Sambungan balik coti-coti Malaysia..
Sepatutnya 31hb Disember sudah caloh beteh berangkat pulang ke UK, sambil2 berharap ketika nak landing nanti kot2 dapat tengok fireworks dari atas angkasa. Tapi bila encek suami postponed date ke 13hb Januari,terasa seperti nak raya hindu.Seronok tak terkata..terus merancang coti-coti seterusnya.Maka kami pun ke Langkawi...
4 hari 3 malam. Berdua aja kali ini.. ;)
Day 1 :
Naik flight AirAsia,sampai pun dah pukul 7 malam.Sampai airport,terus dapat keta sewa 4 hari cuma RM200 (murah giler Myvi auto) . Terus ke Padang Mat Sirat, isi minyak dan makan malam kat sebuah restoran Selera Pattani. Lama betul tak rasa Nasi Putih Daging Merah..mmm. Terus check in chalet kat Pantai Chenang. Malam tu cuma jalan kaki sepanjang kedai-kedai di Pantai Chenang. Tempat ni memang famous dengan tourist,terbaek untuk shopping sebab semua ada.Tinggal pandai bargain atau tidak je.
Day 2:
Pagi-pagi kul 8 dah bertenggek tepi jalan tunggu bas yang akan ambik kitorang ke Jetty Kuah.Dari jetty akan naik boat pergi ke Pulau Payar yang famous dengan marine life.Perjalanan bot hampir sejam,sampai je terus diberi peralatan snorkelling.Pastu, takyah citer lah kan.Terjun la ape lagi.
Dalam trip ke Pulau Payar Marine Park ni,aku perasan cuma aku dengan zaid je orang local..(dan of course brader2 beach boys itu).Tetiba terasa diri masih bercoti di obersea padahal tempat sendirik.eheh.. :D
Pukul 12 tengahari diorang panggil lunch,pastu sambung lagi snorkelling. Selain snorkelling,aktiviti lain ialah fish n baby shark feeding. Aku ni takut-takut berani je..tapi nak bergambar punya pasal..hehe. Geli gak kalau time berenang dia cam gigit-gigit i..auww! :p
Pukul 2 petang sudah balik dan sampai chalet sekitar kul 4 petang. Fenat oi..tido jap. Malam, tapau je nasi paprik, encek suami sudah mula nak selsema.
Day 3:
Kami ke Gunung Mat Chincang untuk naik kereta kabel. Di kaki gunung (entrance) adalah sebuah perkampungan jepun, namanya Oriental Village. Kaki shopping, bolehla teruskan aktiviti anda,tapi jangan terkejut harganya rasa cam nak sepak je.. :X
Cable car dibuka sedikit lambat sebab ada angin melintang agaknya time tu.Kami sempat la ziarah rusa,arnab,angsa,gajah dan harimau.Ye,memang bunyi macam zoo sebab kat sini ada Taman Haiwan. Pengalaman paling best ialah dapat naik gajah. Gajah besar hokey!!
Pukul 3 petang camtu baru cable car buka.Bayaran RM30 untuk 2 orang.Sila bawak i/c atau K/P kalau nak naik. Kat atas kereta kabel stop 2 kali. Platform pertama, bolehlah turun dan ambik gambar sekitar. Ini masa kami di platform pertama.
p/s nampak Air Terjun Telaga Tujuh masa naik kereta kabel.
Ini pulak masa di second platform.. ketinggian mencecah 705 meter dari paras laut.Kat situ ada jambatan tergantung,kalau jalan boleh rasa bergoyang-goyang jambatan tu ditiup angin.Ngeri!
p/s Kami di puncak Gunung Mat Chinchang..
Perjalanan naik dan turun kereta kabel ini tak silap memakan masa 20 minit.Selesai aktiviti kereta kabel,kami jalan-jalan ikut map ke Pantai Pasir Hitam.Kami teruskan perjalanan dan tiba-tiba ternampak sebuah van gerai di tepi pantai.Check map rupa-rupanya kami kat Pantai Tanjung Rhu.Perut pun dah lapar.Yang bestnya,aku jumpa benda ni......
LAKSA!!!!!!
Finally aku jumpa laksa yang sangat dewa kesedapannya.Sumpah sedap! Sebelum balik Malaysia aritu,laksa lah yang paling aku craving skali.Aku boleh kata aku tak jumpa laksa sesedap gini kat KL mahupun Ipoh.Laksa Penang pun kalah beb aritu. :p
Kami ke pekan Kuah selepas itu,standard la beli cekelat dan ole-ole kan.. Then,kami singgah pasar malam yang kebetulan ada di Kampung Kedawang on the way back ke chalet.
Day 4:
Selepas breakfast,kami baru sedar yang kami belum explore beach kat Pantai Chenang lagi.Maklumla itinerary padat dengan jalan sana,jalan sinun.So pagi terakhir di Langkawi, mandi laut kat depan chalet kami, Sandy Beach Resort.
Lepas check out,kami sempat singgah di Laman Padi.Cantik betul Laman Padi ni..Masuk pun free ;)
Destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Kl ialah Makam Mahsuri..dan Dataran Lang.
Okey,that's all about Langkawi.Best dan puas hati sangat travelling kali ni.
9 comments:
Ambi Che', jalan sakan No! :)
aku g langkawi aritu aktiviti utama ialah membeli pinggan mangkuk corelle n corning ware. stndard arr g dgn PIL kan... hahaha. tiada aktiviti bebas menyelam sume tu.
kak nuril,
sila ambil award anda..hehe ;)
p/s terer ceq ckp kedah noo...
Fiza,
aku paham hehe..tp time tu ko mmg tgh pregnant pun kan?agak2 le nak aktibiti bebas cenggini. :D
amboi..sebut pasal laksa ni yg aku goyang ni..sbb aku hantu laksa..iskk...nak buat malas, aku rajin tunjuk je skrg..tp susah nak jumpa yg bebetul sedap..
ko beli ke topi petani tu? hehe..aku slalu nmpk omputih travel pakai topi petani kat epot..gila dorg mcm takleh berenggang dgn topi tu..nak gelak pun ada..haha :P
Fatt,
tula,susah jumpa laksa yg sedap dia tahap dewa.kekeke..topi itew aku main cekau je aku jumpa kat tepi sawah tu.yelah,tour guide tu layan mat saleh je..kan.nanti gambar full tgk fb.
hoh..laksa lagie?? ei.. asik bukak jek belog kak ninie, mesti ade gamba makanan tau. x baek tau.. efa dah 2 mggu berturut2 menjejaki makcik jual laksa kat pasa malam, haram makcik tu nak berniaga.. sgt sedeh!
Effa,
Ni mesti kes mengidam kan?Takpe,jgn susah hati,Pegi call mama,tanya laksa sedap kat batu gajah.Dia nanti kata ada jual kat medan selera depan pasar ikan bt gajah.Yang itu pun consider power gak dari laksa penang.OK?
aishhh jeles nih..aku ni dok sebut ja nak g langkawi..tapi tak pi pon..last gi masa umur 16 tahun..gila lama hehehe..aku tingin naik cable car tu..dgq kata tinggi..weh yg g langkawi xdak pon kt fb..yg ni xbest gambaq kecik..x pueh nak nengok :)
jaja,
akaun fesbuk active ke makcik? :p
belum upload lagi..saja nak simpan buat pekasam..hahaha.
tp mmg best pon pi lgkawi.ala,dekat je,pi time bukan cuti skula mmg jimat ja.
Post a Comment