Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label UK Break. Show all posts
Showing posts with label UK Break. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

Scotland Menjelang Raya-Full Story

Asalammualaikum..haaa..entry ni sebelum terkepam je dlm draft baik post laju2..Eh bunyi cam Royal Mail pulak. :p Citernye kitorang ke Scotland 2 hari sebelum hari raya. Sebab incek husben ada urusan di sana. So sambil menyelam sambil minum air lah kan..kira short break la sekali memandangkan kitorang belum pernah jejak Scotland lagi. Kitorang plan nak gerak subuh tapi Fahim bangun pukul 9 pagi hari tu. Alih-alih pukul 11 baru gerak. Takpelah..perjalanan pun jauh baik bagi Fahim tido puas-puas dulu.


Perjalanan pun smooth je tade traffic atau accident. Kitorang sampai Edinburgh pukul 5 petang lepas stop kat beberapa services (r&r). Food as usual aku dah tapau dari rumah dan lunch pun dalam perjalanan je. Masa nak menuju ke Edinburgh, kena lalu jalan berbukit dan gunung-ganang serta countryside. Cantik sangat pemandangan nampak farm animals dan hijau alam semulajadi. :)










Sampai di Edinburgh pukul 5 camtu so kitorang pusing2 je kat city dia. Dah set kat satnav nak tuju ke Edinburgh castle, tapi sampai depan castle yang gah tu carik parking plak tade. Park jauh sikit kena naik tangga berbukit pulak. Problem ni bila bawak budak dalam stroller. Last-last ambik gambar dari dalam keta je. Lepas tu kitorang cepat-cepat menuju ke masjid Edinburgh untuk solat jamak. Masjidnya besar dan cantik. Siap ada cafe lagi..dan ada food untuk Iftar disediakan. Cuma kami kena cepat2 gerak ke Perth pulak sebab hari dah nak malam. Kami mintak izin tuan cafe untuk heat makanan Fahim dalam microwave, agaknya dia kesian kitorang musafir, pulak tu dah nak dekat waktu berbuka, dia pun tapaukan 2 bungkus nasi berlauk ayam kat kitorang (kami dah ada food dah sebenarnya). Alhamdulillah rezeki kami la tu. Kami teruskan perjalanan ke Perth, Scotland yang mengambil masa sejam dari Edinburgh city. Sampai hotel Travelodge Perth dalam pukul 9 malam. Dah mandi, solat semua, rasa nasi tapau tadi..ermm sedapnya. Lauk simple kari ayam tapi sedap sangat nasiknya lembut. Fahim pulak kalau tido hotel memang dia sukaaa sangat. Main naik turun katil..last-last kami bertiga tido atas sofabed. *pengsan kepenatan*


~Edinburgh city

~Edinburgh Castle

~nak kena naik tangga kat belakang tu untuk ke castle,sebab kami parking jauh.

~Edinburgh castle yang besarrr! Sayang tak berkesempatan nak pegi..


~beca di Edin ;)


Esoknya, kami memang dah bayar untuk late check out sebab Zaid ada urusan dan habis pukul 2 petang. Lepas daddy pick up mommy and and Fahim kat lobby, kitorang terus sightseeing Perth pulak. Town dia taklah secantik Edinburgh tapi nice jugak. Kami ke Scone Palace, yang menjadi antara attractions kat Perth ni. 

~Perth city

~Scone Palace








Dekat Scone Palace tu ada Scottish highland cattle, spesis lembu berbulu panjang camni, comel tau yang putih tu baby lagi. Fahim pun sibuk nak rasa usap bulu lembu tu. Hihi.. Konon nak buat video salam perantauan berlatarbelakangkan lembu Scotland ni..tapiiiiiiii boifren ai ni pemalu boifren kecik tak berapa malu pun. Maka nak berucapan sorang-sorang terasa janggal pulak. Takpelah..lenkali lah. Raya haji ke,tengoklah. Hahaha! Maka video keek ni jelah yang ado.


Aug 7, 2013 | by honeyzidane on Keek.com





Selepas dah puas pusing-pusing Perth, kami ke Glasgow pulak. Kiranya short trip kami ni dah cover Edinburgh, Perth dan Glasgow lah..hehe! Tapi bagi aku Glasgow biasa je lah, macam yang dah biasa tengok kat Birmingham atau Manchester. Lain feel dia bila dibandingkan dengan Edinburgh. Eh orang Glasgow yang baca ni jangan marah ye. :) Mungkin sebab belum habis pusing kot. InsyaAllah kalau ada rezeki pegi lagi nak buat research tempat2 menarik dulu.  

