Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday 6 August 2013

Menjelang Raya Kami Di Scotland..

Assalammualaikum..kita dah hampir ke penghujung Ramadhan. Sungguh terasa cepatnya waktu berlalu. Semoga roh-roh arwah yang terpilih untuk menziarahi kita gembira dengan sedekah doa-doa kita. Saya tak pernah kenal arwah ayah mertua saya. Tapi saya selalu cakap kat incek suami tiap kali habis teraweh yang arwah ayah datang lawat kita sebulan kat UK ni. *buat lawak sebab taknak sebak nanti tak macho*.


Semalam baca pasal konon ada budak hilang kat mall rupa-rupanya mak dia yang bagi budak tu kat boifren. Alhamdulillah dah jumpa. Nak berpesan sesama kita, menjelang raya ni janganlah shopping sakan sangat tak hengat donia ya ibuk2 bapak2. Heret anak kecik pastu mata melilau carik size, tup2 anak dah hilang. Nauzubillah.. Yang nak balik kampung, pandulah dengan cermat. Slow n skema takpa..biaq pi la orang kata macam baru dapat lesen terkemut-kemut..takpa..yang penting nyawa dalam kereta anda dan kereta2 lain selamat. Tak berkudis pun kalau driver sebelah jeling2 sinis..Dia jeling korang nyanyi kuat2 lagu Balik Kampung.Apedehal?


Ok sebenarnya iols sekeluarga akan ke Perth, Scotland pagi nanti (sekarang baru pukul 12.30 malam). Apa buat menjelang raya ni ke Scotland? Hihi..ngikut laki teman le ada keje sikit. Pegi sehari je. Malam raya balik Stafford balik. Marilah angkat tangan tinggi-tinggi dan berdoa semoga raya tak jatuh hari Rabu. Kot tak raya kat Scotland la aku..huwaa! Apa kes?So iols packing barang tadi fefeeling cam nak balik raya la konon. Dah la 5 jam weh. Masak vontot!


InsyaAllah kalau ada kesempatan kan ku buat video salam perantauan. Cewah! 4 tahun raya tak sibuk pun tahun kelima baru sebok nak buat ucapan. 4 tahun raya gambo raya semua dalam rumah, kali ni ada scene obersi skit kot ada background Edinburgh ke, Perth ke..baru real salam perantauan ye dok?


Ok, buat semua di Malaysia, babah mama, ibu, adik-beradik, ipar duai, saudara-mara, kawan-kawan dan jugak blog readers, Salam Aidilfitri..mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, halalkan makan minum. Tahun ini tak dapat kita bersua juga, insyaAllah tahun depan kami usahakan pulang beraya bersama ye. "Pecah kaca pecan papan, Kami balik tahun depan."


Untuk teman-teman dan blog readers kat UK ni, meh la datang rumah. Nanti nak mai halo-halo k. Iols nak buat open house tapi tak set date lagi nanti dah set date kita halo-halo kat watsap/fb/blog eh. Ewah macam sesi bertemu peminat pulok. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.


"Pecah kaca pecah perut
Rumah awak taknak jemput?"


^___^





10 comments:

Nadine said...

hehehehe, tersenyum akak baca entry u kali ni ninie. thanks sbb menghiburkan hati yg dah takde mood bekerja. am the only malay in my department kot, harini. serius lemau! :P

anyway, selamat hari raya aidilfitri utk ninie sekeluarga. maaf zahir dan batin. its been nice knowing u, althou kat uia dulu tak sempat nak kenal :D

sila buat video salam perantau. its a must! pastu cecepat upload tau! :)

Anonymous said...

Selamat hari raya.. I silent reader.. Fun and belajar byk dr blog ni.. Kali ni tergerak nak wish selamat menyambut har raya.. Hugs and kiss dekat fahim... Same age dgn anak i jugak..


Yanty

Unknown said...

Kahkahkah

Hish pantun last tu tak hagak2 kannnn.... Meh la beraya umah akak kalau rasa sangap kat Stapot sana. :)

cocochaneta said...

Selamat hari raya nini n famili. Eta sekeluarga mintak maaf zahir batin ye:-) wahh feeling balik kampung la nnt, dr scotland ke kampung Stafford. Hehe

Mrs.NZ said...

Nadine,

alahai kena kerja ye menjelang raya?takpelah..at least u tak boring boleh baca blog merapu i ni. :p

nice knowing u too kak nadine. Muslimah zuhud cam i ni mmg kurang dikenali kt uia dulu.
*haha pengsan! *_*

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin jugak.Video salam perantauan kalau tak segan kita haplod k.

Mrs.NZ said...

Anonymous aka Yanty,

thank u for dropping by a lovely comment. Fun tu sebab merapu byk sebenarnya..hihi.awak belajar apa?resepi ke?jadik tak?kalau jadik share la ye,kalau tak jadik diam2 eh.hahaha!

Salam Aidilfitri untuk awak sekeluarga.Oh sama umo Fahim ye. Kalau ada blog bolehla bg link ye.hug n kisses to ur little one too.

Mrs.NZ said...

Kak Farah,

nak mai..nanti kami serbu. haha..dah dapat invitesyen..ye ye!

Mrs.NZ said...

Eta,

Selamat Hari Raya eta,wan hanep dan Khalid. Maaf zahir batin jugak.

Feeling lah sangat..siap lagu raya sepanjang jalan tahu!sobss.sobss..

p/s makan ingat2 kami yee..

Mijoe said...

salam aidilfitri utk 3 beranak kat sana tu... :)

uncle mijoe baru muncul kat alam cyber. bz memanjang sampai ke raya eve!!! gile tul..

Zaid saje je tuh nak ajak gi beraya kat rumah Alex Ferguson kot... :)

nanti tunjuk sket fahim in baju melayu k! kasi close up sket... :)

salam utk Zaid dan Fahim!

Mrs.NZ said...

Mijoe,

Salam Aidilfitri dan selamat hari raya utk uncle Mijoe & Aunty Malin jugak. Maaf zahir batin ya.

Patutla bizi je..keje rupanya. Btw,masa kat Perth tu memang ada lalu satu building ni,Alex Ferguson apantah,Museum kot.hihi..nak beraya umah atuk tu kena tunggu xmas.

p/s dah hapdet entry Raya dan Fahim in his baju melayu ;)