Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday 9 September 2010

Salam Aidilfitri Dari Perantauan.

Dalam kesibukan umat Islam menyambut Aidilfitri,kami di sini hanya menyambut secara sederhana.Tiada kuih raya,tiada rendang,tiada lemang,tiada ketupat.tiada tingkap mahu dilap.tiada langsir mahu digantung.tiada pelita mahu dipasang.tiada apa-apa malam raya ini........................















Woooopp wooooppp...... Jangan sedey dulu.Tiada kuih raya bukan apa,diri ini yang malas jadi padan muka. :p Malam raya kami di sini memang la takdak apa-apa dah kata esok jumaat.Masih keje esok,tapi half day.Zaid katanya curi2 keluar opis jap gi smayang raya.Balik keje ada ada invitation open house rumah Puan Dahlina dan Encek Fazrul (jiran sebelah apartment je).Tadi saya sudah rebus nasi impit.Esok balik keje buat kuah kacang sikit.See..feel raya masih ada tau ;)

Sabtu,raya ke-2 kami di Stafford ni ada Open House @ Raya Gathering di rumah Afizal.Kali ni acara potluck pulak.Rata-rata dah siap bgtau diorang akan bawak nasi impit,lontong dan kuah kacang.Jadi menu i pulak nanti insyallah pulut jagung dan rendang ayam.Sabtu pagi nanti i masuk dapur.Tahun ni rumah i tak buat open house besar-besaran.tapi sape nak datang beraya jemputlah ke rumah ye. ;)

Ahad pula insyallah kami ke Leeds pula beraya di sana.Wah tak sabarnya,tak pernah pergi Leeds uolss..Terima kasih atas undangan ke sana.

........................

Macam tulah serba sedikit sambutan kami di sini.Syukur alhamdulillah,walau dalam serba sederhana,namun aku tetap bersyukur sebab aku tetap gembira bersama suami tercinta.Buat keluarga,mama babah tersayang,Selamat Hari Raya Aidilfitri.Buat ibu tersayang dan keluarga iparku,Salam Lebaran.Buat semua yang mengenali,ampun dan maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran.Halalkan makan minum kami berdua.

Kepada rakan2 baikku merangkap bloggers,Cik Fatt,Cik Nora,Cik Mashitah,Puan Hafiza,dan Cik Nafizah,ini ucapan spesel utk korang.

"PECAH KACA PECAH GELAS,LEPAS BACA HARAP BALAS"

:p tak tau nak pantun apa..wakaka

9 comments:

shieela said...

huhuhuhu..

aku merangkap kawan2 yg x selalu baca blog ko pon nak bg ucapan kat ko..

selamat hari raya, duit raya x de ke kak long?? huhu

mrs.aAn said...

Seronok jugak bace ko nak wat kuah kacang, rendang ayam sume2 tu. Takpe... kalau bukan kita sendiri yg memeriahkan raya sapa lg kan. Yang penting gumbire dgn inche zaid bersame.

** nak gak tepek: aku pose penuh tahun ni. miahahahaha.

Fatt said...

byk tul open haus hang..leh kaver posa sebulan ;p

hang dah tera buat rendang ek skrg..ni ai jeles sbb ai tak reti pun, makan je reti..nti dah kawin jadi auto reti la kot..huuu~

nah sekeping pantun sbg balasan,

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidilfitri,
ucapan ku kirim pengganti diri,
tanda ingatan tak luput dihati

selamat hari raya, maaf zahir batin :)

eita said...

Kepada pn.hanis yg jauh dperantauan..sy tau anda mmg seorang yg kental hatinya...kalo sy ditmpt pn.hanis skrg, mau meraung gak la..nk2 plak, x leh gantung langsir sbb itu mmg tugas wajib sy setiap thn..ekekeke!!tp xpe..asal hati dah gumbira disamping suami tersyg, itu sudah memadai kan??? bila agaknya sy akan beraya bersama suami tersyg?? (soalan yg masih lg tiada jawapan..) huhuhu..anyway, somoga bergumbira di hari lebaran. take a gud care o.k..

Mrs.NZ said...

shieela,

tengss lah ye sebab julung2 kali kedua komen belog aku ni.selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.esok kita serang open house kedua bebeh..hehe

p/s £ raya hanya utk budak belum baligh sahaja.hg dah baligh belum?

Pn. Fiza,

tulah,alhamdulillah sekurang-kurangnya aku masih ada jugakla sikit2 open house.rasa jugaklah kan dari takde.

p/s mummy fiza n lil' hafiy memang power!Cukup sebulan yek puasa.kalah aunty ninie tau.kena bagi hadiah la kt hafiy nanti.;)


Fatt,

adeh..ko ni juara pantun peringkat zon tepeng ke dulu?hehe..aku tak reti nak menjual pantun2 ni.hahaha..aku masak cincai je weh.takdelah terer sgt pun.asal jadi rendang udah.ko kawen sok mmg auto terus terer.. :)


along,

mekasih along.samalah aku ucapkan kt hg jugak.silalah memandu berhati2 ye.jgn ngantuk2 tau.bahaya! takpe la tahun ni pun aku duduk jauh gak dr family.sama je nasib kita along.apa yg penting kita kena terus bersyukur.Alhamdulillah..sila tepek gambaq raya hgpa dgn kamera baru hg tu tau..;)

mrs.aAn said...

Yup kami alhamdulillah cukup pose sebulan. Ingat nak join Aan pose 6 tp tak nak tgk dulu dheck up sok berat naik ke tak. Klu x naik, x dapek arr nak pose nnt nurse bising lg. 1 Syawal Hafiy sudah confuse la apsal leh makan siang hari. 1 bulan siang x dapek mkn. Ha3.

++ sungguh bergaya cara ko berkarok. Aku last berkarok bln 5 aritu. Hu3.

Anonymous said...

salam..
Selamat Hari Raya ke 4..macam lambat je aku nie..tapi tak kira nak jugak komen kat sini..hehhee..aku tggu entri yg ada pic dalam fb tu oke..nanti aku komen panjang heee...

ayu said...

alaaa..cik ninie x dpt join g leeds.. xpelaa, next time kalu ade rezeki dtg balik uk nnt kite g crabbing kat liverpool eh..;)

Mrs.NZ said...

ayu,

sob sob..sedihnye nanti kamu mau balik mesia.janji dtg sini balik tauuu.boleh travel sama2 lagi.Ye saya mau crabbing kat liverpool dengan kamu. T_T