Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 29 May 2012

Sightseeing London with parents n' Fahim Zidane.





Fahim Zidane berusia 45 hari. Daku pula baru je habis pantang. ;)

Akhirnya..hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Segala nervousness, cuakness, panicness kita tolak tepi. We have to do it.. Hero ku baru je berusia 45 hari akan kubawa travel ke London..dengan menaiki train! Mula-mula aku cuak gak boleh ke dia tenang, enjoy, tak nangis, mengamuk dan macam-macam lagi aktiviti seorang baby. Rupa-rupanya Fahim Zidane memang mewarisi darah traveller macam mak dan bapak dia. :p


Kami mulakan perjalanan ke London dari Stafford hari Jumaat, jam 11.20 pagi dengan menaiki train London Midland. Sememangnya kalau ke London idakle kami bawak kereta sebab parking kat london zone 1 pun dah tentu2 takde,kalau ada pun mahal takpun kena park kat zone 2. Zone 1 ni kira nak gi tempat2 attraction la. Perjalanan hari tu sangat smooth, cuaca agak mendung tapi tak hujan. Kami berlima (aku,zaid Fahim, babah dan mama) sangatlah eksaited. Aku bawak 1 luggage yg kecik (size flight hand luggage) berkongsi kami tiga beranak, babah bawak 1 rucksack berkongsi dia dan mama, dan mama pulak bawak 1 beg berisi makanan (they cooked nasi lemak for lunch plus jajan untuk kudap-kudapan dalam train). Daddy pulak? He's carrying Fahim in the sling carrier. Kitorang dah diskusi awal2 what is the best way to carry Fahim comfortably. Mula nak bawak pram atau pushchair. Tapi leceh sebab eventho his pushchair is designed to be a travel system, but still, to carry and dismantle it everytime we want to use the underground tube is too much hassling. So better option, let daddy carry him plus he seem enjoyed it much before (sebelum ni kami dah try masa ke Cardiff).


Kami sampai tepat pukul 2.47 petang di station London Euston. Terus belikan tiket 3 days all day pass (zone 1) for my parents. Kami naik tube terus ke station Earl's Court untuk check in hotel di Windsor House Hotel. Hotel ni memang terbaek sebab susah nak dpt hotel yang bagi 4 adult 1 room. Mostly 2 adult+2 kids. Puas hatilah biliknya ada extra bedding, towels, shower dan toilet pun bersih. Yang best dapat continental breakfast skali, pastu boleh pakai kitchen dia jugak dari pukul 10 pg-11 malam. Dapatlah kami guna microwave untuk panaskan nasi lemak dan masak air untuk minum kopi lepas check in tu. Lapar kot dekat 3 jam dalam train. Lokasi hotel? Paling terbaek kot sebab sangat dekat dengan underground tube station Earl's Court, siap dengan kedai runcit, KFC halal, Costa (nak cari coffee,roti atau sandwiches), kedai souvenir, kedai buah dan jugak ada pub yang tayang bola. (sempat pak mertua dan menantu pi tengok European Champion League kat screen tv dari luar pub malam tu). Amboi! Harga hotel ni memang sangat2 affordable dengan 2 nights stay kami. :)








Lepas solat zuhur dan perut pun dah kenyang, kami naik tube ke Camden. Bawak mak dan bapak aku shopping souvenir yang memang murah-murah di sana compare to Bayswater dan Oxford Street. Cadangnya nak ke Bayswater lepas tu, tapi aku rasa flat dah tetiba..lagipun esok full day nak berjalan bawak pusing London lagi. Baik simpan tenaga malam ni. On the way back to hotel, penuh dan riuh rendah kat pub-pub kat situ sempena European Champion League (Chelsea vs Bayern Munich). Kebetulan pulak Earl's Court tu kawasan Chelsea, memang riuh habis supporters, penuh warna biru je town tu (kaler chelsea). Bapak aku dan zaid sempat nengok bola kat luar pub berdekatan. Makan bola, tido bola, main bola betul dua beranak ni..



