Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Monday, 11 November 2013

Autumn Meals~ Grilled Haddock Flakes on Yorkshire Pudding with Mushy Potatoes n' Peas.



She loves to see the golden leaves
from the English elm trees
twirling in the autumn breeze
on a dull November like she never sees

Rain pattering by the window-pane
making a stream in tiny drain
a golden leaf fall again
with thousand others down the lane.

~Hanis on autumn 13'~




notakontot: Lunch with my lil' Zidane. Easy peasy no need exact recipe.

What you need:

Cut into cubes a potato then boil it.
Season with salt and pepper a haddock/cod/salmon fillet, then grill it.
Microwave-cook the frozen peas for 4 mins (if you use frozen one)
Mash the potato and peas together with butter
Bake the frozen Yorkshire pudding for 3 mins
and wallaaa...they're done.

Scoop the fish into the Yorkshire pudding, serve with warm mushy potato n peas. I simply topped on the crusty fish flakes from the grill pan to make it like a golden leaves.



Wednesday, 28 August 2013

WW27-Resepi Nasi Minyak Hujan Panas

Recipe as requested by Haniza Yazid.


kredit to http://dapur-mamasya.blogspot.co.uk/2013/02/nasi-minyak-hujan-panas-rendang-hitam.html

Bahan-bahan ( 5 orang ) 
4 cawan beras basmati 
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dg beras 
2 kiub ayam - letak 1 sj 
2 helai daun pandan 
pewarna merah, kuning dan hijau 
[bahan tumis] 
1/2 inci halia 
2 ulas bawang putih 
1/2 biji bawang besar 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb 
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
[bahan hias] 
bawang goreng , kismis 

Cara-cara 
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan. 
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang 
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi 
Masukkan beras dan gaul rata. 
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan. 
Masaklah nasi sehingga masak 
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu. 
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Tuesday, 30 July 2013

Resepi Ketuk-Ketuk Perantau..

Assalamualaikum..sekejap je kita dah pun berada di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini. Terus-terang, puasa tahun ni walau terpanjang waktunya dalam sejarah hidup saya selama 30 tahun, tapi terasa tidak beban langsung. Alhamdulillah..nikmat Allah bagi cuaca sekejap panas sekejap hujan, makanan pun kalau teringin dapat dihidangkan. Alhamdulillah*gaya Shiela Rusly ketuk ketuk ramadhan*


Tak lama lagi nak raya. Seronok tau tahun ni kita dapat baju raya. Prezen dari kawan kita cik puan Delina. Bukan kita je..hero kecik tu pun sama. Tapi dia dah pakai lama dah masa Father's Day aritu. Incek daddy pulak dapat kopiah baru. Ewah..eksaited nak hari raya ni. Nanti raya sok kita haplod cite baju iye..Sekarang nak cerita resepi dapur perantau dulu sebab sistah ku cikgi Eline dan kezen ku Effa request resepi. Nah..silalah cuba. Dijamin senang sebab aku dah lama tak masak benda yang remeh semenjak ada Fahim Zidane.kikiki..



#1 Chocolate Smudge Cheesecake (sila jangan google sebab nama ni aku pepandai jek bagi.)


Ok, resepi ni asalnya ialah Chocolate Truffle Cheesecake. Tetapi aku kan chef dapur perantau yang suka sangat menderhaka pada resepi asal..hahaha. Maka aku memandai2 la delete ingredients dan method yang aku rasa leceh. Maka resepi yang terhasil ialah..

Bahan-bahan:

Base:
  • 150g digestive biscuits, ground
  • 2 tablespoons granulated sugar
  • 2 tablespoons water
  • 1 tablespoon melted unsalted butter
For the Filling:
  • 55g milk chocolate, chopped
  • 300g full fat Philedelphia cream cheese, at room temperature
  • 150g sugar
  • 1 egg
  • 1 egg whites
  • 2 teaspoons pure vanilla extract
Method:
1. Panaskan fan oven suhu 160 darjah. Sapukan mentega siap2 kat cake tin/acuan kek. Cake tin yang sesuai untuk cheesecake ialah yang jenis loose-base atau spring-form tu sebab nanti senang nak keluarkan kek.

2. Gunakan rolling pin untuk hancurkan biskut, atau ramas je ngan tangan. Nak senang pakai plastik. Pastu mix semua bahan base sampai moist. Pastu tekap adunan base tu kat base cake tin tu. Jangan tebal sangat. Nipis dan padat2. Siap sejukkan sekejap dalam peti ais, ideally 15 minit.

