Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, 16 April 2012

Birthing Experience -Part 3 (Finale)



Bersambung dari Part 2..


Sejurus je baby Fahim perlahan-lahan keluar dengan sendirinya (tanpa di'push'), masa tu jugak perut aku hilang segala macam sakit yang dok tahan berjam2 tu.. Beberapa saat, Fahim terus diletakkan di atas dada aku (atas T-shirt macam dalam gambar di Part 2). Leganya perasaan masa dapat menyentuh kulit badan baby yang licin macam sabun, mencium kepala dia yang berambut lebat basah, basah air ketuban dan masih bersisa sedikit darah. Tapi terus-terang, baunya saaangattt wangi..aku pon pelik. Zaid pun perasan bau harum tu. Mommy2 yang berpengalaman sila share betul ke? Bila tengah peluk Fahim tu daddy Zaid cium dahi mommy dan ucap terima kasih kerana berjuang untuk Fahim. Alhamdulillah..


Midwife bernama Lauren suruh daddy cut the umbilical cord, pastu letak Fahim dalam t-shirt mommy supaya Fahim and mommy dapat skin-to-skin for the first time. Fahim terus diam dan aku pun dah tak kisah baju kotor darah ke, dan midwife plak bagi satu injection di peha aku untuk percepat proses keluarkan uri. Lepas tekan2 perut dalam 10 minit, uri pun keluar macam bola sebesar tapak tangan. Aku terus ralik peluk Fahim sepanjang proses midwives sibuk kemas-kemaskan segala darah dan hujung katil tu. Then aku tanya aku tak perlu dijahit ke?(ceh konfiden je takyah jahit)..pastu diorang kata mungkin jahit sikit kot sebab kalau first-time mom memang selalunya kena jahit sikit. Tapi diorang tak jahitkan (maybe dah nak tukar shift sebab shift bertukar pukul 7 malam), atau pun sebab hanya certain midwife je yang dibolehkan menjahit. Jadi bila shift bertukar, sorang midwife yang kitorang kenal bernama Julie datang (actually dia request untuk jaga aku semalam tapi aku tak sedar sebab kena pethidine,ni zaid bagitau). Julie tu sangat baik, yang ajar breastfeed Fahim for the first time. Picit2 keluar gak susu pertama ibu ( colostrum). Tak lama kemudian, sorang midwife yang aku tak kenal masuk dan rupa-rupanya dialah si tukang jahit. Si Julie mintak permission untuk tengok supaya dia dapat belajar, but she said she won't touch anything,just to see the process. Sebabnya dalam birth plan aku dah tertulis atas request aku yang aku takmo any students do anything except observation purpose only. :) Baby Fahim pulak time tu si Julie dah ambik dan lap2 sikit serta pakaikan baju. Baby tak dimandikan selama 24 jam. Tapi aku tak kisah sebab bau yang wangi tu masih ada :) Disebabkan kesan epidural tu, aku langsung tak rasa apa-apa masa dijahit, even masa baby keluar pun.. That's the advantage kot. huhu.. time dijahit daddy zaid dok dukung Fahim, siap aku snap gambar dia ngan camera. Haha.. Zaid sempat menjeling kejap masa midwife tu jahit, kata dia aku tear tak banyak, jadi jahitannya dalam 2 cm je kot. Aku pun rasa si tukang jahit itu professional, sebab hari kedua aku dah jalan dukung baby turun tangga rumah aku. Terus kena marah ngan sume orang.. hahaha!


Jam 9 malam dah settle, midwife Julie tanya nak tak dia panggilkan sorang lapkan badan aku dan tukar baju kasi segar sikit. Aku yes kan jelah. Pastu sorang nurse datang (agaknya student kot) dan dia lapkan badan aku dengan tuala dan air suam, then tukarkan baju aku dengan night dress hospital. Barulah segar sikit..pastu midwife Julie datang balik dan tanya aku nak any refreshment, any coffee/tea or toast maybe? Aku yes kan lagi..tapi nak toast je, air aku suruh zaid beli hot chocolate kat machine. Bila jam dah pukul 10.30 malam, aku suruh zaid balik dan rehat sebab dia tak tido semalaman. Dia takleh stay sebab kejap lagi aku akan ditolak ke ward 9 (wad selepas bersalin) dan husband cuma boleh stay 9 am-9 pm je. Bila zaid balik, aku pun terlelap keletihan sambil baby Fahim dalam cot dia di sebelah aku. Pukul 12 lebih aku dikejutkan oleh midwife Julie dan dia bawak wheelchair. Dia papah aku ke wheelchair tu sebab kaki aku masih lembik macam jelly. Aku ditolak sambil tangan mengendong Fahim. Beg2 aku semua misi yang mandikan aku tadi bawakkan. Hehe.. sampai je kat ward 9 katil semua penuh dan baru aku sedar akulah yang terakhir yang check in. Terus aku terlena keletihan, Fahim pun sama..sleep safe and sound dalam cot dia. Sikit pun tak nangis sedangkan katil depan dan kiri aku (3 katil je 1 bilik) baby melalak tak hengat. Haduii..


