Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Saturday, 7 May 2011

Imbasan Perkahwinan Diraja Will & Kate


Enjoy singing along while reading this entry..cheers!



Seminggu yang lepas, pagi-pagi aku dah bangun. Turun bawah buka tv pastu buat breakfast. Tercongok depan tv sehari suntuk untuk tengok royal wedding, hari yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Britain hatta bukan rakyat britain sekalipun. (tudia ayat..) Kat Malaysia katanya Ntv7 buat siaran langsung ye selain Astro. Samalah, kat sini pun live kat siaran BBC 1 dan ITV1. Ada jugak beberapa orang kawan yang pergi ke London. Sanggup ye korang, tengok kat tv berpuluh ribu orang kot.

Sepanjang perjalanan majlis gilang-gemilang tu, paling teruja bila aku nampak scene ni kat tv. Terus ambik henpon dan snap.

bila aku nampak bendera Malaysia kat belakang tu depan Buckingham Palace..touching betul,tsk.

teruja bila nampak Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan bersama Tuanku Permaisuri.Cantik sangat permaisuri. :)


Menonton royal wedding mengingatkan aku pada kawan-kawan masa form 3, gila habis kitorang kat William time tu, selain David Beckham :p Pastu kat UIA sorang rumate aku budak Singapore ni memang fan habis kat Princess Diana. Pernah berhasrat nak claim diri dia ada kanser semata-mata nak Princess Diana datang jumpa dia. Haha! Pasal tu aku tak heran dia sanggup datang dari Singapore semata-mata nak tengok royal wedding. You really a royal big fan, girl.


Enjoy menonton moment2 menarik ketika royal wedding. I love her dress, her veil and Kate herself. Betul kata Kak Nurill, sekali tengok Kate masa ni macam Tuanku Zara Salim Davidson, isteri kepada Raja Nazrin Raja Muda Perak. :)




Dah tengok iklan T-Mobile sempena royal wedding? Coooool.. klik sini.


p/s teringat masa nak tempah baju kahwin dulu aku usung majalah Wanita yang ada gambar Tuanku Zara. Nak suruh jugak nyonya butik tu jahit baju nikah aku macam dia. pathetic sungguh..


.......

entry ni aku re-post sbb ada sedkit error pada uploaded pictures.tahape-hape tah moblog nih.

Monday, 18 April 2011

Royal Wedding Fever!

Penangan perkahwinan diraja William & Kate. Pagi-pagi Sabtu di kala ramai penghuni flat masih ketiduran, aku bangun lalu menggosok gigi. Terus menapak ke tesco untuk beli suratkhabar. Satu aktiviti mingguan yang langsung tak lazim dengan aku semata-mata untuk dapatkan benda ni....

Semangat aku nak beli newspaper pagi tu sebab aku tengok kat tv yang Daily Mail akan selitkan dvd Happy & Glorious Royal Wedding On Film.

Best sangat dapat buat collection & tengok perkahwinan kerabat diraja Britain, dan yang paling best aku dapat tengok balik rakaman first royal wedding back in 1923 (still in black and white), Princess Elizabeth (now Queen) married to Prince Philip (handsome ;p ) on 1947...dan of course lah the fairytale wedding of Prince Charles and Lady Diana Spencer.

Yes..the whole country can't wait to see Price William & Kate Middleton's wedding on this coming 29th. Even my Singaporean friend,Hanna will be coming to experience it herself. Hanna,i nak flag gambar william & kate/or any souvenirs depan Buckingham Palace ok. :p

Saturday, 15 January 2011

Selamat Pulang ke Tanahairku Terchenta..

Salam semua.

