Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday 30 July 2013

Resepi Ketuk-Ketuk Perantau..

Assalamualaikum..sekejap je kita dah pun berada di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini. Terus-terang, puasa tahun ni walau terpanjang waktunya dalam sejarah hidup saya selama 30 tahun, tapi terasa tidak beban langsung. Alhamdulillah..nikmat Allah bagi cuaca sekejap panas sekejap hujan, makanan pun kalau teringin dapat dihidangkan. Alhamdulillah*gaya Shiela Rusly ketuk ketuk ramadhan*


Tak lama lagi nak raya. Seronok tau tahun ni kita dapat baju raya. Prezen dari kawan kita cik puan Delina. Bukan kita je..hero kecik tu pun sama. Tapi dia dah pakai lama dah masa Father's Day aritu. Incek daddy pulak dapat kopiah baru. Ewah..eksaited nak hari raya ni. Nanti raya sok kita haplod cite baju iye..Sekarang nak cerita resepi dapur perantau dulu sebab sistah ku cikgi Eline dan kezen ku Effa request resepi. Nah..silalah cuba. Dijamin senang sebab aku dah lama tak masak benda yang remeh semenjak ada Fahim Zidane.kikiki..



#1 Chocolate Smudge Cheesecake (sila jangan google sebab nama ni aku pepandai jek bagi.)


Ok, resepi ni asalnya ialah Chocolate Truffle Cheesecake. Tetapi aku kan chef dapur perantau yang suka sangat menderhaka pada resepi asal..hahaha. Maka aku memandai2 la delete ingredients dan method yang aku rasa leceh. Maka resepi yang terhasil ialah..

Bahan-bahan:

Base:
  • 150g digestive biscuits, ground
  • 2 tablespoons granulated sugar
  • 2 tablespoons water
  • 1 tablespoon melted unsalted butter
For the Filling:
  • 55g milk chocolate, chopped
  • 300g full fat Philedelphia cream cheese, at room temperature
  • 150g sugar
  • 1 egg
  • 1 egg whites
  • 2 teaspoons pure vanilla extract
Method:
1. Panaskan fan oven suhu 160 darjah. Sapukan mentega siap2 kat cake tin/acuan kek. Cake tin yang sesuai untuk cheesecake ialah yang jenis loose-base atau spring-form tu sebab nanti senang nak keluarkan kek.

2. Gunakan rolling pin untuk hancurkan biskut, atau ramas je ngan tangan. Nak senang pakai plastik. Pastu mix semua bahan base sampai moist. Pastu tekap adunan base tu kat base cake tin tu. Jangan tebal sangat. Nipis dan padat2. Siap sejukkan sekejap dalam peti ais, ideally 15 minit.

3. Buat filling pulak. Kalau rajin double-boil milk chocolate. Saya tak rajin maka ku microwave saje tapi hati2 boleh hangit. Kena on-off-kacau-on-off-kacau. Siap ketepikan.

Dengan menggunakan hand-mixer, beat the cream cheese dalam 1 minit, pastu masukkan gula dan beat dalam 2 minit. Masukkan telur, putih telur dan vanilla extract. Beat la sampai dia kembang dan fluffy. Siap, campurkan milk chocolate yang dah cair tadi ke dalam adunan filling. Gaul tapi jangan over gaul. Swirl2 kan dia jadi cam marble-look. Simpan sesudu chocolate untuk buat corak topping.

Then curahkan je adunan tu ke atas base biskut tadi. Akhir sekali buatlah corak atas adunan filling tu dengan milk chocolate cair tu dgn sudu. 

4. Bakar selama 50 minit. Cucuk ngan lidi/pisau kalau dah tak melekat dah siap la tu. Off kan oven dan biarkan kek dalam oven dalam sejam lagi. Keluarkan sekejap dan selepas tu masukkan kek dalam peti ais dan chill sampai at least 5 jam, lagi bagus overnight. Bila nak makan, disaran keluarkan cheesecake 1 jam awal dan lepas tu kek akan terasa sangat sedap dimakan.

~'smudge' sebab dia macam splash2 kan coklat gitew..




#2 Bread Butter Pudding


Bahan-bahan:

1) 10 slices soft white bread
2) 50g / 2 oz soft butter
3) ¼ tsp cinnamon powder
4) 350 ml / 12 fl oz milk50 ml / 2 fl oz double / heavy cream (kalau takde pun takpe tak menjejaskan resepi pun)
5) 2 large free range eggs
6) 25g / 1 oz sugar
7) 1 tsp vanilla extract or paste
850g / 2 oz milk chocolate, chopped (u can sub to raisins)
*dan sedikit brown sugar untuk topping, tade takpe ambik sikit sugar biasa tadi.

