Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Invitation. Show all posts
Showing posts with label Invitation. Show all posts

Monday, 4 November 2013

Hostess The Mostess?

Sabtu dua minggu sudah rumah kami dikunjungi tetamu pertama. Jeng..jeng..tokey nasi kerabu area Manchester datang singgah tengahari tu sebab dia nak ambik carpet sekali. Iols dah macam bangla jual carpet pulok. Hahaha! Tq for buying the rug Farah! How's it? Hope it could warm up your feet nicely. Sorry kalau berhabuk sikit masa pindah aritu. Farah stay dalam 2 jam je sebab itinerary dia penuh nak visit kengkawan lain pulak kat Bradford ni. Tengahari tu kitorang jamu nasi beriyani kambing dan lauk yang dibeli dekat Pakeeza je. First time rasa, memang sedap. Pakeeza tu supermarket Pakistan, tapi kat dalam ada macam-macam. Ada jual nasi berlauk macam mamak-style, ada roast chicken bergolek siap, variety of pakora & samosa (chicken,fish,vegie,meat) ada desert kek dan manisan, halal butcher dan macam2 lagi. Weekend selalunya kami ke sini sebab pagi-pagi lagi nasi lauk sume dah ready. Pakcik kipas yang tugasnya menjual lauk-pauk tu tengok aku terus cakap 'Malaysia'? 'Apa khabar'? 'Berapa? 1?2?' dan 'Jumpa lagi'!. Hebat kau! Hahahah!


Hari Isnin, 2 hari selepas tu Kak Izu pulak singgah. Diorang sefamily dalam perjalanan dari Durham. Cuti-cuti UK..hehe! Rumah kitorang ni kalau visitor nak datang kena bagi special guide sebab postcode rumah tak keluar dalam satnav, sebab new housing area. Tapi diorang berjaya gak sampai dalam pukul 6.30 petang camtu. Tapi tak susah kan..gelap2 pun sampai jugak. :) Aku masak simple je sebab kak Izu bagi short notice..hahaha! Petang ahad baru tau dia nak datang maka kujamu nasi berlauk daging masak kicap berkerisik,salad dengan ikan bawal 3 rasa aje. Nasib ada starter chicken tikka spring roll. Tapi yang paling seronok tentulah Fahim Zidane. Masa Farah datang Fahim seronok main dengan Awisy. Time Kak Izu pulak riang sungguh main dengan Zahin, Iris dan Zafri. Sampai sedih2 la time nak balik tu. Thank you for visiting us guys! Dan time kasih buah tangan anda :)


Ni dia gambar ehsan Mommy little hero dengan Ishamizu. Tuan tanah? Garu kepala carik beg kamera tauk tang mana ntah. Lol!

~bersama Farah kemho depan umah

~dengan kak Izu sefamily


*****************


Hari Sabtu lepas pulak warga bapa-bapa di Bradford ni ada main futsal. Kaum ibu yang datang cuma iols dan kak Salmi. Kebetulan Kak Salmi ada anak sebaya Fahim. So dapatlah Fahim cuba-cuba nak bersosial lagi. Kat tempat futsal tu ada indoor play area untuk kids dan toddler. Best pulak. 

~cheer for daddies! 
Sorang minum susu tak lepas botol. Sorang lagi tak lepas payung.



..dan video Fahim sebagai penyokong daddy yang tak berapa tegar..





Balik dari main futsal pegi ambik frozen karipap kat rumah Hairul/Dell. Rupa-rupanya dekat je ngan umah Kak Nur. Bro Azhan ajak singgah masuk, ingat nak salam je ngan Kak Nur rupa-rupanya langkah kanan. Ada Kak Husni dari Huddersfield sama sebab husben dia main futsal jugak. Kak Nur jamu nasi kerabu..amboi, tak malu kitorang ter'dinner' pulak kat situ. Hahaha!. Time kasih Kak Nur.


