Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Happy Birthday to Us! Eid Mubarak to You!

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha semua..Wah wah..akhirnya dapat kuhapdet berita sensasi dari Bradford. Alhamdulillah dah selamat kami bermastautin dan menjadi warga kota Bradford. Walaupong tak habih cover lagi, tapi so far kami semua seronok di sini.


Seperti tajuk filem di atas, aku dan incek zaid sambut besday secara sederhana je kat rumah baru. Besday iols lapanharibulansepuluh haritu dan besday beliau semalam limabelasharibulansepuluh. Birthday aku seminggu yang lepas jatuh sehari selepas kitorang berpindah ke Bradford. Hari tu Zaid masih cuti. Aku mulanya taknak gi memana sebab aku nak mengemas je. Tapi Zaid beria-ia ajak so taknak durhaka ikot jelah kan. Hewhewhew..Kitorang gi jalan-jalan ke city centre punyalah jakun happy sebab ada KFC dan Nandos halal. Kahkah! Pathetic sungguh..Zaid bawak makan di Nandos dan kebetulan pulak hari kerja dan time tu dah lepas lunch time, maka tak ramai orang la kat situ.

~we were in smokey black theme that day


~my fav photo of the day :)


Dah makan-makan dan jalan-jalan kitorang pun balik rumah. Rumah kitorang kat Laisterdyke,Bradford, dalam 10 minit dari city centre. Sampai je kat pekan dekat rumah kitorang tu tiba-tiba ternampak satu kedai patisserie ni..

 Zoya Cafe & Patisserie
~apebende ni bolat-bolat kaler pink,mommy?

Kat kedai ni bukan je ada jual kek, tapi macam2 jenis manisan dan juga ada cafe kalau nak makan dan minum kat situ. Boleh like facebook Zoya kalau nak tengok menu dia. Bukan desert saje, Italian food like lasagna, spaghetti, steak dan makanan Asia pun ada. Yang pasti halalun toyyibah :) Hari tu kami pegi disambut chef dia/baker brother Luqman namanya. Masa nak beli aku tanya apa nama kek ni (sebab takde label/nama/price). Pastu bro Luqman tu terus explain satu2 semua kek kat situ, siap panjang lebar ala-ala masterchep punya tajuk makanan. Hahaha!

~mouth-watering deserts in a beautiful box. Perfect for my birthday!


Semalam pulak birthday Zaid dan jugak Hari Raya Haji. Tapi dia keje. So takdelah nak beli kek apa. Cuma masakkan rendang dan nasi jugak nasi ayam madu. Malam semalam juga kami dijemput beraya ke rumah blogger Kak Nur. Akhirnya berkenalan jugak in person dengan Kak Nur dan family dia. Such a nice person and so others Malaysian friends di Bradford. Time kasih jemput. Sedap macam-macam ada, sate, nasi ayam, kek, sambal sotong..kenyang perut sukahati. Hehe.. Si Fahim Zidane as usual, sampai drama dulu. Pastu nampak abg Danish ajak main terus lepas tu buat muka-tak-malu-kelebek-kabinet-dapo-tawaf-satu-rumah haishhh -_-'. Sayangnya terlupa nak bergambo ngan tuan tanah.



Ok..that's it. Cerita pasal rumah kita simpan dulu for next entry. Haha! Jangan marah aa.. Sebab belom habih kemas betul2. Nanti dah siap kita amik gambo. Harap bersabo. Sebagai penghargaan pada kesabaran anda..nah intro umah baru.. Gambo masa hari pindah itu hari..



~jiran baru..Cik Embong. ;)





Tuesday, 27 August 2013

Scotland Menjelang Raya-Full Story

Asalammualaikum..haaa..entry ni sebelum terkepam je dlm draft baik post laju2..Eh bunyi cam Royal Mail pulak. :p Citernye kitorang ke Scotland 2 hari sebelum hari raya. Sebab incek husben ada urusan di sana. So sambil menyelam sambil minum air lah kan..kira short break la sekali memandangkan kitorang belum pernah jejak Scotland lagi. Kitorang plan nak gerak subuh tapi Fahim bangun pukul 9 pagi hari tu. Alih-alih pukul 11 baru gerak. Takpelah..perjalanan pun jauh baik bagi Fahim tido puas-puas dulu.


