Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Monday, 4 November 2013

Hostess The Mostess?

Sabtu dua minggu sudah rumah kami dikunjungi tetamu pertama. Jeng..jeng..tokey nasi kerabu area Manchester datang singgah tengahari tu sebab dia nak ambik carpet sekali. Iols dah macam bangla jual carpet pulok. Hahaha! Tq for buying the rug Farah! How's it? Hope it could warm up your feet nicely. Sorry kalau berhabuk sikit masa pindah aritu. Farah stay dalam 2 jam je sebab itinerary dia penuh nak visit kengkawan lain pulak kat Bradford ni. Tengahari tu kitorang jamu nasi beriyani kambing dan lauk yang dibeli dekat Pakeeza je. First time rasa, memang sedap. Pakeeza tu supermarket Pakistan, tapi kat dalam ada macam-macam. Ada jual nasi berlauk macam mamak-style, ada roast chicken bergolek siap, variety of pakora & samosa (chicken,fish,vegie,meat) ada desert kek dan manisan, halal butcher dan macam2 lagi. Weekend selalunya kami ke sini sebab pagi-pagi lagi nasi lauk sume dah ready. Pakcik kipas yang tugasnya menjual lauk-pauk tu tengok aku terus cakap 'Malaysia'? 'Apa khabar'? 'Berapa? 1?2?' dan 'Jumpa lagi'!. Hebat kau! Hahahah!


Hari Isnin, 2 hari selepas tu Kak Izu pulak singgah. Diorang sefamily dalam perjalanan dari Durham. Cuti-cuti UK..hehe! Rumah kitorang ni kalau visitor nak datang kena bagi special guide sebab postcode rumah tak keluar dalam satnav, sebab new housing area. Tapi diorang berjaya gak sampai dalam pukul 6.30 petang camtu. Tapi tak susah kan..gelap2 pun sampai jugak. :) Aku masak simple je sebab kak Izu bagi short notice..hahaha! Petang ahad baru tau dia nak datang maka kujamu nasi berlauk daging masak kicap berkerisik,salad dengan ikan bawal 3 rasa aje. Nasib ada starter chicken tikka spring roll. Tapi yang paling seronok tentulah Fahim Zidane. Masa Farah datang Fahim seronok main dengan Awisy. Time Kak Izu pulak riang sungguh main dengan Zahin, Iris dan Zafri. Sampai sedih2 la time nak balik tu. Thank you for visiting us guys! Dan time kasih buah tangan anda :)


Ni dia gambar ehsan Mommy little hero dengan Ishamizu. Tuan tanah? Garu kepala carik beg kamera tauk tang mana ntah. Lol!

~bersama Farah kemho depan umah

~dengan kak Izu sefamily


*****************


Hari Sabtu lepas pulak warga bapa-bapa di Bradford ni ada main futsal. Kaum ibu yang datang cuma iols dan kak Salmi. Kebetulan Kak Salmi ada anak sebaya Fahim. So dapatlah Fahim cuba-cuba nak bersosial lagi. Kat tempat futsal tu ada indoor play area untuk kids dan toddler. Best pulak. 

~cheer for daddies! 
Sorang minum susu tak lepas botol. Sorang lagi tak lepas payung.



..dan video Fahim sebagai penyokong daddy yang tak berapa tegar..





Balik dari main futsal pegi ambik frozen karipap kat rumah Hairul/Dell. Rupa-rupanya dekat je ngan umah Kak Nur. Bro Azhan ajak singgah masuk, ingat nak salam je ngan Kak Nur rupa-rupanya langkah kanan. Ada Kak Husni dari Huddersfield sama sebab husben dia main futsal jugak. Kak Nur jamu nasi kerabu..amboi, tak malu kitorang ter'dinner' pulak kat situ. Hahaha!. Time kasih Kak Nur.


Dah ada kesempatan jumpa Kak Nur & Kak Husna, maka sempatlah buat mesyuarat tingkap tentang housewarming kita. Dapatlah gambaran sikit nak masak apa, berapa orang, maklumlah duduk kat Stapod tak ramai sangat. Nanti saya announce date dan invite kat Rumpun/Muslimat Bradford. 


Geng Stafford bila nak mai? Nak iols buat housewarming party gak ke? Kena bawak gitar la baru leh suruh vocalist 13 Beaconside, Intan Wee buat sesi akustika. Kami dah berjiran (jiran la sangat Bradford-Leeds). Heh!


Dah announce nanti, save the date ya! Till then, Salam Maal Hijrah everyone! 



Wednesday, 16 October 2013

Happy Birthday to Us! Eid Mubarak to You!

