Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Europe Getaway. Show all posts
Showing posts with label Europe Getaway. Show all posts

Wednesday, 11 August 2010

Selamat Tinggal Pantai Tenerife

Aduh..sebok betoi lately..padahal cuti 2 minggu hari tu patutnya cukup2 la nak relax kan..tapi tetap rasa tak cukup2.Dah tu malas plak nak habihkan story Tenerife aku tuh.Cerita tergantung pe kes kan?Oklah..sambung story..

Masuk Day 5,dah takde dah naik2 bot lagi.Tak koser..dengan mabuk lautnye lah..nak kena sapu losen kulit satu badan lagi lah (ate,muka teman dah bertompok-tompok kehangusan).Kalau tan berkilat ala-ala JLO takpe gak..huhu.So,end up satu hari dengan berjalan-jalan shopping spree..kunun nak pos poskad kat diri sendiri,pamili dan rakan taulan tapi pusing2 tour satu pekan Tenerife tak jumpa2 post office.Nak tanya reception hotel pun leh lupa.Adeh..

Encek Zaid sempat mandi laut,'last call' katanya..Diriku memang tak koser la nak mandi2 laut ni dah,kulit dah hangus la katakan..Lalu terus membeli french fries dan melepak di bawah parasol,sambil melihat perempuan-perempuan 'half naked' bermain ping pong di tepi pantai.Ape kejadahnya ntah..adui..seb baik bukan bulan posa time tu.hahaha..

Balik hotel petang tu seround lagi mandi,tapi kali ni kat swimming pool.Haaa..yg ni i loikee!Malam makan di hotel je,sambil tengok live show di tepi pool.Esoknya memang takde masa dah sebab shuttle bus ambik kitorang pukul 9 pagi sebab depart dalam pukul 12 tengahari.Perasaan sedih gak nak tinggalkan tenerife sebab pantainya bersih siap complete facilities (sunbeds,parasol,shower free),laut pun cantik,ada ikan paus,orang pun hot..eh tak..makanan yg best.ngeee... :)

TAPI DUDUK LAMA-LAMA KAT TEMPAT ORANG PUN TEMPAT SENDIRI JUGAK DIKENANG-KENANG.. ;)

Selamat Tinggal Tenerife,saya mungkin datang lagi..tapi daerah Spain lain lah kot.







Selamat Berpuasa..nanti saya hapdet cite puasa tahun ni eh.. :)

Wednesday, 4 August 2010

Bebel Tenerife Day 3 & 4: Boat Excursions!

Okey..mari kita teruskan bebelan.. ;)

Day 3:
Hari ni kitorang ada boat excursion to see the whales and dolphins.After bfast,we just waiting for the courtesy bus to fetch us to the Los Cristianos harbour.Boleh je jalan ke pelabuhan tu tapi still nak gunakan jugak semua facility yang ada kan..kata free.Haha..Bot dah siap menunggu dan berlepas dalam pukul 1.30 pm.'Sail boat' bernama Peter Pan ini akan berlayar selama 3 jam,dengan tiket berharga 30 Euro,siap dengan food n drinks,toilet,dan stop untuk berenang.Setiap kali ternampak kelibat ikan paus yang malu2 alah..bot ni akan stop dan bagi masa kat orang utk ambik gambo.






~selain Peter Pan,ada bot lain jugak buat excursion.Macam atas ni bot 'Catamaran' sedikit mahal sebab lantainya berbentuk cermin so org boleh tengok hidupan laut especially whales and dolphins dengan lebih dekat.

Ada video tapi tak tau kenapa xleh buka, kena install software yang akupuntaktau...adoii next time bawak digicam gue ajelah..nanti dah ada video i upload ek..best dapat tgk mummy whale n baby whale berenang sama2..soo cutee! Bot berhenti dalam setengah jam untuk mandi dan makan.Makanan yang kitorang boleh makan masa tu nasi gorang sayur dan salad serta roti.