Nota: Fahim sangat baik sepanjang hari ini. Beliau hanya tido sepanjang masa. Mummy just fed him kat hotel sebelum turun ke Camden. :)


Esoknya, selepas breakfast dalam pukul 9 camtu kitorang naik tube ke Buckingham Palace. Malangnya hari tu sepanjang jalan kat Green Park tu ditutup untuk construction. Diorang buat persiapan sempena event Queen's Jubilee on 5th & 6th June ni. Maka tiadalah dapat atuk & opah itew bercamwhoring depan istana Queen Elizabeth. :(

belakang tu bukan patung ye,tapi real guard tau. :p

Kami teruskan perjalanan ke Harrods je. Misi membeli bag (kat gift section) buat sistah ku. Tak dan pusing habis, tetiba Fahim start hek-hek then nangis. Terus keluar nak carik port baek untuk menyusu, which is Starbucks ke, Costa ke.. tapi penuh pulak. Lepas kuar je dari Harrods dia tido balik. Aik? Kitorang suspek dia panas sebab ramai sangat kat dalam tu. So teruskan je perjalanan ke Oxford Street. Sampai di sana, kami singgah di Pret. First time masuk sini..tak sangka banyak gak selection, tempat pun sangat luas dan privacy untuk aku B'feed fahim. Dah hilangkan penat dengan coffee dan hot choc, kami jalan-jalan di Oxford Street then time untuk isi perut pulak. Kami lunch di restoran Makan kat Portobello Road. Parents makan nasi campur, aku dan zaid order koew teow goreng. Lama melepak di situ sebab Fahim nak B'feed pastu poo poo pulak. Tapi owner restoran (husben n wife) sangatlah ramah dan baik hati. Tak sangka brother tu asal Kulim,Kedah. Bapak aku pun ceritalah kami sefamily pernah stay di Kulim selama 6 tahun. Nak balik tu, akak tu siap bagi sebungkus keropok free. :)


Kami nak ke masjid di Reagent's Park London, tapi keluar je tube boleh pulak sesat di park tu. Dengan kondisi emak aku yang kakinya tidaklah sepower mana nak berjalan, so kitorang decide balik hotel je. Walaupun hatiku sangat berat sebab ikut plan nak ke London Bridge dan Big Ben sebab esok dah nak balik..tetapi apakan daya. Balik hotel,lepas semua mandi dan solat, masing-masing dah segar, suddenly zaid cakap kalau nak tengok London Eye, dekat je naik 1 tube je. Malam lagi cantik tengok lampu kat London Eye tu,katanya. Sudahnya? Semua siap pakai baju keluar malam tu ke Westminster Abbey nak amik gambar di Big Ben dan London Eye. Hehe.. puas hatilah bapak ku kerna beliau memang suka berjalan. Balik je ke hotel, zaid suggest lagi, jom makan KFC, katanya. Apa lagi, order 1 bucket family meal, bawak balik makan di hotel (maklumle dekat). Tambah selesa sebab Fahim nak b'feeding time tu. So kami decide esok musti keluar awal pagi sebab nak pegi jugak London Bridge dan castle Tower of London. Tidak bermakna bagiku kalau depa tak amik gambaq ber'background'kan London Bridge is falling down itew..

Nota: Walaupun Fahim ada sedikit merengek dalam tube tapi beliau boleh bertenang sampai mummy & daddy jumpa cafe yang sesuai untuk b'feeding. Tidur malam2 di hotel juga tiada masalah. Good boy :)


Esoknya, pukul 7 semua dah siap. Fuh,dasat! Ropa-ropanya terawal setengah jam waktu bekpes. Ape lagi, aku cadangkan ke Bayswater aje,bekpes di Malaysian Hall. Memang niat nak bawak parents ke situ (saja la nak tunjuk tempat para warga mesia/student/duta berhari raya time aidilfitri padahal kantin dia kecik je pon). Bekpes nasik lemak dan kuih muih tapi paling layan teh tarik dia..pergh! Fahim akan ku b'feed di mana jua pit stop. memang on demand ini budak. Takpe,asalkan kamu duduk diam-diam dalam sling carrier tu ye. Hihi.. Pukul 8.30 pagi kami gerak terus ke destinasi Tower Hill. Puas hatiku dapat snap gambo atuk dan opah kat London Bridge dan Tower of London.

Kami bergerak pulang ke hotel untuk check out dan ambik beg masing-masing. Sempat la Fahim b'feed dan poo poo sebelum check out. Pukul 11 kami terus gerak ke station London Euston. Dalam tube, Fahim dah merengek-rengek pastu semakin nyaring suaranya. Mood traveller dia dah lari agaknya. Sebab masih awal, kami lepak jap pekena coffee kat Caffe Nero. B'feed Fahim sampai beliau happy, then depart balik Stafford pukul 12.20 tengahari.