Dah ada kesempatan jumpa Kak Nur & Kak Husna, maka sempatlah buat mesyuarat tingkap tentang housewarming kita. Dapatlah gambaran sikit nak masak apa, berapa orang, maklumlah duduk kat Stapod tak ramai sangat. Nanti saya announce date dan invite kat Rumpun/Muslimat Bradford. 


Geng Stafford bila nak mai? Nak iols buat housewarming party gak ke? Kena bawak gitar la baru leh suruh vocalist 13 Beaconside, Intan Wee buat sesi akustika. Kami dah berjiran (jiran la sangat Bradford-Leeds). Heh!


Dah announce nanti, save the date ya! Till then, Salam Maal Hijrah everyone! 



Friday, 5 August 2011

Shieela's Leaving UK

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali lagi dan syukur sangat kali ni, walaupun waktunya lebih panjang dari tahun lepas, tapi sebab keje kali ni rileks sikit, terasa lebih mudah nak menunaikan puasa tu. Tahun lepas boleh tahan jugak bilangan hari yang aku kena ganti time winter. Maklumlah puasa time summer.. Tahun ni start puasa pukul 3.30 pagi dan berbuka pukul 9 malam. Makin lama makin awal lah berbuka ni.


Ye saya tau blog ini sudah bersawang..maafkan daku, tsk!


Sorry sangat pada sesiapa yang menanti aku update. Rupa-rupanya dah seminggu lebih tak update! Oh..so not me! Pada few friends yang buzz2 nak ajak chatting pun sorry jugak. Aku lemau gile weh! Hari ni half day friday, balik keje terus tido petang. Hahaha! Nasib baik sini waktu Zohor panjang. Dapat lelap 2,3 jam pun dah ok. Letih bebenor.



Ok, tajuk lain cerita lain. Haha!! Sebenarnya nak cerita jugak yang one of my besties kat UK ni dah balik Malaysia for good. T_T


Ye, cik Shieela itu.


Sedih tau...sebab dialah yang paling rajin singgah rumah aku siang-siang lepas dia habis keje. Pernah zaid outstaion ke London, dia tolong temankan i.. and she even cooked for me once while I fall ill. Touch seyh.. Dan dia jugak orang pertama yang tegur aku kat facebook 2 1/2 tahun lepas.Terus cakap nak datang melawat rumah aku & zaid kat Stone dan suruh aku masak nasi ayam sebab dia nak ajak kawan2 lain jugak. Dan itulah first time masak-masak untuk kawan2 kat Stafford sejak kawin. What a memory...


Yang bestnya, kitorang sempat berkumpul & makan-makan kat rumah Dalina sambil makan steamboat. Mmmmm!!! Sedap!





super duper lazat..now thinking where can I get this brilliant cooking stuff?


Sebelum Shieela balik, dia ada ajak family dia singgah rumah aku, aku dah cite kat entry ni. Pastu semua family members dia balik except her mum. 3 hari sebelum shieela balik, dia dan maknya tido rumah aku. Nampaknya dia jugaklah tetamu pertama yang tido rumah aku ni. Hahaha...so sempatlah merasa bersahur & berbuka puasa kat rumah aku.




berbuka lauk sup ayam & ayam sambal mak shieela, dan pecal (gado-gado). lazat..


So that's it! Another friend has gone..Good luck to you beb, I'll see you in Malaysia. And to all of you, have a blessed Ramadhan everyone. :)


p/s entry ini ditulis dalam keadaan mamai selepas bangun tidur.harap maaf kalau ada typo.tak dan check. :p

Friday, 1 July 2011

Rosy's House Warming

I have almost forgotten about this. I should write about how Rosy's house has impressed me so much. Rosy is my friend and we met when we're working together last year. She's from Peru and married to an english man. The funny thing was both me and Simone couldn't stop touring inside the house as we have been enliven by the interior, and of course.. the conservatory. It is massive!


boleh tak kat mesia nak wat rumah camni..huhu

the conservatory

I love her kitchen as she got semi-open concept plus the large windows to let sunlight in. Rosy said it took about 6 months to complete all the process including renovation, painting and planting the lawn (tanam rumput sendiri, wowieee!)


rumput carpet, siap ada kesan pijak

I love the colour that she painted for the wall. Most of them were white, grey, cream and mocha. She has even put less furniture and that makes us could not agree more that 'less is definitely more'. ;)


Simone was giggling madly when Rosy agreed to bring her upstairs. Lol!

we didn't miss the bathroom as well, hahaha!

