Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, 14 April 2012

Birthing Experience -Part 2



Sambungan dari Part 1..


Selasa 3/4/12, aku terjaga kira-kira pukul 2 pagi. Terjaga sebab contraction yang aku dok tahan sejak malam semalam datang lagi dan kali ni disusuli bunyi 'pop' and gush of water. Masa tu dah tau ni mesti air ketuban ni berdasarkan experience orang lain. Pelan-pelan kejut incek zaid, dan dia terkejut dan taktau nak buat apa. Aku cakap okay, jangan panik! Mula-mula aku pegi check kat toilet dan selepas pasti itu memang air ketuban berdasarkan warnanya clear dan tidak berbau. Then aku suruh zaid call Delivery Unit (24hours), dan midwife tanya serba sikit,dan mintak aku datang pukul 7.30 pagi nanti. Aku memang dah set dalam mind dan pemahaman tentang latent phase (fasa sebelum bukaan), jadi aku ikut birth plan aku. Mula-mula, take warm bath lebih kurang 20-25 minit, then siap-siap turun bawah aku tengok laksa dan kek coklat dah tersedia atas meja atas permintaan aku. Sebabnya semalam lepas masak aku tak makan lagi laksa dan kek tu. :p Sempat lagi tu.. :)


7.30 pagi aku dan zaid ke hospital. Di delivery unit, contraction makin kerap, kejap aku bangun kejap duduk atas kerusi dan zaid urut belakang aku. Last-last midwife check (sweep) belum ada bukaan. Aku dicadangkan supaya balik dan have warm bath lagi at least 30 minit ke sejam. Ini pun memang aku dah bajet dan aku memang nak balik untuk hadapi contraction di rumah (lebih selesa) dan makan cukup2 untuk tenaga. On the way balik rumah aku sempat lagi singgah Mothercare beli nursing bra (tu je blom masuk hospital bag). Sampai rumah pukul 11 pagi, parents aku sediakan nasi dan salmon stim, tapi aku dah tak lalu nak makan. Contraction semakin kerap dan sangat kuat, berlaku setiap 5-10 minit. Pukul 2 petang aku dah tak tahan then aku suruh zaid call delivery unit sekali lagi, cakap aku nak datang jugak hospital. Sebelum keluar sekali lagi minta maaf kat orang tua aku. Sampai je terus check in delivery suite dan 2 orang midwives Lauren dan Sharon akan membantu aku sepanjang proses bersalin ni. Kalau membabitkan kecemasan dan etc baru doc akan involve. Tak lama tu midwife check lagi skali (sweep-proses yang sgt menyakitkan urghh) then dia cakap bukaan baru 3cm. Pastu dia check graf tengok heartbeat baby ok, cuma bp aku naik dan contraction aku semakin kuat dan aku dah letih.


Aku dicadangkan mengambil pethidine, sejenis pain relief yang buat aku tido. Aku mula2 agak takut sebab effect dia baby pun akan tido jugak. Tapi midwives semua labih tahu, diorang cakap keadaan aku sekarang ialah bukaan aku lambat tapi contraction dah kuat sangat. Diorang tau aku takkan bersalin dalam tempoh 8-12 jam ni, jadi kalau aku sleep, aku boleh rehat dan simpan tenaga untuk bersalin pagi esok. Dan plannya ialah, aku diberi pethidine pukul 7 malam (Selasa,3/4/12) dan pukul 8 pagi esoknya (Rabu 4/4/12) kalau aku tak juga ready, aku akan di'induce'. Hanya Allah je yang tahu sebab aku takmau kena induce. Orang kata induce seperti paksa bersalin. Dan aku pun tertido sambil zaid terus menemani aku disebelah. Kadang tengah tido tu, aku terjaga dalam mamai drugs, aku pandang dia, dia tengah tengok aku. Eh tak tido ke bang? Dia cakap takleh tido, kerusi tak empuk. Pastu dia lupa bawak bantal, aku pulak siap berbantal busuk lagi :p


Pukul 3 pagi aku terjaga dan mintak bola besar yang untuk exercise tu dan cuba duduk sambil goyang2 dengan harapan akan terbuka cepat. Aku cuba jugak bersandar kat dinding sambil ke kiri ke kanan dan swing badan ke kiri ke kanan sambil pegang tombol pintu toilet. Sambil-sambil tu, aku makan donut dan roti coklat chip yang zaid beli di Tesco sebagai penambah tenaga. Bila contraction datang aku akan panggil zaid dan pegang tangan dia, dia akan ingatkan aku cara breathing (nafas ikut hidung,keluar ikut mulut perlahan2). Ini memang membantu, kalau tak bila dah sakit semua breathing technique akan lupa. Tuala muka juga sangat membantu. Ni kakakku si cikgi eline bagi kat mak soh pakai dlm flight kot. Sudahnya jadi kain lap muka dan kepala, which is sangat2 membantu sebab masa contraction aku rasa kepala dah berpeluh-peluh dan panas je badan. So zaid akan basahkan kain dengan air sejuk dan lap muka aku.


