Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, 18 June 2012

The Unplanned Father's Day Picnic






Hari ni laki cuti. Kaki beliau sakit pas men bola semalam. Kurang warm up katanya.

Semalam Hari Bapa kat Malaysia. Sama le pulak dengan UK. Happy Father's Day to babah. Kuhadiahkan al-fatihah juga buat arwah ayah mertuaku. Tapi yang paling spesel untuk tahun ni pastinya buat boyfriendku itew..maklumla tahun pertama beliau sebagai daddy. Daddy siap beli t-shirt "I'm the Daddy" lagi..auww! ;) Happy Father's Day to u, daddy! ~hugs ketat-ketat!


Patut duduk rumah berehat je la kan. Tetiba pas mandikan fahim pagi tu daku saja nak try baju & seluar baru dia. Kemain la mak dia nak pakaikan jeans kat dia kan..bila perasan anak dah hensem bergaya, terus rasa cam "alolo nak pegi mana semat-semat anak mommy ni".. :p Apalagi..tetiba je si bini ad-hoc kan plan gi piknik kat laki. Sian kat anak dah melawa tak pi mana..hahaha!

Packed jajan, air dengan buah je. Takyah beria sangat, bukan ada air terjun nak mandi pun. Pegi tu pun kami tiga beranak jalan kaki je (kami berdua je jalan, si kecik dok dalam pushchair, lol..) al-maklumla park tu pun dekat je ngan rumah..cuaca pulak kemain santek lagi hari ni.



p/s Jangan tanya pasai apa tajuk Father's Day tapi gambar mak yang lebih..tu kena tanya pak dia. Taknak publisti katanya..


4 comments:

Mijoe said...

haha.. tgk tuh Fahim, nama je Father's Day kan!!! mana gambar daddy Fahim??? mana? mana? ha ha ha..

Ninie Hanis said...

Uncle mijoe,

Daddy fahim hensem sangat sebab tu dia taknak publisiti.hehe..takpela uncle mijoe tgk je Fahim ni, daddy tu hensem ikot Fahim la.. :p

Mijoe said...

oo bukan Fahim yg ensem ikut daddy dia ek? :p

BeRRy MuMMie said...

both r cute, nice view & picture dear