Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday 31 December 2011

Happy 2012! New Year Sale-Part 4

Happy New Year!

Dah masuk tahun baru. Happy New Year everyone! 2011 terasa sangat pantas berlalu..tahun di mana hampir separuhnya aku habiskan sebagai seorang bakal ibu. Alhamdulillah, 2012 ini, kami bakal menimang seorang cahaya mata cinta hati mummy & daddy :) Lantaran itu, hati sangat teruja membeli kelengkapan anak. ( (pehh ayat,teringat zaman buat karangan sekolah). Baby sekarang dah 25 weeks (5 bulan lebih), dan sekarang si kecil dah mula tunjuk skill tendangan Rooney dia, bukan takat rasa dah, siap boleh nampak lagi dah kat perut tu dia punya movement. Favourite time dia ialah bila aku pasang nursery rhymes macam Barneys, lagu-lagu nasyid dan selawat syifa, dan bercakap dengan dia. Bila nak tido pasang doa-doa dari iphone. :) We do love you so much baby.


*************


Minggu ni memang asyik berjalan je kejenya. Maklumlah, encek zaid pun cuti. Dia yang excited nak usha-usha barang baby. Mak baby pun lagi lah eksaited. Hari Rabu lepas kitorang ke shopping mall Westfield Merry Hill kat Dudley. Kat Merry Hill ni ada retail parks jugak kat luar mall dia. Besar gile.. ni first time kitorang sampai sini.


inside Westfield Merry Hill mall

outside mall; the retail parks

~images from Google courtesy


Kitorang ajak Dalina & Jerul sekali to join us. Perjalanan ambik masa lebih kurang hampir sejam jugak sebab tak pernah sampai lagi ke sini, so terkedek-kedek nak ikut satnav. Ikutkan 40 mins je. Yang best kat sini semua store boleh jumpa, ada Debenhams, H&M, Topshop, Next, Gap, Primark even Clarks pun ada. Kalau kat retail park kat luar pulak ada Mothercare World, Toys R Us-Baby R Us, Matalan dan macam2 lagi. Rasanya sehari pun tak habis pusing.


Sampai je, kitorang semua berpecah. Aku dok pusing buang masa kat Debenhams store, ralik tengok Topshop and other labels tengah sale serendah £8 sehelai. Tapi biasalah, baju standard minah saleh pakai kadang tak cukup kain, kadang nipis sangat. Jalan masuk H&M baru best dapat tangkap 2 helai tops untuk cikgi eline. Kakak gue tu siap bagi list, maklumlah nak dikirim time parents datang nanti. Err..skinny jeans ye cikgu?Hehe..


Dah letih shopping, kitorang gather balik untuk makan. Yang tak best kat sini ialah susah dapat makanan halal. Mungkin ada tapi kitorang tak survey lagi. So far kat food court dia pun tak banyak choice for seafood. So we went to Pizza Express.


muka-muka lapo



pizza nya nipis tapi lembut di tengah crispy di tepi, terkenang pizza di Venice..memang puas hati. ^_^

mine~apentah nama menu dlm Italian idok le ingat..yg pasti the pizza contains King Prawn, mushroom & cheese, and rocket salad with olives in the middle. Sedap!


incek zaid's oversized pizza, contains 4 cheese pizza.


Lepas makan kitorang berpecah balik sambung shopping. Aku dan zaid ke Primark. Takde apa yang aku beli untuk aku kali ni sebab hari tu dah shopping kt Cheshire Oaks, jalan-jalan ni pun saje tengok kot-kot ada yang best untuk baby. Since sale masih ada, dapatlah beli 3 helai seluar baby kat Pumpkin Patch. Incek zaid beli seluar keje dia di Primark. Tak sempat nak pegi Mothercare World. Takpelah, pegi yang kat Stafford jelah. Pukul 8 lebih kitorang pun balik.


******************


Hari Jumaat awal2 pagi aku ada appointment dengan midwife. Alhamdulillah urine, heartbeat baby semua looks fine. Ukuran size perut pun katanya normal. Syukur sangat..Balik dari GP singgah Asda jap, beli pisang,tepung dan few barang2 dapur. Teringin nak makan lempeng pisang kekdahnya. Selesai bayar, kitorang breakfast pulak kat Asda cafe. Tak pernah bekpes kat sini, murah plak tu. Dahla drinks boleh refill. Order 2 cups of hot chocolates, 2 toasted breads, 2 hash browns, mushrooms, and baked beans. Enak bangettt!





Lepas bekpes, incek zaid ajak gi Mothercare. Selamba jelah pegi walaupun selekeh je. Kat sini takdelah segan nak masuk kedai, lainlah kat Malaysia tu..segan kang salesgirl dia pandang semacam, macam tak berduit sangat kan..huhu.


Tengah dok usha-usha stroller dan pushchair tetiba salesgirl dia approach kitorang. Dia pun explain jenis-jenis dan pro n cons each models. Finally we decided to choose this one..

tadaaa...



Mothercare MyChoice My4 , not this color but we chose this...


