi tak set date lagi nanti dah set date kita halo-halo kat watsap/fb/blog eh. Ewah macam sesi bertemu peminat pulok. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.


"Pecah kaca pecah perut
Rumah awak taknak jemput?"


^___^





Wednesday, 15 August 2012

WW19-A Happy 19 Weeks Old Baby


My honey bunny is 19 weeks.
He's such a happy baby and is 6.23kg today.
"selamat menyambut aidilfitri! Ampun dan maaf dipinta sepanjang mommy saya menulis. Kalau ada yang sudi nak bagi duit raya silalah pm mommy mintak acc no.,"Fahim Zidane.

p/s tersalah post entry td..duhh sorry ya!blame the tech*

Friday, 11 November 2011

Raya Haji Celebration

11.11.11- Hari ni appointment dengan midwife dekat General Practice (GP). Midwife check blood pressure and baby's heartbeat semua ok alhamdulillah. Next session will be the dating scan on 30th November 2011...... to know the sex. ;)



baby bump, no?


Sambutan raya aidiladha tahun ni macam biasalah,sederhana je. Tapi alhamdulillah dapat juga merasa sikit-sikit suasana raya masa majlis makan-makan2 kat rumah cik puan delina itu. Kitorang buat potluck sikit. Tuan rumah masak nasi beriyani, daging masak kerutuk, acar dan pastry karipap* (taktau nama) :)


haa..nilah dia pastry berinti karipap.sedap woh..



ni dia menu tuan rumah..yang dalam bekas tu pulak kuah kacang Shida & Fifah makan bersama nasi impit.



yang ni aku bawak, kari sayur dan janggut sotong goreng tempura :)





Baju raya I di sponsor oleh ibuk Khaeryani Jamila a.k.a Emil dari Jakarta ya. Vogue the vass baju gue. Haha! Makasih ya mil..Selesa sungguh nak-nak pulak baju raya sume dh tak muat T_T