Perjalanan pun smooth je tade traffic atau accident. Kitorang sampai Edinburgh pukul 5 petang lepas stop kat beberapa services (r&r). Food as usual aku dah tapau dari rumah dan lunch pun dalam perjalanan je. Masa nak menuju ke Edinburgh, kena lalu jalan berbukit dan gunung-ganang serta countryside. Cantik sangat pemandangan nampak farm animals dan hijau alam semulajadi. :)










Sampai di Edinburgh pukul 5 camtu so kitorang pusing2 je kat city dia. Dah set kat satnav nak tuju ke Edinburgh castle, tapi sampai depan castle yang gah tu carik parking plak tade. Park jauh sikit kena naik tangga berbukit pulak. Problem ni bila bawak budak dalam stroller. Last-last ambik gambar dari dalam keta je. Lepas tu kitorang cepat-cepat menuju ke masjid Edinburgh untuk solat jamak. Masjidnya besar dan cantik. Siap ada cafe lagi..dan ada food untuk Iftar disediakan. Cuma kami kena cepat2 gerak ke Perth pulak sebab hari dah nak malam. Kami mintak izin tuan cafe untuk heat makanan Fahim dalam microwave, agaknya dia kesian kitorang musafir, pulak tu dah nak dekat waktu berbuka, dia pun tapaukan 2 bungkus nasi berlauk ayam kat kitorang (kami dah ada food dah sebenarnya). Alhamdulillah rezeki kami la tu. Kami teruskan perjalanan ke Perth, Scotland yang mengambil masa sejam dari Edinburgh city. Sampai hotel Travelodge Perth dalam pukul 9 malam. Dah mandi, solat semua, rasa nasi tapau tadi..ermm sedapnya. Lauk simple kari ayam tapi sedap sangat nasiknya lembut. Fahim pulak kalau tido hotel memang dia sukaaa sangat. Main naik turun katil..last-last kami bertiga tido atas sofabed. *pengsan kepenatan*


~Edinburgh city

~Edinburgh Castle

~nak kena naik tangga kat belakang tu untuk ke castle,sebab kami parking jauh.

~Edinburgh castle yang besarrr! Sayang tak berkesempatan nak pegi..


~beca di Edin ;)


Esoknya, kami memang dah bayar untuk late check out sebab Zaid ada urusan dan habis pukul 2 petang. Lepas daddy pick up mommy and and Fahim kat lobby, kitorang terus sightseeing Perth pulak. Town dia taklah secantik Edinburgh tapi nice jugak. Kami ke Scone Palace, yang menjadi antara attractions kat Perth ni. 

~Perth city

~Scone Palace








Dekat Scone Palace tu ada Scottish highland cattle, spesis lembu berbulu panjang camni, comel tau yang putih tu baby lagi. Fahim pun sibuk nak rasa usap bulu lembu tu. Hihi.. Konon nak buat video salam perantauan berlatarbelakangkan lembu Scotland ni..tapiiiiiiii boifren ai ni pemalu boifren kecik tak berapa malu pun. Maka nak berucapan sorang-sorang terasa janggal pulak. Takpelah..lenkali lah. Raya haji ke,tengoklah. Hahaha! Maka video keek ni jelah yang ado.


Aug 7, 2013 | by honeyzidane on Keek.com





Selepas dah puas pusing-pusing Perth, kami ke Glasgow pulak. Kiranya short trip kami ni dah cover Edinburgh, Perth dan Glasgow lah..hehe! Tapi bagi aku Glasgow biasa je lah, macam yang dah biasa tengok kat Birmingham atau Manchester. Lain feel dia bila dibandingkan dengan Edinburgh. Eh orang Glasgow yang baca ni jangan marah ye. :) Mungkin sebab belum habis pusing kot. InsyaAllah kalau ada rezeki pegi lagi nak buat research tempat2 menarik dulu.  