Jam 3 pagi, midwife Kelly yang jaga aku di ward 9 kejutkan aku, dia nak tukarkan nappy Fahim so dia nak pampers dan baby wipes dalam hospital bag aku. Dah salin, dia temankan aku gi toilet dalam bilik tu gak dan suruh aku kencing dan tukar maternity pad. Dia nak monitor aku okey ke tak. Aku cakap aku tak biasa main lap2 ngan tisu ni (heh), so aku nak pakai apa? Dia suruh guna baby wipes sebab ada Dettol, oklah sikit rasanya. :p First time nak kencing tu risau je, maklumla epidural dah hilang sikit (sebab aku dah boleh jalan). Tapi aku tak rasa sakit sangat,ngilu2 je. Alhamdulillah takde masalah pun. Dah setel aku ke katil dan midwife Kelly kejutkan baby Fahim untuk breastfeed. Tapi Fahim langsung takmo menyusu. Then dia suruh aku susukan Fahim lagi 2 jam. Lagi 2 jam pun Fahim takmo, asyik tido je.. Time tu dah rasa ngilu banyak kat Miss V, so aku tekan buzzer mintak paracetamol kat midwife. Then aku bagitau pasal Fahim tu, dia suruh aku menyusu lepas breakfast. Pukul 7.30 pagi aku cuba lagi barulah Fahim minum sikit beberapa titis. Jadilah.. then aku pegi ambik toast kat breakfast room di sebelah tapi tak minum pun sebab hot drinks cuma ada tea dan coffee(nescaffe). Then aku text zaid suruh bawakkan Horlicks untuk aku. Pukul 9 pagi daddy zaid, atuk Hamdan dan opah Pipah pun datang tengok Fahim Zidane. Atuk dan Opah siap hadiahkan sepasang sleepsuit kat Fahim. Mommy pulak dapat sejambak bunga rose dari daddy. Wee... \^_^/

skin-to-skin, first day with mommy..

Disebabkan Fahim dilahirkan pukul 6.41 petang semalam, jadi kitorang hanya boleh discharge dari ward 24 jam kemudian. Jadi parents aku dah masak nasi panas, ikan salmon stim, dan serunding lengkuas untuk lunch aku. Bila dah tengahari, zaid hantar parents aku balik then dia datang balik ke hospital dan tunggu until aku dan Fahim discharge. Dan sebab semuanya stabil, midwife bagi aku discharge awal dalam pukul 5 petang. Sebelum balik aku mintak supaya mandikan Fahim. Then sorang health care assistant ni datang dan demo cara-cara mandikan Fahim. Sebelum discharge, midwife pastikan kami ada baby car seat sebab baby kena carry dalam car seat dan bukan didukung. Itu law kat sini. Jam 6 petang kami bertiga pun berjalan keluar dari ward 9. Sebelum tu singgah di Delivery Unit dan hantarkan Thank You card buat midwives yang banyak bantu aku semalam. :)



Sampai sini jelah kisah bersalin aku. Perjalanan selama 38 minggu 6 hari aku bersama baby Fahim sejak dia dalam perut sehinggalah dia dah pun dalam pelukan aku sekarang, sudah pun berakhir. Alhamdulillah.. Pregnancy journal aku dah pun tamat. Yang baru dibuka sekarang ialah motherhood diary... Bagi aku yang ini lebih penting sebab kehidupan sebenar sebagai seorang ibu baru bermula. Semoga Fahim menjadi anak yang soleh, baik dan memahami kasih sayang ibu dan ayahnya.

Fahim Zidane. Fahim means intelligent/smart and zidane from the arabic root word 'zeed' means more. Thus 'zidan' means 'a lot more'. Both me and zaid love Zinedine Zidane and we have chosen 'Zidane' even before we know we will have Fahim. Semoga bertambah-tambah kecerdikannya, kebijaksanaannya dan kefahamannya. Ameen..




to be continued.. rambut lebat hero kecil ini sudah pun dibotakkan pada hari ke-7. nantikan wajah beliau yang terbaru..hohoho!

6 comments:

~Mami Little Hero~ said...

tahniah sis...

a long journey to motherhood and it really gives you the best experience. Insyaallah nak bersalin kat UK jugak. Nurse and midwife yang jaga u macam baik kan semuanya. ni yang berkobar2 nak mengandung. heeee

mrs.aAn said...

Semua moment tu bile diingat2 sgt sweet kan. Mommy...Pantang betul2 (wpun makcik urut takleh dipanggil di sane. Huhu). Nak cium fahim!!!. Rindu bau baby. :-)

Nadine said...

awwwwh, terharu baca ur birth experience. :)

dah agak dah mesti u'olls peminat zidane :D

ninie dear, baby baru lahir bau mmg sgt2 harum. they said itulah bau syurga. betapa sucinya anak2 baru lahir kan. subhanallah... :)

Ninie Hanis said...

Mami Little Hero,

thank you for visiting us here..:) Mmg midwives and nurses sume baik2 kt sini.Mmg best bersalin kt sini,dr mengandung sampai bersalin terasa dijaga baik sgt.Nak bersalin sini ke?Cepat2 tambah sorang lagi (dh ada sorang kan?) ;)

Ninie Hanis said...

Fiza,

So sweet babe..insyallah..aku pantang betul2.ni pun makan mende yg sama je..ko kalau ada idea menu pantang dulu2 bglah idea k.

tukang urut sape lagi..mak aku le.seb bek ada bakat mengurut,hilang angin2 sikit.. heee..

Ninie Hanis said...

Nadine,

yeke terharu?awww...tq..mana tau kita suka zidane?hehe

yeke bau syurga?subhanallah..kalau mcm tu mmg bertuah la sy dapat menciumnya..:)