Gila! Dah bersawang-sawang dah blog aku ni.Bak kata kawanku,Fatt blog aku ni spider leh wat spider web.Tatkala aku menulis ni,untuk pengetahuan korang aku sekarang dah pun kembali ke UK.Baru je sampai rumah pukul 1 tengahari (pukul 9 malam waktu malaysia) hari Jumaat.Naik flight dari KLIA hari Khamis jam 8.20 malam (waktu malaysia).Mak aih..sehari suntuk di awan-awangan..Landed kat heathrow airport,terus naik heathrow express,naik tube,dan naik train sampai la Stafford.Alhamdulillah selamat sampai.Oh ye,anjing kat airport takde,selamat keropok lekor yg kami bawak dalam beg.hahaha!Sampai je,terus goreng keropok lekor dan makan kek lapis sarawak.Kenyang,mata pun dah ngantuk.Tengok jam dah pukul 4 petang,sah diriku jetlag.Terus naik katil tido!Sedar2 pukul 4 pagi.Aku pun bangun,gosok gigi,buat air teh tarik dan sekarang tengah menaip belog yang korang baca nih.. :p

So,sekarang ni aku nak flashback balik memori di Malaysia.Destinasi jalan2 aku yang pertama lepas jumpa family ialah menjenguk Aan dan Fiza yang sedang sarat 9 bulan masa tu.Yuk tengok gambar..


~rumah fiza dan aan,kemas je.



~aku tau ko rindu perut besar ni kan..hehe..


Aku jumpa Fiza sebab nak pass barang2 baby yang dikirim dari UK.Dalam dah berjanji nak datang pun ada jugak halangan.Patut jumpa Wani sekali,tapi sebab aku lambat,Wani pun dah balik.Itulah namanya takde rezeki kan.Yang tinggal hanya lauk ikan keli salai masak lomak cili padi wani yang dia bawak dari nogori sembilan.Sedap sangat,thanks fiza dan aan.Tahniah juga sebab baby hafiy rayyan dah pun pulang ke rumah selepas beberapa hari di Hospital Sg. Buloh.

Esoknya,kami ke Taiping kenduri Boy & Zuraini.Boy ni adik ipar kakak aku.Family in law kakak aku ni memang rapat dengan family aku.Mungkin sebab mama dan aunty ruby (MIL my sis) dulu sama2 mengajar di sekolah yang sama.Tak sangka pulak berbesan.Huhu..



~sisters..




Dari Taiping,terus ke Penang pulak rumah my sis Kak Nani.Best sangat jalan2 Penang.Malam tu kak nani bawak gi Padang Kota Lama dan makan pasemboq,sotong kangkung dan kerang bakaq.Perghh..Lepas makan,kami ke pasar malam Batu Feringhi.Tempat ni memang happening waktu malam sebab ada jual macam2 souvenirs.Tapi agaknya badanku yang masih keletihan,perut pun agak 'terkejut' dengan makanan2 tu,esoknya aku dah muntah2 dan headache sepanjang hari.Kerana takmau meng'spoil'kan cuti2 di Penang,kami jalan2 juga dan tido semalam di Chalet Nelayan,berdekatan Taman Negara Pulau Pinang.Pas check in,kak nani,hafiy,babah,kimi dan zaid pergi jalan2 ke taman negara sebab ada pantai di dalamnya.Aku dan mama lepak bilik je sebab aku tak sihat. :(

Scene makan di Padang Kota Lama dan Pasar Malam Batu Feringhi..





Di chalet nelayan,taman negara pulau pinang dan batu feringhi.








~Jagung bakar paling 'mantop' i've ever taste.Sedap bangat!


Esoknya,pas check out kami ke Batu Feringhi.Cuma hafiy,kimi dan atuk diorang je yang mandi.Pastu kami pekena laksa,rojak dan air kelapa.Singgah pulak bergambar di Masjid Terapung di Tanjung Bungah.Depan masjid ni apartment untuk mangsa2 tsunami dulu.







Petang tu jugak kami balik ke Ipoh.On the way tu kami singgah jap kat rumah Kak Minah.Kak Minah ni pulak masa aku kecik2 dia keje sebagai pembantu rumah kat rumah kami di Taiping.17 tahun dia keje,manalah tak sayang kami adik-beradik dengan dia.Lepas aku kawin,dia pulak bertemu jodoh akhirnya.


