Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Reality Show. Show all posts
Showing posts with label Reality Show. Show all posts

Thursday, 30 June 2011

AF9,Maharaja Lawak..Now Imam Muda.

Af9 dah habis. Maharaja Lawak pun dah tau sape juaranya. Sepah memang best. Tiap minggu konsisten. Support habis (ceh macam la aku undi :p)


Now Imam Muda season 2 pulak. Eh korang ingat tak best ke Imam Muda tu? Selain dari isu BERSIH yang dok panas kat Mesia tu, baek gak layan Imam Muda ni. Antara semua reality shows aku rasa Imam Muda je yang betul-betul bagus. Sebab kalau dah tersingkir pun bakal-bakal imam tu dapat teruskan pengajian, nanti dapat certificate. Haa..bagus apa. Penonton pun tak habis duit undi sms. Paling best, content dia. Tiap minggu task diorang best2. Paling aku suka task diorang tangani isu buang bayi dan mandikan jenazah berisiko tinggi. Melawat orang tua di rumah orang tua pun best. Kiranya, terer lagilah Ustaz Hassan Mohmud alHafiz tu bagi aku habiskan sekotak tisu daripada Pak Nil. Cuma aku rasa hadiah diorang tak berapa patut la. Takkan juara AF9 dapat RM200k, Maharaja Lawak RM 350k, Imam Muda2 dapat RM30k AJE? Tak patut..


Sebelum ni dalam kedua-dua rancangan realiti, ramalan aku sapa yang akan menang amat benar belaka (peh ayat tak menahan). Jadi, Imam Muda 2 ni aku dah ada favourite, that is Imam Muda Hassan. Ye, yang bila berhujah asik bahasakan dirinya 'teman' tu..orang perak le katakan. Rancangan ni dah sampai final dah minggu ni.

Imam Muda Nazrul & Imam Muda Hassan
Sejuk kan hati korang? Muka lindungan kaabah ni.


Kalau korang takde astro, atau malas nak gi menepek rumah sedara/jiran/kawan atau menerima nasib macam aku (tercampak kat bumi asing), usah khuatir. Layari aje ke sini. Boleh tengok semua episod.


Ok, those yang tertanya-tanya sape girlfren Hazama seperti yang aku gosip kat entry ni dulu, nah jawapannya. Tau korang memang tak 'AAK' dengan gosip ni, tapi ahkak kagum tengok blog statistik ahkak post ni paling banyak pageviews. 'AAK' konon... hahaha!


Tuesday, 14 June 2011

Hazama Nak Kahwin Kerrr?




First of all, tahniah pada Hazama sebab menang (ye aku tau dia tak baca blog aku pun tapi aku tetap nak congratulate dia gak,so what?) Kombang-kuncop idung incek zaid, nak tumpang populariti budak Keramat lah tu. Kuikui.. Terima kasih kepada EmeraldL2009 kerana meng'upload' dengan pantas Konsert Akhir AF9. Jasamu dikenang.



Hahaha..dah macam blogger gosip hiburan plak aku ni. Sambil-sambil dengar radio Era pagi ni, aku terdengar DJ radio cakap yang Hazama nak kahwin. Ok sape minat nak tau boleh baca sini.



Katanya, dia nak kahwin lagi 3 tahun, dan selepas tamat pengajian yang tertangguh di UUM sebab masuk AF9 hari tu. Pada pendapat aku, rancangan sebegitu sangat cerdik. Sebab apa aku cakap cerdik? Sebab dia dah ada duit dalam tangan. Boleh terus sambung belajar dan habiskan cepat-cepat sementara masih muda. Tahu tak salah satu punca orang tak dapat sambung pelajaran sebab kesuntukan wang?



Dan aku adalah antara salah seorang daripadanya. Well..memanglah dah ada degree, tapi bagi aku tak cukup lagi. Sebelum aku jejakkan kaki ke UK lagi aku dah pasang niat nak further study. Dah cuba survey kat UKEC pun takde rezeki, sebab banyak institusi yang hanya mampu sponsor belajar di Malaysia sahaja. Mahal woo buat master sini, £10k gak kurang-kurang. So no money no talk.



Sebab tu..bila aku terbaca yang Hazama nak sambung belajar, aku rasa itulah tindakan paling cerdik. Tak kisahlah course dia tak semencabar engineering mahupun medics sekalipun, ilmu tetap ilmu, ye dok? I've been considering taking a pastry course..still it is an 'ilmu', no?

Kan Usop Wilcha kata 'itulah pentingnya english education'..taknak la di kemudian hari Hazama ditanya wartawan camni.



Image courtesy of google

Sebenarnya aku dah stalked fesbuk Hazama (peh..dasar bizibodi,takpe bizibodi hal retiss je, bukan hal jiran sebelah). So far belum keluar lagi kan identiti girlfriend Hazama? Heh..heh..yang ramai tau awek dia keje astro. Sebab aku mengaku aku 'terlampau rajin membaca' termasuklah membaca komen di fesbuk, aku rasa aku dah terperasan sorang girl ni awek dia. Gagaga! :D



Sebelum ni budak tu ada comments 2,3 keping gambar fb Hazama, pastu hari ni dia dah deactive fb dia. Maybe selepas Hazama umumkan perancangan kahwin diorang, dia takmau orang cari dia kat fesbuk kot. Kekeke.. korang takyah la cakap 'AAK' dengan ulasan gosip aku ni kan, sebab memang aku tak suruh korang 'AAK' pun. Wawawa!



Anyway, good luck to Hazama in whatever you do (again, I know he won't read this). Nice to see people have planned something for their lives. So let's start ours now :)

Image courtesy of google



p/s: 'AAK' = Ada Aku Kesah.

Clue: tengok je video clip dia.

Wednesday, 8 June 2011

Nangis Kerana Korean Got Talent?

Maybe ramai dah tonton video ni kat youtube atau baca blog Oh Bulan. Aku pun nak share jugak supaya boleh jadi inspirasi pada kita semua. Kalau kita rasa diri kita ada kekurangan, fikirlah ada orang yang lebih malang nasibnya dari diri kita.

Korean Got Talent menampilkan seorang peserta yang pernah ditinggalkan di rumah anak yatim ketika dia berumur 3 tahun. Pada umur 5 tahun dia melarikan diri kerana tak tahan didera. Sejak itu dia tidur di toilet awam dan kaki lima dan meneruskan kehidupan dengan menjual chewing gum serta energy drinks.

Tapi dia mampu pergi sekolah dan belajar.





Amaran: Sila sediakan tisu sebelum menonton. Selamat menangis!



Sung-Bong Choi






He sang from his soul. tears*