"I wanna dressing room like Sex in the City!" she said.

We've been tempted by a delicious seafood paella (like nasi goreng seafood) after had a cuppa and biscuits. And not to forget, a piece of strawberry cheesecake..mmm!





Thanks Rosy for the invitation and hospitality. We love your house carrida! ;)

Monday, 9 May 2011

Menjadi Tetamu, Tuan Rumah dan Pesakit

Weekend lepas aku jadi tetamu, tuan rumah yang menerima tetamu, dan pesakit jari tangan yang tersepit pintu kereta. Cukup package!

Kecederaan jari itu sangat menyakitkan, nak stress lagi, MENYAKITKAN. But it never stops my fingers from dancing across the keyboard, err..except for that injured finger. Get well soon, index finger. Saat-saat ini saya begitu hargai kamu terutama ketika sesi mengorek hidung. Eh..menggosok gigi.




Hari sabtu lepas kitorang nak gi Stoke beli ayam buat stok. Eh cam pantun dua kerat lak. :p Pastu ajak Dalina & Jerul sekali sebab diorang pun tak sure kat mana kedai ayam tu. Kebetulan kedai ayam tu berdepan je dengan rumah Isa, so kitorang plan nak singgah since belum pernah lagi visit rumah dia.


singgah makan tengahari kau... sedap sangat,tq niza.

Ketika sesi mengketedarah ini kecederaan jari belum berlaku.




Yaaa... ketika pulang menghantar dalina & jerul lah kejadian itu berlaku..terpaksa control macho depan diorang padahal dah nak pengsan tahan sakit, belum tengok darah lagi. T_T



Hari Ahadnya, Isa & wife datang jalan-jalan ke Stafford. Katanya teringin nak datang jenguk kitorang di rumah baru. Hehe.. datang je tak kisah, tapi sorry lah your short notice plus kecederaan jari memang takde apa sempat buat. Order pizza je kitorang.



our very first guests..


tengok Man Utd v Chelsea



Jari sakit masih ada hati nak ambik gambar orang. . . :p


keadaan backyard masih bersemak samun..tak ready lagi nak start camwhoring session. teehee.

Tuesday, 8 March 2011

My Buddies..

Masa balik Malaysia disember lepas, aku sempat jumpa dua orang member aku ni.Mereka jugaklah merangkap blogger tegar kat belog aku neh..haha..



Mummy Fiza.. tak sangka sempat jugak aku tengok perut besar dia sebelum tu,sehinggalah selamat bersalinkan Hafiy Rayyan.

Member seUIA, blogger half + half = uno

Hafiy Rayyan



MummyFiza:"Hafiy,bgn..ni aunty ninie dtg".Nan hado,makin sedap anak ko tido ek.Hehe.




Sebelum berangkat balik ke Malaysia,aku dapat tau sorang kawan baik aku yg aku dah kenal dari darjah 1 ni, cik Fatt, nak berangkat ke New Zealand.Aiseh..ingatkan tak berjumpa dah.Tapi tulah..tup..tup,dia sempat balik sebelum aku fly.Dapatla jugak aku jumpa member aku ni.

Blogger Backpacker Busuk..dah aku pun kena rahsiakan identiti dia..haa..ko suka tak fatt gambau ko dah jadi cenggini?Sorry la ye,saya hanya menurut perintah.kekeke...


Yeahh..beliaulah blogger Backpacker Busuk. Haih..susah jadi femes ni. :p

Menge'teh' di Pekan Lama Kopi Putih :p
Peh..layan sungguh menge'teh' memalam neh..