~kat Scotland je ada banyak castle,ni salah satunya yg boleh dilihat dari motorways


Glasgow city


Kami singgah solat jamak di Masjid Glasgow sebelum bertolak balik ke Stafford. Singgah di services bersihkan badan Fahim sebab sampai je nanti boleh terus tido.



Alhamdulillah kami sampai Stafford pukul 11 malam..tapi esoknya raya. Apa pun tak masak lagi..Aaaaaa..!!!

Friday, 12 July 2013

London Short Visit & Natural History Museum

~keterujaan terrcetus sebaik melihat bangunan Natural History Museum dari luar pagar :)


Assalamualaikum. Hola! Dah masuk hari ketiga berpuasa. Alhamdulillah semalam cuaca tidak sepanas hari-hari lepas hinggakan sampai memasang kipas. Alhamdulillah Allah memudahkan ibadah berpuasa kami pada musim panas ini.


Ok nak cerita pasal London short visit aritu. Kenapa short visit? Sebab pegi hari Khamis..Jumaat dah balik. hehe..pegi kejap je tido semalam di one of Travelogde hotels in Bedford. Eh awat Bedford, bukan London? Haa..sat..sat..dengaq baca bagi perabih dulu naa..


Kami ke Bedford dulu pada Khamis 20/6/13. Esoknya baru ke London sebab nak renew passport aku yang dah expired. Tak sangka dah 5 tahun rupanya passport tu. haish.. Hubby pulak ada urusan kerja di town Arlessy, Bedford. Urusan dia pukul 4 petang Khamis tu. Memandangkan pukul 3 petang baru boleh check in, kami pun bertolak dalam pukul 11 pagi supaya Fahim boleh tido je sepanjang jalan (sebab time 11-2 ialah nap time dia). Perjalanan ke Bedford mengambil masa dalam 2 1/2 jam gitu campur berhenti di services. Sampai kat Travelodge pukul 2.30pm, alhamdulillah staff dia bagi check in awal. Dapatlah daddy Fahim mandi segarkan badan dulu pastu menjamu selera sekali sebelum keluar.


Seperti biasa mommy Fahim yang rajin terlebih ni akan masak siap-siap dari rumah kalau pegi mana2. Nak feeling piknik sokmo..padahal tade nye nak berhenti mana2. huhu!



Nasik lemak, sambal ikan bilis, telur rebus, kacang panjang rebus dan peas untuk Fahim. Lepas incek husben keluar, terus ajak Fahim mandi bath tub. Pas mandi ingat dia nak tido. Nan hado..agaknya dah puas tido sepanjang perjalanan tadi kot. Buka sofa bed..lagi seronok la dia main terjun2.. :) Dalam pukul 5 lebih daddy balik, mommy dah ajak jom keluar. Bawak budak ni jalan. Kami pusing-pusing je tengok town dan yang penting nak carik makanan halal. Terjumpa satu kedai takeway Bangladesh, hubby order mushroom pilau rice, mix kebabs (marinated kofte beef, chicken and lamb), beef samosa, dan curry. Papadom dan extra mix kebab dia bagi free sebab dia suka kitorg Muslim. Dan dia tau Malaysia..heh..rezeki alhamdulillah. Sayang tak amik gambo..kebab dia sedap hoi...

~budak baru bangun tido.seronok le tu tido sensorang atas sofabed.


Esoknya pukul 9am kami check out sebab nak gerak awal untuk urusan passport. Dari Bedford ke London city (zone 1) ambil masa dalam 40 mins. Nak masuk London kalau bawak kereta kena bayar congestion charge which is sekarang dah naik ke £10/day. Masuk je London, jalan jammed teruk. Pukul 10.30am baru sampai kat Malaysian Embassy. Nasib ada parking kat situ, nak bayar parking kita kena call dan bayar melalui debit/credit card through phone. Tu je dah ambik masa dekat 5 minit.