3. Buat filling pulak. Kalau rajin double-boil milk chocolate. Saya tak rajin maka ku microwave saje tapi hati2 boleh hangit. Kena on-off-kacau-on-off-kacau. Siap ketepikan.

Dengan menggunakan hand-mixer, beat the cream cheese dalam 1 minit, pastu masukkan gula dan beat dalam 2 minit. Masukkan telur, putih telur dan vanilla extract. Beat la sampai dia kembang dan fluffy. Siap, campurkan milk chocolate yang dah cair tadi ke dalam adunan filling. Gaul tapi jangan over gaul. Swirl2 kan dia jadi cam marble-look. Simpan sesudu chocolate untuk buat corak topping.

Then curahkan je adunan tu ke atas base biskut tadi. Akhir sekali buatlah corak atas adunan filling tu dengan milk chocolate cair tu dgn sudu. 

4. Bakar selama 50 minit. Cucuk ngan lidi/pisau kalau dah tak melekat dah siap la tu. Off kan oven dan biarkan kek dalam oven dalam sejam lagi. Keluarkan sekejap dan selepas tu masukkan kek dalam peti ais dan chill sampai at least 5 jam, lagi bagus overnight. Bila nak makan, disaran keluarkan cheesecake 1 jam awal dan lepas tu kek akan terasa sangat sedap dimakan.

~'smudge' sebab dia macam splash2 kan coklat gitew..




#2 Bread Butter Pudding


Bahan-bahan:

1) 10 slices soft white bread
2) 50g / 2 oz soft butter
3) ¼ tsp cinnamon powder
4) 350 ml / 12 fl oz milk50 ml / 2 fl oz double / heavy cream (kalau takde pun takpe tak menjejaskan resepi pun)
5) 2 large free range eggs
6) 25g / 1 oz sugar
7) 1 tsp vanilla extract or paste
850g / 2 oz milk chocolate, chopped (u can sub to raisins)
*dan sedikit brown sugar untuk topping, tade takpe ambik sikit sugar biasa tadi.

Method:

1. Panaskan fan oven suhu 180 darjah. Grease siap2 kat acuan kek atau oven-dish tu dengan butter. 

2. Roti dibuang kulitnya. Kalau suka boleh simpan sikit kulit tu nanti buat corak. Untuk kali ni aku buang je. Roti dipotong separuh menjadi bentuk segitiga. Boleh juga nak potong segi empat. Sapukan butter pada satu permukaan roti saja. Selepas tu susun roti rapat2 dalam acuan atau oven-dish. Kalau saya, saya suka sprinkle sikit brown sugar pada setiap roti, pastu dah siap susun, saya selitkan chopped milk chocolate @raisin dalam roti. ;)

3. Panaskan susu dan cream, jangan sampai mendidih. Ketepikan.

4. Dalam mangkuk berlainan pukul telur, gula dan vanilla extract sampai ringan, fluffy dan airy serta pucat warnanya. Masukkan susu tadi dalam adunan telur. Pukul sambil2 masukkan susu tu.

5. Curahkan adunan tadi ke atas susunan roti. Biar sekata dan rata. Tekan roti biar mendap dalam adunan susu tu. Dah siap, sprinkle sikit brown sugar ke atasnya. Bakar selama 40-45 minit sampai puding naik kembang dan golden brown. Hidang panas2 atau saya suka chill dulu dalam peti ais. ;)



#3 Spaghetti Marinara @ seafood spaghetti 

~sebelah spaghetti tu steak,watercress & mushroom in parsley sauce

Bahan-bahan:
(2 orang makan)
1)Spaghetti 
2)Bawang besar/bawang Holland dipotong dadu kecik2
3)2 ulas bawang putih diketuk
4)Half packet Tesco cocktail cooked seafood (sotong, udang, mussels), korang suka apa taruk je
5)2 sudu besar can chopped tomatoes
6)baby button mushroom,dipotong separuh (mushroom apa suke letak je)
7)2 atau 3 biji cili padi diketuk
8)olive oil
9)garam dan sedikit kiub ayam
cheddar cheese*
1 tsp paprika*
mix herbs* 
* ada taruk takde takyah

Method:

Boil dan drain pasta macam biasa. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi dengan olive oil. Masukkan cendawan. Masukkan chopped tomatoes dan sedikit je air. Masukkan seafood. Sprinkle paprika, garam, kiub ayam dan mixed herbs. Biar dua minit kemudian masukkan pasta, gaulkan. Tambahkan olive oil kalau kering. Siap, tutup api dan taburkan cheddar cheese. Serve immediately. 




