Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday 30 April 2012

'me during confinement (pantang)'


me during day-10 of confinement, with Fahim @ carboot.


Salam to all.. heh..lama beno rasa tak tulis apa2.. Semenjak ada anak ni (wuu, dah pakai term anak you), memang masa sangat iri hati denganku. Betul la orang pesan sebelum anak keluar baik tido puas2.. now aku dah rasa. Orang kata bila anak tido, mak pun kena tido sama..sudahnya, bila nak hapdet belog ye tak? Jadi, mari membebel sementara anak bujangku tengah lalaland.. :p


Cite pasal berpantang, seriously aku takde lah berpantang betul2 punya cara orang dulu2.. takat mana sempat je. Maklumlah banyak yang takde kat sini. Rasanya aku start pantang hari ke-4 kot. Sebabnya, aku rasa terganggu aktiviti berpantang aku bila midwife datang nak visit. Midwife mula datang visit pada hari ke-2. Aku ingat lagi masa tu aku ada masalah dengan breastfeeding (tak berapa nak reti lol), pastu midwife ajar then dia nak datang lagi esoknya nak tengok perkembangan me n baby. Kes lain macam bengkak susu, so dia datang lagi upon my request as well.. Bila kerap datang, tu yang tertangguh aktiviti pantang aku tu. Hari ke-4, aku mula mengurut dan berbengkung. Nasib baik mak aku ada, dia la yang mengurut aku bukan 3 hari je, tapi on demand you..bleh kata hari-hari..hahaha melampau.. :D Pastu aku jugak ada beli set bersalin Nona Roguy. Mula-mula takut gak kalau panas baby tak tahan (sebab bfeed). Tapi aku mula makan pil dia dengan kuantiti separuh dari yang disyorkan. Dalam set tu ada teh akar herbanika, pil, minyak urut serai wangi, krim barut, uncang cuci dan mandian lulur. Semua menda alah NR tu berkesan bagi aku (ala-ala testimonial le pulok!) . So aku pun ikut la kuantiti pengambilan yang betul lepas tu. Tungku herba moden pun aku beli gak, senang je cuma steam15 minit dalam steamer aku. Baby pun ada gak tuam kecik dia aku beli. Hari-hari lepas mandi/lap/salin pampers mesti tuam dia. :)


Cite pasal makanan berpantang pulak.. dari hari pertama, parents aku masakkan nasi panas berlaukkan serunding lengkuas. Baik untuk panaskan badan. Ada lauk ikan salmon steam bersama sayur brokoli. Start hari ke-4 aku dah diberi menu yang sama sampailah sekarang. Rutin aku bangun pagi, lepas lap2 dan siapkan Fahim, aku diberi breakfast nasi panas, ikan bilis goreng tanpa minyak dengan bawang, dan sup sayur sawi. Lunch benda yang sama tapi kadang ada ikan smoke mackerel yang dibakar ngan oven beserta sup sayur carrot. Dinner kadang nasi panas berlauk ikan masin dan sup sayur brokoli. Itu jelah aku makan. Tapi in between aku memang banyak minum air suam dan air horlicks (untuk tambah susu), makan roti bakar, dan buah pear. Now dah hari ke-26, aku ingat nak tukar menu pulak. Mungkin daging bakar sebab ada baca artikel sorang doktor ni katanya daging boleh dimakan untuk menambah darah dalam badan. Buah limau (clementine) pun dah mula makan untuk senang lawas tapi yang manis2 aje.

Ini le menu harian aku..nasi panas, smoke mackerel, sup sayur (rebus) dan serunding lengkuas..


