Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday 27 August 2013

Scotland Menjelang Raya-Full Story

Asalammualaikum..haaa..entry ni sebelum terkepam je dlm draft baik post laju2..Eh bunyi cam Royal Mail pulak. :p Citernye kitorang ke Scotland 2 hari sebelum hari raya. Sebab incek husben ada urusan di sana. So sambil menyelam sambil minum air lah kan..kira short break la sekali memandangkan kitorang belum pernah jejak Scotland lagi. Kitorang plan nak gerak subuh tapi Fahim bangun pukul 9 pagi hari tu. Alih-alih pukul 11 baru gerak. Takpelah..perjalanan pun jauh baik bagi Fahim tido puas-puas dulu.


Perjalanan pun smooth je tade traffic atau accident. Kitorang sampai Edinburgh pukul 5 petang lepas stop kat beberapa services (r&r). Food as usual aku dah tapau dari rumah dan lunch pun dalam perjalanan je. Masa nak menuju ke Edinburgh, kena lalu jalan berbukit dan gunung-ganang serta countryside. Cantik sangat pemandangan nampak farm animals dan hijau alam semulajadi. :)










Sampai di Edinburgh pukul 5 camtu so kitorang pusing2 je kat city dia. Dah set kat satnav nak tuju ke Edinburgh castle, tapi sampai depan castle yang gah tu carik parking plak tade. Park jauh sikit kena naik tangga berbukit pulak. Problem ni bila bawak budak dalam stroller. Last-last ambik gambar dari dalam keta je. Lepas tu kitorang cepat-cepat menuju ke masjid Edinburgh untuk solat jamak. Masjidnya besar dan cantik. Siap ada cafe lagi..dan ada food untuk Iftar disediakan. Cuma kami kena cepat2 gerak ke Perth pulak sebab hari dah nak malam. Kami mintak izin tuan cafe untuk heat makanan Fahim dalam microwave, agaknya dia kesian kitorang musafir, pulak tu dah nak dekat waktu berbuka, dia pun tapaukan 2 bungkus nasi berlauk ayam kat kitorang (kami dah ada food dah sebenarnya). Alhamdulillah rezeki kami la tu. Kami teruskan perjalanan ke Perth, Scotland yang mengambil masa sejam dari Edinburgh city. Sampai hotel Travelodge Perth dalam pukul 9 malam. Dah mandi, solat semua, rasa nasi tapau tadi..ermm sedapnya. Lauk simple kari ayam tapi sedap sangat nasiknya lembut. Fahim pulak kalau tido hotel memang dia sukaaa sangat. Main naik turun katil..last-last kami bertiga tido atas sofabed. *pengsan kepenatan*


~Edinburgh city

~Edinburgh Castle

~nak kena naik tangga kat belakang tu untuk ke castle,sebab kami parking jauh.

~Edinburgh castle yang besarrr! Sayang tak berkesempatan nak pegi..


~beca di Edin ;)


Esoknya, kami memang dah bayar untuk late check out sebab Zaid ada urusan dan habis pukul 2 petang. Lepas daddy pick up mommy and and Fahim kat lobby, kitorang terus sightseeing Perth pulak. Town dia taklah secantik Edinburgh tapi nice jugak. Kami ke Scone Palace, yang menjadi antara attractions kat Perth ni. 

~Perth city

~Scone Palace








Dekat Scone Palace tu ada Scottish highland cattle, spesis lembu berbulu panjang camni, comel tau yang putih tu baby lagi. Fahim pun sibuk nak rasa usap bulu lembu tu. Hihi.. Konon nak buat video salam perantauan berlatarbelakangkan lembu Scotland ni..tapiiiiiiii boifren ai ni pemalu boifren kecik tak berapa malu pun. Maka nak berucapan sorang-sorang terasa janggal pulak. Takpelah..lenkali lah. Raya haji ke,tengoklah. Hahaha! Maka video keek ni jelah yang ado.


