Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, 5 August 2011

Shieela's Leaving UK

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali lagi dan syukur sangat kali ni, walaupun waktunya lebih panjang dari tahun lepas, tapi sebab keje kali ni rileks sikit, terasa lebih mudah nak menunaikan puasa tu. Tahun lepas boleh tahan jugak bilangan hari yang aku kena ganti time winter. Maklumlah puasa time summer.. Tahun ni start puasa pukul 3.30 pagi dan berbuka pukul 9 malam. Makin lama makin awal lah berbuka ni.


Ye saya tau blog ini sudah bersawang..maafkan daku, tsk!


Sorry sangat pada sesiapa yang menanti aku update. Rupa-rupanya dah seminggu lebih tak update! Oh..so not me! Pada few friends yang buzz2 nak ajak chatting pun sorry jugak. Aku lemau gile weh! Hari ni half day friday, balik keje terus tido petang. Hahaha! Nasib baik sini waktu Zohor panjang. Dapat lelap 2,3 jam pun dah ok. Letih bebenor.



Ok, tajuk lain cerita lain. Haha!! Sebenarnya nak cerita jugak yang one of my besties kat UK ni dah balik Malaysia for good. T_T


Ye, cik Shieela itu.


Sedih tau...sebab dialah yang paling rajin singgah rumah aku siang-siang lepas dia habis keje. Pernah zaid outstaion ke London, dia tolong temankan i.. and she even cooked for me once while I fall ill. Touch seyh.. Dan dia jugak orang pertama yang tegur aku kat facebook 2 1/2 tahun lepas.Terus cakap nak datang melawat rumah aku & zaid kat Stone dan suruh aku masak nasi ayam sebab dia nak ajak kawan2 lain jugak. Dan itulah first time masak-masak untuk kawan2 kat Stafford sejak kawin. What a memory...


Yang bestnya, kitorang sempat berkumpul & makan-makan kat rumah Dalina sambil makan steamboat. Mmmmm!!! Sedap!





super duper lazat..now thinking where can I get this brilliant cooking stuff?


Sebelum Shieela balik, dia ada ajak family dia singgah rumah aku, aku dah cite kat entry ni. Pastu semua family members dia balik except her mum. 3 hari sebelum shieela balik, dia dan maknya tido rumah aku. Nampaknya dia jugaklah tetamu pertama yang tido rumah aku ni. Hahaha...so sempatlah merasa bersahur & berbuka puasa kat rumah aku.




berbuka lauk sup ayam & ayam sambal mak shieela, dan pecal (gado-gado). lazat..


So that's it! Another friend has gone..Good luck to you beb, I'll see you in Malaysia. And to all of you, have a blessed Ramadhan everyone. :)


p/s entry ini ditulis dalam keadaan mamai selepas bangun tidur.harap maaf kalau ada typo.tak dan check. :p

8 comments:

ishamizu said...

Aduh, sedihnya..kawan ktrg pun dh nk back for good hjg thn ni sure akk pon akn rasa apa yg Ninie rasa nti..

BTW Slmt bpuasa utk Ninie jgk n bestnya dpt mkn pecal tu!;)

mashitah said...

bestnye stimboat..huhu

fatt said...

nasib baik aku baru pas sahur time tgk blog ko...so tak terasa lapar sgt. lupa nak tanya kat entry bawak...mahal tak basikal kat sana?

beb, aa nak launch route pegi istanbul. klu dpt murah aku ingt nak grab, pastu aku terpikir la if fly dr istanbul ke uk tu murah ke...flight apa bleh naik? can u gv me some advise? makacih :)

Mijoe said...

selamat menunaikan ibadah puasa Ninie and Zaid! Semoga Ramadhan tahun ni lebih best dan dapat kumpul lebih banyak reward point dari tahun2 sebelumnye. Amin!

18 jam berpuasa ek? hmm.. dugaan tuh! :)

Ninie Hanis said...

eta,

eta dah nak balik dah kan?mesti lagi best2 dapat makan plus stimbot kt msia lagi best mcm kat Johnny's Jusco tu. :)

kita teringin lemang ngan ketupat le..balik perak nanti mkn ingat ninie tau.

Ninie Hanis said...

fatt,

aku beli yg seken (without basket)kat carboot £30,oklah ada gear skali.

lapar ke?kat sini alhamdulillah cuaca awal2 tu panas,skrg dah sejuk2 hujan balik.

ko nak gi turki ke?best2,jom singgah.aku tgh check kan flight.tp nak kena chatting ngan ko jap sbb nk info lebih sikit.aku msg fb ko lah.

Ninie Hanis said...

mijoe,

Yes,18 hours.insyallah tahun ni akan lebih baik dan berusaha dr tahun2 lepas.Ramadhan mubarak to you & wifey too.

mashitah said...

a'ah dh nk balik dh pon, tu la eta pon rndu lemang ketupat, nasib baik thn ni raya kt taiping. huhu..