Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday 15 January 2011

Selamat Pulang ke Tanahairku Terchenta..

Salam semua.

Gila! Dah bersawang-sawang dah blog aku ni.Bak kata kawanku,Fatt blog aku ni spider leh wat spider web.Tatkala aku menulis ni,untuk pengetahuan korang aku sekarang dah pun kembali ke UK.Baru je sampai rumah pukul 1 tengahari (pukul 9 malam waktu malaysia) hari Jumaat.Naik flight dari KLIA hari Khamis jam 8.20 malam (waktu malaysia).Mak aih..sehari suntuk di awan-awangan..Landed kat heathrow airport,terus naik heathrow express,naik tube,dan naik train sampai la Stafford.Alhamdulillah selamat sampai.Oh ye,anjing kat airport takde,selamat keropok lekor yg kami bawak dalam beg.hahaha!Sampai je,terus goreng keropok lekor dan makan kek lapis sarawak.Kenyang,mata pun dah ngantuk.Tengok jam dah pukul 4 petang,sah diriku jetlag.Terus naik katil tido!Sedar2 pukul 4 pagi.Aku pun bangun,gosok gigi,buat air teh tarik dan sekarang tengah menaip belog yang korang baca nih.. :p

So,sekarang ni aku nak flashback balik memori di Malaysia.Destinasi jalan2 aku yang pertama lepas jumpa family ialah menjenguk Aan dan Fiza yang sedang sarat 9 bulan masa tu.Yuk tengok gambar..


~rumah fiza dan aan,kemas je.



~aku tau ko rindu perut besar ni kan..hehe..


Aku jumpa Fiza sebab nak pass barang2 baby yang dikirim dari UK.Dalam dah berjanji nak datang pun ada jugak halangan.Patut jumpa Wani sekali,tapi sebab aku lambat,Wani pun dah balik.Itulah namanya takde rezeki kan.Yang tinggal hanya lauk ikan keli salai masak lomak cili padi wani yang dia bawak dari nogori sembilan.Sedap sangat,thanks fiza dan aan.Tahniah juga sebab baby hafiy rayyan dah pun pulang ke rumah selepas beberapa hari di Hospital Sg. Buloh.

Esoknya,kami ke Taiping kenduri Boy & Zuraini.Boy ni adik ipar kakak aku.Family in law kakak aku ni memang rapat dengan family aku.Mungkin sebab mama dan aunty ruby (MIL my sis) dulu sama2 mengajar di sekolah yang sama.Tak sangka pulak berbesan.Huhu..



~sisters..




Dari Taiping,terus ke Penang pulak rumah my sis Kak Nani.Best sangat jalan2 Penang.Malam tu kak nani bawak gi Padang Kota Lama dan makan pasemboq,sotong kangkung dan kerang bakaq.Perghh..Lepas makan,kami ke pasar malam Batu Feringhi.Tempat ni memang happening waktu malam sebab ada jual macam2 souvenirs.Tapi agaknya badanku yang masih keletihan,perut pun agak 'terkejut' dengan makanan2 tu,esoknya aku dah muntah2 dan headache sepanjang hari.Kerana takmau meng'spoil'kan cuti2 di Penang,kami jalan2 juga dan tido semalam di Chalet Nelayan,berdekatan Taman Negara Pulau Pinang.Pas check in,kak nani,hafiy,babah,kimi dan zaid pergi jalan2 ke taman negara sebab ada pantai di dalamnya.Aku dan mama lepak bilik je sebab aku tak sihat. :(

Scene makan di Padang Kota Lama dan Pasar Malam Batu Feringhi..





Di chalet nelayan,taman negara pulau pinang dan batu feringhi.








~Jagung bakar paling 'mantop' i've ever taste.Sedap bangat!


Esoknya,pas check out kami ke Batu Feringhi.Cuma hafiy,kimi dan atuk diorang je yang mandi.Pastu kami pekena laksa,rojak dan air kelapa.Singgah pulak bergambar di Masjid Terapung di Tanjung Bungah.Depan masjid ni apartment untuk mangsa2 tsunami dulu.







Petang tu jugak kami balik ke Ipoh.On the way tu kami singgah jap kat rumah Kak Minah.Kak Minah ni pulak masa aku kecik2 dia keje sebagai pembantu rumah kat rumah kami di Taiping.17 tahun dia keje,manalah tak sayang kami adik-beradik dengan dia.Lepas aku kawin,dia pulak bertemu jodoh akhirnya.


Tak sangka itu jelah last aku jumpa kak nani dan hafiy.Sebab lepas tu aku dah sibuk di KL dan Perak sampai la cuti kami di Malaysia habis.Rindu sangat..nanti aku update cerita destinasi di Malaysia seterusnya.

8 comments:

fieza said...

hupdet cepat..aku nk baca ni..hehehe

Mrs.NZ said...

amboi...hg tunggu cerita tentang kita ek..hehe.coming2..

Fatt said...

aku mcm knl je tmpt laksa ni..ni kat balik pulau tu kan? sedap kan? huhuhu...ko punye craving kat msian food terubat tak beb? :)

Mrs.NZ said...

fatt,

aah kat balik pulau.tapi hancor le weh rasa dia.ko tau tak dulu2 zaman sek rendah,ada satu gerai laksa terkenal kat depan library tepeng kat lake garden tu?dulu bapak aku slalu bwk situ,kaw woo..jarang jumpa sesedap tu dah.Cuma baru2 ni aku ke langkawi aku jumpa satu laksa sedap gila kat tanjung rhu.nanti aku cite.hehe..

p/s patut buat list la,baru perasan banyak lagi makanan tak makan. :(

Effa Akmal said...

kak ninie..laksa ngn pasemboq tu macam sedap jek...terliur dah nie..jahatla post gamba sedap² camni... :(

Mrs.NZ said...

effa,

ngidam ye?haa akmal dah balik perak ni boleh la bwk effa jalan2 cari makan.tapi laksa kat penang ni idak le sedap mana.tnya mama laksa sedap boleh je dapat kat bt gajah tu.sedap tau.

mrs.aAn said...

berasa segan melihat pic umah sendiri di dalam belog kamu. tetapi tetap suka gambar perut itu... hihihi

Mrs.NZ said...

fiza,

apa lak segannya..umah ko simple,nice and airy taw..tu yg penting.tak panas.mesti tak sabar mau bawa baby pulang umah kan.tp experience ke umah ko mmg buat aku geli hati lah.adoi..agaknya letih aan menjawab call aku.

p/s print masuk frame then gantung gamba ko 9 bulan kat wall.kekeke