Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, 22 March 2013

Tetamu Dari Malaysia: The 2 Bloggers Meet.

Assalamualaikum..Selamat Hari Jumaat. Ye, hari Jemahaat elok untuk bersihkan belog aku yang dah bersawang-sawang ni. Gagaga..

Tak sangka akhirnya ketemu jugak aku dengan blogger dari Malaysia ni Mijoe yang datang coti-coti Europe dan UK bersama wifey dia,Malin. Aww..ex-UIA jugak you..hihi. Hah..mari-mari bloggers kak Ishamizu, Kak Nana, Kak Nurill, Kak Nadine dan UIAns semua kenal tak Puan Malin ni? Dia Engineering jugak. Ehh..macam terpromote pulak. Sorry ye incek Mijoe. Kot-kot kenal boleh menyambung silaturrahim. :)

Blogger Mijoe jugak suka sangat kat anak bujang kami si Fahim Zidane sampai sudi hadiahkan something special masa Fahim lahir. Walhal kitorang masih belum bersua muka. Dan bila dengar diorang nak datang sini last month, terus ajak singgah Stafford. Dah kalau plan nak gi Old Trafford tengok Manchester Utd game tu memang saje la tak singgah Stafford kan. So 2 malam lah diorang di B&B kitorang ni. :)

Diorang sampai di Stafford dari London hari Jumaat 1/3/13 dengan train. Sampai tengahari agak lewat sebab train suspended. Kesian tau dengan luggage berat sebab bawak barang kiriman kitorang. Hahaha! Tak hagak-hagak kitorang dera diorang bawak teppanyaki grill & steamboat set. Maka haruslah bribe dengan lunch steamed salmon sama curahan kuah sambal serta nasik panas berserta tempura chicken with oyster sauce. Sorry gambo takde sebab chef Dapur Perantau sangat eksaited menjamu dan tetamu pulak berselera. Takpe kita tunggu kot-kot ada gambo lauk tengahari tu dalam blog beliau nanti. hahaha!

Bukan periuk teppanyaki je ye..segala tempe goreng ibu mertua kesayangan sama ikan bilis, minyak panas untuk Fahim pun ada dihangkut skali. Ya Allah Tuhan sajelah yang membalas jasa baik korang. Terima kasih banyak2. Terima kasih banyak2 buat ibu jugak. Dahlah tu, Mijoe & wifey siap ada buah tangan untuk kitorang plak tu..



sedap gile honey & walnut cake. A classic Czech Republic cake.


*******************

full Malaysian breakfast. :)

tadaaa! inilah tetamu dari Malaysia.



Esoknya, Sabtu, diorang tido di Manchester sebab diorang nak tengok game Man Utd vs Norwich. Tak lengkap kalau check out dari B&B kitorang kalau tak pekena dulu nasik lemak dan kopi O' Che Nah tau. :)  Nasi Lemak daun pisang sepound ni spesel sebab daun pisang fresh dari Mesia. Hahaha!! TQVM!


***************************


Hari Ahad kitorang ambik diorang lepas check out, terus bawak gi Cheshire Oaks. Aktiviti melontar katanya. Melontar ape? Kaaa-ching!! Shopping time le ape lagi. Tu aktiviti kegemaran Puan Malin tu. hihi. Sama je ngan aku. Tapi sebelum nak melontar, badan kena bertenaga. Maka haruslah isi perut dengan makanan spesel di Manchester. Apelagi, Al-Jazeera la.  

sila tahan dari menjejeh air lior tu..kang basah kibod.

time kasih,tetamu kitew belanjew uolls..

saja nak post 2x..sendiri tengok pun terlior.



Puas tak ati dapat kambiang UK incek Mijoe? hihi..Feberet aku kat situ ayam dia la..peh! Dah kenyang, terus gerak. Sampai je terus menuju Clarks. Hah hambek ko.. sejam dalam tu. Kesian para suami dan hero kecik. Sib bek sporting. Mommy Zidane cuma membeli-belah kasut2 untuk yang mengirim di Msia aje. Diri sendiri tak sempat kedai dah nak tutup. Hover hokeh shopping sampai nak tutup kedai. Lol!

Cik Puan Malin pasti semangat nak gi keje setiap minggu. Sehari sepasang kasut lah katakan..wiwiwi.

Dah penat melontar, kitorang solat jama' dekat Masjid Liverpool. Sempat la Lap-lap badan Fahim dan tukar baju tido. Bagi makan sikit. Baru la happy on the way back tu.


