Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, 19 August 2013

Salam Aidilfitri..Salam Perantauan dari bumi UK.


Assalamualaikum..dah lebih seminggu pun kita beraya. Alhamdulillah panjatkan syukur pada Illahi kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih mudah tahun ni. Sebab tahun ni (2013/1434H), Fahim Zidane dah 16 bulan umurnya masa Ramadhan lalu dan ibadah puasa serta solat tarawikh dapat mommy dan daddy buat secara berjemaah dengan mudah sebab time tu (pukul 10.30 malam) Fahim dah tidur. Kalau tahun-tahun lepas, mommy sendiri terpaksa tak berpuasa sebab mengandung dan menyusukan Fahim. Tahun ni gembira sangat sebab banyak hari dapat bertarawikh. :)


Menjelang raya tu kami pegi Scotland. Dah cerita di entri yang lepas kan. Nanti ai tulis pasal trip gi Scotland dalam entri lain. Entri ni sempena menyambut Syawal yang mulia..meh tengok sambutaan kami di Stafford.


Khamis,1 Syawal
Kami takde kemana-mana. Orang Stafford ada yang masih bekerja. Tapi incek somi dah cuti. Sebab kami ke Scotland 2 hari sebelum tu. Malam raya tu baru sampai rumah dalam pukul 11 malam. Maka masak-memasak pun start on hari raya jugak. Juadah pun simple je buat lodeh ngan nasi impit. Disebabkan aktiviti beraya/open house takde, kami pun bercamwhoring raya jelaa kat luar rumah. Hahaha..dasar kan..

~baju atuk opah bagi tahun lepas dah sendat :p







Tapiiii..yang bestnya, ini haaa..


Biskut dan kuih raya dari Malaysia dah sampai..beserta dodol dan lempok doyan. Alhamdulillah.


Sabtu, 3 Syawal
Hari raya ketiga kami dijemput ke open house Afizal & Misa. Pasangan pengantin baru ni masak sedap-sedap. Ada laksa penang, mee kari mutton dan rendang ayam serta nasi impit. Kuih raya pun berbalang-balang. Hehe..Kitorang sampai antara yang paling awal dalam pukul 2 petang camtu. Kitorang bertema silver hari tu. Fahim pakai baju present dari Aunty Dalina & Uncle Jerul.


Fahim dah lama tak jumpa orang, so masa sampai rumah Afizal dia menangis macam kena injection. Haiyoh! Setengah jam nak tenangkan dia sambil suap lunch. Pulak tu nap time dia, memang cranky. Tapi setengah jam lepas tu alhamdulillah dah ok. Dah buat muka tak malu tawaf rumah orang. :p Cuma masih taknak orang pegang.

~siap spesel sampul duet raya from Afizal&Misa.Tq.


Ahad, 4 Syawal
Open house di rumah kami pulak hari ni. Event start pukul 12 tengahari tapi tetamu terawal sampai pukul 1. Pukul 2 lebih baru mula penuh rumah ni. Makanan yang special ialah nasi minyak hujan panas, daging masak hitam berkerisik, acar rampai, rendang ayam, ketupat pulut dan chocolate smudge cheesecake (org tanya nama kek haram nak ingat..pandai2 bagi nama komersil..hahaha!)

~alhamdulillah berkongsi rezeki

Belajar daripada kesilapan semalam, hari ni pukul 1 sementara tetamu belum sampai kami tidokan Fahim dulu. Biarlah dia rest kang ngamuk cam semalam. So bila dia bangun dalam kul 4 camtu, dia agak culture shock apesal rumah dia meriah sangat ni. Menangis kejap cepat-cepat bawak gi luar backyard. Sekejap je pastu dia dah join abang Jack & Mirul main bola. 



~siap join menempek kat bapak orang lagi..haih tak malu sungguh :p


~Fahim Zidane & IsaHarizs yang sebaya,beza 2 bulan je :)

Kitorang bertema purple biru pulak kali ni. Fahim pakai baju melayu hadiah maklong tahun lepas. Tapi sebab tahun lepas masih besar so simpan tahun ni. Daddy pulak baju melayu warna biji kundang. Mommy pulak berbaju kurung cotton polka dot biru pemberian Aunty Dalina. Pair with purple shawl from Pritties Accessories that I bought from ebay. Haha..nak cari shawl online tade macam kat Mesia so beli je shawl or scarf. Lol!

