Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday 27 August 2010

Jalan Lagi..Ayuh Ke Newquay,Cornwall !

Dua hari selepas zaid dan i balik dari Tenerife,tetiba encek dan puan Ali ajak kitorang pergi jalan2 3 hari 2 malam di Cornwall pulak.Tapi time tu masih belum decide lagi nak pergi daerah mana since idea ke Cornwall tu muncul secara mendadak sahaja.Aku pun masih ada seminggu lagi cuti,so sepanjang weekdays tu aku gunakan untuk mencari info tentang Cornwall,beach yang famous dan cantik,dan jugak port untuk fishing.Last2 kitorang decide pergi ke Newquay.Hari Rabu minggu tu,kitorang dah macam mati kutu sebab hotel semua fully booked.Maklumlah 2 weeks ni memang summer holiday.Kira macam cuti skolah hujung tahun gaklah.Last2 dapat gak satu hotel ni.

Friday,6th August 2010.
Kami berempat bertolak dari Stafford pukul 12.30 tghari dengan kereta encek Ali.Perjalanan mengambil masa 5 jam nak sampai di sana.Sepanjang perjalanan tu nampak kesesakan teruk dari arah bertentangan highway tu.Alhamdulillah lancar je perjalanan kitorang.Berhenti jap kat Services (R&R) makan nasi lemak yang i n ayu masak.Pastu sampai je kat Newquay,check in hotel kat Hotel Lowenza.Pastu terus keluar jalan2 tengok town dan beach yang berdekatan.Mula-mula sampai kat Newquay nampak town dia sebijik macam Genting Highlands.Sebab cuaca pun ala-ala Genting,tapi ada pantai pulak bahagian tepinya,macam kat Batu Feringghi,Penang pulak. :)








Cantik sangat park yang kitorang picnic tu.Makan lak nasi lemak.Hehe..Kalau perasan background gamba berdua aku ngan zaid tu ada sebuah rumah yang dibina atas 'cliff' atau bukit.Dan takde jalan yang hubungkan rumah dia tu so dia bina jambatan ke tanah bukit sebelah.Pelik kan?Pastu kitorang jalan2 kat tepi pantai pulak.Pantai ni namanya Towan Beach,dan pantainya sangat cantik dan bersih.



Memang Cornwall ni terkenal dengan port surfing.Teringin gak nak cuba.Kalau masuk school dia ajar dalam £30 sehari.

Balik dari Towan Beach kitorang naik kete dari hotel then jalan2 ke pantai sekitarnya pulak.Lebih kurang 2 minit je sampailah ke East Pentire Head,berdekatan Fistral Beach.Tempat ni tak sesuai untuk mandi sebab kedudukannya di atas 'cliff' dan agak tinggi.Tapi port ni sesuai untuk tengok sunset dan kebetulan time tu pun dah agak2 senja.


~sila lihat sebuah restoran di lereng bukit tu.Kalau makan di situ siap seaview dan open air you..



Saturday,7th August 2010
Pagi2 turun untuk breakfast,tengok ramai betul muda-mudi mat saleh.Yang lelakinya semua ber'tatto' dan muscle berketul2.takde langsung family apelagi foreigner. Diorang dah pandang pelik2.Tapi aku dengan slumber nya terus melemparkan senyuman plg manis dan ucap 'good morning' kat sekumpulan muda mudi ni. Terus diorang tersipu-sipu.Ape nak buat,semua hotel fully booked,tak sangka pulak hotel ni ghetto semacam je.Tapi facilities n service semua ok.Breakfast pulak English style,kena order nak makan apa,so vegie sajelah tapi sedap.Baked beans,mushroom n egg on toast.

Lepas makan,kami ke Lusty Glaze Beach pulak.Beach ni sangat famous sebab ada macam2 aktiviti boleh dilakukan di sini.Ada water based adventure macam surfing,surf fitness,coasteering dan jetski rides.Ada jugak Cliff adventure seperti zip wire,abseiling,rock climbing etc.Land adventure pun ada macam kite boarding dan mountain biking.









~Pantainya jenis yang agak lembut atau 'jerlus'.Jadi agak berbahaya time air pasang.Tapi jangan risau sebab beach ni ada lifeguards taww... ;)

Then kitorang bergerak pulak ke beach2 yang lain.Dengan menaiki kereta,kitorang ke Watergate Beach.Kat sini kebetulan berlangsungnya summer festival.Kat England ni time summer camni banyak dianjurkan summer festival.Tiketnya beratus2 pound.Summer festival ni berlangsung ada yang seminggu dan ada weekend je.Ada macam2 artis femes macam Kings of Leon,Florence n the machine,Paulo Nutini,etc..Siap bercamping bagai lah diorang kat situ.



