Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday 12 July 2013

London Short Visit & Natural History Museum

~keterujaan terrcetus sebaik melihat bangunan Natural History Museum dari luar pagar :)


Assalamualaikum. Hola! Dah masuk hari ketiga berpuasa. Alhamdulillah semalam cuaca tidak sepanas hari-hari lepas hinggakan sampai memasang kipas. Alhamdulillah Allah memudahkan ibadah berpuasa kami pada musim panas ini.


Ok nak cerita pasal London short visit aritu. Kenapa short visit? Sebab pegi hari Khamis..Jumaat dah balik. hehe..pegi kejap je tido semalam di one of Travelogde hotels in Bedford. Eh awat Bedford, bukan London? Haa..sat..sat..dengaq baca bagi perabih dulu naa..


Kami ke Bedford dulu pada Khamis 20/6/13. Esoknya baru ke London sebab nak renew passport aku yang dah expired. Tak sangka dah 5 tahun rupanya passport tu. haish.. Hubby pulak ada urusan kerja di town Arlessy, Bedford. Urusan dia pukul 4 petang Khamis tu. Memandangkan pukul 3 petang baru boleh check in, kami pun bertolak dalam pukul 11 pagi supaya Fahim boleh tido je sepanjang jalan (sebab time 11-2 ialah nap time dia). Perjalanan ke Bedford mengambil masa dalam 2 1/2 jam gitu campur berhenti di services. Sampai kat Travelodge pukul 2.30pm, alhamdulillah staff dia bagi check in awal. Dapatlah daddy Fahim mandi segarkan badan dulu pastu menjamu selera sekali sebelum keluar.


Seperti biasa mommy Fahim yang rajin terlebih ni akan masak siap-siap dari rumah kalau pegi mana2. Nak feeling piknik sokmo..padahal tade nye nak berhenti mana2. huhu!



Nasik lemak, sambal ikan bilis, telur rebus, kacang panjang rebus dan peas untuk Fahim. Lepas incek husben keluar, terus ajak Fahim mandi bath tub. Pas mandi ingat dia nak tido. Nan hado..agaknya dah puas tido sepanjang perjalanan tadi kot. Buka sofa bed..lagi seronok la dia main terjun2.. :) Dalam pukul 5 lebih daddy balik, mommy dah ajak jom keluar. Bawak budak ni jalan. Kami pusing-pusing je tengok town dan yang penting nak carik makanan halal. Terjumpa satu kedai takeway Bangladesh, hubby order mushroom pilau rice, mix kebabs (marinated kofte beef, chicken and lamb), beef samosa, dan curry. Papadom dan extra mix kebab dia bagi free sebab dia suka kitorg Muslim. Dan dia tau Malaysia..heh..rezeki alhamdulillah. Sayang tak amik gambo..kebab dia sedap hoi...

~budak baru bangun tido.seronok le tu tido sensorang atas sofabed.


Esoknya pukul 9am kami check out sebab nak gerak awal untuk urusan passport. Dari Bedford ke London city (zone 1) ambil masa dalam 40 mins. Nak masuk London kalau bawak kereta kena bayar congestion charge which is sekarang dah naik ke £10/day. Masuk je London, jalan jammed teruk. Pukul 10.30am baru sampai kat Malaysian Embassy. Nasib ada parking kat situ, nak bayar parking kita kena call dan bayar melalui debit/credit card through phone. Tu je dah ambik masa dekat 5 minit.


Sampai je kat kaunter terus ambik nombor dulu. Oleh kerana sudah punya pengalaman renew passport incek husben sebelum ni, maka dah tau kena siap-siap print dan isi borang, photostat 3 benda penting iaitu i/c depan belakang, passport, dan visa untuk pengesahan address semasa. Dan siapkan cash ye untuk buat passport. Pastu tinggal nak ambik gambar je kat situ. Ambik gambar bayar £5. Dah ambik gambar tunggu je nombor dipanggil. Hari tu taklah ramai orang. Masa dipanggil untuk hantar borang, Encik kat dalam interview aku tanya duduk mana. Stafford tak tau..tapi bila aku cakap dekat dengan Stoke-on-Trent amboih..terus2 tau pinggan mangkuk Portmerion. Terus2 bagi email address kat aku suruh hapdet dia kalau ada sale. Wakakak!