Sampai je kat kaunter terus ambik nombor dulu. Oleh kerana sudah punya pengalaman renew passport incek husben sebelum ni, maka dah tau kena siap-siap print dan isi borang, photostat 3 benda penting iaitu i/c depan belakang, passport, dan visa untuk pengesahan address semasa. Dan siapkan cash ye untuk buat passport. Pastu tinggal nak ambik gambar je kat situ. Ambik gambar bayar £5. Dah ambik gambar tunggu je nombor dipanggil. Hari tu taklah ramai orang. Masa dipanggil untuk hantar borang, Encik kat dalam interview aku tanya duduk mana. Stafford tak tau..tapi bila aku cakap dekat dengan Stoke-on-Trent amboih..terus2 tau pinggan mangkuk Portmerion. Terus2 bagi email address kat aku suruh hapdet dia kalau ada sale. Wakakak!


Passport siap pukul 3pm karang. Sempat kitorang beli nasi lemak untuk Fahim, dan kuih bakar,karipap dan yang sumpah sedap pulut panggang. Each kuih 4pcs dan total £8 ye..takpe setahun sekali,nak jumpa payah. Sementara nak menunggu passport, mommy terus teringat kak Ishamizu pernah cerita dia pergi Natural History Museum dan memang betul best wohhhh tempat tu. Masuk free, tapi parking untuk sejam ialah £4, so kami bayar £6 untuk sejam setengah.




Nak masuk beratur panjang gila. Tapi sekejap je dah masuk sebab beratur tak lama. Masuk-masuk je dah nampak rangka dinosaur..wohhh teruja! Tetiba feeling Night in the Museum. Sebabkan bawak budak dalam stroller yang dah takmo duk diam sebab dia pun teruja sama..maka ground floor je dapat spend masa. ..







Tapi sebelum balik, mommy cakap kat daddy mommy nak dukung Fahim je bawak naik tingkat atas. Wowieee...tingkat atas dia best! Sumpah architecture dia gojes..aku terpegun. Fahim pun aku biar je dia bebas berjalan sebab kat atas tak ramai orang macam kat bawah. Walaupun cuma dapat pusing setingkat tu je, aku puas hati jugaklah. Senyum meleret ke'happy'an. Daddy siap standby ngan camera bila nampak mommy ngan Fahim dia terus snap dari bawah. InsyaAllah ada rezeki nak datang lagi sebab kat atas tu bagi feeling super best macam dalam movie National Treasure pulak..oh daku bleh layan cite tu beratus kali uols.


~merayau sensorang..





Gambau yang lain2 boleh tengok kat sini.


Balik ke Malaysia Embassy untuk collect passport, dan terus ke Westfield pulak. Ni frist time pegi Westfield kata orang banyak butik. Tapi ai sempat mencelah ke butik Coach je. Wowiee sale 1/2 price kau jahhh! Juling bijik mata tapi hatiku belum betul2 tertambat lagi. Late lunch kitorang di food court dia. Kitorg makan Vietnamese food, vegetarian dishes of course. Dah makan sempat bawak Fahim main kat tempat changing room kat situ ada play area. Taknak balik melalak nak main..haiyoh.. cepat2 masuk stroller-jalan-diam. Nak pusing-pusing lagi tapi takut lewat sebab kitorang nak drive balik Stafford.


Pukul 7pm gerak keluar dari London..Ya Rabbi..jammed gila. Rupa-rupanya ada accident. Alhamdulillah Fahim tak merengek melalak..cuak jugak sebab time jammed camtu la dia poo poo. Dah lepas traffic, kitorang berhenti dekat services di Bedford. Bersihkan Fahim tukarkan baju tido, makan sikit dalam kete. Then jalan..


Kepenatan kitorang bertiga..sampai Stafford dah dekat pukul 10pm. Terus buka sofa bed kat bilik Fahim, tiga-tiga pengsan..zzzz!


Wednesday, 10 July 2013

WW26- Natural History Museum London












What: Natural History Museum
Where: South Kensington, London
When: Friday, 21/6/2013
Who: Zaid, Fahim and I.