Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, 17 May 2012

Sightseeing Cardiff, Wales

my love..my life :)

Semenjak bersalin, tak banyak tempat dapat aku bawak parents aku jalan-jalan disebabkan faktor kesihatan (berpantang) dan keadaan Fahim yang masih kecil. Kalau ada pun ke store2 berdekatan aje. Yelah kesian pulak diorang tak gi memana asyik duduk rumah je. Nasib baik rumah aku dekat dengan town, rajinlah diorang berjalan ke town Stafford..tau-tau balik dah jinjit beg plastik penuh tangan. :p Oh sekarang lagi advance ye. Dah pandai balik naik bas! Aku tanya mana tau naik bas? Diorang kata tanya mamat India kedai groceries yang few blocks dari rumah aku tu. Diorang duk sini sampai India tu pun leh kenal.hehe..


So aku dan zaid pun plan bawak diorang jalan-jalan ke Cardiff,Wales sabtu lepas. Aku pun tinggal seminggu lagi nak habis pantang. Baby Fahim pulak dah semakin senang dibawa dan aku pun semakin faham diri si kecil ni. Lagipun pergi balik hari je. Perjalanan ke Cardiff ambik masa dalam 2 jam. Pagi-pagi lagi atuk dan opah Fahim dah bangun masakkan nasi lemak lemuni, ayam masak merah, ikan bilis goreng, telur rebus, timun, air nescaffe decaff 1 flusk, kacang, dan macam-macam lagi diorang pack untuk berpiknik. Dalam pukul 9 lebih kitorang pun gerak. Berhenti jap kat satu services (R&R) dan mulalah cari port untuk picnic. Alhamdulillah cuaca sangat santek, panas dan berangin..menyedapkan lagi juadah picnic kitorang. :)



Lepas picnic kitorang teruskan perjalanan sampai la ke Cardiff Bay. Kat sini terletaknya Wales Millenium Centre. Ala-ala instana budaya pun ye..bolehla kalau nak tengok teater.. :) Kitorang just sightseeing je, posing2 sket.. tetiba si kecik ni melalak.. Lol! Patah balik ke kereta, dia poo-poo rupanya. Terus salin nappy then feed dia cukup-cukup. Lepas tu dah tak masuk stroller dah, terus daddy kepit dia dalam baby carrier. Tido lena pastuh..haha.



Kat Cardiff Bay sempat beli fridge magnet Cymru Wales (benda wajib bila traveling). Lepas pusing-pusing kat Cardiff Bay, kitorang bergerak ke Cardiff city mencari Cardiff Castle pulak. Rupa-rupanya Cardiff Castle sebelah je dengan park so kitorang plan nak picnic sekali lagi kat park dia. Memang best bila piknik kat park dengan cuaca yang santek camtu. Teruja je atuk Hamdan tengok squirrel2 dok berlari kat pokok-pokok.. time spring ni daun pun kaler cantik-cantik.

baru ada gambar muka Fahim :) asek tido je..

Me bfeeding lil'Fahim :)


Dah habis picnic,kitorang berjalan ke Cardiff Castle yang cuma di sebelah park ni je. Tak dapat masuk pon sebab dah pukul 5. Castle kat UK ni last admission pukul setengah jam sebelum pukul 5. So ambik gambar jelah depan castle ni.







Ingat nak bawak parents ke shopping mall Cardiff (Capitol) tapi kat UK ni biasalah..pukul 5 sume kedai dah tutup..tapi rupa-rupanya ada rezeki lain Allah bagi. Masa kitorang singgah di sebuah masjid di Cardiff, kebetulan terjumpa keluarga melayu di situ dan beria-ia ajak singgah ke rumah. Kitorang dijamu mee goreng dan kari kambing cicah roti yang lazat. Alhamdulillah murah rezeki kami di bumi asing ni. Pukul 10 kitorang minta diri sebab incek zaid sorang je yg boleh drive (sebab insurans kereta hanya ada nama dia je) karang ngantuk pulak dia..


Aku sudah rasa banyak perbezaan travel dulu (berdua) dengan travel ada anak kecik..memang mencabar sebab banyak kena stop tukar nappy, breastfeed, tukar baju sebab muak dan macam2 lagi. Tapi macam mana pun hati ni sangat happy dengan adanya Fahim Zidane. Insyallah skit lagi aku pakar kot bab2 breastfeed di public and so on..cewah! Nanti nak timing kepantasan tukar nappy kat baby changing room. Hahah..tade keje. :p


Hari ni genap 44 hari dan tamatlah sudah tempoh berpantang aku. Yeayyy!! *lompat bintang. Dan esok jugak kitorang berlima akan ke London. Kali ni mungkin lebih mencabar sebab kami travel dengan train dan tube di London nanti. Wooo.. I don't know how hassle it would be bringin a baby to underground tube but insyallah, mummy will make a proper preparation including his diapers, proper clothes, EBM and etc..Need to check the weather forecast too..phew!


Fahim be good okay! Mestilah..dia kan Si Comel yang Memahami ;)

6 comments:

Mijoe said...

kacak bergaya gambar 1st tuh!! :)

Fahim dah besar nanti camtu la kot, ke lagi ensem dari daddy dia? :)

bestnye jln2 pastu terjumpa kaum sergumpun sendiri kat tempat org. Lepas ni sure akan jadi lebih rapat neh.. :)

enjoy your time kat London nanti!

gambar Fahim!!!! he he he

Tukang Campak said...

Lepas ni surer terer merer superb punya. Bawak anak travel mmg byk cekadak tapi its fun. masa ni la nk test skil packing.

Tips bfeed in public klu xde feeding room : klu blom ada nursing dress, pkai baju butang depan or vneck yg low cut & use his blanket yg nipis to cover, start ajar di dari kecik so he's used to being covered while bfeeding, klu x biasakan nnti dia asik nk tarik, jgn risau..x lemas dia..hehe bila dah terer nanti sambil2 mkn & masak pun leh bfeed hehe

Have fun in london, 1 big fat kiss for fahim zidane. bestnyeeeeeee londonnnn

Ninie Hanis said...

uncle mijoe,

pastilah fahim lebih kacak,tampan bergaya macam daddy dia(okey ni ayat jek2 kalau lakiku baca) :p

tulah,tak sangka rezeki Allah bagi kan..di mana2 saja.tp family tu nak balik for good dah september ni.

we had a good time in London.will update soon,insyallah.and Fahim's pic as well :)

Ninie Hanis said...

Kak Zie,

thanks for the tips..yes,nursing tops were really helpful.i'm gonna share my experience breastfeeding in public soon.ni br few hours balik dr london ni..:)

know what?we will be going to London AGAIN in next couple of months.nak buat surat beranak dia..nanti kita sharing is caring tips lagi okeyy.. ;)

Reen Tart Nenas said...

best nyer :) cannot comment a lot on bf coz saye anak pun belum ada lagi :)

Ninie Hanis said...

Reen Tart Nenas,

thank u for reading.takpe,dah baca pun okay ;)