~Watergate Beach

Tengahari tu kitorang ke East Pentire Head lagi skali.Kali ni encek Ali mahu memancing.Kawan sekerja aku si Donna tu kaki pancing,so dia kasi pinjamkan satu set alat memancing.Sementara Ali memancing,aku,zaid dan ayu pulak seronok barbeque kat tepi lereng bukit.Nak tau lereng bukit yang macam mana?Haa..tengok jelah gambau2 ni,thrill tak thrill nya acara memancing dan membarbeque kitoang nih.


~Situlah tempat kitorang berbarbeque dan memancing.Haha..seriau pulak bila diingat balik.






~Scene2 ketika di lereng bukit.Dapat pulak mackerel.Panggang jelah.Ali ada beli udang utk acara bbq kitorang nih.Sungguh best rasanya bbq di puncak bukit nih sambil menikmati panorama laut yang luas.


~Selesai aktiviti mancing dan bbq,kitorang nak mandi laut pulak.Dalam perjalanan pulang,lalu depan restoran yang aku kata cantik sebab menghadap laut tu.Gambau dah macam scene Lord of the Rings pulak.Hehe..

Kitorang ke Crantock Bay pulak.Sile lihat gambau di bawah..


~Gambar yang atas tu ketika kami di puncak East Pentire Head tadi.Yang mana di sebelah kanan tu tempat kami bbq dan memancing.Yang di sebelah kiri pulak ialah Crantock Bay,sila lihat gambah kedua.




~Kena naik boat (ferry) untuk ke seberang.Pelik kan?padahal nampak dekat je,rupa2nya kena naik bot sebab air laut dah semakin mengecil.Agaknya inilah tanjung kot. :D



Sebenarnya taklah dalam manapun bila air dah surut.Dah boleh seberang dengan jalan atas air camtu je.Tapi sebab dah bayar £1 pegi dan balik.Oh ye,air laut ni bapak sejuk nya!!!Rasa macam mandi air ais kau..Patutla lepas je mandi tu aku dah kena hipotermia (suhu badan turun mendadak).Gigil2 aku..Nak tau kenapa?Sebab air laut ni ialah air laut Selat Inggeris/ English Coast.Sah2 la sejuk.

Sebabkan dah sejuk,aku pun dah takde daya dah nak menikmati sunset kat East Pentire Head tu.Tunggu dalam kete je.


Malam tu aku dah okey,so kitorang dinner kat Restoran Maharaja.Sedap makanan kat sini.Kitorang pekena Maharaja beriyani,nasi putih,haddock dan seabass curry.



Balik tu dah kepenatan dah sebab mcam2 aktiviti kitorang buat satu hari ni.Satu destinasi jalan2 yang sangat best dan adventurous.Esoknya hari last kitorang plan nak ke Eden Project.So next entry aku akan cerita Jalan2 ke Eden Project. :)

5 comments:

eita said...

hg br update ke entry nie..rsnya dah lama kan hg pegi tmpt nie after blk dr spain aritu sbb aku tgk pic. ni dlm FB...anyway, cantik gak tmpt nie eik...tp beach dia x secantik kat spain tu kan?? hehehe...

Mrs.NZ said...

along,

ye la..kan aku kata entry lepas aku dalam mood kemalasan.:D FB tu gambau je.Blog ni tempat aku nak explain dengan lebih detail ttg trip aku.Mmg newquay cantik,tp cuaca dia xbest.Standard la weather UK.Spain catil tp aku lebih suka Msia.Saya anak Malaysia!!! ~mood merdeka.

Tukang Campak said...

Jalan lagiks !! Macam best jek esp masa memancing ditepian cerun itu. Gambaq lifeguard tu awat bagi nampak pungk*q ja, muka x hensem eh ? haha

Kuih raya dah start gentel ka ? Selamat b'puasa 2 u both, lauk buka hang x mcm org duk obersi pong..mmg anak m'sia

Mrs.NZ said...

kak zie,

mancing dan bbq tepi cerun tu bukan macam best lagi,tu namanye keje gile.hahaha..silap sket bleh jatoh woo..gambaq lifeguard dari belakang tu saja nak habaq tulisan lifeguard kat blakang baju dia.gambaq dari depan ada tapi dia terlebih mesra nak peluk bagai.nanti u jeles.hahahaha.... :p

Anonymous said...

Thanks for sharing your info. I truly appreciate your efforts and I am waiting for your further post thanks once again.


Here is my web blog :: how to get followers on instagram