~memang kelako muka-tahan-panas fahim.. :D

Dan selepas makan-makan, ada sesi camwhoring raya warga Stapod. Yang takde dalam ni cuma Dalina & Jerul sebab family diorang datang beraya di sini. InsyaAllah jika tiada aral ini mungkin raya open house terakhir kami di Stafford. Sebab besar kemungkinan kami akan berpindah ke Leeds Oktober nanti. T_T




~keluarga kecil Stafford


Sabtu, 10 Syawal
Kami dijemput ke open house Isa & Niza pulak di Stoke. Terlewat sikit sebab tunggu Fahim bangun dari nap tengahari so dekat pukul 4 petang baru sampai. Bawak popia goreng as buah tangan. Tak tahu pulak laris sorry buat sikit sangat. :p Sedap Niza masak nasi lemak, mee kari, sandwich dan kek coklat. Bertambah-tambah kitorang makan. Fahim kali ni sebab dah mula banyak kali attend open house, nangis pun seminit dua je, pastu mulalah buat perangai tak malu dia tawaf rumah orang. Hihi. 

~Thanks to Wani Ateng bagi resepi sos popia :)

~bersama tuan tanah kat belakang saya :p



Ahad,11 Syawal
Hari ni kami (dan Niza sefamily) mendapat undangan ke Manchester pulak rumah Farah. First time nih nak jumpa blogger aka bizneswoman nasik kerabu. Hehe..sedap tau Farah nasi kerabu anda. Bertambah2..hihi. Dah lama tak makan nasi kerabu sampai lupa nak letak lauk apa. Nasib baik ada kawan cakap makan dengan kopok sedap. Incek suami lagi laa..taktau yang solok lada tu ada isi ikan. Dia ingat cili/lada je..hahaha tensi je bila ai cite sedap solok lada tu. Moral of the story next time tunggu ayang bubuhkan nasik kat awak ye. :p

~Us..tema blue black, daddy & son were on their checked outfit while I was in polka dots shawl.

~kali ni buah tangan adalah air tangan from M&S :) Strawberry Roses Cake with cream cheese filling.


~bersama tuan tanah Farah Adlini. Fahim yang cheeky sampai tak malu nak botol susu Awisy. Padahal sampai2 nangis dulu. Hahaha!Pic cilok dari fb tuan tanah.

Masa kat rumah Farah semalam tetiba terjumpa ex-UIA. Grad tahun yang sama pulak tu. Course pun sama hahaha! Kalau budak UIA ni cepat je aku scan..kikiki. 

~Rabi the ex-UIA, sat on my left..she's doing her Phd in Politics at Machester Uni.


Balik dari rumah Farah kitorang singgah beli Falouda yang marvellicious kat Moonlight. Tq Niza sebab ingatkan mende ni, dulu lagi nak try tapi asek lupa je. A must-buy-desert when you are in Machester. ;)

~Falouda; ala-ala cendol+vanilla ice cream+biji selasih+sirap. 


Till we meet again..babai! 





p/s perasan tak aku dah buang panggilan 'kak' Farah tu? Sebab kitorang figured out kitorang sebaya smalam.kahkahkah!









25 comments:

Eta said...

Meriahnya raya! Baju Khalid sama kaler la ngan fahim. He he..rajin ninie buat open house. Teringat masa mula2 sampai UK dulu ninie ade buat open house jugak eta g tolong-tolong. Malu kucing lg time tu. Pastu Ade org ngorat. Kihkihkih. Kbai.

PS: wahh dh nk pindah dh. Kosong la stafford..huhu.nnt update cerita dkt Leeds pulak tau.

Ninie Hanis said...