'Somerset Brown', i love the khakis look.


images from google courtesy

images from google courtesy

Maxi cosy CabrioFix
images from google courtesy



The pushchair have 2 models My3 & My4 (for 3 wheelers & 4 wheelers type). We chose the 4 wheelers as it is ideal for us zipping around town, and with the great offer (save £100), the price is include rain cover and Maxi Cosy CabrioFix baby car seat as well. The stroller can be a pram when the baby is sleeping and converted to pushchair when he's awake, and will last to 3 years old, depends on the weight. And the best part is it's lightweight, has 3D fold function & good choice for a travel system, insyaAllah. :)

Let's watch the video here.


The pushchair will be delivered to us on mid-March. We chose to pay thru BabyPlan as we can spread the cost until the delivery of the stuff, and the best thing is we can still add on something to it later, or even to change the item to other brand let say..kalau guna babyplan ni cost dia cuma lebih £10 dari exact price, which is worth it for me.



So, that's it. Aku akhiri entry ini dengan ucapan Selamat Tahun Baru 2012 buat semua pembaca blog ini.



17 comments:

Fatt said...

Happy New Year!

Untung ko preggy time camni, bleh sekali harung sopping sbb ada sale. klu normal price tu agaknya berapa la kan. i love the colour, khakis mmg sesuai utk hero, tp merah tu pun mengancam sbrnye...ala2 kete ferari..hahaha

eline hamdan said...

ngape tak pilih kaler merah tu? baru la MU... cheh...

Mijoe said...

salam ibu mengandung! :p

selamat tahun baru 2012 to u n encik Zaid! :)

bestnye tgk korang bekfes kat Asda cafe tuh.. :)

and the stroller tu uncle mijoe rasa mmg sgt berbaloi beli!!! time kite baby dulu takde pulak stroller macam ni kan? he he

Mrs.NZ said...

Fatt,

Happy New Year to u too..wah,semangat counting days aku nak nyambut baby time bday ko eh..spesel date tu. :)

tula,untung jugak ada babyplan tu,takdelah sume bayar sekali harung.Kena bijak jugak berbelanja.

Kaler khakis tu la 1st skali aku tgk dah jatuh centa.smart sikit utk boy kan.apesal aku tgk aritu merah xmenawan sgt,kaler hijau pulak yg menarik,tapi sebenarnya byk jenis merah cuma offer kali ni tinggal merah tu je.biasalah nama pun offer kan.limited colors..

nantila aku nak gi mothercare world pulak,kot2 ada yang lebih menarik still boleh tukar. ;)

Mrs.NZ said...

Eline,

merah masa tu tidaklah menarik hati..masa first time tgk dah jatuh hati kat kaler khakis tu.patut red tu byk jenis,ada raspberry la,apa lagi red la,tp offer kali ni ada 1 je red nya which is tidak menraik sgt.Nantilah kalau tukar fikiran boleh tukar kaler later on.

MU sokmo..

Mrs.NZ said...

salam uncle mijoe,happy new year to u & wifey.

memang best full english bekpes..lagi best kalau yg mushroom besau2 tu.. :)

p/s tula,ntah2 saya dulu2 tak pakai pun stroller hihi

Zaza said...

happy new eyar. mai dtg UK ;)

Anonymous said...

Wah wah wah... Sakan cikgi Eline mengirim! Opah Pipah Akan ke sana nanti ya? Nak ituttttttttt
-Dd

ummi_ziz said...

Wah3 bestnya mommy shopping hehehe
DaPat jgk akhirnya stroller bby tu eh. Harga satu set skali carseat tu brp eh ninie?;)

Ps. Mst serOnok parentz nak dtg kan! :)

mommaholicSURI said...

alahai... best sungguhla shopping barang baby time sales!! pulak tu kat sana mesti lagi murah2 kan? So, kalau i pregnant no 2 sok, haruslah shopping kat UK. Hahahaha.. :)

Mrs.NZ said...

Zaza Fakharuldin,

Happy New Year,thanks for visiting here.Mai..mai..kita mmg ada kat UK ni.. :)


Kak Dd,

jom..jom,itut rombongan cikgu pipah. :)

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

1 set tu skali carseat £395,without car seat £295 kot.beli yg ni sbb senang lipat.keta kita jenis salon,kalu mpv lainle..hehe

Mrs.NZ said...

MommaholicSURI,

haa..nanti peknen 2nd child mai UK tau,time boxing day.:) brg baby n kids murah2.

Miss Anna said...

happy new year, mak aiiii shopping sakan x abis lagi hehe.. part paling best nak dapat baby kan is shopping barang2 baby kan.... tapi anak 1st je kot beli beria, anak kedua kurang excitement membeli tapi bole jadi beria jugak klu baby tu different gender hehe.. ape pun, dah dekat2 nak bersalin nnt, banyak kan exercise ok!

haniza said...

bestnye tgk k.ninie shopping... :)

Mrs.NZ said...

Haniza Yazid,

niza..baru je teringat nak tanya khabar..sihat ke?lama xdgr berita.ninie dah amik flu jabs.teruk selsema smalam..

tgh murah ada sale tu yg shopping tu..:)

Mrs.NZ said...

Frau Azmir,

baca blk post ni br perasan sy oversee ur comment.sorry kak..saya dah xleh masuk ur blog la..dah try email akak..nanti sy try lagi.

p/s boleh tak nak verangan shopping brg baby lagi tp for the 2nd one..nak gegurl stuff pulak lah..hahahaha!