Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, 4 November 2013

Hostess The Mostess?

Sabtu dua minggu sudah rumah kami dikunjungi tetamu pertama. Jeng..jeng..tokey nasi kerabu area Manchester datang singgah tengahari tu sebab dia nak ambik carpet sekali. Iols dah macam bangla jual carpet pulok. Hahaha! Tq for buying the rug Farah! How's it? Hope it could warm up your feet nicely. Sorry kalau berhabuk sikit masa pindah aritu. Farah stay dalam 2 jam je sebab itinerary dia penuh nak visit kengkawan lain pulak kat Bradford ni. Tengahari tu kitorang jamu nasi beriyani kambing dan lauk yang dibeli dekat Pakeeza je. First time rasa, memang sedap. Pakeeza tu supermarket Pakistan, tapi kat dalam ada macam-macam. Ada jual nasi berlauk macam mamak-style, ada roast chicken bergolek siap, variety of pakora & samosa (chicken,fish,vegie,meat) ada desert kek dan manisan, halal butcher dan macam2 lagi. Weekend selalunya kami ke sini sebab pagi-pagi lagi nasi lauk sume dah ready. Pakcik kipas yang tugasnya menjual lauk-pauk tu tengok aku terus cakap 'Malaysia'? 'Apa khabar'? 'Berapa? 1?2?' dan 'Jumpa lagi'!. Hebat kau! Hahahah!


Hari Isnin, 2 hari selepas tu Kak Izu pulak singgah. Diorang sefamily dalam perjalanan dari Durham. Cuti-cuti UK..hehe! Rumah kitorang ni kalau visitor nak datang kena bagi special guide sebab postcode rumah tak keluar dalam satnav, sebab new housing area. Tapi diorang berjaya gak sampai dalam pukul 6.30 petang camtu. Tapi tak susah kan..gelap2 pun sampai jugak. :) Aku masak simple je sebab kak Izu bagi short notice..hahaha! Petang ahad baru tau dia nak datang maka kujamu nasi berlauk daging masak kicap berkerisik,salad dengan ikan bawal 3 rasa aje. Nasib ada starter chicken tikka spring roll. Tapi yang paling seronok tentulah Fahim Zidane. Masa Farah datang Fahim seronok main dengan Awisy. Time Kak Izu pulak riang sungguh main dengan Zahin, Iris dan Zafri. Sampai sedih2 la time nak balik tu. Thank you for visiting us guys! Dan time kasih buah tangan anda :)


Ni dia gambar ehsan Mommy little hero dengan Ishamizu. Tuan tanah? Garu kepala carik beg kamera tauk tang mana ntah. Lol!

~bersama Farah kemho depan umah

~dengan kak Izu sefamily


*****************


Hari Sabtu lepas pulak warga bapa-bapa di Bradford ni ada main futsal. Kaum ibu yang datang cuma iols dan kak Salmi. Kebetulan Kak Salmi ada anak sebaya Fahim. So dapatlah Fahim cuba-cuba nak bersosial lagi. Kat tempat futsal tu ada indoor play area untuk kids dan toddler. Best pulak. 

~cheer for daddies! 
Sorang minum susu tak lepas botol. Sorang lagi tak lepas payung.



..dan video Fahim sebagai penyokong daddy yang tak berapa tegar..





Balik dari main futsal pegi ambik frozen karipap kat rumah Hairul/Dell. Rupa-rupanya dekat je ngan umah Kak Nur. Bro Azhan ajak singgah masuk, ingat nak salam je ngan Kak Nur rupa-rupanya langkah kanan. Ada Kak Husni dari Huddersfield sama sebab husben dia main futsal jugak. Kak Nur jamu nasi kerabu..amboi, tak malu kitorang ter'dinner' pulak kat situ. Hahaha!. Time kasih Kak Nur.


Dah ada kesempatan jumpa Kak Nur & Kak Husna, maka sempatlah buat mesyuarat tingkap tentang housewarming kita. Dapatlah gambaran sikit nak masak apa, berapa orang, maklumlah duduk kat Stapod tak ramai sangat. Nanti saya announce date dan invite kat Rumpun/Muslimat Bradford. 


