Enjoy singing along while reading this entry..cheers!
Seminggu yang lepas, pagi-pagi aku dah bangun. Turun bawah buka tv pastu buat breakfast. Tercongok depan tv sehari suntuk untuk tengok royal wedding, hari yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Britain hatta bukan rakyat britain sekalipun. (tudia ayat..) Kat Malaysia katanya Ntv7 buat siaran langsung ye selain Astro. Samalah, kat sini pun live kat siaran BBC 1 dan ITV1. Ada jugak beberapa orang kawan yang pergi ke London. Sanggup ye korang, tengok kat tv berpuluh ribu orang kot.
Sepanjang perjalanan majlis gilang-gemilang tu, paling teruja bila aku nampak scene ni kat tv. Terus ambik henpon dan snap.
teruja bila nampak Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan bersama Tuanku Permaisuri.Cantik sangat permaisuri. :)
Menonton royal wedding mengingatkan aku pada kawan-kawan masa form 3, gila habis kitorang kat William time tu, selain David Beckham :p Pastu kat UIA sorang rumate aku budak Singapore ni memang fan habis kat Princess Diana. Pernah berhasrat nak claim diri dia ada kanser semata-mata nak Princess Diana datang jumpa dia. Haha! Pasal tu aku tak heran dia sanggup datang dari Singapore semata-mata nak tengok royal wedding. You really a royal big fan, girl.
Enjoy menonton moment2 menarik ketika royal wedding. I love her dress, her veil and Kate herself. Betul kata Kak Nurill, sekali tengok Kate masa ni macam Tuanku Zara Salim Davidson, isteri kepada Raja Nazrin Raja Muda Perak. :)
Dah tengok iklan T-Mobile sempena royal wedding? Coooool.. klik sini.
p/s teringat masa nak tempah baju kahwin dulu aku usung majalah Wanita yang ada gambar Tuanku Zara. Nak suruh jugak nyonya butik tu jahit baju nikah aku macam dia. pathetic sungguh..
.......
entry ni aku re-post sbb ada sedkit error pada uploaded pictures.tahape-hape tah moblog nih.
No comments:
Post a Comment