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha semua..Wah wah..akhirnya dapat kuhapdet berita sensasi dari Bradford. Alhamdulillah dah selamat kami bermastautin dan menjadi warga kota Bradford. Walaupong tak habih cover lagi, tapi so far kami semua seronok di sini.


Seperti tajuk filem di atas, aku dan incek zaid sambut besday secara sederhana je kat rumah baru. Besday iols lapanharibulansepuluh haritu dan besday beliau semalam limabelasharibulansepuluh. Birthday aku seminggu yang lepas jatuh sehari selepas kitorang berpindah ke Bradford. Hari tu Zaid masih cuti. Aku mulanya taknak gi memana sebab aku nak mengemas je. Tapi Zaid beria-ia ajak so taknak durhaka ikot jelah kan. Hewhewhew..Kitorang gi jalan-jalan ke city centre punyalah jakun happy sebab ada KFC dan Nandos halal. Kahkah! Pathetic sungguh..Zaid bawak makan di Nandos dan kebetulan pulak hari kerja dan time tu dah lepas lunch time, maka tak ramai orang la kat situ.

~we were in smokey black theme that day


~my fav photo of the day :)


Dah makan-makan dan jalan-jalan kitorang pun balik rumah. Rumah kitorang kat Laisterdyke,Bradford, dalam 10 minit dari city centre. Sampai je kat pekan dekat rumah kitorang tu tiba-tiba ternampak satu kedai patisserie ni..

 Zoya Cafe & Patisserie
~apebende ni bolat-bolat kaler pink,mommy?

Kat kedai ni bukan je ada jual kek, tapi macam2 jenis manisan dan juga ada cafe kalau nak makan dan minum kat situ. Boleh like facebook Zoya kalau nak tengok menu dia. Bukan desert saje, Italian food like lasagna, spaghetti, steak dan makanan Asia pun ada. Yang pasti halalun toyyibah :) Hari tu kami pegi disambut chef dia/baker brother Luqman namanya. Masa nak beli aku tanya apa nama kek ni (sebab takde label/nama/price). Pastu bro Luqman tu terus explain satu2 semua kek kat situ, siap panjang lebar ala-ala masterchep punya tajuk makanan. Hahaha!

~mouth-watering deserts in a beautiful box. Perfect for my birthday!


Semalam pulak birthday Zaid dan jugak Hari Raya Haji. Tapi dia keje. So takdelah nak beli kek apa. Cuma masakkan rendang dan nasi jugak nasi ayam madu. Malam semalam juga kami dijemput beraya ke rumah blogger Kak Nur. Akhirnya berkenalan jugak in person dengan Kak Nur dan family dia. Such a nice person and so others Malaysian friends di Bradford. Time kasih jemput. Sedap macam-macam ada, sate, nasi ayam, kek, sambal sotong..kenyang perut sukahati. Hehe.. Si Fahim Zidane as usual, sampai drama dulu. Pastu nampak abg Danish ajak main terus lepas tu buat muka-tak-malu-kelebek-kabinet-dapo-tawaf-satu-rumah haishhh -_-'. Sayangnya terlupa nak bergambo ngan tuan tanah.



Ok..that's it. Cerita pasal rumah kita simpan dulu for next entry. Haha! Jangan marah aa.. Sebab belom habih kemas betul2. Nanti dah siap kita amik gambo. Harap bersabo. Sebagai penghargaan pada kesabaran anda..nah intro umah baru.. Gambo masa hari pindah itu hari..



~jiran baru..Cik Embong. ;)





Monday, 19 August 2013

Salam Aidilfitri..Salam Perantauan dari bumi UK.


Assalamualaikum..dah lebih seminggu pun kita beraya. Alhamdulillah panjatkan syukur pada Illahi kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih mudah tahun ni. Sebab tahun ni (2013/1434H), Fahim Zidane dah 16 bulan umurnya masa Ramadhan lalu dan ibadah puasa serta solat tarawikh dapat mommy dan daddy buat secara berjemaah dengan mudah sebab time tu (pukul 10.30 malam) Fahim dah tidur. Kalau tahun-tahun lepas, mommy sendiri terpaksa tak berpuasa sebab mengandung dan menyusukan Fahim. Tahun ni gembira sangat sebab banyak hari dapat bertarawikh. :)


Menjelang raya tu kami pegi Scotland. Dah cerita di entri yang lepas kan. Nanti ai tulis pasal trip gi Scotland dalam entri lain. Entri ni sempena menyambut Syawal yang mulia..meh tengok sambutaan kami di Stafford.