~kat Scotland je ada banyak castle,ni salah satunya yg boleh dilihat dari motorways


Glasgow city


Kami singgah solat jamak di Masjid Glasgow sebelum bertolak balik ke Stafford. Singgah di services bersihkan badan Fahim sebab sampai je nanti boleh terus tido.



Alhamdulillah kami sampai Stafford pukul 11 malam..tapi esoknya raya. Apa pun tak masak lagi..Aaaaaa..!!!

Tuesday, 6 August 2013

Menjelang Raya Kami Di Scotland..

Assalammualaikum..kita dah hampir ke penghujung Ramadhan. Sungguh terasa cepatnya waktu berlalu. Semoga roh-roh arwah yang terpilih untuk menziarahi kita gembira dengan sedekah doa-doa kita. Saya tak pernah kenal arwah ayah mertua saya. Tapi saya selalu cakap kat incek suami tiap kali habis teraweh yang arwah ayah datang lawat kita sebulan kat UK ni. *buat lawak sebab taknak sebak nanti tak macho*.


Semalam baca pasal konon ada budak hilang kat mall rupa-rupanya mak dia yang bagi budak tu kat boifren. Alhamdulillah dah jumpa. Nak berpesan sesama kita, menjelang raya ni janganlah shopping sakan sangat tak hengat donia ya ibuk2 bapak2. Heret anak kecik pastu mata melilau carik size, tup2 anak dah hilang. Nauzubillah.. Yang nak balik kampung, pandulah dengan cermat. Slow n skema takpa..biaq pi la orang kata macam baru dapat lesen terkemut-kemut..takpa..yang penting nyawa dalam kereta anda dan kereta2 lain selamat. Tak berkudis pun kalau driver sebelah jeling2 sinis..Dia jeling korang nyanyi kuat2 lagu Balik Kampung.Apedehal?


Ok sebenarnya iols sekeluarga akan ke Perth, Scotland pagi nanti (sekarang baru pukul 12.30 malam). Apa buat menjelang raya ni ke Scotland? Hihi..ngikut laki teman le ada keje sikit. Pegi sehari je. Malam raya balik Stafford balik. Marilah angkat tangan tinggi-tinggi dan berdoa semoga raya tak jatuh hari Rabu. Kot tak raya kat Scotland la aku..huwaa! Apa kes?So iols packing barang tadi fefeeling cam nak balik raya la konon. Dah la 5 jam weh. Masak vontot!


InsyaAllah kalau ada kesempatan kan ku buat video salam perantauan. Cewah! 4 tahun raya tak sibuk pun tahun kelima baru sebok nak buat ucapan. 4 tahun raya gambo raya semua dalam rumah, kali ni ada scene obersi skit kot ada background Edinburgh ke, Perth ke..baru real salam perantauan ye dok?


Ok, buat semua di Malaysia, babah mama, ibu, adik-beradik, ipar duai, saudara-mara, kawan-kawan dan jugak blog readers, Salam Aidilfitri..mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, halalkan makan minum. Tahun ini tak dapat kita bersua juga, insyaAllah tahun depan kami usahakan pulang beraya bersama ye. "Pecah kaca pecan papan, Kami balik tahun depan."


Untuk teman-teman dan blog readers kat UK ni, meh la datang rumah. Nanti nak mai halo-halo k. Iols nak buat open house tapi tak set date lagi nanti dah set date kita halo-halo kat watsap/fb/blog eh. Ewah macam sesi bertemu peminat pulok. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.


"Pecah kaca pecah perut
Rumah awak taknak jemput?"


^___^





Friday, 12 July 2013

London Short Visit & Natural History Museum

~keterujaan terrcetus sebaik melihat bangunan Natural History Museum dari luar pagar :)


Assalamualaikum. Hola! Dah masuk hari ketiga berpuasa. Alhamdulillah semalam cuaca tidak sepanas hari-hari lepas hinggakan sampai memasang kipas. Alhamdulillah Allah memudahkan ibadah berpuasa kami pada musim panas ini.


Ok nak cerita pasal London short visit aritu. Kenapa short visit? Sebab pegi hari Khamis..Jumaat dah balik. hehe..pegi kejap je tido semalam di one of Travelogde hotels in Bedford. Eh awat Bedford, bukan London? Haa..sat..sat..dengaq baca bagi perabih dulu naa..