~silelah lihat aksi kami yang berenang di lautan luas TANPA LIFE JACKET! ape ko pikir aku ni macam korang ke kecik2 dah terjun laut..nak mintak pelampung malu la konon.orang lain siap terjun slumber je takkan kitorang tetiba nak mintak life jacket kan.adusss..

Dah merasa mandi laut,tengah makan..beru perasan zaid lama di toilet.Rupa-rupanya hero saya mabuk laut.Dia sudah pening2.Sebenarnya saya pun dah start rasa loya2 (bukan loya mengandung..tsk) tapi sebab saya lebih 'power rangers' so saya okey! :D

Habis excursion,balik bilik rehat..sempat upload few pics kat hotel.Malam makan di restoran berdekatan.Tapi tiada gambar kerana mood encek zaid yang masih fenin2 lalat so xdapatlah snap pic food saya 'Spaghetti with Prawns and Asparagus'.


Day 4:
Hari ni kitorang dah janji dengan Carlo nak naik bot dia pukul 11 pagi.Carlo,the Italian guy juga buat excursion to see whales n dolphins.Semalam satu hari tak dapat tengok dolphins.Kata orang dolphins susah nak jumpa.So hari ni harap2 dapatlah jumpa.Bot ni namanya 'Travelin Lady' berlayar selama 2 jam dengan harga diskaun 15 Euro.Oklah tu.Bot ni lebih baik dari Peter Pan semalam sebab bentuknya yg rendah (low gravity centre) jadi lebih stabil dan rendah,sampai kaki i pun boleh cecah air laut. :) Kita pun tak mudah pening atau mabuk laut.





Excursion kali ni lebih best dari semalam sebab dapat tengok whales dengan lebih dekat.Bila kata lebih dekat maksudnya sampai i boleh dengar dia bernafas yee...wohh terujaaa!!





Walaupun trip hari ni best,tapi still dolphins tak muncul2 jua..T_T Macam ni kena pegi Ostolia la.Huh..verangan.Bot bawak jalan2 ke satu gua yang cantik,air laut pun jernih sangat2.




Sampai kat jetty,terjumpa pulak family dari switzerland yang kitorang kenal masa naik bot Peter Pan semalam.Oh i lupa cerita ye..Semalam family ni naik bot sekali dengan kitorang.Diorang ni dari Zurich,so kitorang pun ceritala yg kitorang dah sampai Zurich.Diorang siap ada private boat kat Zurich.Sangat2 baik dan anak lelaki dia si Oliver ni,sangat ramah dan gentleman habis.Baru 13 tahun tau..




Habis excursion,balik rehat kat bilik.Sempat swimming jap kt pool.Pastu malam konon nak tengok sunset.Tapi boleh sunset tu terbenam tempat lain.hadoii,potong stim betoi.Sambil snap2 gambau kat tepi pantai,pastu dinner kat Restorante La Barca,still dgn my feveret 'Spaghetti a la marinara' (Seafood Spaghetti).Harga 5.60 Euro.Nak try pulak Creamy Lobster Soup..mm nyummy...harga 8.50 Euro.







Dah confuse dah ni belog ke hape nih panjang berjela..nanti i sambung next entry hokeh..

Tuesday, 3 August 2010

Sudah Pulang dari Tenerife..Mari dengar bebel Tenerife Day 1 & 2

Wahh..update gak cite ni.Ingat nak bermalas-malasan,tapi karang tertangguh pulak.Banyak lagi keje nak buat.Seb baik baju kotor dalam beg dah selamat basuh. ;)

Hari Isnin lepas,26hb Julai 2010,pukul 4 pagi,teksi dah siap menunggu kitorang di luar pagar.Kitorang punya flight pukul 7 pagi depart kat Manchester Airport.Naik flight EasyJet,alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Maklumlah,banyak yg komplen easyjet ni sucks! tapi rezeki kitorg tiap kali naik easyjet (sebelum ni ke swiss) ok jer.Perjalanan ke Tenerife South-Reina Sofia Airport ambik masa dlm 4 jam. Kitorang sampai pukul 11.50 pagi waktu sama dengan UK.Sampai je airport dah ada shuttle bus yang menunngu (sebab kitorang book sekali masa booking hotel).Dari airport ke hotel dalam 30-40 minit.

