Aku masih di London masa update entry Musim Bunga di London (update mendenya..gambau je ada :D). So aku nak wat liputan sikit masa di london. Bunyi cam wartawan je, taulah baru jumpa Heliza Hashim di London (ok aku mengaku..SANGAT TERUJA TERLIHAT BELIAU).
Aku pegi london hari ahad dengan train,kat train station stafford terjumpa Eta dan husben,Wan Haneef, dan Aiman.Maka kami berempat naik train bersama-sama. Sampai je kat London Euston,aku,zaid dan aiman terus ke University College London (UCL). Eta dan wan pergi tengok bola. Ada apa dengan London? Jeng..jeng..
UKEC-Graduan Career Fair
Inilah platform fresh graduates kat sini untuk cari keje sebelum balik ke Malaysia. Banyak jugak institusi dan company yang datang macam Shell, Schlumberger, Axiata,USM,UTEM,Bank Negara,Media Prima,Astro,Malaysia Airports dan banyak lagi. Hari ahad tu career fair, isnin dan selasa hari interview for the short-listed candidates. Aku pergi ni sebab nak cari scholarship atau sponsorship untuk sambung master. Memang ada nak offer scholarship macam NSTP dan USM,tapi syaratnya kena belajar kat Malaysia. Tak dapek laa kan..aku nak apply scholar sbb nak belajar kat sini. So,mission cari goodies eh, scholarship dan selesai, kami duduk2 dekat kerusi tu (refer gambar di atas). Tiba-tiba aku nampak wartawan TV3 di London,Heliza Hashim sedang interview student. Sah confirm masuk Buletin Utama. Err..korang ada perasan aku tak dalam berita malam isnin tu?Hehe..
Sorrylah ye,gambau heliza hashim sedikit blur..jenuh focus ngan iphone.Padahal lepas tu dia lepak sebelah kerusi aku,time tu malu pulak nak amik gambau dia.Hahaha!
~video untuk merakam cik heliza hashim nun jauh di di tengah-tengah,tapi minah amoi ni sibuklah..duh!
~one of UCL buildings,cantek kan?
Dah tengahari,perut pun dah lapar,Fifah was suggesting to makan at Makan cafe. Furthermore, kawan dia keje part-time situ. Kami pun naik underground tube ke Portobello Road. Ini tips ye pada sesiapa yang nak ke Makan cafe, paling senang turun di station Ladbroke Grove. Dari situ boleh cari bazaar portobello dan kedai makan tu betul2 bawah jambatan.
Sungguh bertuah dapat kuih jemput-jemput pisang free, maklumla kami datang dengan kawan si pekerja cafe ni. Oh keropok dan sambal belacan pun free :D
Sedap, murah dan excellent service..(pakcik tu mintak tolong promote hehe)
Dah makan, siap tapau 9 biji jemput-jemput pisang, kami mencari jalan pulang..menyusuri portobello road. Sempat pulak merembat sehelai muffler :p Pastu aku dan zaid terus check in di Easy Hotel kat South Kensington.
The next day, kami ke Camden Market. Zaid pun belum pernah sampai lagi kat Camden ni. Aku rasa Camden lagi happening dari Portobello, plus barangan jualan jua jauh lebih murah, boleh bargain dan... banyak sangat vintage and rare stuff korang boleh jumpa kat sini. Best!
~port makan yang cool,kerusinya berbentuk scooter,facing the canal..
Dah habis merayau kat Camden, kami ke Bayswater pulak. Lunch makan kebab Taza. Kebab Taza ni paling sedap kot. Senang cite kalau sampai london wajib makan ini kebab. :)
Dah kenyang haruslah exercise kan..maka jalan-jalan pulak ke Hyde Park. Itu yang tema Musim Bunga tu..
Nama je spring tapi masih sejuk kot..terus balik hotel. Malam tu, aku,zaid, aiman, shieela, eta dan wan haneef dinner kat Steak & Wine restaurant. Kat situ boleh request for halal steak.
Esok paginya, aku dan zaid check out hotel pukul 10 pagi. Kitorang dah siap2 beli sandwich Greggs, so breakfast kat hotel je. Masih ada 2 ke 3 jam sebelum balik stafford. So kitorang ke Chelsea stadium.
Owh..he's a Setan Merah's fan by the way.. LOL
Dah pukul 12 tengahari, kami ke C&R Malaysian Cuisine,tapi tak buka lagi. Ingat nak ke Sate House tapi takut terlambat, then terus makan nasi campur kat Malaysian Hall je. Punya lapar sampai tak ingat nak amik gambau. Siap la tapau kuih cucur badak, seri muka dan cucur bom sebelum naik train balik ke Stafford. ;)
12 comments:
Yo bestnya!! org yg dok kt London pun tk smpi2 lg sume tpt ttu..hihi tp tk pe, good n3, good info..apa2 nti leh refer cni je. ;) TQ dear.
Cantikla gmbr kt Hyde Park tu! bler la nk pg eh..mmg sejuk kn wpun dh Spring..grr..
Nway, mcm mn interview scholar? ptt la husben akk dpt email yg phk UTem nk dtg London cr calon..hihi..apply tak UTem? :)
memang semua yg offer scholar suruh balik wat master/phd kat msia.tight budget la skrg..well,i have to switch to plan B now,which is still taktau apa plan B tu.hahaha..
btw,thanks for the compliments.ye,memang camtu,orang yang duduk jauh dari london memang sangat beria-ia nak makan sana sini.
:p
ler..tak gi pulak ke Bonda Cafe! :p
Ninie, sapa sokong kelab biru yang kaye tuh? Adekah you yg support? En Zaid tu team mate saya ke? :p
Ooo Ninie, time kasih banyak for this beautiful and informative entry! :)
Mijoe,
Tak pernah pegi lagi Bonda,tapi area2 Paddington gak kan.
Takde sapa pun sokong kelab terkaya di dunia tu,just to kill the time.Actually dulu i sokong Liverpool,but converted to Setan Merah (Man Utd) since incek zaid sokong itu kelab. :p
yes..kat paddington la itu bonda cafe. a few minutes walk rasanya..
masa baru sampai heathrow dulu, bonda cafe la our first destination utk maintain karbohidrat intake before switch to our mat saleh's menu.. ha ha
my wife baca citer pasal ur shopping experience ni lagi la teruja nak gi london neh.. :p
btw, mijoe is kelly chantek..jgn confuse! :p
Mijoe aka kelly chantek,
I dah pernah try makanan di bonda tapi masa London Pasar Malam je.Next time nak pergi Sate House dan Bonda cafe juga.
Camden best utk shopping,put in your must-go-to places list when visiting london nx time :)
thanks Ninie!
Bestnye.. :-)
so did u manage to get a job there? anyway, from pictures you put on this blog, i think i know some of them. small world.
Niza,
best jugak :D yeay esok niza nak dtg rumah kita. :)
theblabber,
hehe..what a surprise comment from theblabber.well,i didn't intend to apply a job but to get a scholarship.As i've said,they are offering the scholar ONLY for those who want to do master/phd in Malaysia.
btw,which one yang incek theblabber kenal?masa baca blog mari merepek i've got the feeling that u might know some of my friends too.small world kan?
aku nak datang time spring..ke autumn ke bagus ek? nti ko bwk aku pegi kat canal yg ada kerusi scoot tu..
fatt,
jom ah..time camni dah best jalan.cuma kdg2 gloomy,kdg2 sunshine.
Boleh je bwk ko gi Camden,tapi baaanyakk lagi tempat best yg cantik.~pancing ;)
Post a Comment