Khamis,1 Syawal
Kami takde kemana-mana. Orang Stafford ada yang masih bekerja. Tapi incek somi dah cuti. Sebab kami ke Scotland 2 hari sebelum tu. Malam raya tu baru sampai rumah dalam pukul 11 malam. Maka masak-memasak pun start on hari raya jugak. Juadah pun simple je buat lodeh ngan nasi impit. Disebabkan aktiviti beraya/open house takde, kami pun bercamwhoring raya jelaa kat luar rumah. Hahaha..dasar kan..

~baju atuk opah bagi tahun lepas dah sendat :p







Tapiiii..yang bestnya, ini haaa..


Biskut dan kuih raya dari Malaysia dah sampai..beserta dodol dan lempok doyan. Alhamdulillah.


Sabtu, 3 Syawal
Hari raya ketiga kami dijemput ke open house Afizal & Misa. Pasangan pengantin baru ni masak sedap-sedap. Ada laksa penang, mee kari mutton dan rendang ayam serta nasi impit. Kuih raya pun berbalang-balang. Hehe..Kitorang sampai antara yang paling awal dalam pukul 2 petang camtu. Kitorang bertema silver hari tu. Fahim pakai baju present dari Aunty Dalina & Uncle Jerul.


Fahim dah lama tak jumpa orang, so masa sampai rumah Afizal dia menangis macam kena injection. Haiyoh! Setengah jam nak tenangkan dia sambil suap lunch. Pulak tu nap time dia, memang cranky. Tapi setengah jam lepas tu alhamdulillah dah ok. Dah buat muka tak malu tawaf rumah orang. :p Cuma masih taknak orang pegang.

~siap spesel sampul duet raya from Afizal&Misa.Tq.


Ahad, 4 Syawal
Open house di rumah kami pulak hari ni. Event start pukul 12 tengahari tapi tetamu terawal sampai pukul 1. Pukul 2 lebih baru mula penuh rumah ni. Makanan yang special ialah nasi minyak hujan panas, daging masak hitam berkerisik, acar rampai, rendang ayam, ketupat pulut dan chocolate smudge cheesecake (org tanya nama kek haram nak ingat..pandai2 bagi nama komersil..hahaha!)

~alhamdulillah berkongsi rezeki

Belajar daripada kesilapan semalam, hari ni pukul 1 sementara tetamu belum sampai kami tidokan Fahim dulu. Biarlah dia rest kang ngamuk cam semalam. So bila dia bangun dalam kul 4 camtu, dia agak culture shock apesal rumah dia meriah sangat ni. Menangis kejap cepat-cepat bawak gi luar backyard. Sekejap je pastu dia dah join abang Jack & Mirul main bola. 



~siap join menempek kat bapak orang lagi..haih tak malu sungguh :p


~Fahim Zidane & IsaHarizs yang sebaya,beza 2 bulan je :)

Kitorang bertema purple biru pulak kali ni. Fahim pakai baju melayu hadiah maklong tahun lepas. Tapi sebab tahun lepas masih besar so simpan tahun ni. Daddy pulak baju melayu warna biji kundang. Mommy pulak berbaju kurung cotton polka dot biru pemberian Aunty Dalina. Pair with purple shawl from Pritties Accessories that I bought from ebay. Haha..nak cari shawl online tade macam kat Mesia so beli je shawl or scarf. Lol!

~memang kelako muka-tahan-panas fahim.. :D

Dan selepas makan-makan, ada sesi camwhoring raya warga Stapod. Yang takde dalam ni cuma Dalina & Jerul sebab family diorang datang beraya di sini. InsyaAllah jika tiada aral ini mungkin raya open house terakhir kami di Stafford. Sebab besar kemungkinan kami akan berpindah ke Leeds Oktober nanti. T_T




~keluarga kecil Stafford


Sabtu, 10 Syawal
Kami dijemput ke open house Isa & Niza pulak di Stoke. Terlewat sikit sebab tunggu Fahim bangun dari nap tengahari so dekat pukul 4 petang baru sampai. Bawak popia goreng as buah tangan. Tak tahu pulak laris sorry buat sikit sangat. :p Sedap Niza masak nasi lemak, mee kari, sandwich dan kek coklat. Bertambah-tambah kitorang makan. Fahim kali ni sebab dah mula banyak kali attend open house, nangis pun seminit dua je, pastu mulalah buat perangai tak malu dia tawaf rumah orang. Hihi. 