Geng Stafford bila nak mai? Nak iols buat housewarming party gak ke? Kena bawak gitar la baru leh suruh vocalist 13 Beaconside, Intan Wee buat sesi akustika. Kami dah berjiran (jiran la sangat Bradford-Leeds). Heh!


Dah announce nanti, save the date ya! Till then, Salam Maal Hijrah everyone! 



12 comments:

ishamizu said...

Hehe thanks for having us, dear! Sorry la bg short notice tp makan nasi n masakan Ninie sguh sedap smpi btambah2! Hehe..

Klu turun London lg, wajib dtg rmh ktrg lg k :)

Mijoe said...

dah besar dah itu hero! makin ensem nampak gayanye. hari ni gi cheers daddy main futsal, esok lusa join daddy main futsal pulak!!! :p

Ninie, dah macam duk kat msia dah routine mingguan.. :)

salam utk Zaid and big hugs to Fahim from uncle n auntie! :)

Masitah Abdullah said...

Bestnye ramai Malaysian kan, byk makanan best2 plak tu. Kalo eta yg x terror masak ni mst nak tapau aje. He he..

Ninie, sori tau, dulu masa ninie pindah rumah eta x pegi pon melawat ninie. Sori sgt2.

~Mami Little Hero~ said...

Muahahaha penuh la sgt kan timetable i padahal nk g ngurut. Ya ampun kami smp manchester jam 7.30 mlm sbb sedap sgt ngurut. Hahaha. Ermmm extend x housewarming kat org manchesta??? Org manchesta tang mkn laju jewwww ;)

Ninie Hanis said...

Ishamizu,

ala..lauk biasa je kak Izu.kalau kena ngan selera tu alhamdulillah la.insyallah,ada rezeki kitorang visit korang di London.jangan balik msia lagi tau ;)

Ninie Hanis said...

Mijoe,

Aah..smalam Maal Hijrah Fahim genap 19 bulan. Semua baju 12-18 mos dah singkat. Huhu..

Weekend akan datang ni daddy pulak cheers for Fahim. ha..ha..! Surprise!

Insyallah..kim slm Malin.

Ninie Hanis said...

Eta,

Eh..apa pulak dulu eta masak majlis kenduri kawin kt Stafford tu sedap je?Sekarang sure lagi terer. :)

Rumah yang mana ek?Dah banyak sgt pindah rumah tak ingat yg mana satu. Tapi ninie ingt yg kat Beaconside tu Eta kan pregnant. Nak tolong apanye.hihi..Msia lg senang order je catering,setel.

Ninie Hanis said...

Farah,

Nak datang boleh je.Tapi plan nak buat Sabtu takut uols meniaga nasi kerabu la.Tapi xset lagi date. Kalau free nnti datangla.

nurbijen said...

Macam kenal jer player baju merah yg sepak bola tu.... lepas tu, habis sakit satu badan sbb dah lama tak main bola... hahahha, kesian kesian....
Dulu selalu juga beli grill chicken kat pakeeza... mmg sedap.. tapi kedai yg area rumah kami dah terbakar, sob sob.....
Bukan selalu boleh bermesyuarat tingkap.... nanti bila dah confirm tarikh boleh la roger dalam group :)

Anonymous said...

Baca entry kali ni dah mcm bace open house hari raya plak..meriahmyaa.. Best makan2... Heheh

Yanty

Ninie Hanis said...

Kak Nur,

haha..player baju merah tu tengah keluarkan skill.Lama tak tunjuk skill la katakan..Eh kedai terbakar?ish..ish..tapi Kedai Bismllah ngn supermarket Halal tu ada je takpe. Boleh bli piuk. :)

Tema housewarming warung nasi lemak Kak Kiah.Aci tak?kekeke...

Ninie Hanis said...

Yanty,

Mmg seronok ada makan2..berkumpul burak2.Sini rajin potluck.Ramai pandai masak :)Saya sedang2 je.Huhu!