Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Tuesday, 7 June 2011

Jom Layan Movie Tak Berapa Baru

Aku nak post citer ni tapi asik terlufer je. Biasanya blogger akan buat review tentang filem terbaru yang tengah main kat wayang kan. Tapi aku terbalik, aku nak share few movies yang sepatutnya aku tengok awal-awal dekat wayang tapi end up dengan download jer. Okey, jom aku buat ulasan sikit filem-filem yang aku tengok. Filem-filem ini adalah terlampau best BAGI AKU. Kalau bagi korang tak best tak taulah ye. People got different taste meh...


1) Julie & Julia *****




Aku memang peminat setia Meryl Streep. Aku tengok movie ni awal tahun ni, patutnya tengok tahun 2009 time dia release lagi. Citer dia tentang seorang perempuan (Amy Adams) nak cabar diri dia untuk master dalam memasak resepi-resepi Julie Powell (Meryl Streep) selepas dia baca buku autobiography beliau. Pastu dia create satu blog supaya dia boleh hasilkan menu mengikut resepi Julie Powell selama 365 hari, 524 resepi dengan hanya sebuah dapur yang kecil (studio flat). There are 3 reasons why I fell in love with this movie: Passion of cooking, Blogs and Meryl Streep. :)



2) Black Swan *****



Filem ni masa mula-mula release last year, aku taklah teringin nak tengok. Tapi bila dah download, memang best sangat. Mungkin ada yang cakap boring (atau sebenarnya tak paham) tapi sebenarnya cerita ni mengisahkan seorang ballerina, Nina (Natalie Portman) yang sangat cun, lemah lembut, sexually naive dan terlampau obsess dengan ballet. Dia berjaya memegang 2 watak utama Swan Queen dan Black Swan (evil) dalam satu pementasan. Ramai ballerina yang sanggup berhempas-pulas nak dapat watak utama ni.

Nina ni sering berhalusinasi. Semasa proses berlatih banyak benda pelik yang jadi kat diri dia contohnya dia rasa ada kepak dan seperti bulu swan tumbuh di belakang badan and she keeps on scratching her back. Dia akan ambik pisau and tried to buang bulu-bulu yang tumbuh tu. Banyak lagi perkara pelik yang terjadi sebab dia terlalu stress dengan watak Black Swan, tetapi last sekali baru tau yang selama ni dia dok perasan ada benda pelik jadi tu semua tak wujud. Dia cuma berhalusinasi. Filem ni membawa kita jauh meneroka dunia seorang pesakit mental, which is superb!

Plus kita dapat lihat brutality dalam dunia ballet itu sendiri. Black Swan portrays anorexia, the world where you breathe, sleep and eat ballet, nothing else matters.



3) Unstopabble ****



Filem ni filem kegemaran incek somi. Sebenarnya patut tengok kat wayang sebab Dalina bagi tiket free kat kitorang. Tapi hari tu kitorang berdua ada hal pulak so download jugak. Maybe sebab filem ni action film, so incek somi sangat fokus menonton.

Citer tentang kecuaian seorang pekerja dan driver keretapi yang cuai terjun dari keretapi untuk switch track manually, tapi bangangnya dia left the gear in full throttle. Tak sempat switch keretapi tu terus laju tanpa pemandu. Jadi 2 hero train drivers, Denzel Washington dan Chris Pine cuba nak stop that unstopabble train.. Filem aksi kan, haruslah ada scene panjat-panjat atas bumbung keretapi gitu... :p



Banyak lagi citer lain, tapi so far yang tiga ni je aku ingat. Azam pasni nak layan movie-movie terbaru Pirates of the Carribean, X-Men dan Kung Fu Panda 2. Tu dalam list. :)

Tuesday, 12 April 2011

Salah Siapa Filem Melayu Lemau?

gambar ehsan pakcik gugel

Aku bukan menulis untuk mengulas tentang 'standard' filem-filem melayu di Malaysia, sebab aku pun bukanlah pakar sangat. Aku menulis dari sudut aku sebagai penonton. Kalau ke panggung wayang, akulah yang keluarkan duit beli tiket wayang tersebut. Kalau di UK, terpaksalah download je kan filem-filem terbaru di Malaysia. But still, i'm here as an audience.