 #4 Bubur Lambuk Terengganu
Tq..sedap sangat. Kata orang sedap dari Kg Baru punya sebab versi Ganu ada isi ikan. ;)


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 1/2 cawan beras
  • 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
  • segenggam udang hidup
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • *ditumbuk kasar
  • 1 cawan santan
  • 2 biji bawang besar dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia dikisar halus
  • 1 batang serai dititik
  • 8 cawan air
  • Garam & gula secukup rasa
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit sayur-sayuran (saya guna Tesco slice cabbage & leek)
  • 2 sudu besar kerisik kelapa (jika suka)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN TADI.
  2. Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah.
  3. Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta lada hitam & udang kering. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana.
  4. Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak.
  5. Tambahkan kerisik kelapa, garam, sedikit kiub ayam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi.
  6. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran. Gaul & tutup api.



Itulah saje edisi dapur perantau kali ni. Selamat mencuba..ketuk-ketuk perantau, Alhamdulillah!

Tuesday, 23 July 2013

Resepi Ramadhan

Assalamualaikum.. Edisi dapur perantau kali ni ialah menampilkan resepi-resepi menu berbuka kitorang hari tu. Sekadar untuk rujukan akan datang dan juga kredit pada resepi asal. Kalau takde kredit tu maknanya resepi tu rekaan sendiri. As usual dapur perantau menggunakan bahan what-u-can-find-in-the-fridge. Moh kita tengok..


#1 Popia Goreng Bunga

Bahan-bahan:

Untuk kulit saya gunakan filo pastry.

Untuk inti:
Saya gunakan Tesco stir-fry vegetables untuk sayur-sayuran. Ada carrot, taugeh, green vegie hatta red onion pun dah siap hiris. Cepat & mudah.

1/2 bungkus Tesco stir-fry vegies
udang basah kecil (saya letak 2 ekor satu popia)
segenggam udang kering ditumbuk
minyak

Cara-cara:
Inti dimasak dahulu. Panaskan minyak, masukkan bawang, kemudian udang kering. Setelah bawang layu sedikit, masukkan sayur-sayuran. Akhir sekali udang basah. Angkat ketepikan.

Panaskan oven 180 degree. Dengan menggunakan muffin tray, potong filo pastry empat segi kecil dan letakkan dalam muffin case. Gunakan 2 keping pastry yang dipotong empat segi tadi untuk setiap muffin case. Letak arah bertentangan supaya jadi bentuk kelopak bunga. Boleh rujuk gambar di bawah.

Sudukan inti ke dalam kelopak bunga pastry tadi. Dah siap boleh masukkan dalam oven dan masak selama 20-25 minit. 



Untuk sos:
sos cili thai+sos tiram sedikit+brown sugar dan sedikit air dimasak atas api. Pastikan likat dan manis. Sajikan dengan kacang tanah yang ditumbuk.





#2 Karipap Sardin Kulit Paratha



Bahan kulit
5 keping paratha, defrost dalam 1-2 minit. Jangan sampai suam nanti takleh balut.

Bahan inti
1 tin sardin
bawang besar dipotong dadu
bawang putih (saya guna garlic powder)
kentang dipotong dadu
boleh taruk peas jika mau.

Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga layu sedikit, masukkan kentang dan garlic powder. Apabila kentang sudah lembut, masukkan peas. Kemudian masukkan ikan sardin dan sedikit sahaja sos. Masak sehingga kering. Jangan biarkan inti lembab nanti karipap akan soggy. Angkat.

Paratha dipotong empat dan akan menjadi bentuk 3 segi. Bubuh inti dan kelimkan macam karipap. 

notakontot: Tips:
1. Panaskan minyak siap2 untuk menggoreng karipap. Karipap perlu digoreng cepat kerana paratha mudah melekat di pinggan dan terbukak.
2. Untuk senang proses balut & kelim, celupkan jari dengan sedikit minyak supaya tak melekat dengan paratha yang lembut.



#3 Frozen Strawberry Yoghurt Sandwich (desert penyejuk tekak & healthy)




Resepi dari Tesco mag. Silalah klik pada gambar di bawah untuk lihat dengan lebih jelas. Maleh nak type.





#4 Kuih Serimuka

Resepi asal daripada nafwabest. Tq. 

