Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday 27 January 2014

Cuti-Cuti Tanah AyerKu-pt 1



Akhirnya, 5/12/13 dari Manchester Airport, 6/12/13 tiba di KLIA. Kami dijemput oleh kak yong dan abg long (my SIL) dan terus ke Keramat. Jam dah lepas 12 malam dah. Sesampainya di sana, nenek Fahim menyambut kami dan itulah pertama kali Fahim berkenalan dengan nenek dia. Semua cousins dia dh tido lambak depan tv. Panorama baru buat Fahim. Heh..welcome to Malaysia Fahim!

The next day Angah(my SIL) masak2 sikit sebab petang tu keluarga Zaid dan paksu sekeluarga datang makan di Keramat. Aku dan Fahim masih jetlag jadi nak bagi diri ni recover dan fit kena lah tidur cukup2..kalau tak badan boleh lemau dan tak sihat. Banyak itinerary dah disusun lah katakan.. Malam tu pulak lepas makan Kak yong dan Angah bawak aku gi pasar malam. Fahim stay with daddy. Hehe..peh..lama kot tak jejak pasar malam. Mission cuma mencari shawl dan murtabak daging kegemaran daddy :).

Keesokannya pulak adalah hari di mana kami tiga beranak membuat surprise kepulangan kami pada atuk dan opah Fahim. Diorang datang ke rumah kakakku si cikgu Eline di Saujana Utama,Sg. Buloh. Kakak gue tu baru pindah masuk rumah baru dia, sebelum ni dia duk di Gombak. Acara kejutan itu berlaku ketika mereka secang makan tengahari. Nasib baik tiada adegan tercekik..hahaha! Happy betul atuk dan opah jumpa Fahim balik. Yelah dulu2 diorang jaga budak ni masa baru lahir je..

Esoknya kami ke Kuala Selangor beli ikan dan seafood fresh baru naik ke jetty. Hasil tangkapan (ikut kehebatan aku berebut dan kepantasan tangan aku masukkan hasil laut tu dlm plastik)..maka dapatlah penuhkan ice box dengan ketam,udang saiz besor,ikan siakap dan sotong.

-pantas sungguh tangan sampai blur gambo tuh..haha! Udang besor sekilo RM40. Kat pasar mlm sekilo RM48 dan di ipoh sekilo RM50. Ini besor dan fresh lagi.. :)

Sebelum ke jetty tu kami lunch dulu kat Cendol Bakar Kuala Selangor. Pekena la cendol, laksa, otak2 etc. Tapi otak2 dia memang terbaek. Aku beli sampai 30 hengget kot. Puas makan hiihi..dapatlah bawak balik untuk family in laws aku lepas tu.

MIL aku pulak siap masakkan lauk kegemaran esoknya, ketam masak lemak cilipadi ngan nenas. Haii..terlior dah oi. 4 tahun aku tak makan ketam..Ikan siakap dibuat 3 rasa. Sotong digoreng tepung. Alhamdulillah time kasih kat ibu dan angah sudi masak kat kitorang. 

Beberapa hari kami stay di Keramat dan sempatlah mommy Fahim attend mini reunion dengan kawan2 UIA batch 2006 tu. We were all students of Human Sciences but different major. Tajuk event ialah 'Mini Reunion with The Fab 5'. Haha..tajuk album taknak kalah kau..

-dari kiri: Noni anak Pak Habullah pengulas bola, Kak Mas ex-partner squatting, Fiza yg Stern, yours truly, dan Wani yang sedang bunting bukan pelamin. 

-good food,lovely gifts and good times. X

-adik beliau mirip gue katenyer..

-pose sat kat cafe ala2 engelish ni..me likey the concept taw..

notakontot: gambar ehsan fesbuk rerakan.


Lepas bebebrapa hari di Keramat, kitorg balik ke Batu Gajah pulak. Sempatlah attend wedding biras kat Taiping dan kemudian terus ke Penang visit kakak ipar dan anak buah di sana.



-di Botanical Farm..ok Fahim,tu monkeys! Jangan dok usha sangat kang terlebih 'friendly' plak beruk tu.


Sempatlah pekena pasemboq, nasi kandaq dan pusing2 Penang tu. Time kasih kak Nani sefamily sudi jemput kami ke Penang. Esoknya otw balik Perak, aku ada reunion ngan ex-SMJKCM Kulim pulak. Event ditaja dan di'host' oleh Sharizani aka Abang. Kitorang panggil abang sebab dia ni ada kembar dan adiknya kitorang panggil Adik. Menu special air tangan beliau sendiri iaitu bihun sup tulang rusuk dan chow koew teow. Chow koew teow digoreng personally mengikut kehendak pelanggan tuuuu..dasat..dasat! Sedap2 menu dia. Dan disebabkan aku self-proclaimed VVIP guest, aku dengan tanpa segan silu telah menapau bihun sup dan paste chow koew teow dia skali. Mihmihmih..time kasih abang dan wife,Lyna susah payah organize makan2 ni. 

Tajuk album: Reunion Geng Bas Sekolah.

-gambar atas: Fahim n me,with hostess the mosstess.

-Geng Bas Sekolah..gambar di bawah skali tu Abang dan Adik aka Upin & Ipin. :) 

notakontot: gambar ehsan rerakan.

Sehari berehat di Perak, esoknya kami ke Pahang pulak. Ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary dan menginap di Hawa Resort Janda Baik. Percutian 2D1N ni aku dah booking since kt UK lagi sebab resort kat Janda Baik tu rata-rata expensive dan fully booked. Hawa Resort ni aku dan kak Eline booking 2 bilik (RM300 per room). Itu rate antara yang ter'affordable' aka cheapest among others. Nak tau apa yang spesel di sini? Ni dia...


To be continued in Tanah Tumpah AyerKu part 2...(haha kijam tak?)




















7 comments:

Mijoe said...

resort kat Janda Baik tu memang terbaik la...specially tang anak sungai yang sejuk dan bersih tuh...udara pun kurang pencemaran kan! :p

kena gigih hapdet story ni...3 minggu punye citer..he he.

uncle mijoe..pelan2 kayuh...ha ha

my name is ivana said...

Alorhhhhh, tersentap bila nampak to be coninued tu...
Sentap sebab da nampak air sungai yang mengalir....hehehheeee.....

Excitingggg!!

Mrs.NZ said...

Mijoe,

Menang sangat2 best! I wish i could stay longer. *sigh

Iye2..sedang menggigih dan menggagahkan diri lah ni. Haha!

P/s kayuh laju sikit uncle mijoe..lolllll

Mrs.NZ said...

Ivana,

Wakakak!! Sabo ye..nantikan episode akan datang.

Salam kenal to you! Nice blog u have. :)

cocochaneta said...

sek baik x tercekik opah n atuk. hehe..

ishamizu said...

Bestnya cuti2 n mkn2 di Msia! Terliur hakak dgr chow kuey teow tuh :D

Wahhh Janda Baik? tingat 1st hanimun kt situ..tp mmg best..nyaman n sungai kt depan resort jek (lupe nama plak, tah2 sama tak ?:D)

Fazlinil Irma said...

Yawww.. kite sama la org keramat jugak.. hihii.. and.. hawa janda baik tu tempat lepak bila penat buat kek.. dpt pegi 2 -3 jam pun jdlah.. enjoy.. sambil rendam kaki.. ��