********************

Pagi esoknya, Isnin, incek hasben udah kena keje. So untuk kelainan buat tetamu..full english breakfast. Starter tetap melayu sebab buat mince meat puff mcm inti karipap.. hihi. Tengok plate si kecik tu pun siap ada toast sama baked beans jugak.





Diharap korang happy dan selesa lah sepanjang stay kat rumah kitorang ye. Lebih-lebih lagi bila Dapur Perantau asik disebut-sebut. Aiseh, malu saya. Tah kena ke tidok dengan tekak korang. Huhuhu! Walaupun sedikit keciwa tak dapat rasa snow tapi elok pulak lepas fly esoknya snow turun. Haish..saja nak suruh repeat trip tu..

Thanks for everything and we'll surely keep in touch balik Mesia nanti. In sya Allah.



Last but not least..


Hari ni snow turun. Lagi.Tebal. Fahim cakap uncle Mijoe dan Auntie Malin sabo byk2 ye. :p



9 comments:

Eta said...

cantiknya lapik meja ninie =) sukenye tgk org pndai2 masak ni.

~Mami Little Hero~ said...

Tu diaaa... akak tengok pun meleleh nasi al jazeera tuuu... erm makan tak qabilly pilau dia? memang 5 stars la.

Mijoe said...

saje je taruk gambo yang last tu ek Ninie! :p

ni sure big boss tgh ZZZzzzZZZ tu yg leh vacuum sawang2 kat blog tuh..ha ha..

blog kat KL ni pelan-pelan la baru nak update kot...tengah cari idea dan panaskan enjin :)

Dapur Perantau memang mantop! Kena sangat dgn selera kitorang.
Al Jazeera pun best..tu la punca lambat sampai Cheshire tuh... :)
Tusba burger tuh...sampai skrg terngiang2 kat anak tekak dan celah gigi..he he..

last but not least..Fahim tuh, hmm..so adorable. LAst moment b4 naik cab tuh, sama la masa memula jumpe...nangish pulok dia.. :)

nanti uncle mijoe send photos :)

ishamizu said...

Salam Ninie, patut macam penah tengok Malin tue
..uia engin rupanya..hihi

Nway, seronokkan kawan2 dtg rumah kita apatah lg bila kt UK ni. Ukhuwahfillah, Alhamdulillah :)

Miss Anna said...

Ade familiar la muka dia hehe.. Tapi tak ingat dah pernah jumpa ke tak kat uia dulu. Meibi batch lain kot. Amboi cik ninie, meriah nye, k.nana bole feel betapa brsemangat nye ninie story kat sini hehe! Anyway, sori again k.nana tak sempat singgah rumah ninie, tapi ade niat nak singgah tau! Ninie klu dtg german mesti singgah rumah k.nana, tak boleh x sempat! Heheh! ;)

Ninie Hanis said...

Eta,

lapik meja murah je.tapi mmg ninie suka polka dots. pernah belek2 baju polka dots kaler turquoise pastu zaid kata 'eh sama mcm lapik meja!' Grrr!

p/s mana ada pandai.biasa je. Eta,sampai skrg teringat daging masak kicap eta masa kenduri kawin korang kat stafford dulu. nak resepi buleh?hihi.

Ninie Hanis said...

Kak Farah,

Ntah la..ni nasik apa ek?Zaid yg order. Kita cakap nk ayam je.Dah la murah. Baru2 ni makan whole chicken nasi 2 pinggan pun tak sampai £10. Siap roti naan sekeping untuk Fahim.best..nx time bley la try Qabilly Pilau tu.

Ninie Hanis said...

Mijoe,

Haha!! Memang pong. Big Boss kecik sudah nap lalaland.Tapi kejap je.Kang berhabuk la balik.ish..ish..

Haa..takpa2..nanti kitorg marathon baca traveloge europe korang.hihi.

Kitorang pun siap repeat Al-Jazeera tu tau last week. Repeat..repeat..repeat! haha..saja bako line.Amboi,terngiang2 celah gigi eh?Tapi Tusba Special mmg mantap pun.

Fahim tu memang tau..tak sempat nak babai korang. Shy2 cat sangat.

p/s gambo last wajib!

Ninie Hanis said...

Ishamizu,

Haa..dah agak da mesti cam kan?Tak silap dia super2 senior kot dari ninie. Tulah..rasa seronok sebab tetamu datang umpama memberi rezeki jugak kat kita.In sya Allah..


Kak Nana,

hewhew..kalau kak nana singgah macam tula eksaited nye kot. Takpe, paham lah org travel jauh2 mesti padat schedule sume. Dah niat tu pun kira okla at least dah tau dah k.nana teringat kitewwww..awwh.hihi.

p/s harap2 ada can la nak gi umah akak.in sya Allah.