Hari Isnin, 2 hari selepas tu Kak Izu pulak singgah. Diorang sefamily dalam perjalanan dari Durham. Cuti-cuti UK..hehe! Rumah kitorang ni kalau visitor nak datang kena bagi special guide sebab postcode rumah tak keluar dalam satnav, sebab new housing area. Tapi diorang berjaya gak sampai dalam pukul 6.30 petang camtu. Tapi tak susah kan..gelap2 pun sampai jugak. :) Aku masak simple je sebab kak Izu bagi short notice..hahaha! Petang ahad baru tau dia nak datang maka kujamu nasi berlauk daging masak kicap berkerisik,salad dengan ikan bawal 3 rasa aje. Nasib ada starter chicken tikka spring roll. Tapi yang paling seronok tentulah Fahim Zidane. Masa Farah datang Fahim seronok main dengan Awisy. Time Kak Izu pulak riang sungguh main dengan Zahin, Iris dan Zafri. Sampai sedih2 la time nak balik tu. Thank you for visiting us guys! Dan time kasih buah tangan anda :)
Ni dia gambar ehsan Mommy little hero dengan Ishamizu. Tuan tanah? Garu kepala carik beg kamera tauk tang mana ntah. Lol!
~bersama Farah kemho depan umah
~dengan kak Izu sefamily
*****************
Hari Sabtu lepas pulak warga bapa-bapa di Bradford ni ada main futsal. Kaum ibu yang datang cuma iols dan kak Salmi. Kebetulan Kak Salmi ada anak sebaya Fahim. So dapatlah Fahim cuba-cuba nak bersosial lagi. Kat tempat futsal tu ada indoor play area untuk kids dan toddler. Best pulak.
~cheer for daddies!
Sorang minum susu tak lepas botol. Sorang lagi tak lepas payung.
..dan video Fahim sebagai penyokong daddy yang tak berapa tegar..
Balik dari main futsal pegi ambik frozen karipap kat rumah Hairul/Dell. Rupa-rupanya dekat je ngan umah Kak Nur. Bro Azhan ajak singgah masuk, ingat nak salam je ngan Kak Nur rupa-rupanya langkah kanan. Ada Kak Husni dari Huddersfield sama sebab husben dia main futsal jugak. Kak Nur jamu nasi kerabu..amboi, tak malu kitorang ter'dinner' pulak kat situ. Hahaha!. Time kasih Kak Nur.
Dah ada kesempatan jumpa Kak Nur & Kak Husna, maka sempatlah buat mesyuarat tingkap tentang housewarming kita. Dapatlah gambaran sikit nak masak apa, berapa orang, maklumlah duduk kat Stapod tak ramai sangat. Nanti saya announce date dan invite kat Rumpun/Muslimat Bradford.
Geng Stafford bila nak mai? Nak iols buat housewarming party gak ke? Kena bawak gitar la baru leh suruh vocalist 13 Beaconside, Intan Wee buat sesi akustika. Kami dah berjiran (jiran la sangat Bradford-Leeds). Heh!
Dah announce nanti, save the date ya! Till then, Salam Maal Hijrah everyone!