Kami ke Bedford dulu pada Khamis 20/6/13. Esoknya baru ke London sebab nak renew passport aku yang dah expired. Tak sangka dah 5 tahun rupanya passport tu. haish.. Hubby pulak ada urusan kerja di town Arlessy, Bedford. Urusan dia pukul 4 petang Khamis tu. Memandangkan pukul 3 petang baru boleh check in, kami pun bertolak dalam pukul 11 pagi supaya Fahim boleh tido je sepanjang jalan (sebab time 11-2 ialah nap time dia). Perjalanan ke Bedford mengambil masa dalam 2 1/2 jam gitu campur berhenti di services. Sampai kat Travelodge pukul 2.30pm, alhamdulillah staff dia bagi check in awal. Dapatlah daddy Fahim mandi segarkan badan dulu pastu menjamu selera sekali sebelum keluar.


Seperti biasa mommy Fahim yang rajin terlebih ni akan masak siap-siap dari rumah kalau pegi mana2. Nak feeling piknik sokmo..padahal tade nye nak berhenti mana2. huhu!



Nasik lemak, sambal ikan bilis, telur rebus, kacang panjang rebus dan peas untuk Fahim. Lepas incek husben keluar, terus ajak Fahim mandi bath tub. Pas mandi ingat dia nak tido. Nan hado..agaknya dah puas tido sepanjang perjalanan tadi kot. Buka sofa bed..lagi seronok la dia main terjun2.. :) Dalam pukul 5 lebih daddy balik, mommy dah ajak jom keluar. Bawak budak ni jalan. Kami pusing-pusing je tengok town dan yang penting nak carik makanan halal. Terjumpa satu kedai takeway Bangladesh, hubby order mushroom pilau rice, mix kebabs (marinated kofte beef, chicken and lamb), beef samosa, dan curry. Papadom dan extra mix kebab dia bagi free sebab dia suka kitorg Muslim. Dan dia tau Malaysia..heh..rezeki alhamdulillah. Sayang tak amik gambo..kebab dia sedap hoi...

~budak baru bangun tido.seronok le tu tido sensorang atas sofabed.


Esoknya pukul 9am kami check out sebab nak gerak awal untuk urusan passport. Dari Bedford ke London city (zone 1) ambil masa dalam 40 mins. Nak masuk London kalau bawak kereta kena bayar congestion charge which is sekarang dah naik ke £10/day. Masuk je London, jalan jammed teruk. Pukul 10.30am baru sampai kat Malaysian Embassy. Nasib ada parking kat situ, nak bayar parking kita kena call dan bayar melalui debit/credit card through phone. Tu je dah ambik masa dekat 5 minit.


Sampai je kat kaunter terus ambik nombor dulu. Oleh kerana sudah punya pengalaman renew passport incek husben sebelum ni, maka dah tau kena siap-siap print dan isi borang, photostat 3 benda penting iaitu i/c depan belakang, passport, dan visa untuk pengesahan address semasa. Dan siapkan cash ye untuk buat passport. Pastu tinggal nak ambik gambar je kat situ. Ambik gambar bayar £5. Dah ambik gambar tunggu je nombor dipanggil. Hari tu taklah ramai orang. Masa dipanggil untuk hantar borang, Encik kat dalam interview aku tanya duduk mana. Stafford tak tau..tapi bila aku cakap dekat dengan Stoke-on-Trent amboih..terus2 tau pinggan mangkuk Portmerion. Terus2 bagi email address kat aku suruh hapdet dia kalau ada sale. Wakakak!


Passport siap pukul 3pm karang. Sempat kitorang beli nasi lemak untuk Fahim, dan kuih bakar,karipap dan yang sumpah sedap pulut panggang. Each kuih 4pcs dan total £8 ye..takpe setahun sekali,nak jumpa payah. Sementara nak menunggu passport, mommy terus teringat kak Ishamizu pernah cerita dia pergi Natural History Museum dan memang betul best wohhhh tempat tu. Masuk free, tapi parking untuk sejam ialah £4, so kami bayar £6 untuk sejam setengah.




Nak masuk beratur panjang gila. Tapi sekejap je dah masuk sebab beratur tak lama. Masuk-masuk je dah nampak rangka dinosaur..wohhh teruja! Tetiba feeling Night in the Museum. Sebabkan bawak budak dalam stroller yang dah takmo duk diam sebab dia pun teruja sama..maka ground floor je dapat spend masa. ..







