Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, 3 June 2011

Dari Dapur Perantau!

Hai, kita berjumpa sekali lagi dalam rancangan....Dari Dapur Perantau.

.......
..............


Verangan eh nak ada rancangan masak-memasak sendiri. Masak pon tak lepas lagi mau perasan. Hahaha! Okey,ni saje je aku letak segmen Dapur Perantau so ape je aku masak, gambau dan resepi (semestinya bukan resepi sendiri,tapi aku letak kredit pd tuan empunya) akan aku letak under label Dapur Perantau. Korang nak carikla sana ye.


Dapur Perantau ni ngengada je bagi nama. Motif sebenar ialah nak create initiative dan creativity memasak kalau tercampak di bumi asing @ perantauan. Jadi, sila jangan expect masakan i power, ini hanya satu usaha untuk merealisasikan impian perut dan tekak. Idea tajuk ni timbul bila aku selalu masak tak cukup bahan. Contohnya nak masak rendang tapi takde kerisik, laksa tapi takde bunga kantan. Camno tu? Tapi tekak teringin nak makan.. Jadi kalau experiment berjaya aku taruklah dalam segmen ni ye. :)


Okey, kali ni aku nak try buat Mee Kari. Sebelum ni dah pernah buat tapi tak best (dalam erti kata lain tak sedap sangat,sedap sikit je :p) . Kali ni aku dah jumpa 1 resepi mudah daripada Mama Hanis Zalikha. Aku terpaksa skip few ingredients, standard la anak perantau. Jangan kata nak ada buah keras, buah keras tu sendiri pun aku tak tau T_T



Jadi inilah basic ingredients yang aku guna untuk hasilkan Mee Kari ni. Jom try!

Bahan Kisar & Tumis:
15 batang cili kering, buang biji.
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari daging
1 sudu besar udang kering

Ayam dipotong kecil
1 sudu besar biji ketumbar (goreng tanpa minyak)
1 batang serai diketuk

Santan (agak-agak 1 mangkuk)
Kiub ayam dicampur air


Cara-cara:
Tumis semua bahan kisar dan ketumbar sampai rempah masak sedikit, masukkan serai dan ayam. Bila dan sebati barulah masuk santan dan kiub yang dicampur air. Dah masak,perasakan dengan garam dan sedikit gula. Hidangkan dengan mee, taugeh, daun bawang dan bawang goreng.


Mee Kari

Ikut resepi asal ada udang basah. Tapi aku takde time tu. Kalau ada lagi mantop!


Best layan video Gordon Ramsay in Malaysia.Pehhh..nak balikkk! Malaysian food are all based on 'agak-agak'.Hehe..



p/s tapi tetap teringat-ingat mee kari mama time raya,siap ada rendang kerang tu..slurrp!

5 comments:

Haniza Yazid said...

alamak, laparnye tgk mee kari ni... sedapnye... tapi kene perabih lauk semalam dulu baru leh try masak mee kari k.ninie ni..

Effa Akmal said...

eh.. mee kari macam kat malaysia lah..hahhaha... gud job nih!! :)

Ninie Hanis said...

Niza,

lapar?kekeke...kalau umah ninie mcm niza,mesti bahagia je karahi master kat sebelah tu.ninie skrg smenjak pindah memang jarang dh gi Ali/Al-Karim,kalau tak dulu turun je dah dekat kan.

nanti cuba la resepi ni.share la resepi nasi beriyani isa/niza tu..sharing is caring kan ;)


Effa,

Yeke?tgk gambar je pun mcm kat mesia eh?hehe..bolehlah hilangkan rindu mee kari mesia tu.

Mijoe said...

serius buat den lapar pepetang neh...well done Ninie! Bertambah tak Encik Zaid makan? :)

p/s

slalu gak order strawberry choc moist cake dari Kak Nani tuh. Best!

Ninie Hanis said...

Mijoe,

lapar eh?apa susah kat msia tu kuar je umah carilah gerai takpun kedai makan..ni kitorang sini yang gak yang penat bersilat kat dapo.haha..

p/s uish..serius?tula,berazam balik lagi skali mau order 1 la dari aunty nani tu. :)