  • Bahan A
  • 2 cawan santan + secubit garam
  • 2 cawan beras pulut
  • Bahan B
  • 3 Biji Telur ayam
  • 2 cawan santan + air daun pandan ( Jika tiada daun pandan letak pes pandan pun ok )
  • 2 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum ( mana yg adalah )
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. panaskan periuk pengukus
  2. santan dan beras pulut di campur dan dikukus - 20 minit * pastikan periuk pengukus betul2 panas
  3. Bila pulut dah masak, keluarkan dari periuk pengukus dan padatkan guna sudu..( supaya pulut tidak pecah masa potong )
  4. Bahan B diblender.....tuangkan atas pulut tadi. Kukus semula lebih kurang 30 minit atau hingga masak


notakontot: saya tidak memasak pulut dengan cara resepi di atas sebaliknya menggunakan kaedah rice cooker. Surprisingly, lebih mudah dan lembut. Resepi asal daripada as75. Tq.

Resepi pulut menggunakan rice cooker:

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb minyak masak

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kalau nak buat pulut kuning cuma tambahkan serbuk kunyit. Saya takde daun pandan jadi kalau ada bolehlah letak bagi wangi.


notakontot: tips untuk permukaan serimuka cantik dan tidak berlubang2 ialah dengan menutup dan mengikat penutup steamer dengan kain yang bersih.




#5 Nasi Tomato dan Udang Masak Merah

Nasi Tomato

Bahan-bahan:
mentega/minyak sapi/marjerin
4 sahabat; bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar
kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga
beras 2 pot
2 sudu kecil tomato puree
susu cair/susu fresh milk pun boleh tapi saya campur 2 pot susu 1 pot air
dried apricot dihiris/kismis/gajus kalau ada
sedikit garam

Cara-cara:
On rice cooker, panaskan mentega, masukkan 4 sahabat dan bahan kisar, kemudian beras, tomato puree, garam dan susu. Kacau dan biarkan hampir masak barulah masukkan dried apricot/kismis/gajus.


Udang Masak Merah

udang
bawang besar,bawang putih halia dikisar (kalau guna cili kering boleh kisar sekali, saya guna serbuk cili)
1 sudu besar serbuk cili
4 sahabat
4 susu kecil tomato puree
air
kacang peas

Cara-cara:
Panaskan minyak dan masukkan 4 sahabat, masukkan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan biarkan pecah minyak. Masukkan air dan kacang peas. Setelah mendidih beberapa minit, perasakan dengan garam dan gula, sedikit kiub ayam dan last skali udang. Lebih sedap dengan hirisan bulat bawang besar dan daun ketumbar sebagai hiasan.





Sape nak cuba, selamat mencuba lah ye. Resepi iols biasa2 je. Takat kasi hilang ngidam je. ;)

Thursday, 23 May 2013

Daging Masak Kicap Berkerisik is Nyums!

Salam everybodeh..

Dapur perantau kali ni berasap dek mencuba resepi Puan Eta iaitu Daging Masak Kicap. Tajuk kutambah berkerisik sebab nak bagitau memang lain dari yang lain selepas kutambah kerisik. Memang walaweh la Eta. Mekasih sudi share resepi. 


Macam biasalah, takkan namanya dapur perantau kalau bahan-bahan sume complete. Kalau ikut resepi asal, kena ada gula merah, cili kering, jintan manis, jintan putih, bunga lawang hatta air asam jawa pun aku tak bubuh. Jadi sila bayangkan kalau semua bahan ni ada dalam cabinet dapor tu, confirm lagi walaweh la kan.. 


Cili kering ada tapi sape yang pernah beli cili kering kat UK pasti tau cilinya ya tuhan pedaih nak m*mpuih. Maka aku selalu opt pada serbuk cili. Tapi aku tak bubuh pun. Bunga lawang.. ilek. Gula merah pun takde so opt pada brown sugar. Ikut mana yang hado.


Jantan jintan manis jintan putih..err..ada kot tapi kat peket tulis cumin. Tapi black cumin je so rasanya tak termasuk dalam senarai. Next!......


Asam jawa adaaaaaaaaa....tapi kannn...kalau dah namanya pemalas busy nak membancuh so tangan tu laju je capai botol lemon juice kat fridge. I is smart, no?


So basically, aku punya modification tu tidaklah menghasilkan result yang teruk. Kalau dah tambah nasik 3 kali tu nak kata apa lagi..haishh!