Tapi sebelum balik, mommy cakap kat daddy mommy nak dukung Fahim je bawak naik tingkat atas. Wowieee...tingkat atas dia best! Sumpah architecture dia gojes..aku terpegun. Fahim pun aku biar je dia bebas berjalan sebab kat atas tak ramai orang macam kat bawah. Walaupun cuma dapat pusing setingkat tu je, aku puas hati jugaklah. Senyum meleret ke'happy'an. Daddy siap standby ngan camera bila nampak mommy ngan Fahim dia terus snap dari bawah. InsyaAllah ada rezeki nak datang lagi sebab kat atas tu bagi feeling super best macam dalam movie National Treasure pulak..oh daku bleh layan cite tu beratus kali uols.


~merayau sensorang..





Gambau yang lain2 boleh tengok kat sini.


Balik ke Malaysia Embassy untuk collect passport, dan terus ke Westfield pulak. Ni frist time pegi Westfield kata orang banyak butik. Tapi ai sempat mencelah ke butik Coach je. Wowiee sale 1/2 price kau jahhh! Juling bijik mata tapi hatiku belum betul2 tertambat lagi. Late lunch kitorang di food court dia. Kitorg makan Vietnamese food, vegetarian dishes of course. Dah makan sempat bawak Fahim main kat tempat changing room kat situ ada play area. Taknak balik melalak nak main..haiyoh.. cepat2 masuk stroller-jalan-diam. Nak pusing-pusing lagi tapi takut lewat sebab kitorang nak drive balik Stafford.


Pukul 7pm gerak keluar dari London..Ya Rabbi..jammed gila. Rupa-rupanya ada accident. Alhamdulillah Fahim tak merengek melalak..cuak jugak sebab time jammed camtu la dia poo poo. Dah lepas traffic, kitorang berhenti dekat services di Bedford. Bersihkan Fahim tukarkan baju tido, makan sikit dalam kete. Then jalan..


Kepenatan kitorang bertiga..sampai Stafford dah dekat pukul 10pm. Terus buka sofa bed kat bilik Fahim, tiga-tiga pengsan..zzzz!


Wednesday, 10 July 2013

WW26- Natural History Museum London












What: Natural History Museum
Where: South Kensington, London
When: Friday, 21/6/2013
Who: Zaid, Fahim and I.


Thursday, 20 June 2013

Somerset Holiday on Summer..but where is the sun?

Salam semua..Been away last weekend to Brean Sands, Somerset for 4d3n holiday. Incek husben was looking for an indoor waterpark since December last year, but because of we're busy moving house and many other things that bothered us such as weather, blah..blah.. so we postponed the holiday sometime in summer. Finally, 2 weeks ago I found a good deal in Mighty Deal (kind of Groupon) £59 for a 4d3n self-catering holiday at Pontins. Pontins is a theme park which has its accommodation with indoor swimming zone and outdoor play zones too. We redeemed the deal and chose to stay at Pontins Brean Sands, Somerset. There are 3 other places to choose from; Camber Sands, Prestatyn Sands and Southport. We chose Brean Sands because it was the nearest and shortest trip that takes about approx 2 hours from Stafford. Traveling with a toddler-yet-still-baby was not easy i tell you. Tambahan pulak check in pukul 4 pm.,nak masak lagi..maka option yang dekat dulu. Our destination was near to Bristol. So we thought we could have a city-sightseeing later.


Sebelum book few weeks tu cuaca memang hamboih-hamboih..sedap jek panas. Kipas pun dah keluar dari stor. Tapi kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..bukan tengahari dah tapi memanjang hujan. Memang tiada mentari langsung Sobs..sobs.. Tambah malang pabila beberapa hari sebelum bercoti incek husben terjangkit selsema dan demam dari colleague dia. Dah terjangkit kat Fahim pastu..haduii..sabar jelah dugaan Allah. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dan holiday Fahim cepat recover.