Eta,

Alhamdulillah,kira oklah walaupun first day tu duduk umah je.Aah..ninie ingat lagi incek wan haneef rajin beno nak nolong.Al-maklumlah :p tapi seronok la bila ingat balik korang datang tolong ringan keje. :)

Takdela rajin sgt,tapi ninie masak resepi Eta tau daging tu. Tq for the recipe. Sebab rasa ni last kat Stafford tu yg buat tu.Insyallah doakan la semuanya ok ye.

Iqa Jalil said...

Salam kak Ninie,

ni tqa , kita jumpa kat open house kakj farah. wah.. dah update dah cerita raya. gambar open house hari ahad pun masuk sekali. pantas dan efisiennye, hehe.. Nice to meet you kak ninie, keep in touch :D

hugs & kisses untuk fahim from aunty tqa.


Atiqah, Manchester

Anonymous said...

Meriahnya.. Dekat msia pun tak macam ni.. At least untuk i.. Heheheh

Yanti

Rinna said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. buat Ninie, Zaid dan Dak Comel Encem tuh.. :)

Waah meriah laa lauk pauk raya.. Sedap2 plak tuh.. Seronok tgk uols sambut raya..kat sana.. :)

~Mami Little Hero~ said...

Ninie,

Hahahah pecah rahsia tahu umur kita sama kan. hahahah. tu lah kalau dah terbiasa berakak2 ni kan susah betul. kuikuikui2. tak pa next time meh turun manchesta lagi hokkeh. sedap angattt kek tu. dah habis kitaorang pulun makan. si fahim ni memang nak kena geget la mula2 nangis bukan main2 last2 dia yang notty. heheheh

ishamizu said...

Memang meriah org Stapod beraya! Hihi mknn pon heaven tu ha..;)

Nway akk dah agak dah ninie n farah sebaya tp akk diamkan je hee..

Nway. Ninie nk pdah Leeds? Zaid pindah keje kt sana ke? Nti update no..:)

Ninie Hanis said...

Atiqah,

Welcome to my blog dear..Aah..pantas la mau nye tak banyak entri terkepam tau.Anyway,Ahad ni dtg ye.Ada invite kat your blog.

Fahim throws back hug&kisses. Nice to meet you too. ;)

Ninie Hanis said...

Yanti,

Biasa jelah kat sini.Sekali sekala jumpa ramai2 macam ni baru la terasa kemeriahan.

Anak awak nama apa yg sebaya Fahim ni?mesti byk collect duit raya ni.hihi..

Ninie Hanis said...

Maksu,

Selamat hari raya Maksu,Paksu & Haiqal.Dak Fahim ni dah pandai buat cheeky face pastu tawaf merata dalam umah org.haish..

tadelah meriah mana pun lauk raya..masak yang tau je.hihi.Seronok baca entry raya maksu balik kampung. Tunggu cerita gi raya umah bt gajah pulak. :)

Ninie Hanis said...

Farah,

haha..tulah! Perasan veteren lagi..kuikui..Tapi nasik kerabu tu mmg best la.Alahh kek tunjuk je..ape la sgt.

Fahim mmg camtu. Drama je lebih.. :D InsyaAllah kita halo2 kalau singgah manchesta. :)

Ninie Hanis said...

Ishamizu,

Alhamdulillah happy gak dapat jumpa kawan2..nak2 pulak nanti dah nak pindah Leeds. Tapi takdelah semeriah akak kat London tu.wee ;)

Wakaka..ada orang tu la approach kita ngan title 'kakak' dia.Kita ikut kan aje.hewhewhew..

Aah,pindah Leeds sebab Zaid dapat offer sana tapi masih dengan co. yang sama.Nanti kita hapdet kendian ye.

Anonymous said...