Bahan A (kisar)
3 ulas bawang besar

6 ulas bawang putih

3 Inci halia

Bahan B

Daging dihiris halus (agar cepat lembut)
Kentang dipotong wedges
Kulit kayu manis, bunga cengkih
Brown sugar
Kerisik
Lemon juice
Kicap manis

kicap masin

Air ikut kepekatan yang dikehendaki
Garam dan lada sulah

*method sama je ngan resepi asal.





Nak-nak pulak ada sambal belacan basuh tangan bau tak hilang aku tu. Incek somi yang otstesen..jangan ngigau. Kat Jerman takde..


~nyum~




Thursday, 15 November 2012

nyummy Ribs & slurrpy Fish Stew

BBQ Ribs


As requested by my dear friend Fiza in Insta long ago about this recipe (sorry fiza, lupa nak post), now you can get the recipe from the link given. I've posted an entry about this mouth-watering ribs a year ago after found the video on youtube. It is a korean -style bbq marinated ribs. Tak pernah cuba pun selama ni sampai la one day incek zaid beli ribs kat halal butcher. So if you favor in bbq-ing why not give it a try? Kalau tade set bbq segala, pakai oven pon boley!

It's so easy. Just follow what the makcik korea did here. Or you can search yourself the keyword 'Korean Beef Barbeque (LA Galbi)'.


~tekak melayu..nak jugak makan dengan nasik


~spare sikit untuk dimakan dengan megi..Ya..MAGGI! sumpah sedap! Lagi lama marinate lagi best. :)




Fish Stew


~slurrp..slurp..

This is my first attempt for fish stew. In fact, this is my 'own campak-campak' recipe. I've tried lamb stew but never for fish. It turn out to be a brilliant dish (in terms of jimat masa dan kos bahan coz most of the ingredients you can find in the fridge) plus healthy especially during this winter time. ;) Hope kak Nadine will be pleased to see the recipe as it is more detail compared to the one i wrote in instagram.

(Serve 2 orang)
Bahan-bahan:
Fish (aku guna plaice, boleh opt kepada ikan pari atau yang sesuai)
1/2 labu bawang besar & seinci halia (blend)
1/2 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, capsicum dan button mushroom (dipotong dadu)
1 tsp serbuk cili/chilli flake (atau blend cili bersama bahan blend tadi, ini untuk menambah sedikit rasa pedas)
1/2 can of chopped tomatoes
leek
choi sum (sawi)
1 cup apple juice (kalau takde opt kepada air je)
1 tsp mix herbs
sugar,salt and pepper to season


Cara-cara:
Panaskan oven (fan) 180 darjah dan sediakan mangkuk casserole. Panaskan minyak, tumis bwg putih kemudian button mushroom selama 2 mins. Masukkan bahan blend dan tumis sampai naik bau. Masuk serbuk cili dan setengah tin chopped tomatoes. Masukkan bawang dan capsicum yang dipotong dadu, leek dan batang sawi. Masukkan apple juice dan mix herbs. Setelah mendidih sedikit perasakan dengan gula, garam dan pepper. Tutup api. Letakkan ikan dalam mangkuk casserole. Curahkan kuah stew tadi. Masak di dalam oven selama 20-25 mins. 15 mins sebelum masak masukkan pula daun sawi. Hidang bersama spaghetti.




p/s sambil mencuba resepi dan menikmati juadah, ambillah sedikit masa untuk kita mendoakan keselamatan saudara kita di Palestine. Salam maal hijrah dan selamat tahun baru buat semua umat Islam.

Tuesday, 28 February 2012

Kerabu perut, anyone?

Burpp!! Alhamdulillah.. Baru lepas makan tengahari, nasi panas berlaukkan salmon masak asam pedas (tade gambar sbb masak lauk biasa je, tapi ropa sama je mcm ni). Korang semua dah makan? Now dah 33 weeks. Baby kadang-kadang suka mengeras, sampai kena cakap kat dia "sayang, duduk baik-baik kat dalam tu, kasi mummy selesa sikit ye." Pastu cakap kat dia jom makan mummy masak sedap tau.. :p Kadang tu tengah cakap ngan baby, daddy kat dapo ingat kita cakap ngan dia..hahaha! :D Tapi teknik bercakap dengan baby tu memang menjadik ler.. lepas je cakap, terus dia meng'comfort'kan dirinya. Barulah mak dia ada feel nak makan bertambah :p Good boy!


Belek-belek gambar kat lappy baru perasan haritu ai masak sepesel.. nak tau? hehe.. nilah lauknya..



Kerabu perut dan daging masak lomak cili padi.



perut kambing biri-biri..

kalau disalai dagingnya memang lagi sedap..