Passport siap pukul 3pm karang. Sempat kitorang beli nasi lemak untuk Fahim, dan kuih bakar,karipap dan yang sumpah sedap pulut panggang. Each kuih 4pcs dan total £8 ye..takpe setahun sekali,nak jumpa payah. Sementara nak menunggu passport, mommy terus teringat kak Ishamizu pernah cerita dia pergi Natural History Museum dan memang betul best wohhhh tempat tu. Masuk free, tapi parking untuk sejam ialah £4, so kami bayar £6 untuk sejam setengah.




Nak masuk beratur panjang gila. Tapi sekejap je dah masuk sebab beratur tak lama. Masuk-masuk je dah nampak rangka dinosaur..wohhh teruja! Tetiba feeling Night in the Museum. Sebabkan bawak budak dalam stroller yang dah takmo duk diam sebab dia pun teruja sama..maka ground floor je dapat spend masa. ..







Tapi sebelum balik, mommy cakap kat daddy mommy nak dukung Fahim je bawak naik tingkat atas. Wowieee...tingkat atas dia best! Sumpah architecture dia gojes..aku terpegun. Fahim pun aku biar je dia bebas berjalan sebab kat atas tak ramai orang macam kat bawah. Walaupun cuma dapat pusing setingkat tu je, aku puas hati jugaklah. Senyum meleret ke'happy'an. Daddy siap standby ngan camera bila nampak mommy ngan Fahim dia terus snap dari bawah. InsyaAllah ada rezeki nak datang lagi sebab kat atas tu bagi feeling super best macam dalam movie National Treasure pulak..oh daku bleh layan cite tu beratus kali uols.


~merayau sensorang..





Gambau yang lain2 boleh tengok kat sini.


Balik ke Malaysia Embassy untuk collect passport, dan terus ke Westfield pulak. Ni frist time pegi Westfield kata orang banyak butik. Tapi ai sempat mencelah ke butik Coach je. Wowiee sale 1/2 price kau jahhh! Juling bijik mata tapi hatiku belum betul2 tertambat lagi. Late lunch kitorang di food court dia. Kitorg makan Vietnamese food, vegetarian dishes of course. Dah makan sempat bawak Fahim main kat tempat changing room kat situ ada play area. Taknak balik melalak nak main..haiyoh.. cepat2 masuk stroller-jalan-diam. Nak pusing-pusing lagi tapi takut lewat sebab kitorang nak drive balik Stafford.


Pukul 7pm gerak keluar dari London..Ya Rabbi..jammed gila. Rupa-rupanya ada accident. Alhamdulillah Fahim tak merengek melalak..cuak jugak sebab time jammed camtu la dia poo poo. Dah lepas traffic, kitorang berhenti dekat services di Bedford. Bersihkan Fahim tukarkan baju tido, makan sikit dalam kete. Then jalan..


Kepenatan kitorang bertiga..sampai Stafford dah dekat pukul 10pm. Terus buka sofa bed kat bilik Fahim, tiga-tiga pengsan..zzzz!


6 comments:

ishamizu said...

Mata dan tgn terus pi gmbr last hihi you look sweeter and even gorgeous as usual dear! ;)

By the way, ninie pg westfield whitecity eh? Kt situ mmg byk high end boutique kan? Akk dgr org citer je tp blom pnh pg lg hihi

nurbijen said...

Natural museum tu mmg best... kami pergi hari tu pun tak sempat ronda semua... besar sgt..

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

aishh..blushing teros.nway tq. :)

Aah..Westfield White city.Eh kak izu bukan gi sini eh? Gi Wesfield ni pun sebab ada baca your entry pasal Westfield jugak. Memang best boleh juling nengok sale aritu. :p

Mrs.NZ said...

nurbijen,

hahaha..ramai pun ckp tak habis ronda. especially yang punya anak kecik-duk-tak-diam hehe...kalau anak2 dah besar dah skolah macam anak2 kak nur memang sonok bawak kan? :)

Mijoe said...

Fahim takmo keluar dari play area sampai melalak-lalak? ha ha ha...dapat bayangkan..sure comel giler dia melalak... :p

Mommy Fahim, Fahim dah tukar bilik ke? :)

Mrs.NZ said...

Mijoe,

iyee..dahlah konker ride-on-van-masuk-duit tu.padahal xmasuk duit pon.Budak lain nak main xkasi can nye.haiyooo!


p/s Fahim dah pindah bilik yg uncle n auntie tdo aritu.