Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday 14 January 2012

KeMENGIDAMan..

Bila seseorang wanita itu mengandung, tahap kemengidaman mereka berbeza-beza. Ada yang boleh control, ada yang tak kira nak la-la tu jugak. Ada yang mengidam makanan biasa-biasa je, ada pulak yang pelik-pelik. Semuanya bergantunglah pada sesorang itu.


Bagi aku,sepanjang 6 bulan pregnant ni, alhamdulillah, semua yang tekak aku teringin dapat aku masak sendiri. Masak sendiri tu.. nak suruh cik abang tak sanggup. Bukan apa,takut tak mencapai standard tekak. Hahaha! Biasalah, dedi bukan chef kan..Masa 1st trimester kesian tengok dedi masak, dahlah baru balik keje. Apa nak buat,time tu hidung langsung takleh bau bawang.


Sebelum aku lupa, aku nak wish congrats kat Haniza & Isa yang dah tau gender baby diorang. Niza conceived sebulan selepas aku (eh betul ke?) , maknanya baby kitorang sebayalah nanti. Pastu both of us insyallah dapat baby boy. \^__^/


Kalau ditanya apa yang aku mengidam sepanjang preggy, erm.. aku mengidam nak makan

*lempeng pisang
*labu masak lemak,
*rendang pedas udang
*ikan bawal sweet n sour
*ikan bakar cicah air asam/sambal belacan
*asam pedas kepala ikan dengan bendi
*kari ikan/kepala ikan dengan terung/bendi
*terung masak lemak cili padi
*ayam masak sambal tumis hijau
*nasi ayam hainan/kukus
*ayam bakar nandos style


Setakat ni menu ni jelah kot yang aku rasa masa aku mengidam tu sampai nak tido pun teringat, nak mandi pun teringat.. :p Ada yang sempat amik gambau, ada yang tak nyempat-nyempat..sedar2 dah tersandar kekenyangan. :p
Tapi serius ada few dishes aku tak pernah masak sebelum ni.


1)labu masak lemak..jenuh cari pumpkin takde pulak kat tesco.last2 butternut squash pengganti labu. Apa Pon Boley!

butternut squash aka labu masak lemak

..bersama white fish bakar cicah air asam


2)rendang pedas udang..ni patut kaler oren pastu kering2 mcm rendang.Ni sebenonye my mum's speciality.haih..kena suro cikgu pipah masak le nanti..

rendang pedas udang yang dalam gambar macam sambal tumis

..tapi rasa tetap rasa rendang, jenuh racik bawang,serai ngan halia halus2..


Yang lain-lain aku pernah la masak sebelum ni..yang kat bawah ni pulak yang sempat aku snap.



Ikan bawal sweet n sour..rasanya bawal ni encek zaid yang ngidam lebih.. :p



Ikan bawal bakar cicah sambal/cili kicap..feeling2 ikan bakar Kg.Baru la konon..



Dan yang last sekali aku mengidam makan nasi iran kat Bakhan berlauk kambing dengan okra/bendi soup dia..ha ni ropenye..

..yang kaler oren tu la sedap,tomato soup ada bendi.aku syak tomato soup dia sedap sebab pakai air rebusan kambing tu la. Kambing tu pulak lembut gile,siap bleh sedut tulang macam sup gear box. :D



Ok, tu je la edisi melehkan air liur (aku le,korang tak tau la cane). Sebenarnya bukan makanan je yang buat aku mengidam. Aku jugak mengidam SATU benda pelik. Satu je okey.. iaitu nak pakai high heels. Iye, kasot! Maka aku cuba meyakinkan encek zaid yang keinginan memakai heels juga adalah satu keMENGIDAMan. Tapi sebabkan aku masih sedar diri yang aku ni mengandung, aku cuma membeli wedges masa di Clarks sale tempoh hari. Tapi aku blom sempat melaram lagi dengan kasut aku sebab winter..tapi yang pasti, setiap kali aku sarung wedges tu, hati seakan berbunga riang... eh?

17 comments:

Tukang Campak said...

Meriah perut ko dik. *sambil lari malu2 sbb hakak kat KL pon nan ado masak cenggitu* Untung cik abang ada mak buyung yang rajin masak. Kira hasil susah payah tolong masak awal2 ritu terbalas jua akhirnya...

Mrs.NZ said...

Kak Zie,

Huish..chef diva komen sambil lari2 malu..tipulah tu kan.Tiap kali bulan ramadhan rasa macam nak berbuka kat umah kak zie.hahaha..nanti buat b&b la ek..

Bukan rajin sangat,tapi mai time mengidam tu sampai kat jamban pon tak tenang.hahahahah!

p/s Uiks nak dkt kul 3 dah tak tido lagi?

haniza said...

terima kasih... :) A'a, betul2, sy pn xleh bau bwg juga msa mula2 dlu... A'a beza dlm sebulan 2 minggu dari ninie... :)

semuanya sedap2 yg lauk2 tu... :) best2... :) A'a itula, sy pun bila dtg time ngidam tu sy mesti nak la-la tu jugak, bila xdpt sy dah xberselera dah kat makanan tu... Pastu makanan tu mesti nak sedap je... sabar jela... Tp skrg ni dah dpt control... :D

Tahu kan ikan bawal ade jual kat kedai First Choice? Kedai tu dekat2 dgn Pak Food...

