Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday 18 September 2010

Sambungan Newquay: Eden Project (Saya Heart Bumi Tuhan)

Sebelum pape,sorry lah ye..memang zaman tuk kaduk punya cerita baru nak update sini.Ini semua gara-gara sibuk menyambut ketibaan bulan puasa dan persiapan raya(Ok Tipu! Sengaja salahkan kesibukan Ramadhan padahal diri sendiri yang malas huhu).

Macam yang pernah aku cerita dalam entri yang lepas,hari terakhir aku di Newquay tu,kitorang check out hotel dan terus ke Eden Project.Ramai jugak mat saleh taktau menatang apa eden project ni.Bila aku terangkan,ada yang pelik aku sanggup bayar £17 just nak tengok pokok??Haaa....Ia sebenarnya lebih dari apa yang kita sangkakan.Eden Project ni ialah kawasan rumah hijau yang besar seluas 13 hektar,lebih kurang 30 padang bola (13 hectares = over 30 football pitches).Kat Eden Project ni ada ditanam 2,665 tumbuh-tumbuhan (plants) dari pelbagai jenis dan spesis.Yang paling best,ada 2 biomes kat sini.Nak tau biomes tu ape.Ni rupanya..




Eden Project ni akan beritahu kita apa kaitan kita dengan alam semulajadi dan kenapa kita bergantung sangat kepadanya.Dan apa yang boleh kita buat supaya hidup lebih mesra alam (greener life).

~gambar professional gardeners di Eden Project :D


Ada sebuah biome hutan hujan (Rainforest Biome) dan biome Mediterranean (Mediterranean Biome).Kat dalam biomes ni lah diorang tunjukkan macam mana ropenyer hutan2 di negara2 yang beriklim tropika,hutan hujan,khatulistiwa dari negara2 seperti Malaysia,Tropical Island,West Africa dan South America.Siapa tak bangga kalau masuk tempat2 camni di obersi tetiba jalan2 "ehh..Malaysia,tanah tumpah darahku".Harus excited you! :p

Kat tempat yang ditunjukkan Malaysia tu,siap ada diorang buat sebuah rumah kampung,kebun dan jugak air terjun.Ditanam sekeliling rumah tu pokok2 yang ada di Malaysia macam pokok durian,pokok padi,pokok dan jantung pisang,pokok sireh,pokok cili padi,pokok belimbing.Bukan tu je,suhu kat dalam biome tu pun dah dibuat jadi panas macam kat Malaysia jugak.waduh,bikin gue mau pulang deh.rindu bangat!!!







Kat South America boleh la tengok macam2 tanaman yang ditanam di sana.Pisang,kopi,koko,gula dan minyak kelapa sawit memang menjadi hasil eksport diorang.


~boabab bar,tempat berehat sambil minum banana smoothie :)





~tempat rehat sambil bermain chess..

Best tau cara diorang nak educate kita dengan tanaman2 ni dengan ciptakan hasil kreativiti menggunakan semua barang2 terpakai.Contohnya..


~tayar terpakai dijadikan sofa :)


~Spiceboat nak menceritakan sejarah rempah ratus yang dibawa oleh pedagang Arab (belajar sejarah kan? ;) )



~gambar atas: kita disuruh tarik tali yang disediakan,bila ditarik patung gergasi tu akan bergoyang ke depan dan ke belakang.

~gambar bawah: bila dilihat dari jauh patung yang bergoyang2 itu seolah2 sedang bekerja di sawah padi.




~Weee Man.Ia adalah replika monster yang diperbuat daripada barang2 elektrik terbuang seperti komputer,microwave,tv,dan mcm2 lagi yang banyak menggunakan elektrik.Maknanya tak bagus lah hidup kita zaman moden ni banyak sangat guna elektrik.Menyebabkan bumi kita semakin panas.

~Kita patut diajar menjadi lebih kreatif dan guna banyak sumber alam semulajadi.Contohnya kerusi di taman camni daripada batang pokok yang besar.

Kat Mediterranean Biome pulak,kita boleh tengok pelbagai jenis tanaman dan hasil bumi di negara2 yang beriklim panas,dry summer & cool dan wet winters ini.Yang terkenal seperti kaktus,buah anggur(grape vines),tomato,buah-buhan citrus,olive (buah zaitun) dan olive oil,tobacco dan perfumes/scent.Ada pencerita (storyteller) yang akan ceritakan tentang mitos (myth) dan sejarah.








~pelbagai jenis herbs,just give them a rub n have a sniff..

~pelbagai jenis bau-bauan (scent).ada bau violet,mint dan lain2.pernah cuba shisha?

~atau mau cuba makanan tradisional mediterranean?pastinya roti cicah pepper(capsicum),olives dan olive oil.Not bad!

Selain dari biomes dan tumbuh-tumbuhan,kat Eden Project ni ada banyak aktiviti2 lain.Kalau bawak kanak2 lagi seronok sebab diorang boleh belajar cara2 nak survive dalam hutan (tak payah budak2,orang tua mcm kita ni pun belum tentu tau cara nak survive T_T).

~Cara nak hidupkan api..Pasni gas habis toksah kalut,boleh dah masak nasik.

~Cara nak cari makanan dalam hutan.


~Kanak2 cuba experiment(dan bermain) menggerakkan bola dgn air.



~Yang aku paling suka tengok kat 'Dent Challenge'.Budak2 boleh guna perca2 kain dan benda2 di dalam hutan untuk bina khemah diorang.



Bagus kan tempat macam ni?Aktiviti2 macam nilah yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan,boleh educate generasi muda tentang jatidiri dan peka tentang alam sekitar.Takdelah asyik main video game,psp,atau fesbuk manjang..

Jadi,marilah kita jadi lebih mesra alam.Make a change for a greener life.

Think about 'I glad I did' rather than 'I wish I had'. ;)

4 comments:

ayu said...

yeay for eden project! i love the chocolates...divine..sooo yummy~

Mrs.NZ said...

ayu,

yelah..chocolates dia sgt super duper yummy..sampai skrg teringat-ingat..hahaha

best sgt trip tu.. :)

Fatt said...

mmg aku observe omputih ni suke green life..klu kat cni (nz), which aku rasa sama je kot kat uk..dorang sume DIY..pokok sayur sume tanam sendiri,repair keta sendiri, baiki rumah sendiri..bcoz why..cost nak upah orang buatkan tak murah mcm kat mesia. tukar minyak keta dalam 70dollar tu wei..cuba darab duit mesia..miskin! T___T

Mrs.NZ said...

Fatt: betul2..aku pun tgk lifestyle diorang camtu.Sebab supermarket DIY besau2 je kat sini.Buat pondok kat backyard pun sendiri,buat garden,cat rumah,ketuk sana,ketuk sini.semua sendiri je.kagums betul.