~Thanks to Wani Ateng bagi resepi sos popia :)

~bersama tuan tanah kat belakang saya :p



Ahad,11 Syawal
Hari ni kami (dan Niza sefamily) mendapat undangan ke Manchester pulak rumah Farah. First time nih nak jumpa blogger aka bizneswoman nasik kerabu. Hehe..sedap tau Farah nasi kerabu anda. Bertambah2..hihi. Dah lama tak makan nasi kerabu sampai lupa nak letak lauk apa. Nasib baik ada kawan cakap makan dengan kopok sedap. Incek suami lagi laa..taktau yang solok lada tu ada isi ikan. Dia ingat cili/lada je..hahaha tensi je bila ai cite sedap solok lada tu. Moral of the story next time tunggu ayang bubuhkan nasik kat awak ye. :p

~Us..tema blue black, daddy & son were on their checked outfit while I was in polka dots shawl.

~kali ni buah tangan adalah air tangan from M&S :) Strawberry Roses Cake with cream cheese filling.


~bersama tuan tanah Farah Adlini. Fahim yang cheeky sampai tak malu nak botol susu Awisy. Padahal sampai2 nangis dulu. Hahaha!Pic cilok dari fb tuan tanah.

Masa kat rumah Farah semalam tetiba terjumpa ex-UIA. Grad tahun yang sama pulak tu. Course pun sama hahaha! Kalau budak UIA ni cepat je aku scan..kikiki. 

~Rabi the ex-UIA, sat on my left..she's doing her Phd in Politics at Machester Uni.


Balik dari rumah Farah kitorang singgah beli Falouda yang marvellicious kat Moonlight. Tq Niza sebab ingatkan mende ni, dulu lagi nak try tapi asek lupa je. A must-buy-desert when you are in Machester. ;)

~Falouda; ala-ala cendol+vanilla ice cream+biji selasih+sirap. 


Till we meet again..babai! 





p/s perasan tak aku dah buang panggilan 'kak' Farah tu? Sebab kitorang figured out kitorang sebaya smalam.kahkahkah!









Tuesday, 27 March 2012

Parents' Arrival & Mother's Day in UKeeeeyyy!




Salam semua.. lamanya daku hambik masa nak hapdet belog. Tapi memang serius busy doh bila parents/tetamu datang dari Malaysia nak visit kita. Kita yang busy nak bawak diorang sana sini. :) Hari Sabtu 17/3/2012, flight Emirates dari Dubai landed di Manchester Airport dalam pukul 7.30 pagi. Aku dan Zaid keluar dari rumah pukul 5.55 pagi dan alhamdulillah motorway (highway) pun clear je. Sampai kat airport dalam pukul 6.45 pagi camtu.


Tunggu punya tunggu dalam ke'nervous'an (sbb byk sgt makanan eksotik yg aku kirim) last-last muncul 2 wajah yang memang ada iras wajah aku (bapak dgn mak aku ler) :p Alhamdulillah, berkat tak putus2 baca doa dipermudahkan segala urusan, bagasi Haji Hamdan dan Hajjah Pipah lepas kat imegresen tanpa kehadiran sekor anjing pun. Peh.. selamat ikan keli salai sama ikan pekasam. Lebih kurang pukul 8.30 pagi kitorang bergerak dari airport menuju ke Old Trafford stadium. Saje bawak parents jalan-jalan sekitar bandar Manchester..





~aku pun teruja sama sbb 1st time sampai nih..


Lepas tu kitorang singgah Manchester City stadium pulak. Al maklumle..itu pak aji minat sama team Etihad Airways.





Dah pusing-pusing satu bandar, kami bergerak balik tapi singgah kejap kat Stoke-on-Trent untuk lunch. Saja nak introduce makanan Iran kat diorang so kami makan di restoran Bakhan. Aku pernah post gambar nasik dia kat sini. Dah kenyang, bawak parents beli ayam halal kt butcher pakistan, siap dapat free tulang kambing ke lembu ntah. Shopping barang dapur sikit then balik ke Stafford lepas tu. Elok sampai rumah, siap mandi, solat, dan aktiviti memunggah isi perut bagasi, diorang pun dah jet lag. :)


*************


Esoknya, Mother's Day di UK- 18/3/2012. Untuk pertama kali aku sambut Hari Ibu sebagai seorang ibu. Hee.. macam tak caya pulak. Masa parents sampai semalam aku dah present cupcakes kat mama. So esoknya aku dah buat research nak bawak diorang ke Cheddleton Village di 1 daerah kecil antara Stoke dan Stone, untuk naik steam train. Tapi hari tu service dia tak pakai steam, diorang pakai diesel je. Merasalah naik train jaman dolu2. :) Sape minat bolehlah cuba. Tiket adult £11, senior citizen £9. Yang tak best ialah hanya 3 stations je dia bawak. Chedleton-Consall-Kingsley & Froghall.




~Happy Mother's Day to us ;)






That's all for now.. hari ni hjh pipah massk mee kari. Harus makan puas2 sebelum pantang neh (asik excuse yang sama je eh) hahaha!