Sebenarnya tiada plan pun mahu membeli henpon baru. Netbook aku tu je cemburu sangat. Kalau ye pun tuan dia dapat sematpon baru, itu bukanlah berarti dia tidak menyayangimu lagi. Cuma tawaran sematpon baru(ok taklah baru sebab latest model 4s, yang di'offer' tiadalah 's' nya) tidak mampu kutolak. Lebih2 lagi bila sematpon experiyah ku sudah tak terasa ke'semat'an nya. Nak check fb pun asyik error,memang tak smart langsunglah.
Kudapat sematpon Ipon Empat itu sebab kontrak 24 bulan hampir tamat. Maka taknak customer lari diriku di'offer' henpon baru itu dengan monthly yang sama for another 24 months. Rakan sekalian janganlah hairan mengapa baru sekarang nak ber'instagram'.lol!!!
Khidmatmu masih diperlukan wahai netbook. Ketahuilah bahawasanya menaip entry dengan skrin sentuh amatlah annoying rasanya. Nasib baik kamu ada insurans tahu? Didoakan semoga dirimu tak dapat direpair. Boleh dapat netbook baru..*gelak penjahat.