"The best mirror is an old friend" ~George Herbert.
Kalau korang ada kawan yang korang rasa dia sangat baik,korang jadilah seorang sahabat yang baik.Bukan susah pun,senang je.Kalau dia senang,korang happy sama2.Kalau dia susah,beradalah di sisi dia.Tahu erti ikhlas dalam berkawan?Maksudnya,jangan ada sepalit pun perasaan mahu melihat dia kecewa.Sanggup 'mencantas' kebahagiaan kawan sendiri asalkan korang rasa bahagia..
Renung-renungkan...dan selamat beramal. :p
Intro ala kuliah subuh ni takde kena mengena dengan aku pun.Cuma topik Balik Malaysia Part 3 ni pasal aku jalan-jalan dan berjumpa dengan kawan2 yang sangat baik pernah aku jumpa.Yelah,kawan ni ada macam2 jenis.Jenis pakai buang ada.Haa..ingat pampers je pakai buang.Jenis datang dan pergi ada.Yang jenis datang,pergi..dan datang balik pun ada.Haha..yang ni memang aku tak paham.Dulu ye-ye 'kick' aku dari fesbuk dia (ada aku kesah?bukan aku yang add dia mula2 pun).Pastu mintak aku add balik.Selama bertahun-tahun membenci aku tup-tup buat ayat paling manis pernah aku dgr dari dia.Adoii..boleh sakit jiwa melayan kawan jenis camni.
Kawan dari zaman kecik2 aku ni memang cool.Tapi takleh lawan ke'cool'an encek husben yang meng'ijin'kan aku sleepover kat rumah my bestfriends. :D Tak sangka happening jugak something yang unplanned gini.Kikiki...
~kawan sejak zaman akil baligh Nafizah,Nora,Ninie..
Kitorang bertiga boleh taktau nak pergi mana jalan2 esoknya.Siap google map tu daerah Selangor.Wakakak..last2 decide pergi Bukit Cahaya,Shah Alam.
~see what we got..nice scenery!
Tempat 4 seasons waktu tu tgh winter..takpa,aku bagi depa dua orang ni training tahan sejuk dulu sebelum rasa yg real punya. :p
Dah terer tahan sejuk baru leh cuba yang real punya camni.. :D
Dah puas jalan2 di Bukit Cahaya,kami ke Putrajaya pulak.Lepak kat Tasik Pullman yg cantik tu.
Malamnya encek husben dan baim dtg ambik aku,then gi makan sate kajang Haji Sahmuri.Fuyoo lama betul tak makan sate perut. :)
Next gathering,kali ni buat reunion jumpa sapa yang sempat aje kat KL neh.Hajat nak jumpa semua tak kesampaian.Yang ini pun dah happening..thanks semua.
~Wowiee..sate on the house by Kuren.TQVM!
~Fieza dan aku mengambil berkat dengan menimang anak Md Duan.eheh.. :p
~Odows,Md Duan,dan Kuren.Md Duan,isteri kamu dan anak2 sgt comel ok. :)
Kesimpulan yang i nak tulis kat sini,bukan senang tau nak happykan hati semua pihak.Kalau boleh nak jumpa semua orang.Even i've planned so much things before my arrival,still ada orang tak dapat jumpa.Sad..Kawan-kawan,semoga semua terus happy di sana ok. *tears
Lukisan Aida
1 year ago
12 comments:
Uishh.. Jalan sakan no!!!
Tapi mmg bestkan lama xjumpa.. bila sekali sekala jumpa balik. Meriah!!! :)
Next balik Malaysia bila? :)
stop being sarcasm...pfttt! hahaha..aku tumpang sengih aje :P
aku memula ingt tak sempat dah nk jumpa ko beb, tp nasib aku amik tket flight awal..klu tak bila thn agaknya akan jumpa ye :)
ye betul, kita tak mampu nak puaskan hati sume org, sumtime kene jadi selfish..sumtime a bit sad sbb kdg2 kita dah ikhlas habis berkawan dgn org tp akhirnya dipergunakan. im seeing my frens yg ada perangai camni..im sad but i choose to ignore sbb aku taknak rasa down oleh org yg tak appreciate aku. i choose to move on. aku percaya satu hari nanti dorg akan dtg sembah kat aku..tunggu jela..bumi ni bulat..pusing2 mesti jumpa balik kannn?? huhu...see ya! :)
Kak Nurill,
ere..soalan itew buat i rasa cam nak book flight lagi skali lah..huhu.maybe 2,3 years from now.tapi balik mmg bestlah.. :)
Fatt,
well,ada aku kesah?ko kesah tak fatt?hahaha! tak kan?memang malas dah layan isu cenggini.Life is too short to be selfish.
p/s aku tade gambau ko ler.nak taruk dlm entry blog jumpa kawan2 neh.kasi nanti eh.
aku tak kisah..tp kdg2 sakit hati jgk ada kwn cam gini. dorg cam bangang kan nak faham keadaan org lain? rasa mcm nak libas dengan getah paip je..mgkin diri dia belum kena so dia bleh rasa selamat..tp tuhan tu adil kan..jap aje kene balas..
ps : gambar tu saaaaattt lagi aku email.
fatt,
i'm a grown up woman.wasting my precious time to deal with this is totally foolish.tak koser kan..if they think they can be happy in that way,never mind..let them be.psl gamba takpe,anytime beb.
aku rasa entry ko sempena blk malaysia ni byk berkisar tentang makanan. hehehe.
berkenaan perihal "rakan" tu... miahahaha... ape buleh buek, da mmg sejak azali sifatnya begitu. yang penting "ada kita kesah?"
fiza,
Malaysia kan sinonim dgn Makanan.ni blom masuk part aku gi langkawi lagi.haha..ttg 'beliau',i have nothing to comment. All i can say,kalau sayang kawan,jadilah kawan yang baik.Me not perfect neither,so i hope my writing will remind me of this as well..
awek, ahkak soka gambaq gedix hangpa kat putrajaya, vain habes..
balik m'sia mcm melancong plak kekdahnya.
bab kwn2 ni penting, always meet them 1/2-way coz we're not perfect either. hang & eline are people who appreciate the meaning of friendship (hrp eline x baca post ni kang x pasai2 dia kembang)...
kak zie,
Gambar vain is a must.kalau tak,tak masuk la kategori gediks.hahaha...tula taktau nk taruk gamba melancong pi mana dah,byk sgt.huhu
ye,saya suka nasihat itu.1/2 way saje.Suka geng kakak2 semua.
awhh.. tenkiu.ni rasa nak call eline ni.kot2 dia kembang sampai termasak mee kari,kak zie gak untung.kekeke.
lambat btol aku nk komen..ni baru berkesempatan..emm hot entry ni..nak komen panjang pon xleh satgi jadi isu masuk ISA payah..tapi moral of da story..sapa-sapa pon kena blajar dari kesilapan..bila banyak benda dah terjadi..kita perlu berfikir dan bermuhasabah diri keh..keh..
Jaja,
Kita tak perlu komen banyak2..tak perlu melatah banyak2...
tak perlu..dan tak perlu..
sebab tanpa berbuat apa-apa pun kita sudah betul.
1 mungkin takdir..
2 mungkin kebetulan..
...
tapi kalau keempat kalinya??
'lu pikirlah sendiri'
LIKE..hehe
Post a Comment