Method:

1. Panaskan fan oven suhu 180 darjah. Grease siap2 kat acuan kek atau oven-dish tu dengan butter. 

2. Roti dibuang kulitnya. Kalau suka boleh simpan sikit kulit tu nanti buat corak. Untuk kali ni aku buang je. Roti dipotong separuh menjadi bentuk segitiga. Boleh juga nak potong segi empat. Sapukan butter pada satu permukaan roti saja. Selepas tu susun roti rapat2 dalam acuan atau oven-dish. Kalau saya, saya suka sprinkle sikit brown sugar pada setiap roti, pastu dah siap susun, saya selitkan chopped milk chocolate @raisin dalam roti. ;)

3. Panaskan susu dan cream, jangan sampai mendidih. Ketepikan.

4. Dalam mangkuk berlainan pukul telur, gula dan vanilla extract sampai ringan, fluffy dan airy serta pucat warnanya. Masukkan susu tadi dalam adunan telur. Pukul sambil2 masukkan susu tu.

5. Curahkan adunan tadi ke atas susunan roti. Biar sekata dan rata. Tekan roti biar mendap dalam adunan susu tu. Dah siap, sprinkle sikit brown sugar ke atasnya. Bakar selama 40-45 minit sampai puding naik kembang dan golden brown. Hidang panas2 atau saya suka chill dulu dalam peti ais. ;)



#3 Spaghetti Marinara @ seafood spaghetti 

~sebelah spaghetti tu steak,watercress & mushroom in parsley sauce

Bahan-bahan:
(2 orang makan)
1)Spaghetti 
2)Bawang besar/bawang Holland dipotong dadu kecik2
3)2 ulas bawang putih diketuk
4)Half packet Tesco cocktail cooked seafood (sotong, udang, mussels), korang suka apa taruk je
5)2 sudu besar can chopped tomatoes
6)baby button mushroom,dipotong separuh (mushroom apa suke letak je)
7)2 atau 3 biji cili padi diketuk
8)olive oil
9)garam dan sedikit kiub ayam
cheddar cheese*
1 tsp paprika*
mix herbs* 
* ada taruk takde takyah

Method:

Boil dan drain pasta macam biasa. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi dengan olive oil. Masukkan cendawan. Masukkan chopped tomatoes dan sedikit je air. Masukkan seafood. Sprinkle paprika, garam, kiub ayam dan mixed herbs. Biar dua minit kemudian masukkan pasta, gaulkan. Tambahkan olive oil kalau kering. Siap, tutup api dan taburkan cheddar cheese. Serve immediately. 




 #4 Bubur Lambuk Terengganu
Tq..sedap sangat. Kata orang sedap dari Kg Baru punya sebab versi Ganu ada isi ikan. ;)


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 1/2 cawan beras
  • 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
  • segenggam udang hidup
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • *ditumbuk kasar
  • 1 cawan santan
  • 2 biji bawang besar dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia dikisar halus
  • 1 batang serai dititik
  • 8 cawan air
  • Garam & gula secukup rasa
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit sayur-sayuran (saya guna Tesco slice cabbage & leek)
  • 2 sudu besar kerisik kelapa (jika suka)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN TADI.
  2. Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah.
  3. Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta lada hitam & udang kering. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana.
  4. Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak.
  5. Tambahkan kerisik kelapa, garam, sedikit kiub ayam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi.
  6. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran. Gaul & tutup api.



Itulah saje edisi dapur perantau kali ni. Selamat mencuba..ketuk-ketuk perantau, Alhamdulillah!

4 comments:

ishamizu said...

Amboi ketuk-ketuk pon macam2 jadi ni hihi mmg terer la Ninie! ;)

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

Takdelah terer kak izu.Setakat memenuhi teringin tekak kami suami isteri je.Kita kat sini semua kan ketuk2 perantau.aci redah asal boleh je..hihi

cocochaneta said...

Hamboi..org UK siap bubur lambuk ha. Lg advance dr org bukit gantang. X rase bubur lmbuk lg ni..hihi. terrier lah ninie. :-)

P/s: baru tau umur ninie 30, ingatkan around 26 cmtu. Heheh

Mrs.NZ said...

Eta,

Ni semua zaid la ni teringin bubur lambuk katanya.tapi ok gak takyah masak lauk byk2..hihi.manade terrer first timer ni..

p/s ehem..nak cakap kita nampak mude remaje ke?mekaseh*kembang sat.