Tepat jam 8 pagi keesokannya, midwives masuk dan bagitau diorang takkan induce sekarang sebab labour room semua penuh dengan orang yang nak bersalin. Even malam tadi pun aku dok dengar bilik-bilik sebelah menjerit tak hengat, kalau aku tak kuat iman memang boleh trauma woo.. so nak atasi aku mintak zaid pasang surah ayat quran dari Iphone dia. Sehingga la jam 12 tengahari, bayang nak induce aku pun tak nampak lagi. Untuk pengetahuan, aku masih belum ambil apa-apa pain relief untuk atasi contraction aku. Sehinggalah satu saat aku dah tak tahan aku suruh zaid minta gas & air kat midwife. Pukul 1 aku di'induce'. Hoh..baru cuba pakai gas & air dah kena induce? Boleh tahan lagi..bila kadar induce tu dinaikkan lagi, mulalah sakitnya.. Hanya Allah dan aku je yang tahu. Aku tak habis2 minta maaf kat zaid, bila dah reda aku slalu usap perut sambil cakap kat baby yang mummy nak jumpa dia hari ni. Bila aku cakap kat midwife yang aku sakit sangat, dengan selamba dia menenangkan aku dengan berkata "Good, that's what we want, pain is good. Pain means you are ready for labour". Huhu..sabar jelah.


Bila dah tak tahan sangat, gas & air pun tak jalan, sebab kadar induce dinaikkan lagi, aku suruh zaid pegi cari jugak somebody kat luar and suruh monitor jap aku. Sebab diorang sebok handle labour kat bilik sebelah2. Finally midwife datang dan check bp aku dah naik, discuss skit ngan doktor, then diorang suggest aku ambil epidural. Reason.. bp aku dah naik tinggi gila, alhamdulillah heartbeat baby ok. Contraction pulak sangat kuat. Tapi aku tanya kenapa tak check aku dah buka berapa? Diorang kata takleh check selalu takut infection pada baby. So hanya berdasarkan graf diorang boleh estimate. Pehh..


Then pakar saraf datang untuk bagi epidural kat aku kira-kira jam 4 petang. Masa tu aku dah lembik kot, bila diminta duduk dan jangan bergerak sebab epidural kalau salah cucuk boleh paralyse woo.. Bila nak contraction je aku jerit "wait, contraction!" Sebab aku takleh gerak kalau nak dicucuk..dah lepas dalam 4 kali contraction, aku pun ready untuk dicucuk. Walaupun orang kata epidural buat kita tak rasa sakit, tapi aku masih ada rasa contraction (tapi tak kuat sangat) setiap 5-10 minit kat bahagian ulu hati. Bila ditanya pakar saraf tu kata itu mungkin yang dipanggil 'window' dalam saraf aku, maknanya ada sikit saraf tak kena epidural tu. Jam 5.30 petang, midwives datang ke bilik aku dan barulah nampak diorang tak sebok. Dah habis dah orang bersalin agaknya. Time ni aku dah mampu bertenang. Bila part nak check bukaan aku, baru je tengok sorang midwife ni cakap "eh, awak dah buka 10cm, dah boleh nampak kepala baby!". Aku pun selambanya cakap "saya dah boleh push ke?". Terus diorang kata yes, dan siap2 barang2 nak sambut baby. Huk olohh..ntah2 dah lama aku 10cm tak..


Aku pun memulakan aksi push-men'push..dah push, rehat jap. Dan lagi satu, aku bersyukur gak adanya 'window' dalam saraf tadi, sebab dengan adanya sedikit rasa contraction, aku tau bila nak push. Sempat aku suruh zaid pasang surah Maryam dari Iphone dia ketika tu. Midwives siap tanya tu apa? Aku cakap (ceh bertenaga sungguh nak menjawab) tu Quranic verses, umpama Bible diorang la. Dia pun siap cakap pernah dengar azan masa bercuti di Morocco. Sambil2 tunggu next contraction, sempat lagi kami berempat (aku,zaid,Sharon dan Lauren) berborak. Bila terasa je contraction nak datang, aku cakap "okey, I can feel the contraction now". So aku akan bagi sign setiap kali nak push, diorang tolong pegang kaki dan support aku suruh push. Aku tak ambil masa yang lama untuk push, bila last push tu midwife kata "ok now blow", aku pun blow2, tuptup baby menggelungsur je keluar. Alhamdulillah tepat jam 6.41 petang (Rabu 4/4/12) keluarlah si kecil bernama Fahim Zidane seberat 2.93kg. :)

moment takleh lupa: Fahim yang baru je keluar terus diletakkan atas dada aku. subhanallah..apa yang aku akan ingat selama-lamanya, Fahim bau sangat wangi dan badannya licin macam sabun.

keluarga kecil kami..alhamdulillah

proud daddy..

