Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday 28 February 2012

Kerabu perut, anyone?

Burpp!! Alhamdulillah.. Baru lepas makan tengahari, nasi panas berlaukkan salmon masak asam pedas (tade gambar sbb masak lauk biasa je, tapi ropa sama je mcm ni). Korang semua dah makan? Now dah 33 weeks. Baby kadang-kadang suka mengeras, sampai kena cakap kat dia "sayang, duduk baik-baik kat dalam tu, kasi mummy selesa sikit ye." Pastu cakap kat dia jom makan mummy masak sedap tau.. :p Kadang tu tengah cakap ngan baby, daddy kat dapo ingat kita cakap ngan dia..hahaha! :D Tapi teknik bercakap dengan baby tu memang menjadik ler.. lepas je cakap, terus dia meng'comfort'kan dirinya. Barulah mak dia ada feel nak makan bertambah :p Good boy!


Belek-belek gambar kat lappy baru perasan haritu ai masak sepesel.. nak tau? hehe.. nilah lauknya..



Kerabu perut dan daging masak lomak cili padi.



perut kambing biri-biri..

kalau disalai dagingnya memang lagi sedap..



Lama giler tak makan kerabu perut,sekali terjumpa satu butcher ni kat Birmingham. Betul-betul sebelah Momo's (Somalian restaurant). Tak pernah aku buat kerabu, rupanya senang bebenor..




Resepi Kerabu Perut (sukatan ikut selera tekak)

Bahan-bahan:
perut dicuci bersih, direbus sehingga sangat empuk & lembut
sebiji bawang merah dihiris halus
sebiji tomato dipotong dadu kecil2
cili padi & cili merah, sedikit belacan,garam & gula dikisar halus
perahan limau (aku guna lime juice)
kerisik (aku goreng desicated coconut sampai garing)
taugeh dicelur
kacang panjang dipotong kecil2

Cara:
Gaul semua bahan.



5 comments:

Rinna said...

Nyum2 sedap kerabu perut..tuh.. :) Nampak menyelerakan..

Ayam said...

Salam...akak nampak kerabu tu sedap benar...

Mrs.NZ said...

Maksu,

memang menyelerakan..lama betul tak makan ni..



Citarasaku,

untuk saya yg jauh di perantauan ni mmg dah habis puas atilah kak..hehe.akak mesti lagi terer masak kan. :)

Mijoe said...

pantang ade kambiang, terus buat uncle mijoe rasa lapar...

Mrs.NZ said...

mijoe,

lapar ke?silalah lunch kerabu perut lps solat jumaat esok.hehe..