Okey, amat jarang (atau tak pernah pun) aku suarakan ketidakpuasan hati aku terhadap kualiti filem melayu. So far aku cuma menyampah tengok cerita arahan professor rizik muheedeen tu je. Memang aku banned dari tengok filem-filem dia. Bukan prejudis, tapi sumpah tak paham kenapa nak kena ada babak nyanyi+menari ala-ala bollywood tapi tarian pon kaku.Geli dowh! Kalau nak menari, menarilah betul-betul dan harus ada art dalam tarian. Tengok macam mana Aishwarya Rai menari dalam citer 'Taal'. Takdenye joget lenggang mak minah. Tu maksud aku.

Jadi apa kes nak bebel kat sini? Hmm..puncanya bila aku tengok filem bertajuk 'Lu Pikirlah Sendiri' lakonan Nabil. Tak silap aku pernah baca komen Nabil sendiri:

"Terus terang, saya kecewa dengan filem ini. Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Malah, ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya tidak faham jalan ceritanya. "

Siapa yang pernah tengok cerita ni mesti faham apa yang aku dan nabil rasakan. Aku tau cerita ni dah basi,dah keluar lama dah kat paper Malaysia. Persoalannya, salah siapa filem melayu lemau? Bagi aku, para pelakonnya tak bersalah tapi filem tu tak ada kekuatan skrip. Hebat tak hebatlah aku boleh cakap pasal skrip kat blog aku nih.Hahaha! Ate...udah nengok sampai habih pon tak paham jalan ceghite,ape kehenye? Aku rasa cerita Zoo lakonan Mazlan Pet Pet tu jauh terhibur lagi kot.

Aku bernasib baik masa balik bercuti sebulan di Malaysia aritu kebetulan filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' tengah tayang kat wayang. Berbaloi-baloi rasa duit yang dikeluarkan untuk bayar tiket. Filem melayu yang tak tangkap muat, ada unsur lokal, dan sentimen jujur dalam berkarya akan selalu jadi pilihan aku. Filem melayu yang aku tengok 2 kali kat wayang ialah Sepet. Di UK setiap hari minggu, aku dan zaid selalu dahagakan filem-filem melayu. Berbeza sungguh rasanya bila menonton filem Papadom dengan 2 Hati 1 Jiwa. Macam langit dan bumi karyanya.. Tu belum cerita 4 Madu lagi, aku tutup laptop terus. Baek layan citer tamil.

Tajuk filem taknak kalah, Aku Masih Dara. Bila tengok, tak terkesan method of da'wah. Lain benar feel menonton cerita Muallaf, aku terasa puas dengan hasil karya yang banyak bermain dengan unsur non-judgmentalism. Tak kisahlah kalau ko cuma pengarah yang tau mengarah cerita yang ringan masih boleh buat filem yang bagus macam Pisau Cukur..Oh My Gucci! :p

Masa dalam flight Etihad nak balik Malaysia aritu aku sempat layan dua filem melayu yang tak lemau bagi aku. Hooperz dan Magika, kira kalau mat saleh sebelah nak layan filem ni bangga la jugak kan. :D

Panjang gila bebel..tu belum masuk bab filem seram yang dah jadi trend baik kat wayang mahupun tv. Filem seram kadang-kadang tengok pun dah tak seram. Menyampah lagi ada. Tapi bila tengok tutup gak muka ngan bantal..haha. Mesti orang kata kalau menyampah buat apa tengok? Jawapan dia sebab jiwa melayu aku masih rindukan filem melayu yang bagus. Hari-hari nengok tv cerita omputeh pon bosan juge.

Kesimpulan dari bebelan aku ni, agak-agak korang berapa banyak filem aku highlight dalam entry ni?





Ok, saya tahu, memang takde kena mengena. Sape suruh kira.