Fuh..penat! Penat membaca dengan penat menaip, takkan sama dengan penat aku berjuang nak lahirkan Fahim. Alhamdulillah sume dah selesai.. Mungkin ramai tertanya-tanya pasal water birth tu, actually ada 2 sebab:

1) kes blood pressure naik yang mana aku kena warded beberapa hari sebelum tu. So water birth hanya bagi yang benar-benar healthy sahaja. Pain relief pun cuma gas & air dan pethidine sahaja.

2) kebetulan di Stafford Hospital pool untuk water birth rosak. Jadi memang takde rezeki pun kalau ye pun aku healthy. Simpan balikla bikini aku lol.. :p


Part 3 aku akan cerita apa terjadi selepas itu.. part-part terakhir seperti moment dijahit dan sebagainya.. Fuhh..jangan ngeri sudah.. Selagi ceq ingat baek ceq cerita..hahaha!

To be continued..

11 comments:

ummi_ziz said...

Aduh fobia akk dtg blk bila baca pengalaman ninie ni! Bp naik, sakit contraction time nk injek epidural but ur lucky tak kene zass mcm akk..ketIdak lmbt sket la nk baik n ssh nk jaga time pantang :)

Apapun, alhamdulillah dh slmt..ur lucky as well dpt peluk bb sesudah bsalin. Mcm akk tak, dia bwk bb at one corner to check zafri's health sbb sblom emergency ceasarian tu bb lemas kjp heartbeat dia makin lemah..akk bsyukur bb zafri slmt..ketidak tak dpt akk byg kan..

Take care k n hug n kisses to bby fahim ;)

Haniza Yazid said...

Ye ke... Emm... Sy jd takutla bc entry ni... Cane ni... :( debar, nervous, takut, kdg2 campur excited skit semuanya ada...

Anonymous said...

assalamualaikum kakak..Alhamdulillah dengan nikmat..selamat berpantang and tahniah dah jadi ibu baby fahim :)comel aje baby fahim...

~lily Wan Joe

mashitah said...

huu..nangis eta bca entry ni..fahim mst nangis bila dia bca one day.

Mijoe said...

uncle mijoe read!

lebatnye la rambut budak tu!!! :)

Nadine said...

Congrats Ninie! Welcome to motherhood! :)

What a handsome lil baby Fahim is! Sorry lambat, too busy to bloghop these days.

Ninie Hanis said...

Ummi_ziz,

oh akak czer ke ari tu?sy ingat normal..tp ada baca entry akak bersalin zafri dulu.apapun tgk zafri skrg yg semakin sihat dan comel mmg sejuk perut kan..alhamdulillah..

masa nak cucuk epidural tu mmg saat kritikal,nak jaga position lagi,takut contraction dtg lagi..wuu.

Ninie Hanis said...

Niza,

Jangan takut..sorry kalau cerita ni buat niza nervous,tapi ambiklah as information for u to prepare mentally and physically.Itu plg penting tau,niza kena set dalam mind yang niza punya kekuatan sebagai ibu demi baby.Lagipun setiap orang berbeza nasib bersalinnya.Dun worry okay..u can do it,and they know what the best for u.InsyaAllah..

p/s keluar je baby,mmg hilang sakit semua. :)))

Ninie Hanis said...

Lily Wan Joe,

Waa'laikumsalam wbt,

Firstly thanks for visiting n reading my blog.Semoga enjoy membaca kisah di blog picisan ni..huhu

Secondly,thanks for your compliment towards my Fahim Zidane.hehe..

Ninie Hanis said...

Eta,

huhu..betol2..mmg nak simpan blog ni suruh dia baca.kita pun br tau beranak bukan senang kan..insaf2..


uncle Mijoe,

rambut Fahim mmg plg lebat kat spital tu.hoho..skrg dah botak..

Ninie Hanis said...

Nadine,

Thank you akak..skrg mmg asyik susukan dia je n tak cukup tido..but i'm happy to do all this for Fahim. :)

handsome ikut mommy ke?hehe..