Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, 12 November 2012

Notts Game 12' Pendedahan awal bolasepak buat lil' Zidane

Salam to all readers. Cewah..macam formal jek bunyi. Last saturday kitorang pegi Nottingham University, acara setiap tahun kat sini ape ke lagi kalau bukan Notts Game. Pernah baca kan al kisah ahkak masuk netball kat Notts Game dulu. Tu tahun 2010.. Tahun paling meriah bagi warga Stafford sebab dapat hantar team bola, netball, basketball, congkak, batu seremban dan chess. Siap berkonvoi ramai2 dari Stafford ke Notts. best betul..Misi utama bukanlah nak menang sangat pun tapi lebih terarah pada nak beli juadah malaysia sebab banyak stalls jual kuih2 tradisi, sate dan nasi kerabu/dagang.. hihi..


Dua tiga minggu lepas, incek zaid dah hint2 nak suro jugak ai dan fahim zidane ikut gi Notts Game. Ai bukan ape..kalau cuaca kat luar tu sepoi2 bahasa oklah sesangat kan. Ini..pheww...tangan tu mcm rasa letak dalam peti es beku. Tapi mengenangkan keinginan beliau untuk memupuk semangat bola kat anak dia (padahal kecik lg pon), aku pegi jugaklah. Support laki kekdahnya. Pukul 6 bangun siap2 kan Fahim, pastu gerak dari rumah dalam 7.30 pagi. Sampai dalam 8.45 pagi.. All the way si Zidane........

Si supporter kecik. Tedo jek..Simpan energy japgi nak jadi tukang sorak daddy.

sejuk.. hug ketat2  \^_^/

"zidane sok daddy hantar main club eh", angan si bapak.

"main petang2 kat taman je udah", sampuk si emak.


Sampai je ai nampak students jual kuih muih. Terus ajak Shida gi beli. Sedap gak karipap sardin,karipap daging dengan roti sosej dia. Patut aku pun bukak bonet keta jual nasik lemak sure laku hoi..gerai dia takde competitor langsung. 


Si Zidane awal2 ok lagi. Pastu sejuk gamaknya..Aku bawak dia lepak dalam keta. Bfeeding jap, pastu main2 dengan dia. Sejam pastu zaid datang cakap diorang qualified ke next round. Tapi lepas kira mata semua ada team lain yg layak.. OK, misi mencari makanan pulak.*eksaited mak.


Malangnya tahun ni tak sebest tahun2 lepas sebab tak banyak gerai dan pilihan makanan. Stall nya sikit, beraturnya panjang ya rabbi..dapatlah beli kuih sikit tapi byk dah habis.Kitorang ingat kalau menuju ke masjid kat Notts tu mungkin la ada banyak halal restaurant ke,takeways ke. Hampeh juga..(kami pun takmo sesat larat) Maka pulang jelah ke kampung halaman Stafford beli al Karim special sudey.. 


Sempatla bergambau kat Notts Uni..berlatar belakangkan daun luruh yang keemasan.. :)

Both papa bear & baby bear. xoxo!

6 comments:

~Mami Little Hero~ said...

Ninie,

Ada kawan akak ajak berniaga kat sana tapi fikirkan erm jauh baik tak payah. hehehe... Heee lama awak tak update blog kan? Bz ngan baby ye?

Ninie Hanis said...

Mami Little Hero,

patutnya akak buka je gerai nasi kerbau nasi dagang ngan kuihmuih sume..sure laku tau.nanti klu buka gerai mana2 games bgtau ye i serbu.hehe..

aah..bz sikit tapi skrg dah settled sikit.nanti i cerita nx entry ;)

Mijoe said...

MasyaAllah cutenya Fahim berbungkus macam tu! :) sejuk ek...:)

dah masuk winter ke ninie? ke hujung autumn? rindunye tgk daun kuning2 camtu...

suh aa En Zaid usha2 Manchester United Soccer School..untuk baby2 macam Fahim tuh.. he he

Ninie Hanis said...

Mijoe,

Sejuk sangat..kalau boleh cabut heater nak bwk skali..heh! Aah,ni dah penghujung autumn.Otw balik dari Notts tu kereta kitorg detect suhu kat luar 3 degrees.Tp siang masih ada sunshine :) Dulu dtg time autumn ye? Mmg cantek univeristy diorang penuh daun2 keemasan.

Tak payah suruh..dah tertanam dah hasrat murni tu dalam hati bapak dia.verangan tinggi itu bapak.. :p

ishamizu said...

Akak kan tak aware pasal Notts games ni, klu tau n ada geng teringin jg nak pergi. Tp tu la sejukla musim ni, derg mmg buat time Autumn je ke tiap2 thn? Nway, sgt comel la Fahim Zidane tu. geram tgk! Mommy pon gojes..;)

Ps. Awak free ke sabtu ni? Klu free igt nak singgah rumah uol lps pg Portmeirion. Hihi alang2 dah dekat kan.

Ninie Hanis said...

Akak mmg ada niat nk gi Notts gak ke?Hihi biasalah,selalunya student2 muda ni yg join.Mcm husben dah tak berapa muda (takmo sebut tua kononnya)pun masih nak join.Suka2.Banyak games..kalau Sheffield bulan february kot camtu. Selalunya kitorang tak miss 3 games terbsear kat UK 1.Notts 2. Warwick 3. Sheffield. :)


p/s haa..jemput2.akak ni bgtau kat sini seb baik sy check blog.Saya free weekend ni.Agak2 dalam pukul berapa tu?Pape text saya ek (ada no kan?),atau pun pm kat fb/instagram.* mode eksaited on.