Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday 25 December 2013

Fahim Zidane's First Ride With Aeroplane..How was it?

Notakontot: ketika entry ini di'publish',kami tiga beranak telah pun kembali ke UK setelah 3 minggu lebih bercuti di Malaysia. Maka ini adalah 'entry pekasam. Harap maklum!


Lamanya blog ni menyepi ye...well..well..well..cuba teka dimana joe jambul iols sekarang? Wiwiwi!!! Iols sefamily balik Malaysia tanah tumpah darahku uolsss.. Last minute booking Etihad tix. Sbb murah tapi xlah murah sgt sbb kena gak beli seat fahim even dia still free coz under 2yo..bluek!  Takpe tu nanti kita cerita kendian. Skrg ni saje hapdet sikit2 coti2 Msia kitorg setelah 3 tahun tak balik Malaysia.

Kitorg balik 5/12 Khamis aritu. Yang bestnya kepulangan kami tidak diketahui atuk dan opah fahim. Makanya surprise la kan... Nenek kat Keramat je tau cucunda yang tak pernah bersua muka nak balik msia. Sebab tu aku tak heboh2 pasal nak balik ni, takut plan nak surprise atuk dgn opah tak jadi. Hewhew....

Ini adalah pengalaman pertama Fahim Zidane menaiki kapal terbang. Beberapa minggu sebelum balik, hari2 mommy dok briefing pasal aeroplane. Lukis aeroplane la, malah belikan buku sticker tentang airport, aeroplane dan summer holiday lagi..memang nak introduce habis kat Fahim. Alhamdulillah usaha tu buat Fahim lebih bersedia untuk tempuh 13 hours journey. Macam aku cuak tang food and drinks (liquids) untuk dibawa atas flight. Takut tak lepas kastam. Alhamdulillah, sebotol air mineral, 3 air kotak juice, dan sebekas nasi goreng lepas ngan kastam. Phew! Dapatlah isi perut dulu sebelum boarding tu. Kalau tak pasti berapa ml liquids is allowed for baby boleh check di website airport tersebut. Cam kitorang check dekat Manchester Airport website. Dan kalau bawak anak, silalah check-in online 24 hours before flying ye bagi mengelakkan beratur panjang time check-in di kaunter nanti. Macam Etihad (dan Emirates) boleh book seat dan check in online, so print then tunjuk je kat kaunter esoknya. The best seats to sit with child? I will definitely say next to the window. Etihad takde 3 seats dekat tingkap (Emirates do), so daddy duduk kat aisle next to our seats yang sebelah tingkap tu. So Fahim bebas jalan seberang aisle ke daddy dia which for me bagus untuk dia stretching kan badan dia after sitting for few hours.

Overall, he was good during take-off and landing..cuma sesekali tak duk diam, cranky, dan melalak sebab tak selesa. Tapi adegan sakit telinga sebab ear pressure memang tak ada kerana mommy ikut banyak tips mommies2 prepare some foods and drinks during take off and landing. So biscuits, chocolate, air milo kotak dan juice dah ready, tapi tak boleh bagi awal2. Tunggu time terasa cam ada ear pressure atau flight dah memasuki zon tekanan udara gitu baru 'surprise! Mommy ada ni!' Gituuu! Sebab..kalau bagi awal2 nanti budak kenyang dan taknak munching lagi. Ini terjadi pada Fahim masa nak landing di KL dulu. Flight terpaksa berlegar-legar lebih kurang 10 minit disebabkan traffic di udara. Maka takleh landing lagi. Fahim dah boring sebab kena fasten seatbelt dan dia taknak makan lagi. Kesudahannya? Satu flight dengar suara nyaring beliau. Sabo jelah.. Belajar daripada pengalaman tersebut, masa flight balik, i put him next to the window and only fasten his seatbelt bila betul2 dah nak landing. Make sure dia pakai baju selapis sahaja sebab during landing rasa macam sedikit panas (apekah aircond ditutup?). Dan paling penting..the surprise fav food and drinks kena ada. 