Aug 7, 2013 | by honeyzidane on Keek.com





Selepas dah puas pusing-pusing Perth, kami ke Glasgow pulak. Kiranya short trip kami ni dah cover Edinburgh, Perth dan Glasgow lah..hehe! Tapi bagi aku Glasgow biasa je lah, macam yang dah biasa tengok kat Birmingham atau Manchester. Lain feel dia bila dibandingkan dengan Edinburgh. Eh orang Glasgow yang baca ni jangan marah ye. :) Mungkin sebab belum habis pusing kot. InsyaAllah kalau ada rezeki pegi lagi nak buat research tempat2 menarik dulu.  

~kat Scotland je ada banyak castle,ni salah satunya yg boleh dilihat dari motorways


Glasgow city


Kami singgah solat jamak di Masjid Glasgow sebelum bertolak balik ke Stafford. Singgah di services bersihkan badan Fahim sebab sampai je nanti boleh terus tido.



Alhamdulillah kami sampai Stafford pukul 11 malam..tapi esoknya raya. Apa pun tak masak lagi..Aaaaaa..!!!

13 comments:

cocochaneta said...

Bestnye g scotland:-) suami kita sama la pemalu..erk!

Ishamizu said...

Aah release sket sakit kepala akk ni tgk gmbr2 pemandangan kt Scotland ni hihi

Akk suka Edinburgh city! Cantikkan..tp sejuknya ya Allah, smpi ke tulang hitam! Hehe

Unknown said...

Ninie.

Yang nampak dari motorway tu Sterling Castle. Cantik sangat kan. Eh ninie ni ruginya gi Edin tapi tak sempat singgah Edin Castle. Adalah parking yang buggy friendly... marah den. hahahha. Perth tu jauh sikit kan. Memang elok la ninie bertolak awal sbb kalau dah gelap scary jugak.

Mijoe said...

anak sape la hensem sangat tu... :p

Mrs.NZ said...

Eta,

Wan Hanep pemalu ke?Aishh..tak kot. Dulu masa dia sibuk ngorat sorang junior tu kan..dia sangat peramah kan..kan ;) hihi

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

Memang cantik kan pemandangan di Scotland ni esp Edin tu kan..kitorg pegi aritu kan time summer jadi cuaca nya sedap je.Kak Izu gi musim apa dulu?Tapi mmg time winter dia..pffff sejuk kan.

Mrs.NZ said...

Farah,

Satnav kita la ni,pening pulak bila set Edin Castle..Mula2 mmg dah sampai depan2,sayang xsempat capture gambar. Bila nak pegi balik parking lak xjumpa.Biasalah aci redah dan nak cepat pun sama,lenkali pegi nak study dulu mana nak parking.

Aah..baru teringat that was Sterling Castle.Masa tu jalan jem tau..Farah dah pegi ke Sterling Castle?best ke? Kalau best boleh la pegi nx time :)

nurbijen said...

baru tahu kat UK pun ada perth, ingatkan kat Australia jer ada perth... hihihi
Tapi betul la, kami dulu pun jalan agak jauh juga nak ke Edin castle... mmg dalam tu luas dan pemandangan pun cantik....

Mrs.NZ said...

Kak Nur,

Sama la kita pun..masa mula2 dengar Zaid bagitau pasal Perth memang tak sangka ada Perth kat Scotland. Ingat kena pegi Oz. Haha..

Mrs.NZ said...

Mijoe,

haaa...ensem ikot mommy kan..kan..kan? :D

cocochaneta said...

wan hanep malu?? mmg x la ninie..hehe. cantik betol gmbr2 entry ni

Mrs.NZ said...

Eta,

hahahahah!!!

Tq by the way.. :)

Unknown said...

Ninie,

Farah pun tengok dari motorway je. Terpegun la tengok dia seketul atas bukit tu. dari mula nampak sampai dah tak nampak farah tengok je. mmg nampak gah. Scotland ni suka buat castle atas bukit tinggi kan.