Sempat gak kita menge'teh' kan fatt.Sampai dua tempat pegi 1 malam..sayang tak tangkap gambau byk2..eh tapi kalau amik gambau byk2 ngan ko nanti kena tapis pulak..banyak keje.Hahaha..!


p/s masih ramai kawan2 tak sempat jumpa,termasuklah Cern Laila..sorry dirimu xdapat jua kujumpa,walau dah berjanji :(

Wednesday, 16 February 2011

Bila Jiran Ajak Ke Rumah

Does is sound like Mamat Khalid's movie 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'? Haha..whatever!

I lufer nak nak selit gambar2 i pegi dinner rumah Dalina.She and Jerol (hubby) are my neighbours.Best pulak bila ada jiran satu apartment ni.Nak2 pulak if they invite us to have dinner at theirs,i'm totally save my time in finding a right dress, make up, and even i can lenggang kangkung without carrying my handbag along. Kekeke...

Their house is at the upper floor, and they moved in just a few days before we were leaving to Malaysia. Sempatlah i dgn zaid pergi rumah dia masa mula-mula pindah tu. But now, wowieee..everything look so different.The interior decoration is really nice. And i admit that Dalina is Ikea's die-hard-fan :D That's so obvious when you can see it from her dining table, dining set, lamp, kitchen organisers and workspace.. Hehe,dalina,i puji rumah u cantek taww..nanti jemput i dinner lagi eh.. -_-'



Delicious tuna puff (i can't remember what it called) on the 3-tier stand
Nasi lemak with sambal udang, sotong kunyit n rendang daging (not in the pic)
lepaking*
Cik puan dalina is busying herself,balik keje terus susah2 masak..


We're celebrating Wan's birthday (Rose's husband) right after having dinner.Oh,i forgot to tell ya earlier that Dalina also invites Rose, her husband and kids. Zaid, Dalina and Rose are working at the same roof. That's how we met. :)

Oh,not to forget, i lose to Rose's kids when playing Uno. What a shame!! Huh, this weekend musti cari itu Uno game. Musti praktis.. T_T

Monday, 14 June 2010

BBQ Parteyy!

Chill n Sunny.The weather is so perfect for a bbq party.Azman and his wife,Farah have sent out the invitation to all guests since Thursday,and me as usual..looking forward to bring something to the party.Tak tau nak masak ape since Zaid only informed me about the party on Friday,so tak sempatlah nak shopping2 masak2 ape kan..so kalut then suddenly an idea 'pop out'.Buat cheese cake jelah.Maklumlah,senang pastu tak payah susah2 bake.Heeee :D Ni semua penangan World Cup. Friday tu dah layan 2 game petang sampai ke malam.Terpaksalah kalut ke tesco pagi Sabtu tu beli brg2.Seb baik bbq start tengahari.Sempat chill cheesecake jap dlm firdge.Me n zaid pun belum kenal Farah n Azman ni lagi,so peluang macam nilah nak berkenal-kenalan :)


Kak Farah the host and chef of the day.Her 'laksa johor' is really superb laa.I tambah dua mangkuk kot.Ada lagi makanan lain mcm puding jagung dan ayam bbq mmg sah-sah lah kan.kalau tak takkan panggil bbq party pulak.






Rumah Azman n Farah sangat cantik.Siap ada backyard,really conservatoire type lah.Memang best buat bbq.Oh jangan pelik bila saya sangat teruja ye.Sebab rumah2 di UK ni memang sama je pattern dia.Semua pakai batu-bata merah.Pastu sebab saya rumah flat kan,so bila pergi rumah teres ada garden pastu ada full glass windows and doors,memang ciri-ciri rumah impian lah kan.Nak-nak pulak ada swing2 lagi kat backyard tu,yang dah beso panjang cam kitorg ni pun kemain lagi main buaian.Nampak sgt kemaruk.huhu..

Sambil2 makan,boys semua layan bola world cup hari tu.Banyak team best2 main, Korea,Argentina,Greece,tapi aku n zaid balik awal sikit dalam kul 7 ptg,just before England vs USA.Anyway,we had so much fun n really enjoy the food.Thanx for the invitation again.