Fahim pun dah boleh berkawan, so lg best lah raya kan?.. Hehhe.. Anak saya nama aaila.. Setahun 3 bulan... Letih jugak bawak beraya..hehehe..
Btw, awk pernah review psl tomee tipee punye botol air kan.. Thanks for the review, terus belikan untuk aaila.. Se likes it, mak nye pun senang hati nak cuci..kekek

Ohh, ninie nak pindah eh? Selamat berpindah.. Nnti bg tips cmne pack barang dgn ada assistant si kecik k..hehehe.. I nak pindah bulan 10 ni jugak.. Tp dlm 25km je dari rumah sewa sekarang kt rwg...hehehe

Yanty

nurbijen said...

selamat hari raya Ninie, maaf zahir dan batin...
huwaa, jeles nyer dah pergi beraya ke manchester...
nanti nak pindah leeds yer? dekat sgt dah tu dgn bradford, nanti boleh la singgah kat rumah akak :)

Me, Myself and I said...

Salam..

selamat hari raya.. blogwalking cari malaysian di uk, terjumpa blog u..
salam kenal..
i kat bristol

Ninie Hanis said...

Yanti,

Ohh..Aaila nama namanya.Baby girl la ni. Awak buatla blog boleh kita tgk gegirl tu. :) Mesti byk dapat duet raya ni kan..;)

Oh beli jugak ye?Aah best kan botol tu. Fahim pun selalu perasan botol air dia kalau pegi rumah sorang kawan dia ni sebab kebetulan botol sama.hihi..

Insyallah nanti ada kesempatan kita hapdet pasal pindah.Bizi bee..

Ninie Hanis said...

nurbijen,

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin ugak buat kak nur sekeluarga. Hihi..tulah,first time jumpa Farah tu.Selalu pot pet2 dalam belog je.

Kak nur,nanti kalau ada pertanyaan pasal rumah ke apa2 ke kat Leeds kita contact akak eh.Skrg tgh house-hunting lah ni.Insyallah mmg ada niat nak visit akak bila kita dekat nanti.:)

Ninie Hanis said...

Me,Myself and I,

Salam kenal kak Aini! (kita agak nama akak sebab blogwalking your blog then nampak maksu kita call you Aino.Kalau salah betulkan)

Oo duduk kat Bristol ke?Nanti bolehla singgah kalau jalan2 ke Bristol.hihi..

Selamat Hari Raya to u too!

Ninie Hanis said...

Kak Aino,

salah taip nak sebut *Salam kenal kak Aino!*

:)

Nadine said...

Eid Mubarak, Ninie!

Love the Eid photo..manisnya ninie duk bersimpuh. classic pose gitu. tapi paling mahal, Zidane punye facial expresion lah. hahaha, so cute!!

Haniza Yazid said...

hihi.... :)
tahu x bila balik je dr open house ninie tu isa ckp ade lagi x daging masak hitam tu? hihihi. nasib baik ninie tapaukan kat kami. :) terima kasih. :) nnt nak tahu jugela resipi nasi minyak tu, boleh? ;) kitorg mmg sedap beno lauk2 ninie masak.. :)

Effa Akmal said...

C0melnye fahim ngn bju mlayu dia 2. Engatkan kak nini dah nk balik msia for g0ods, rupanye pndah tpt lain pulak. Jauh x leeds dr stafford 2?

Ninie Hanis said...

Nadine,

Tenkiu..tenkiu.aww..terharu dipuji. hehe..

Fahim tu memang..sampai kawan ngusik cakap muka nak bertukar jd incredible hulk. Lol!

Ninie Hanis said...

Niza,

Ooohh yeke?haha pecah rahsia.Nasib baik ninie bubuh ek.Tula untungnya jadik orang last balik kan..alhamdulillah kalau sedap maklumla isa&niza pun pandai masak jugak.hihi. Eta pasti berbangga sebab resepi dia menjadi pujaan ramai ni. :)

Ok nanti ninie share resepi nasi minyak dan pulut rice cooker tu. Hari tu dah letak tp mungkin niza tak perasan kot.takpe ninie tulis balik.

Ninie Hanis said...

Effa,

Balik for good belum lagi,tapi yang ke Leeds ni dalam 2 jam dari Stafford.Sejam dari Manchester.Dan lebih dekat kalau nak ke Scotland. ;)

Hihi tq..Bila awak nak hapdet cite raya ni.Nak baca kisah kpop si Feeras tu.hihi.Eh aritu mintak resepi bread&butter pudding ai dah bagi tau.Sila buat!:)