Day 1-Friday-14/6/13
Lepas check-in, daddy kemas beg sume, mommy cepat-cepat masak nasik. Taruk marinated piri-piri chicken dalam oven dan microwave-heated aje the can peas. Lapo gile blom lunch sebab brunch roti telur je dalam kete. Tak nak berhenti sebab Fahim sedap tido. Perkakas dapo, dining set sume ada tapi sebab was-was boleh bawak sabun samak dan kalau tade macam ai boleh la hangkut periuk nasik dan senduk. Self-catering le katakan maka benda basic macam beras, telur, bawang, pisau, sardin, roti etc memang ai  hangkut. Piri-piri chicken tu beli kat Tesco Stoke sebab halal so senang masuk oven grill aje. Ai bawak aluminium foil. Ada je kedai kat situ boleh la nak beli apa-apa. Sempat berkenalan ngan jiran sebelah. Laki dia British bini Portugese. Anak2 yang boy nama Salgado macam footballer namo eh dan pompuan Amy. Suka sangat kat Fahim..


~in front of our apartment.



~meet new friends

The apartment has 2 bedrooms (2 single beds and 1 double bed), a sofa bed and tv at the living room, 1 bathroom with shower and 1 kitchen equipped with fridge,cooker,oven,microwave,kettle, toaster and breakfast bar.

We slept on the sofa bed on the first night. But there was a miserable funny thing happened. Around 4am our sliding door has been knocked couple of times..and it was LOUD! Kat sini kul 4 pagi dah terang benderang..We went to see who's knocking our door and to our surprise..it was a SEALGULL!


~ai tak sempat amik bideo tapi ala-ala cenggini la al-kisahnya

Annoying kan?Padanlah dalam katun Nemo tu pun ada tunjuk annoying nya menatang nih. Luckily our lil' Zidane didn''t woke up cause of the noise. Few minutes later we heard him knocked our neighbour's. And we even heard the wifey shooed him away. Lol!!! Pagi-pagi bikin panas..


Day 2-Saturday-15/6/13
Our lil' Zidane had a good sleep though..alhamdulillah, despite of his cold, he loved the experience to sleep with us. Maklumla anak bujang tido sendiri kat bilik dia sebelum ni. Cuak jugaklah mak bapak ni acane lah nak kasik tido ni bila gi bercuti. Rupanya suka dia meleset-leset kat mommy dia. Lagi ngantuk lagi leset. Tapi the secret weapon kena ada. Muahahaha!! Cot mobile + teddy + mimilk (bottle). Tutup lampu semua purak-purak tido. Setengah jam membebel pot-pet sesnsorang pastu lalaland sampai pagi. Mak pulak rasa bahagia dapat tido peluk bucuk tu. hewhewhew..! ^_______^


Simple brekkie toast + hot drinks. Pukul 10.30am pegi swimming zone. Penuh pulak, disuruh datang balik kul 11am. Ok lah, bawak fahim main kat play zone. Ada macam-macam selain outdoor play area, ada trampolining, kids go-cart, fun bikes, Captain Croc Adventureland, dan yang paling teruja ada sorang bapak bawak anak besor skit dr Fahim naik quad bikes. takpe sabo..besor skit kita naik ye Fahim.

notakontot: further info about Pontins activities click here.

Kami bawak Fahim main kat Little Tykes Play Area, sesuai untuk golongan manusia kecik macam Fahim. :p






Tepat kul 11am terus gi swimming zone. Swimming zone tidaklah seperti yang kujangka konon waterpark cam Sunway Lagoon tu, tapi okeylah ada water slide (tak naik pun). Fahim merasa la naik water slide ngan daddy. Ni first time bawak Fahim mandi pool, sayangnya takleh amik gambo. Member siap ber 'arm band' sume. Air takdelah heated sangat, sejuk2 suam gaklah. Si Fahim masuk je dalam air mula la menguap.Haish..orang bawak mandi dia negantuk plak. Tapi sempat la ajar kuak-kuak kaki tu. Surprisingly baby ni memang nature dia pandai sendiri kot dalam air. Cuma sebab dah umur setahun dan dia dah mula aware perasaan 'takut' so dia cuak-cuak jugak. Moral of the story, dedahlah baby anda seawal mungkin pada swimming ye. :)

After 35 minutes in the pool, I took him out and bathed and changed him. Bagi roti sambil2 tunggu mommy siap. Penat berenang jadik lapo ye Fahim? Memang sengaja keluar dari pool awal sebab changing room akan penuh bila cukup time. Nak keluar je dari swimming zone, hujan turun dengan lebatnya. Sampai je apartment, mommy masak for lunch dulu then mandi. Lepas lunch, Fahim la paling awal nap dulu. Petang dia bangun tido, lepas minum petang kitorang pegi jalan-jalan tepi pantai. Tapiiii...ya ampun, angin gile kuat. Sojukkkk! Hello..ini summer kah? Where's the sun? We need sun on our holiday! T_T


~beach dekat dengan farm

Lepas 'cannot go' dengan cuaca merepek tu, kitorang naik kereta terus gi jalan-jalan ke town Weston Super-Mare, 20 minit dari Brean Sands.


