Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 12 April 2011

Salah Siapa Filem Melayu Lemau?

gambar ehsan pakcik gugel

Aku bukan menulis untuk mengulas tentang 'standard' filem-filem melayu di Malaysia, sebab aku pun bukanlah pakar sangat. Aku menulis dari sudut aku sebagai penonton. Kalau ke panggung wayang, akulah yang keluarkan duit beli tiket wayang tersebut. Kalau di UK, terpaksalah download je kan filem-filem terbaru di Malaysia. But still, i'm here as an audience.

Okey, amat jarang (atau tak pernah pun) aku suarakan ketidakpuasan hati aku terhadap kualiti filem melayu. So far aku cuma menyampah tengok cerita arahan professor rizik muheedeen tu je. Memang aku banned dari tengok filem-filem dia. Bukan prejudis, tapi sumpah tak paham kenapa nak kena ada babak nyanyi+menari ala-ala bollywood tapi tarian pon kaku.Geli dowh! Kalau nak menari, menarilah betul-betul dan harus ada art dalam tarian. Tengok macam mana Aishwarya Rai menari dalam citer 'Taal'. Takdenye joget lenggang mak minah. Tu maksud aku.

Jadi apa kes nak bebel kat sini? Hmm..puncanya bila aku tengok filem bertajuk 'Lu Pikirlah Sendiri' lakonan Nabil. Tak silap aku pernah baca komen Nabil sendiri:

"Terus terang, saya kecewa dengan filem ini. Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Malah, ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya tidak faham jalan ceritanya. "

Siapa yang pernah tengok cerita ni mesti faham apa yang aku dan nabil rasakan. Aku tau cerita ni dah basi,dah keluar lama dah kat paper Malaysia. Persoalannya, salah siapa filem melayu lemau? Bagi aku, para pelakonnya tak bersalah tapi filem tu tak ada kekuatan skrip. Hebat tak hebatlah aku boleh cakap pasal skrip kat blog aku nih.Hahaha! Ate...udah nengok sampai habih pon tak paham jalan ceghite,ape kehenye? Aku rasa cerita Zoo lakonan Mazlan Pet Pet tu jauh terhibur lagi kot.

Aku bernasib baik masa balik bercuti sebulan di Malaysia aritu kebetulan filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' tengah tayang kat wayang. Berbaloi-baloi rasa duit yang dikeluarkan untuk bayar tiket. Filem melayu yang tak tangkap muat, ada unsur lokal, dan sentimen jujur dalam berkarya akan selalu jadi pilihan aku. Filem melayu yang aku tengok 2 kali kat wayang ialah Sepet. Di UK setiap hari minggu, aku dan zaid selalu dahagakan filem-filem melayu. Berbeza sungguh rasanya bila menonton filem Papadom dengan 2 Hati 1 Jiwa. Macam langit dan bumi karyanya.. Tu belum cerita 4 Madu lagi, aku tutup laptop terus. Baek layan citer tamil.

Tajuk filem taknak kalah, Aku Masih Dara. Bila tengok, tak terkesan method of da'wah. Lain benar feel menonton cerita Muallaf, aku terasa puas dengan hasil karya yang banyak bermain dengan unsur non-judgmentalism. Tak kisahlah kalau ko cuma pengarah yang tau mengarah cerita yang ringan masih boleh buat filem yang bagus macam Pisau Cukur..Oh My Gucci! :p

Masa dalam flight Etihad nak balik Malaysia aritu aku sempat layan dua filem melayu yang tak lemau bagi aku. Hooperz dan Magika, kira kalau mat saleh sebelah nak layan filem ni bangga la jugak kan. :D

Panjang gila bebel..tu belum masuk bab filem seram yang dah jadi trend baik kat wayang mahupun tv. Filem seram kadang-kadang tengok pun dah tak seram. Menyampah lagi ada. Tapi bila tengok tutup gak muka ngan bantal..haha. Mesti orang kata kalau menyampah buat apa tengok? Jawapan dia sebab jiwa melayu aku masih rindukan filem melayu yang bagus. Hari-hari nengok tv cerita omputeh pon bosan juge.

Kesimpulan dari bebelan aku ni, agak-agak korang berapa banyak filem aku highlight dalam entry ni?





Ok, saya tahu, memang takde kena mengena. Sape suruh kira.

17 comments:

mashitah said...

ninie eta x kira, nasib baik. haha..btol2. eta pon x suke rzk mohidin. semuaaaaaaaaaaaaa cerita dia mengarut. peghabih duet ja

Mijoe said...

12 nama filem melayu telah puan hanis mention kat dalam posting ini... sekian terima kasih!

tapi kan ninie, hantu kak limah tuh memang lawak tahap gaban la...

tak puas tengok sekali... :p

Effa Akmal said...

kak ninie,
hoh, sumpah! saya juge bosan dengan film yg di highlite di atas (siap letak poster tuuu) hahahha. siap tertidur depan tv tau. u noe wat, i tengok citer sepet 4 kali di panggung kerana terkesan dengan jalan ceritanya. yes. its entertain me. dah tengok hikayat merong mahawangsa?? lagik best!!!!!!!!