Another brilliant tips, sediakan surprise toys jugak. Macam Fahim ni, Etihad bagi beg utk setiap kids dalam flight tu. Dalam tu ada coloring book, color pencils, flash cards, stickers and xoxo board game. Fav Fahim ialah menaburkan flash cards tu kat lantai T_T. Jadi time landing nak bagi dia diam bior je dia main sepah2 ngan kad tu. Oh yes..anda boleh order kids meals time booking flight tix ngan Etihad tau. Nanti makanan dia sampai dulu, pastu kita la paling teruja sebab kita bleh cilok food dia sikit. Dia bukan habis pun...hewhew! Jangan tak teruja kalau kukatakan Etihad ada flying nanny uols! Dia pakai apron kaler orange, easy to notice. So kalau terasa nak rehat tapi anak masih super active, call je dia. Nanti dia buat aktiviti face painting, etc. Tapi Fahim ni kecik lagi, so khidmat yang aku gunakan cuma suruh dia bancuh susu jela. Oh did I tell you everything that i mentioned above was free of charge? Yes..it was free! The transit time in Abu Dhabi was only took about 3 hours. Free stroller available in the airport and enough time to freshen him up. Bila naik flight balik (flight take off) usually Fahim dah tertido maklumla dah sedap badan lepas mandi dan menyusu. Ohhh hampir terlupa..sila bawak baju spare lebih sikit untuk anak anda ye. Insiden dan accident seperti tertumpah air memang akan berlaku. Sekian, harap maklum.

Gitulah pengalaman kami naik kapal terobang ngan dak kecik ni. Conclusion..kitorang tak rasa serik pun nak travel abroad lagi in future. Tentang percutian di Msia, next entry kita hapdet ye. As for now..layan dulu gambo Fahim Zidane naik AEROPLANE! weee!!!!






-tido time flight take off (AUH-KUL). 

-kids meal (dinner). Lasagna for main course. Nyums.

-keep him entertained. 

-paling penting,fav cuddle dia 'teddy' kena bawak. 

Lamborghini in Abu Dhabi airport.

-Yeay..awak memang good boy Fahim Zidane!


notakontot: Harap masih belum terlambat untuk wish Happy New Year kepada semua pembaca blog ni. Di ambang 2014 haritu, jam 11.55 pm kami landing di Abu Dhabi. Tak le pulak nampak fireworks. Sampai UK dah pukul 7 pagi tahun baru. Lengang je jalan.. :)






11 comments:

cocochaneta said...

Auch ninie, terima kasih sbb buat entry ni, eta ni nervous betol nak bawak Khalid Kali ni sbb 13 jam kan, sebelum ni balik ganu sejam je dlm flight x kisah sgt.:-) eta pon booking etihad jugak, tp x request meal pon lg sbb xtau kene request masa booking. Ish risau la..sbb Khalid ni active beno...lari Sana sni. Kalo balik ganu tu flight tu mcm dia punya, pergi seat passenger lain sembang2.

Tq bg tips. :-)

Mijoe said...

he he..entry yang ditunggu2 telah tiba...:p

uncle mijoe rilek dulu...banyak sangat ikan pekasam kat dlm draf!

Fahim jetlag lagi x?

Unknown said...

Ninie,

Neves akak baca entry ninie ni tau. hehehe. Happy Niu Yer, wah sonok la dapat makan mcm2 kat malaya. huhuuh.

Mrs.NZ said...

Eta,

Boleh call etihad booking kan kids meal dan boleh tanya psl seat yg depan skali kot2 leh book jugak. Kalau through agent,call agent. Sbb kids meal berguna sgt sbb nk tggu food kan lambat sampai. Hrp info sikit sebanyak ni membantu lah. :)

Biar active jgn nangis hihi..nanti sblm naik flight biar dia berlari puas2 kt airport. Oh satu lg tips, kitorg prefer jd org plg last boarding sbb tak de la lama sgt fahim tggu nak take off.

Mrs.NZ said...

Mijoe,

Hahaha!!! Sila publish entry pekasam tu ye. Fahim dah tak jetlag lg. Dah tdo 6pm-6am da. Hihi

Mrs.NZ said...

Farah,

Kenapa nervous farah? Ada plan nak travel abroad ke nnti? Takpe little hero dah besar dah sng bawak berjalan.

Blk msia terasa kejap sgt. Tak puas..hihi

Nadine said...

Oooooh balik Msia senyap2 je yer! :D

Best tak fahim, naik flight balik Msia? Lepas ni mintak balik lagi kat mommy k. hehehe

Anonymous said...

Wah..patut lah lama tak update blog.. Kt msia rupanya..heheh.. Thanx for tips ninie.. Boleh buat reference bila nak travel dgn aaila nanti.. Haritu ke langkawi kejap sgt.. Itu pun sibuk nak main tray meal tu.. -yanty

Bilal157 said...

Fahim Zidane nama putra anada kah ??





https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

Mrs.NZ said...

Bilal157,

Ye..nama anakanda kami. :)

shieela said...

hhuhu...yeah fahim dah naik flight...heeh nanti bila tiba time aku lak( which i don't know when ) definitely aku akan baca post nie as my ref..hehehe