Assalamualaikum..dah lebih seminggu pun kita beraya. Alhamdulillah panjatkan syukur pada Illahi kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih mudah tahun ni. Sebab tahun ni (2013/1434H), Fahim Zidane dah 16 bulan umurnya masa Ramadhan lalu dan ibadah puasa serta solat tarawikh dapat mommy dan daddy buat secara berjemaah dengan mudah sebab time tu (pukul 10.30 malam) Fahim dah tidur. Kalau tahun-tahun lepas, mommy sendiri terpaksa tak berpuasa sebab mengandung dan menyusukan Fahim. Tahun ni gembira sangat sebab banyak hari dapat bertarawikh. :)
Menjelang raya tu kami pegi Scotland. Dah cerita di entri yang lepas kan. Nanti ai tulis pasal trip gi Scotland dalam entri lain. Entri ni sempena menyambut Syawal yang mulia..meh tengok sambutaan kami di Stafford.
Khamis,1 Syawal
Kami takde kemana-mana. Orang Stafford ada yang masih bekerja. Tapi incek somi dah cuti. Sebab kami ke Scotland 2 hari sebelum tu. Malam raya tu baru sampai rumah dalam pukul 11 malam. Maka masak-memasak pun start on hari raya jugak. Juadah pun simple je buat lodeh ngan nasi impit. Disebabkan aktiviti beraya/open house takde, kami pun bercamwhoring raya jelaa kat luar rumah. Hahaha..dasar kan..
~baju atuk opah bagi tahun lepas dah sendat :p
Tapiiii..yang bestnya, ini haaa..
Biskut dan kuih raya dari Malaysia dah sampai..beserta dodol dan lempok doyan. Alhamdulillah.
Sabtu, 3 Syawal
Hari raya ketiga kami dijemput ke open house Afizal & Misa. Pasangan pengantin baru ni masak sedap-sedap. Ada laksa penang, mee kari mutton dan rendang ayam serta nasi impit. Kuih raya pun berbalang-balang. Hehe..Kitorang sampai antara yang paling awal dalam pukul 2 petang camtu. Kitorang bertema silver hari tu. Fahim pakai baju present dari Aunty Dalina & Uncle Jerul.
Fahim dah lama tak jumpa orang, so masa sampai rumah Afizal dia menangis macam kena injection. Haiyoh! Setengah jam nak tenangkan dia sambil suap lunch. Pulak tu nap time dia, memang cranky. Tapi setengah jam lepas tu alhamdulillah dah ok. Dah buat muka tak malu tawaf rumah orang. :p Cuma masih taknak orang pegang.
~siap spesel sampul duet raya from Afizal&Misa.Tq.
Ahad, 4 Syawal
Open house di rumah kami pulak hari ni. Event start pukul 12 tengahari tapi tetamu terawal sampai pukul 1. Pukul 2 lebih baru mula penuh rumah ni. Makanan yang special ialah nasi minyak hujan panas, daging masak hitam berkerisik, acar rampai, rendang ayam, ketupat pulut dan chocolate smudge cheesecake (org tanya nama kek haram nak ingat..pandai2 bagi nama komersil..hahaha!)
~alhamdulillah berkongsi rezeki
Belajar daripada kesilapan semalam, hari ni pukul 1 sementara tetamu belum sampai kami tidokan Fahim dulu. Biarlah dia rest kang ngamuk cam semalam. So bila dia bangun dalam kul 4 camtu, dia agak culture shock apesal rumah dia meriah sangat ni. Menangis kejap cepat-cepat bawak gi luar backyard. Sekejap je pastu dia dah join abang Jack & Mirul main bola.
~siap join menempek kat bapak orang lagi..haih tak malu sungguh :p
~Fahim Zidane & IsaHarizs yang sebaya,beza 2 bulan je :)
Kitorang bertema purple biru pulak kali ni. Fahim pakai baju melayu hadiah maklong tahun lepas. Tapi sebab tahun lepas masih besar so simpan tahun ni. Daddy pulak baju melayu warna biji kundang. Mommy pulak berbaju kurung cotton polka dot biru pemberian Aunty Dalina. Pair with purple shawl from Pritties Accessories that I bought from ebay. Haha..nak cari shawl online tade macam kat Mesia so beli je shawl or scarf. Lol!
~memang kelako muka-tahan-panas fahim.. :D
Dan selepas makan-makan, ada sesi camwhoring raya warga Stapod. Yang takde dalam ni cuma Dalina & Jerul sebab family diorang datang beraya di sini. InsyaAllah jika tiada aral ini mungkin raya open house terakhir kami di Stafford. Sebab besar kemungkinan kami akan berpindah ke Leeds Oktober nanti. T_T
~keluarga kecil Stafford
Sabtu, 10 Syawal
Kami dijemput ke open house Isa & Niza pulak di Stoke. Terlewat sikit sebab tunggu Fahim bangun dari nap tengahari so dekat pukul 4 petang baru sampai. Bawak popia goreng as buah tangan. Tak tahu pulak laris sorry buat sikit sangat. :p Sedap Niza masak nasi lemak, mee kari, sandwich dan kek coklat. Bertambah-tambah kitorang makan. Fahim kali ni sebab dah mula banyak kali attend open house, nangis pun seminit dua je, pastu mulalah buat perangai tak malu dia tawaf rumah orang. Hihi.
~Thanks to Wani Ateng bagi resepi sos popia :)
~bersama tuan tanah kat belakang saya :p
Ahad,11 Syawal
Hari ni kami (dan Niza sefamily) mendapat undangan ke Manchester pulak rumah Farah. First time nih nak jumpa blogger aka bizneswoman nasik kerabu. Hehe..sedap tau Farah nasi kerabu anda. Bertambah2..hihi. Dah lama tak makan nasi kerabu sampai lupa nak letak lauk apa. Nasib baik ada kawan cakap makan dengan kopok sedap. Incek suami lagi laa..taktau yang solok lada tu ada isi ikan. Dia ingat cili/lada je..hahaha tensi je bila ai cite sedap solok lada tu. Moral of the story next time tunggu ayang bubuhkan nasik kat awak ye. :p
~Us..tema blue black, daddy & son were on their checked outfit while I was in polka dots shawl.
~kali ni buah tangan adalah air tangan from M&S :) Strawberry Roses Cake with cream cheese filling.
~bersama tuan tanah Farah Adlini. Fahim yang cheeky sampai tak malu nak botol susu Awisy. Padahal sampai2 nangis dulu. Hahaha!Pic cilok dari fb tuan tanah.
Masa kat rumah Farah semalam tetiba terjumpa ex-UIA. Grad tahun yang sama pulak tu. Course pun sama hahaha! Kalau budak UIA ni cepat je aku scan..kikiki.
~Rabi the ex-UIA, sat on my left..she's doing her Phd in Politics at Machester Uni.
Balik dari rumah Farah kitorang singgah beli Falouda yang marvellicious kat Moonlight. Tq Niza sebab ingatkan mende ni, dulu lagi nak try tapi asek lupa je. A must-buy-desert when you are in Machester. ;)
~Falouda; ala-ala cendol+vanilla ice cream+biji selasih+sirap.
Till we meet again..babai!
p/s perasan tak aku dah buang panggilan 'kak' Farah tu? Sebab kitorang figured out kitorang sebaya smalam.kahkahkah!