Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday 13 September 2010

Bagaimana Saya Beraya di England?



Alhamdulillah..syukur akhirnya kami beraya juga dalam keadaan yang boleh dikatakan agak meriah.Taklah semeriah beraya di kampung halaman batu gajah nuu..even Keramat,KL tu pun jauh lagi best dari sini.Tapi oklah dari takde kan.Hari raya pertama aku dan zaid keje half day sebab jumaat.Pastu balik keje kitorang gi open house rumah Dahlina & Fazrul.Seronok dapat ziarah jiran dekat sorang ni.Rumah dia dahlah belakang rumah kitorang je,tapi tak pernah jejak lagi.hahaha!

Bagaimana saya beraya di England?Tahun ni saya langsung tak masak rendang.Nak masak apenye,open house semua ada rendang. :) Rumah Dahlina saya rebus nasi impit sikit dan kuah kacang sikit.Tahun ni tahun pertama dahlina dan fazrul beraya as husband & wife.Pengantin baru they all ni. ;)


~Fazrul & Dahlina di belakang sekali.

Makanan yang dijamu ada nasi impit,kuah lodeh,rendang daging,ayam masak merah,sambal tumis ikan bilis dan kari daging.amboi..hebat sungguh diorang ni masak ye..seb baik tak demam macam zaid last year..hihi :D Bukan tu je,siap biskut raya lagi..memang pakej sungguh!




Malam pulak lepas maghrib,kami dijemput oleh Rose (kawan sekerja Zaid,Dahlina dan Fizal)ke rumahnya.Dia masak mee rebus,kuih seri muka (ya allah sedapnya..feberet ai lah),dan yang paling best dia jamu LEMPUK..haaa sapa tau menate gapo dio tu lempuk?Lempuk tu orang perak panggil untuk DODOL DURIAN.Fuhh terharu woo dapat makan lempuk.

~lupa nak ambik gambo makanan byk2..hahaha!sorry kak rose..

Esoknya kitorang sepakat buat potluck open house kat rumah Afizal dan Salehin.Masing2 dah sediakan hidangan raya dan jugak hidangan tak raya.Meh sini aku list kan:
*kalau silap silalah bagitau ye kengkawan..

nasi impit,kuah kacang,kuah lodeh- afiq
rendang ayam- najwa
nasi beriyani ayam,ayam kicap- intan & wee
soto,bergedil,puding caramel- shieela
tauhu sumbat,kuah pecal- ayu & ali
samosa- fizal
murtabak mini- tak pasti,mungkin salehin*
kek coklat- amar
singapore noodle- ninie & zaid

*kuih-muih raya adalah sumbangan daripada kengkawan.
*dekorasi raya seperti lampu lip-lap jika tak salah sumbangan encik afiq.
*set karaoke,gitar dan cd lagu-lagu karaoke ditaja oleh encik fizal dan encik salehin

Jadi,terima kasih banyak2 lah ye atas sumbangan semua.Tanpa korang,kita tak beraya sebegini meriah.Cuba tengok gambar2 ni..meriah tak?meriah kan..kan..kan!!!






~GAMBA KAPEL AKU MACAM TENGAH PATAH TENGKUK.. :p

Hoh..lupa pulak kalau korang belek2 gambar2 tu misti perasan sapa la yang minah saleh yang pakai baju pink tu.Dia takde kaitan dengan si SALEHin tu.Minah omputeh tu si Simone kawan sekerja aku.Aku heret dia siap paksa pakai baju kurung lagi.. Wakakaka,misti dia rasa panas,gatal2 badan semua.. :D Takdelah,i baek taww..Simone ni memang minat dengan cultures especially kalau berkaitan dengan Egyptian..sebab dia ni mix egypt n british,so having an egyptian blood made her proud as well.Dia faham bila aku katakan yang aku perlu puasa sebulan,she even understands why i'm not drinking and what food is forbidden for me to eat.Slowly,she could see how beautiful our religion,cultures and our ethnic values.We love living in peace,harmony and respect.Masa kat open house tu,seronok jugak tengok few friends from other races datang memeriahkan hari raya. :)












Macam2 aktiviti ada nak memeriahkan suasana hari raya.Ada karaoke la,akustika la,unplugged la,shisha pun ada..seb baik mint,ai tak syiok..lenkali bagi la perisa nini cokelat celup2 ke.hahaha!Paling istimewa,zaid kesayangan ai nyanyi lagu cinta kami 'Rela Kupujuk' Spider.Wuuuuu...saya sangat cair!