Lama giler tak makan kerabu perut,sekali terjumpa satu butcher ni kat Birmingham. Betul-betul sebelah Momo's (Somalian restaurant). Tak pernah aku buat kerabu, rupanya senang bebenor..




Resepi Kerabu Perut (sukatan ikut selera tekak)

Bahan-bahan:
perut dicuci bersih, direbus sehingga sangat empuk & lembut
sebiji bawang merah dihiris halus
sebiji tomato dipotong dadu kecil2
cili padi & cili merah, sedikit belacan,garam & gula dikisar halus
perahan limau (aku guna lime juice)
kerisik (aku goreng desicated coconut sampai garing)
taugeh dicelur
kacang panjang dipotong kecil2

Cara:
Gaul semua bahan.



Monday, 18 July 2011

Scones..Fresh From The Oven!




Halluuu...


Teringin nak makan scones? Ini ada resepi untuk anda cuba dan saya pasti anda akan gembira dengan hasilnya nanti. Ayat promosi habis... bahah!

Tesco mag always gives me the taste of real food.

This very English recipe is tasted delicious when you serve them warm with a dollop of cream or jam.



Ingredients:

Scones
350g (12 oz) plain flour
2 tsp baking powder
pinch salt
40g (1 1/2 oz) caster sugar
75g (3 oz) butter (aku guna unsalted butter)
175ml (6 oz) milk (aku guna fresh milk)
1 egg beaten, for glaze

Cream Cheese Perisa Yoghurt :
(ini resepi aku sendiri main redah, korang boleh beli je whipped cream/clotted cream)

Philadelphia cream cheese (aku guna light sebab low fat)
Double cream
Yoghurt perisa buah-buahan
Icing sugar (agak berapa manis korang nak)

Semuanya beberapa sudu je. Aku mix semua dengan hand mixer sampai dia jadi kembang dan tak meleleh). Boleh la chill jap kat dalam fridge sampai scones dah sejuk baru sapu cream tu.


Cara-cara:

1. Panaskan oven 200 darjah/180 darjah (fan). Campurkan plain flour, baking powder, salt dan caster sugar dalam mangkuk. Pastu gaul butter bersama bahan-bahan tepung tadi dengan menggunakan jari jemari anda. Gaul sampai jadi macam breadcrumbs (serbuk roti).

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit supaya tepung tadi jadi seperti doh (firm dough). Tuangkan susu dan gaulkan sehingga doh jadi squashy (lembut2 berair sedikit). Jangan tuang susu sedikit sangat sampai jadi kering, atau terlampau banyak sampai lembik sangat. Susu tu tak semestinya habis.

3. Taburkan sedikit tepung atas worktop (permukaan meja yg bersih) dan leperkan tepung tadi di atasnya. Macam gambar di bawah ni,

pat it into a circle about 1-5cm (3/4 in) thick


4. Cut out the scones dengan menggunakan acuan seperti dalam buku ni,
Tapi aku takde acuan tu. Tapi ini kan segmen dapur perantau, peduli apa aku guna pot nasik je as cutter. Ada aku kesah? Janji ada bentuk :p


5. Letak adunan scones tadi dalam bekas nonstick atau sapu je bekas dengan butter supaya tak lekat. Brush the tops (scones) with the beaten egg. Bakar selama 12-15 minit or until golden.

6. Sejukkan sedikit sebelum anda belah dua scones itu dan hidangkan dengan sapuan cream tadi atau jam.



Scones.. perfect treat on British summer and cuppa

Thursday, 7 July 2011

Learn To Love The Leftovers

Yup..all the food are made from balance2 kuah sambal lada (kuah sambal+rempah kari), scampi goreng, tuna and leftover grilled vegies. Even the rice and pasta also are leftovers. Sayang nak buang all the food so I decided to come out with this menu for my lunch.



Nasi Goreng Kari & Scampi Goreng

Bahan2 leftover:
nasi semalam
kuah sambal lada perasa kari 2 hari lepas
lauk grilled vegies semalam
belen2 scampi goreng
salad sebagai hiasan




Sweet Tuna Philly With Linguine & Scampi

Bahan2 leftover:
lebihan pasta semalam
tuna dalam tin lebihan buat lunch hubby
Light Philadelphia Cream Cheese (belen2 buat cheese kek)
belen2 scampi goreng
lauk grilled vegies semalam





Ok, tajuk menu tanak kalah. Padahal semua bahan belen2 semalam dalam fridge je.

Kuang..kuang..kuang. :p