Take care taw... Pejam celik pejam celik Ninie dah nak masuk 7 bln dah kan, xlama dah, semoga smuanya dipermudahkan... Amin... :)

ummi_ziz said...

Cayalah ninie! Dah la pregnant, boleh buat apa yg awk mengidam tu! Akk salute la! Akk ni dh 2mgu craving red velvet smpi la ni tk dpt2. Nk buat tak reti, nk try belajar pon tak smpt hihi. Cian nasib baik tak pregnant..;P

Haha ngidam hi heels tu..tak thn! Hihi jgn buat keje tau tgu lps bsalin k. :)

Mijoe said...

ikan bakar cecah air asam dengan kambiang tuh mmg melelehkan air liur den.... 100000 kali perghhh..he he

baru lepas lunch pun boleh lapar balik... :p

Mrs.NZ said...

Niza,

oyeke..mesti nak sgt2 makan bila teringin ek.dah terbayang isa mesti cari/masak jugak la la tu..dia kan chef hebat.hehe..

oo sebulan 2 minggu ek?hihi so kiut.nanti geng main bola la sama2..tp bapaknya sorang Man U sorang Liverpool. :D

Insyallah,kita sama2 doakan semoga sama2 lancar nanti.Eh kedai tu nama First Choice ke,yg cashier dia sorang pompuan sorang laki tu kan?Nanti nak beli lah,apa nama kt peket dia eh?

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

ala asalkan dapat rasa kak..mcm masak lemak labu tu kan patutnya labu tu manis,tp butternut squash tak semanis labu,telan jelah.

red velvet?uish..mmg remeh nak buat,tapi kalau kt London mmg banyak kedai jual.Sy pernah beli kek online yg kedainya di London.senang order je kak,terus sampai rumah.dalam £25 camtu 1 kg.
tapi kalau jalan2 di London lg senang byk bakery jual cuppies red velvet kan..

Mrs.NZ said...

Mijoe,

tula..kambing nasi iran tu mmg lazat..murah pulak tu.2 org makan baru £8.amboi..br lepas lunch ke..sorry la kalau entry ini juga buat anda terliur.hihi

haniza said...

a'a kedai tu nama 1st choice yg dekat petrol pam tu kan, a'a slalunya ade cashier laki n pompuan... nama ikan bawal tu pomfret... mcm2 ikan ada, kdg2 ada ikan terubuk juga... dia ada byk freezer, nnt tryla check...

ikan said...

Bestnya awak boleh makan macam2! Enjoy it darling!!!
*terkenang during my time dok kerja masuk toilet uwek2 sampai nak bersalin!*

mommaholicSURI said...

Awak tau tak? awak dah buat orang x mengandung pun jadi mengidam???? hehe.

Mrs.NZ said...

Niza,

ikan terubuk?serious??eh ni nak kena check peti ais kedai 1st choice nih..hehe..thanks for the info!


Kak Dd,

kak dd sepanjang preggy 9 bulan ke dok uwek2?pehh..siannye..tp org kata kalau susah time mengandung time bersalin mudah,ye ke?doakan adikmu ini nanti ye..huhu

time 2nd trimester mmg enjoy masak sume..skrg dh masuk 7 bulan dah agak berat sikit perut neh. :0 apekah??


kak nurill,

err...bukan menu mengidam tersebut cuma menu biasa2 je ke?ala2 gi beli lauk kat tengahari kat gerai..hehe..

haniza said...

a'a ade ikan terubuk tu tapi sy taktahu nama dia...

Tukang Campak said...

Nini, pasni I bukak homestay yg real homestay dimana makan minum tuan rumah yg sedia. Nak, nak ?

Masa komen blom tido, buat kelije, saya pekerja gomen yg dedikasi :P

K.Dd tu uweek sampai masuk hospital dehydrated. Kenangan.

Mrs.NZ said...

Niza,

issokayy,nanti kitorang serbu 1st choice :p

tq..


Kak Zie,

mauk..mauk..nanti balik mesia i singgah bwk baby,heret cikgi eline sekali sbb malu nak pi terjah sorang2..hihik..

p/s kak didi:kenangan pahit2 manis.. :p

Miss Anna said...

wah wah dasat betul kemengidaman cik ninie ni hehehe.. and tiba2 i rasa mengidam ikan bakar plak lepas tengok awak punya ikan bawal bakar and air asam tuh huhu.. looks so yummy !!

Mrs.NZ said...

Frau Azmir,

yeke dasat?haish..masakan orang mengandung di perantauan je..of cos tak sama kan dengan yg real malaysian food.Nasib kitalah kan kak,duduk obersi kadang bahan tak cukup tp teringin.hehehe..

thanks,a yummy ikan bawal indeed. :)