Antara makanan yang aku test makan selama berpantang ni ialah tempe dan kuih bengkang. Walaupun ada artikel kata tempe boleh dimakan kerana kandungan soya yang tinggi, tapi badan aku tak tahan, berangin perut lepas tu. Kuih bengkang pulak ada sebiji telur dalam ingredient dia (telur pantang kata orang), tapi aku makan sikit ok je.. Pantang2 makanan ni ikut orang dan bagi aku awal2 bersalin memang kena jaga betul2. Aku start test2 ni pun bila dah lepas 2 minggu. Alhamdulillah, semua ok. Yang penting makan tu sikit je buat rasa.


Masa hari ke-10, aku keluar jalan-jalan buat pertama kalinya. Bawak parents ke carboot. Kesian diorang tak gi memana so weekend tu sebab aku konfiden badan sihat tu yang pegi siap bawak Fahim dalam stroller. Alhamdulillah cuaca panas, tapi banyak masa aku spend dalam kereta je nak susukan Fahim, jalan pun skejap je. Second time pegi Stoke, tapi aku tak keluar kereta pun. Parents aku yang masuk supermarket beli barang-barang. Last skali pegi Tesco. Konfiden la konon trolley kat Tesco ada tempat untuk baby baring, sekali baru je nak shopping Fahim hekhek nak susu.mula2 slow pastu nyaring le pulak.. kuikui..masuk kereta jelah ye baby :) Yang penting.. setiap hari mesti mau urut satu badan dengan mak aku..baru angin tak masuk badan (seb bek free of charge, ngehngeh..)


Atuk & Opah Fahim yang banyak membantu mummy sepanjang tempoh berpantang ni, semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik buat kedua-duanya, amin..



Tu jelah cerita berpantang aku. Oh lupa, iols dah 53kg uolls!! ;) Berkesan menu pantang dan bfeeding ni ye.. dari 65kg (masa bersalin) turun ke 53kg. Nak tengok boleh turun lagi 2kg tak (berat ketika mula mengandung). Huhu..

9 comments:

Mijoe said...

salmon steam? telan air liur... :)

hari ke 10 dah gi carboot? perghhh...

jeles sungguh uncle mijoe dgn Fahim. kecik2 dah gi carboot, dah gi Stoke..uncle mijoe lepas berpuluh2 tahun baru jejak kaki kat situ.. :p

air zamzam senang tak nak cari kat sana? :)

Anonymous said...

assalamualaikum..oh yeay dapat jugak tgk baby botak ni..hehehe..take care mummy n baby fahim...:)

~Lily Wan Joe

mommaholicSURI said...

ayat last sekali buat i nangis. Cepatnya u turun berat!!! :) Rasa macam i kene pantang kat Obersea kot lepas ni baru turun berat. hehehe

Mrs.NZ said...

Mijoe,

sebenarnya salmon steam menu tak berpantang pun ye gak..sedap!

sian uncle mijoe ek..nantilah fahim gi old trafford ngan daddy pulak lepas ni..ngehngeh..

air zam2 mana ada kt sini..hari tu lirim kat mak sruh bwk.dapatlah teguk sebotol masa nak bersalin.

Mrs.NZ said...

Lily Wan Joe,

wa'alaikum salam wbt,

aah dah botak dah.ni second time botakkan dia. :) thank you.

Mrs.NZ said...

Kak nurill,

tapi kan..tapi kan..body figure tu yg kena kerja keras kot tak,takkan sama mcm sblm pregnant.huhu...~nanges jugak..

p/s ehem,kak nurill akan berpantang ke nanti?any gud news?hehe.sila share yah!

Tukang Campak said...

Bravo mummy daddy atok & opah . Bengkung bfeed bengkung bfeed bengkung, u'll get The weight & the shape. *mode reminder diri sendiri yg dh 60kg*

Btw, try daging bakar mkn panas2 tabur pepper yums

Mrs.NZ said...

Kak Zie,

bengkung ni pun kena disiplin yg tinggi..iols pun culas gak kak zie oii..haish..kena rajin balik.caiyokk2..

Unknown said...

assalam,
boleh x minta resepi serunding lengkuas tu... nak jadikan menu berpantang jugak