~Weston Super-Mare

~banyak luxury accomodations kat Weston Super-Mare ni.




~Seaquarium


Dinner petang tu menu simple tapi Fahim makan berselera. Nasi + sardin campur peas + grilled piri-piri chicken. Ni first time Fahim makan canned sardine sebab tengah holiday, sebelum ni dia makan fresh fish. Dan malam tu kami bertiga tido dalam bilik sebab tensi dengan cik busybody seagull. Bwahaha!



Day 3-Sunday-16/6/13
It was Father's Day. We went to Sovereign shopping mall at Weston Super-Mare to celebrate Father's day. There was not much attraction inside the mall, but at the outside there were lots of shops and high streets. But Weston Super-Mare as you can see is a lovely and beautiful town that located on the main sea front promenade. If not because of the rain we would definitely love to stroll along the seaside. When we're inside the mall, we split up and I went to a bookshop and bought a Father's Day card for Zaid. Actually I have other plan that supposedly involved some baking skill, nak angkut all my baking tools along are way too much lah kan..huhu. Then I found this card...memang sesuwaii sangat.


~member perasan tu untuk dia..maklumla katun feveret In The Night Garden

Kitorang tapau fish & chips dan lepak tepi beach. Memang sedap dan fresh fish & chips dia. I think it was seabass. 







~making sand castle wif daddy on Father's Day..wee!

After spend half an hour at the beach, we off back to Pontins. Get changed to swim attire and to Brean Leisure Park we went then. Time tu pukul 3.30 petang. Brean Leisure Park ni sebelah Pontins je dan dia macam Genting Theme Park la ada macam-macam rides and roller coaster. Yang best tu free admission dan kalau nak main boleh beli token 50p each ride. 



~view roller coaster tu boleh nampak dari apartment kitorang sebab Pontins sebelah aje.

~daddy cuba tunjuk skill baling tin tapi ke laut..hahaha!

Sebelah Brean Leisure Park tu ada Brean Splash Waterpark,indoor & outdoor. Besar jugak dan banyak water slides. Tix £6 camtu pp dan under 1yo is free. Tapi sebab masa tu dah pukul 4.15pm dan dia nak tutup pukul 4.40pm maka tidaklah berbaloi kan. Kitorang plan esok lepas check out nak pegi sini mandi. Tukar plan bawak Fahim mandi kat Pontins swimming zone jek.

notakontot: Kalau stay di accommodation yang conjunction with Brean Splash Waterpark dapat discount tix.



Day 4-Monday-17/6/13
Malam tadi mommy pulak terjangkit selsema. So daddy la tido ngan Fahim sebab taknak Fahim terjangkit balik. Pagi-pagi mommy bangun masak nasik dan grill ayam piri-piri last batch punya. Panaskan kari telur dan pack semua barang-barang. Ingat japgi lepas mandi terus lunch nasik dan lauk panas ni. Suddenly masa dalam keta nak check out daddy cakap 'weather cam takleh blah la yang..tade mood pulak'. Hahaha! Memang pun..hujang renyai-renyai pagi tu. So kensel gi mandi kitorang off to Bristol city. Nasib baik ai pakai cecantik siap2..haish!


Sampai Bristol cuaca dah mula panas. grr..sabar jelah. Tapi syukur jugak ada sunshine boleh camwhoring sightseeing. Cantik pemandangan di Clifton Suspension Bridge ni.



~mercu tanda Bristol city

~subhanallah..amazing view..dan gayat. :p


Masuk city kitorang parking 2 jam kat Castle Park dan piknik je dalam kete. Lepas tu bawak Fahim main kat sand playground kat situ. Punyalah hepi main pasir. 


~a wooden castle

~everything was made by wood & timber..


~Fahim kagum daddy turun dengan pole tu..bahah!

Then kitorang jalan ke town dalam 5 mins walk je dari situ. Saje cuci mata. Ada banyak high streets shops. Tak berpeluang nak cover habis sebab masa parking pun dah nak habis. Jadi kitorang terus balik dan selamat sampai di Stafford pukul 6pm. 



Alhamdulillah, the trip & holiday was pretty good despite of the gloomy weather I think we had good times.