Mungkin beliau sudah kepenatan plus cuaca sepanjang hari tu panas, maka beliau cuma mahu b'feed dan tido dalam dukungan aku. Kalau dia dah tido dan aku pass kat zaid masuk dalam carrier mesti dia terjaga disusuli tangisan syahdu. Aishh..takpelah,mummy faham Fahim penat jalan (walaupun sebenarnya dia tak guna kaki pun) LOL!! Biasalah, every child has his ups and downs..pe pun, mummy tetap salute Fahim yang sangat cool sepanjang di London.

11 comments:

ishamizu said...

Hihi good boy Fahim! Baby mmg sng kn bwk travel esp yg menyusu badan ;) yg ptg atuk n opah dpt pusing London. Apsal tak hello2? Hee. Issokay mst nk kejar masa yg ada utk cover as many places kn..maybe next time k :)

fatt said...

salam,
amboi hero tecik dah jalan sampai ke london, autie jugak tak sampai2 lagi..uhuk uhuk uhuk. ninie, parents hang nak balik mesia dah ke? sekejap je masa berlalu kan hang pun dah habis pantang. syukur sume ok...ada pakai tungku & barut tak?

beb ko masih di sana sampai tahun depan ke?

Ciknoqa Yusof said...

lama tak mengomen kat blog hang kan..bz sgt la aku pon hehehe..opah n atuk fahim dh balik msia kan..misti fahim bgn tdo dok cari mana muka opah n atuk ni..selalu misti nampak opah mandikan..atuk dukung kan..best la parents hg..dapat tgk anak cucu plus jalan2 makan angin lagi..auntie nora bila la nk jenguk fahim kat sana kan ;)

Ninie Hanis said...

Ishamizu,

alhamdulillah,baby fahim semakin senang dibawak berjalan.mummy fahim pun dah semakin faham cane nak handle si budak kecik ini.

tak dapat nak hello2 masa tu kak,mmg rushing sgt.tapi kitorang ada plan nak ke London time olympic nanti (dekat Stratford kan stadiumnya?).Nak buat birth cert Msia Fahim.nak hello2 kah?malu tp mahu lah kak..hihi

Ninie Hanis said...

Fatt,

hello autie fatt.lama tak singgah 'rumah maya' Fahim kan..aah parents aku dah balik mesia dah.barut baby,dan bengkung mak dia mmg buat.baby still pakai barut.aku je yg malas berbengkung.huhu..tungku pun dh tak buat dah,tp baby aku tuam hari2.

apa plan next year?aku insyallah ada je di sini klu next year PR terus lah kitorang.apa2 keep in touch je.email kalau ko send sila bgtau aku di blog eh.kadang main delete byk2 tu.

Ninie Hanis said...

Auntie Nora,

tulaa...miss you lah sensei..bz noo..aku pun lani dh bz jugak.blog ni pun dh tak hapdet sekerap dulu.tp kena aktif menulis jugak sebab dah ada Fahim Zidane ni ramai family di msia nak tau perkembangan dia.

tula..atuk dan opah dia mmg rajin melayan dia.sib bek kecik lagi kalo besaq dh tentu teriak.hihi..boleh je nak skype/video chat ngan fahim bila2 nanti ok.. :)

~Mami Little Hero~ said...

Ninie,

Hari tu ada minta b&b malaysian kat london kan? ni dia no hp kak umi 07809573889. Apartment dia di zone 1 dekat Edgware Road (nanti ninie google la deh)...

orait take care. *awak tak berbengkung nanti perut awak buncit dik... hewhewhew...

Ninie Hanis said...

Mami Little Hero,

oh tenkiu very much kak..wah,bestnya ada malaysian b&b.nanti sy google for the further info.

*hari ni juga ku start berbengkung balik.err nak suruh incek suami beli premium beautiful aci tak?-mode malas.

~Mami Little Hero~ said...

boleh aje suruh dia belikan pb. pb tu bagus cumanya sometimes bosan dengan agen2nya. hehehe

take care ye.

CIK Y O N G said...

wahh Fahim dah jenjalan..
Good Boy!

Ninie Hanis said...

Mami Little Hero,

agen2nya?wah..ingatkan pakai sarung je..huhu.

tq.. :)


Cik Y O N G,

iye..kemahin lagi kan heret sampai ke london itu budak.hehehe..tq for reading :)