Tak sangka itu jelah last aku jumpa kak nani dan hafiy.Sebab lepas tu aku dah sibuk di KL dan Perak sampai la cuti kami di Malaysia habis.Rindu sangat..nanti aku update cerita destinasi di Malaysia seterusnya.

Monday, 22 November 2010

Selamat Pengantin Baru!

Wahhh..mentang-mentang bulan Disember bakal menjelang tiba,dah bernyanyi-nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru iye..Al-maklumlah,bulan orang asyik buat majlis kahwin (ceh kata orang,ko pun sama kawin bulan doblas gak..hahaha).Kepada sesapa yang selamat dan bakal melangsungkan perkhahwinan tu,Selamat Pengantin Baru daripada kami berdua di sini.Maaf kalau tak dapat hadir kat majlis korang tu.Tapi sape2 yang akan buat majlis start 4hb Disember 2010,insyallah kami datang.Sebab apa?Haaa....sebabnya i nak balik Malaysia,tanahairku!!! Wuuhuuu...! So sape yang nak kawen dari tarikh yang disebut tadi sehinggalah 31hb Disember bolehlah jemput i dtg makan nasi minyak korang ek,tadehal..dah lama ni tak makan nasi minyak. :p

Kat UK ni pun dah ada 2 orang pasangan pengantin baru yang baru je kahwin raya haritu (raya Aidilfitri ye,bukan raya haji).Pasangan pertama Eta & Wan Haneef dan kedua Isa & Haniza. Baru-baru ni Eta & Wan Haneef buat majlis ala-ala kenduri kahwin kat rumah dia.Senang je tak perlu berkhemah bagai (buat apa sejuk beku kat luar nuu).Tapi semua orang diwajibkan memakai attire yang lazimnya org pakai ke kenduri kawen.Tu diaa...aku dahlah stok baju kurung dah habis pakai semua.Seb baik ada lagi sehelai baju tunang yang masih muat.. :p

Eta masak nasi putih,daging masak kicap,ayam bakar.Housematenya si Anim buat kuah kacang taruk daging dan 2 jenis kek,1 kek coklat dan 1 lagi cheesecake.Budak2 rumah Shieela pulak bawak nasi impit dan desert pie (aku taktau apa namanya) yang sgt sedap.I?Heee....i first time buat cupcakes.Tak sempat ber-icing.Hahaha..Semua makanan kenduri sangat sedap.Eta i suka daging kicap u tau,menyesal tak buatkan sambal belacan,kalau tak misti Ummphh makan ngan daging maska kicap ngan nasi putih kannn?Kuah kacang daging anim meletopss.I loikee! ;)


~Pengantin Baru Eta & Wan Haneef.Sama cantik sama padan..awwhh ;)

~lauk pauk kenduri dan desert anim pie blueberry kot.

~kek coklat utk Afiq yang akan balik for good :( dan cheese cake utk pengantin :).


~pie shieela buat dan kuah kacang meletopss.

Dan ini pulak kedua-dua pasangan pengantin baru.Amboi,dah terbiasa sangat bersanding lah katakan sampai duduk pun dah macam bersanding je kekdahnye ye.Huhuhu ;)


Eh i patut ceritalah sikit kan (macam selalu kat majlis perkahwinan MC cerita detik2 pertemuan pengantin ehehh)..Si Eta ni masih belajar,baru datang masa i buat jamuan raya tahun lepas.Wan Haneef ni pulak dah habis belajar dan keje kat sini.Kira jodoh diorang memang cepat baru berkenalan,terus wan haneef kumpul duit masuk meminang iye?Bagus2,inilah kualiti yang kita mahu.Hehehe...I ingat lagi Eta datang tolong potong2 bawang kat rumah i dulu,wan haneef pun rajin datang tolong goreng ayam,kennn?~wink wink.Semoga korang terus berkekalan bahagia ke akhir hayat.Amin.

Mari lihat aksi2 tetamu..

~shisha dimana saja walau di celah dapur :p





Time potong2 kek..





~Best of Luck to Afiq..