Bagaimana saya beraya di england?Jawapan saya..Saya sangat bersyukur,saya masih mampu gembira dan tenang walau jauh dari keluarga dan makanan2 yang jauh lebih enak di Malaysia.Kesederhanaan ini buat saya lebih cekal dan lebih berdikari.Terima Kasih Tuhan. :)

9 comments:

mrs.aAn said...

Meriah gak raya ko kat sana. Makan pun sedap2. Inche Zaid memang senag menggemuk dan mengurus ke? sbb pic raya ni nampak beliau lebih slim. Anda jua begitu.

mommaholicSURI said...

Ahamdulillah!! memang meriah gamba korang. Baju chantek chantek lagi taw!! Kalah orang kat M'sia. hik hik :)

Mrs.NZ said...

fiza,

bolehlah dikatakan meriah jugak,cumanya ramai dah kawan2 balik for good tahun ni.kira nilah tahun paling sikit orang.

zaid slim?wah..confirm dia senyum sampai ke telinga kalau baca neh.i think he's losing weight a bit after ramadhan.actually bukan dia je tau,hari ni pun aku baru terperasan yang seluar aku dah longgar. ;)

kak nurill,

selamat hari raya kak nurill n family.oman misti lagi happy raya2 ni kan.oman dapat byk duit raya tak?hehe..baju raya i ni recycle je,baju nikah dulu.dah pakai pun last year raya.takpe xmembazir.hehe

Anonymous said...

ya la achik meriah ja aku tengok..ada makanan macam2 jugak tu..okla tu..kat malaysia pun bila dh besar mcm kita nie mood raya pun biasa-biasa ja..tak sabaq noo nak tggu hg balik hujung tahun nie..tgh plan nak kumpul geng kita ramai-ramai hehhee...

Mrs.NZ said...

jaja,

oklah..tu pun dah tak seramai thn lepas (dan dulu2 kata zaid).nak balik lah rindu nak raya kt mesia Y_Y

ayu said...

yep..my first raya here..it was nice!! dapat gak makan rendang, masak lodeh..hehe..tq for celebrating with us..;)

Fatt said...

hah,jgn marah komen aku ni lambat..wuuu~ ampun!

apsal nampak ko kurus balik ni, put some weight darling..haritu dah berisi sikit cantik :)

best aku tgk korang beraya, tak homesick sgt sbb senang nak cari org mesia, kat tempat aku duduk takde langsung org melayu.

then yg paling penting bahan2 memasak tu senang nak jumpe..kalau kat nz (lagi2 nz..huhu..) tempat aku duduk tu celah bedah mana nak jumpe cili pun payah..asik sweet sour je memanjang..herbs lagila payah..paling grand aku boleh masak nasik ayam..kalau nak beli brg asia kena turun christchurch..dahla jauh..maka hari2 makan fish n chips sampai muak..huuu~

ape2 pun aku mmg suka sgt dok situ and hopefully nak return dlm ms terdekat ni..miss the quietness of that place :)

Mrs.NZ said...

Fatt,

Maybe sebab puasa n keje kot sbb tu dah kurus.makan pun kurang kan..takpe,biar kurus sikit sebab ujung thn aku nak balik sebulan kat mesia.hah!konfem naik badan..hahaha..

Mrs.NZ said...

Fatt,

oh luper,memang susah kan nak cari makanan halal n aia kat nz?kawan aku duduk sana pun dia mcm sayu je menjelang raya tu.duduk sana tapi takde sorang pun malaysian.adehh

alhamdulillah UK mmg ramai malaysian.Asian sah2 lah.kalau gi London seminit selisih ngn melayu.. :)

nanti kalau aku balik msia kita jumpa lah weh.jgn pegi nz lagi.