Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 23 July 2013

Resepi Ramadhan

Assalamualaikum.. Edisi dapur perantau kali ni ialah menampilkan resepi-resepi menu berbuka kitorang hari tu. Sekadar untuk rujukan akan datang dan juga kredit pada resepi asal. Kalau takde kredit tu maknanya resepi tu rekaan sendiri. As usual dapur perantau menggunakan bahan what-u-can-find-in-the-fridge. Moh kita tengok..


#1 Popia Goreng Bunga

Bahan-bahan:

Untuk kulit saya gunakan filo pastry.

Untuk inti:
Saya gunakan Tesco stir-fry vegetables untuk sayur-sayuran. Ada carrot, taugeh, green vegie hatta red onion pun dah siap hiris. Cepat & mudah.

1/2 bungkus Tesco stir-fry vegies
udang basah kecil (saya letak 2 ekor satu popia)
segenggam udang kering ditumbuk
minyak

Cara-cara:
Inti dimasak dahulu. Panaskan minyak, masukkan bawang, kemudian udang kering. Setelah bawang layu sedikit, masukkan sayur-sayuran. Akhir sekali udang basah. Angkat ketepikan.

Panaskan oven 180 degree. Dengan menggunakan muffin tray, potong filo pastry empat segi kecil dan letakkan dalam muffin case. Gunakan 2 keping pastry yang dipotong empat segi tadi untuk setiap muffin case. Letak arah bertentangan supaya jadi bentuk kelopak bunga. Boleh rujuk gambar di bawah.

Sudukan inti ke dalam kelopak bunga pastry tadi. Dah siap boleh masukkan dalam oven dan masak selama 20-25 minit. 



Untuk sos:
sos cili thai+sos tiram sedikit+brown sugar dan sedikit air dimasak atas api. Pastikan likat dan manis. Sajikan dengan kacang tanah yang ditumbuk.





#2 Karipap Sardin Kulit Paratha



Bahan kulit
5 keping paratha, defrost dalam 1-2 minit. Jangan sampai suam nanti takleh balut.

Bahan inti
1 tin sardin
bawang besar dipotong dadu
bawang putih (saya guna garlic powder)
kentang dipotong dadu
boleh taruk peas jika mau.

Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga layu sedikit, masukkan kentang dan garlic powder. Apabila kentang sudah lembut, masukkan peas. Kemudian masukkan ikan sardin dan sedikit sahaja sos. Masak sehingga kering. Jangan biarkan inti lembab nanti karipap akan soggy. Angkat.

Paratha dipotong empat dan akan menjadi bentuk 3 segi. Bubuh inti dan kelimkan macam karipap. 

notakontot: Tips:
1. Panaskan minyak siap2 untuk menggoreng karipap. Karipap perlu digoreng cepat kerana paratha mudah melekat di pinggan dan terbukak.
2. Untuk senang proses balut & kelim, celupkan jari dengan sedikit minyak supaya tak melekat dengan paratha yang lembut.



#3 Frozen Strawberry Yoghurt Sandwich (desert penyejuk tekak & healthy)




Resepi dari Tesco mag. Silalah klik pada gambar di bawah untuk lihat dengan lebih jelas. Maleh nak type.





#4 Kuih Serimuka

Resepi asal daripada nafwabest. Tq. 

  • Bahan A
  • 2 cawan santan + secubit garam
  • 2 cawan beras pulut
  • Bahan B
  • 3 Biji Telur ayam
  • 2 cawan santan + air daun pandan ( Jika tiada daun pandan letak pes pandan pun ok )
  • 2 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum ( mana yg adalah )
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. panaskan periuk pengukus
  2. santan dan beras pulut di campur dan dikukus - 20 minit * pastikan periuk pengukus betul2 panas
  3. Bila pulut dah masak, keluarkan dari periuk pengukus dan padatkan guna sudu..( supaya pulut tidak pecah masa potong )
  4. Bahan B diblender.....tuangkan atas pulut tadi. Kukus semula lebih kurang 30 minit atau hingga masak


notakontot: saya tidak memasak pulut dengan cara resepi di atas sebaliknya menggunakan kaedah rice cooker. Surprisingly, lebih mudah dan lembut. Resepi asal daripada as75. Tq.

Resepi pulut menggunakan rice cooker:

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb minyak masak

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kalau nak buat pulut kuning cuma tambahkan serbuk kunyit. Saya takde daun pandan jadi kalau ada bolehlah letak bagi wangi.


notakontot: tips untuk permukaan serimuka cantik dan tidak berlubang2 ialah dengan menutup dan mengikat penutup steamer dengan kain yang bersih.




#5 Nasi Tomato dan Udang Masak Merah

Nasi Tomato

Bahan-bahan:
mentega/minyak sapi/marjerin
4 sahabat; bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar
kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga
beras 2 pot
2 sudu kecil tomato puree
susu cair/susu fresh milk pun boleh tapi saya campur 2 pot susu 1 pot air
dried apricot dihiris/kismis/gajus kalau ada
sedikit garam

Cara-cara:
On rice cooker, panaskan mentega, masukkan 4 sahabat dan bahan kisar, kemudian beras, tomato puree, garam dan susu. Kacau dan biarkan hampir masak barulah masukkan dried apricot/kismis/gajus.


Udang Masak Merah

udang
bawang besar,bawang putih halia dikisar (kalau guna cili kering boleh kisar sekali, saya guna serbuk cili)
1 sudu besar serbuk cili
4 sahabat
4 susu kecil tomato puree
air
kacang peas

Cara-cara:
Panaskan minyak dan masukkan 4 sahabat, masukkan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan biarkan pecah minyak. Masukkan air dan kacang peas. Setelah mendidih beberapa minit, perasakan dengan garam dan gula, sedikit kiub ayam dan last skali udang. Lebih sedap dengan hirisan bulat bawang besar dan daun ketumbar sebagai hiasan.





Sape nak cuba, selamat mencuba lah ye. Resepi iols biasa2 je. Takat kasi hilang ngidam je. ;)

8 comments:

Eta said...

Yay! Untuk rujukan says jugak :-)

Fazlinil Irma said...

yeaayy.. ada resepi dgn filo pastry.. sy malas nak buat baklava.. nak cuba resepi ninie.. tenkiuu..!! ;)

Ninie Hanis said...

Eta,

hehe..sila2.kalau tak sedap jangan marah aa..


Ninie Hanis said...

Fazlinil Irma,

You're welcome..amboi baklava. Meh le share. Kalau rajin bole la try :)

Nadine said...

Thanks for sharing ninie!

kreatip la ninie ni. suka! :)

Ninie Hanis said...

Nadine,

alahai..resepi biasa je kak nadia.Awak pun kretip juge. ;)

~Mami Little Hero~ said...

Ninie,

curlast! Dah boleh buat buku resipi. Raya ni meh raya Manchesta ok! Nanti akak bitau kalau akak buat open hse. Tak buat open hse pun meh la jugak. Ajak niza tu sama. Sabtu lepas akak jumpa dia kat Bazar Ramadhan kiteorang. Tegur gak dia.

Ninie Hanis said...

Kak Farah,

Amboi kelas ko jah..buku resepi lagi.Tak sampai tahap masterchep cam akak mana bleh buat buku.Buku resepi sendiri bolehla hahaha!

Nak piii...nak pi raya umah kak Farah!tu diaa..seronok orang ajak tu.Insyallah kak.Nanti kalau ada rezeki kita halo2. Saya pun xdecide lagi mmg plan nak buat.Nanti kita watsap eh.Dan sy bgtau niza jugak. :)