Ninie Hanis said...

eta,

betul..baek perabih kat makanan.kenyang perut,hati pun puas..kan.


mijoe,

isk isk..tak terkira (suara Pendekar Mustar) :)

jawapan anda sipi2 je.sebab soalan tak tanya berapa filem melayu,tetapi keseluruhan filem adalah 13.

anyway tahniah juga,maaf tiada hadiah disediakan.hehe..

Ninie Hanis said...

effa,

itulah..rindu filem2 allahyarhamah yasmin ahmad.iklan raya dia. :(

hikayat merong mahawangsa tu tgh tunggu gak.mcm2 respon dh dengar.tapi skrg tak sabar2 nak tgk cerita ..Dalam Botol.Dengar komen garapan filem tu mendapat pujian.

mommaholicSURI said...

I x sempat lagi tgk Cerita Hantu Mak Limah!!! diorang cakap lawak sungguh. Cecita.. :)

Eh Ninie.. Hooperz best tak? Memang teringin nak tgk dah lama dah!!! sebab macam best jek tgk trailer diorang main Netball. :) hihi.

Ninie Hanis said...

Kak nurill,

Hantu Kak Limah lah dear,bukan Mak Limah.Hehe..kalau memang orang perak elok le nengok ceriter ni.5* tau.

Hooperz pun lawak sebab amy mastura n adibah noor.pastu karakter lain2 pun lawak gak.main netball tu yg teruja tgk tu. :D

Frau Azmir said...

hehehe hantu kak limah memang ler klakar especially bab lari kuar toilet pakai tudung saji macam skirt tu, terkekek kekek gelak. akak bukan huge fan of film melayu sgt or english pun hahaha, in short bukan penggemar filem sangat ler, tapi layan jugak la satu dua tiga empat hehe and Pisau cukur mmg one of my favorite, oh my Louis Vuitton! hehehe

Effa Akmal said...

kak ninie,

..dalam botol?? kutipan just 300ribu ++ jek. sana sini lam paper duk pung pang cite tentang film yg tah ape² tu. selalu pikir 100 juta kali klu nk tgk film raja azmi. ngeri. risau bazir beli tiket rm9 tu.hhahaahhaha

Ninie Hanis said...

Frau Azmir,

dh stay kat negara org,RTM pun layan..tp citer Kak Limah mmg super funny.best sgt.sama mcm drama rombongan cik kiah ke sukan komanwell,boleh layan byk kali.hehe..


Effa,

yeke?taktau pulak kutipannya sikit.tp teringin nak tgk sebab arahan Khir Rahman n dia penggiat teater kan?takpe nanti dh boleh download i buat ulasan lagi
~bajed diri pengkritik filem.Haha!

Mijoe said...

ha ha ..malam tadi i lagi sekali layan citer HKLBR!

best!!!!

Tukang Campak said...

Kak LImah rocks...itulah pentingnya english educatiooon...wakaka bdk2 tu sebok dok asik nak bako manjang...klu lari tangan misti laju je hayun...saya ada 1 request, tuko ler gambor header belog awak. Kan byk gambo2 'cung' hangpa berdua...

ishamizu said...

Adey, akk jgk la yg ttgl train..byk2 film mly yg Ninie mention tu mcm sepet je yg akk tgk..:D sbb husben akk mmg anti sket filem2 mly ni..mcm yg Ninie ckp jgk la, lemau, tah apa2..tk de motif jln citer n bla3. so dia tk suka so akk pun dh jrg tgk..tp tk kisah bkn suka tgk tv sgt pun. :)

Nway, tq for sharing..rasa nk tgk la yg hantu kak limah tu..rmi kata best! ;)

Ninie Hanis said...

mijoe,

layan byk kali pon best.


kak zie,

hehe,tak sangka ada yang bosan tgk gambar header i.skrg tak leh la,bz packing,nx week nak pindah.

lawak usop wilcha kat maharaja lawak pun tak menahan..hahaha

Ninie Hanis said...

ishamizu,

seronok citer Hantu Kak Limah tu..silalah menonton tapi tak digalakkan akak tgk time berpantang skrg ni.Uish..akak dahla br pas C-sec.Tak digalakkan sebab ceritanya terlampau kelakar.Hihi..

fatt said...

ketinggalan...bz memanjang tak sempat blogwalking..

fyi, aku tgk baru 5 min je cerita kak limah pastu aku tido sbb ngantuk, bkn sbb bosan, tp sbb keletihan penat kerja mcm buruh binaan. haha. tp aku hajat nk ripit balik pastu nk fokus. ketinggalan ketapi kan aku ni? haha.

beb, try donlot cerita the red kebaya...aku suka cerita tu..pelakon dia vanidah imran.

Ninie Hanis said...

Ko ketiduran?adeh..sabo jelah.tgk la time ko fresh & time weekend,layan beb. Oo red kebaya tu,xpernah tgk lg.nnti aku nk cari.