Sampai je kat lobi Arona Gran Hotel,Los Cristianos,memang terpegun sangat dengan dekorasi hotel tu.Sangat sejuk mata memandang sebab dalam hotel dah ala-ala konsep jungle.Siap bunyi2 air.Tak caya tengok nih..

~Lobi di bahagian atas,bawah buffet retaurant,dan ada 2 lagi restoran lain dekat swimming pool.


~Gambar lobi hotel waktu malam..

Day 1:
Sampai je tengok2 dapat side seaview balcony,oklah xdapat yg in front pun.snap2 gambau bilik sikit,terus salin baju...swimming bebeh! ;) Cuaca panas terik kowt.Kenalah bermanja-manja dengan air.Nak-nak pulak hotel bagi 2 welcome drinks,ewah..pelagi.Hehe..




Malam tu siap2 gi dinner buffet kt hotel,sorang 15 Euro.Berbaloi sebab buffet,ada ikan,seafood n deserts..Slurpp! Pastu jalan2 sekitar hotel dan town berdekatan.


~one of the hotel's restaurant.


Day 2:
Lepas je breakfast di hotel (kami book bed & bfast),kitorang start jalan2 di Los Cristianos.Pantainya tidaklah menarik sangat,cuma suasananya saje yg quiet n relaxing.Kitorang jalan sekejap je dah sampai kat harbour dia.Los Cristianos ni tempat pelabuhan,sesuai utk fishing.




Kalau datang sini,by package,kena pandai2 la.kalau nak naik excursion macam boat excursion ke,apa ke,better survey sendiri kat kaunter2 kat town dia.Lebih murah lah kan.Macam kitorang terjumpa mamat Itali ni,Carlo,dia offer boat excursion dia utk hari tu 15 euro dari harga asal 18 euro utk 2 jam.Tapi kitorang jek2 sikit (nak2 pulak dia dah pernah sampai Malaysia),so dia pun bagi la price tu bila2 masa je kitorg nak.Kitorang book untuk Day 4.


Kitorang teruskan perjalanan sepanjang promenade tu,takkan sesat punya,sebab serius xpakai map pun.Sebelah Los Cristianos ialah Playa Las Vistas (playa = beach).Tempat ni sangat cantik.Beach dia lebih putih dan lawa.Siap port surfing lagi..





Sempat la mandi-manda kat pantai Las Vistas tu.Then,on the way back tapau some meal (spaghetti a la marinara dgn ikan dan seafood bakar) to makan2 at the balcony.Yelah,tak beragak nak makan kat restoran dengan seluar dah basah kuyup. :p

~mamat dan minah spain sedang praktis beach volleyball.


~makan sambil menikmati panorama ketika sunset.


OK,cukup utk Day 1 & 2.the rest next entry..

Sunday, 25 July 2010

Beach Getaway: I'm Coming Tenerife...Iyeaahoo!!!

Suda tidak sabar ni mao coti..mao lihat pantai.Mao kaki ini bermain2 dengan ombak..Mao lihat sunset dan sunrise..dan mao REHAT! Ketika ini masih mem'packing' lugage.Doakan saya selamat bercuti ya semua.. ;)

My beach getaway..Tenerife,Spain.




Arona Gran Hotel..my hotel.


Wish i could see this panorama tomorrow..



~gambar dari Google.

Nasib baik Spain menang World Cup.Baru lah 'feel' nak pergi coti2 di Spain.Hahaha!