Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday 22 September 2013

Alhamdulillah..The Complete Series of Permanent Residence.

Alhamdulillah...
Syukur sangat ke hadrat Illahi yang memudahkan segala urusan kami di sini. Terima kasih buat pembaca blog ni yang mendoakan urusan kami berjalan dengan lancar dalam entry lepas. Maka inilah jalan cerita yang lengkap tentang kami yang sudah berstatus Permanent Residence (PR)...


Al-Kisah....
Bermula awal tahun ni..incek zaid dapat berita yang department dia akan di'transfer' ke Regensburg, Germany dan sebahagian lagi ke Leeds, UK. Most of his projects and specialization will be based in Germany, while in Leeds he will be involved in less-familiar projects. Company bagi pilihan sama ada nak ke Germany, Leeds atau boleh take redundant money. So masa mula-mula dapat news tu, kitorang taktau nak pergi mana..


Jerman? Leeds? Malaysia?
Too many things to think...serabut sangat. Mula-mula kitorang decide nak ke Germany since 'orang kat sana' sanggup fulfill all our requirements and demands, asalkan zaid pegi sana to handle the new department. Aku jugak banyak mintak pandangan dan informasi dari blogger Kak Nana yang menetap di Germany. Thank you kak nana susah2 bagi information kat saya :) Bila zaid dah gi visit Regensburg kitorang pikir balik rasa macam hati ni sayang kot nak tinggalkan UK. Sebab yang paling utama terasa rugi tahun ni dah boleh apply PR. 

Dalam masa yang sama, zaid ada attend interviews dengan company2 Malaysia yang datang di UKEC (setiap tahun banyak company dari Malaysia datang untuk memberi peluang pekerjaan pada UK fresh graduates dan sponsorship to Master & PHD students). Cuma special case to hubby dia bukan fresh grads..haha :p So takde peluang untuk hubby 'selling himself and skills' sebab yang datang mostly untuk mencari graduan for their Graduate Trainee Program. Maka hasrat untuk pulang ke Tanah Tumpah Darahku tidak kesampaian. Kuikui..!

Eventually, we decided to move to Leeds. Satu hari tu hubby took a day off and we went to Leeds to 'feel' and see ourselves how would it be to live in a big city like Leeds. Sebab sebelum ni Stafford mcm small town je kan. Well, I still remember my first impression of Leeds. I said to Zaid, "haa..i think i can picture myself living here". Ok statement jujur ketika kereta nak parking di shopping mall..Erkkk...!  -_-'  Soon later kitorang pun buat keputusan untuk berhijrah ke Leeds. 


Status PR
Untuk mendapat status Permanent Residence, seseorang itu (main applicant) haruslah cukup 5 tahun bekerja dan menetap di UK. Untuk dependent macam aku at least 3 tahun stay di UK. Syarat kedua harus lulus Life In The UK Test dan perlu above Level 3 ESOL (English for Speaker For Other Languages). Nasib baik kitorang dah ambik test ni aritu sebab start October test tu akan ada penambahan pada format soalan iaitu Listening & Speaking. Fuh..selamat! Dan....... fees untuk apply PR ni pun dah naik £1k compare to time kawan kitorang Dalina,Jerul & baby Nadine apply masa Januari lepas. T_T..... redho jelah bayo £3725 untuk ketiga-tiga kami. sobs..sobs..hujung tahun tade acara sopink boxing day. Selain itu, adalah benda-benda lain yang menyumbang pada ke'stress'an kami seperti acara mengisi borang bapak tebal, mengumpul surat-menyurat rasmi ke home address that could cover the whole period of 2 years, nak cari bil/bank statement yang ada nama sama..hoii jahh..boleh muntah kalau ingat balik. Sabo jelah.

Sebab tulah dari awal tahun kalau ada yang bertanya pada kitorang apa plan, kitorang tak boleh nak bagi jawapan. Ada yang tanya bila nak balik Malaysia pun susah nak jawab. Maka maaflah ye pada semua kalau jawapan tidak memuaskan. Sebab hal-hal penting camni selagi belum settle selagi tulah berserabut...Ada jugak kawan yang datang UK September ni, memang ralat sangat tak dapat jumpa dia..sorry beb..but I believe you had good times in London & Paris. ;)

Hari kejadian: Jumaat 20/9/2013
Appointment kami pukul 1 tghari di UKBA cawangan Liverpool. Rutin biasa kalau nak berjalan jauh aku akan siapkan bekal lunch. Pagi tu aku masak nasi goreng ikan bilis+udang kering ketuk beserta kacang peas. Lauk sambal tumis ikan bilis yang dimasak semalam aku panaskan. Telur rebus dan chicken nugget kegemaran Fahim. Sebelum gerak breakfast nasi goreng dulu. Tepat jam 10 pagi kami bergerak sambil mulut tak berhenti zikir 'yassir wala' tua'ssir.

Semua berjalan lancar, dari proses submit form, bayar fees, interview sikit, biometric dan ambik gambar, sampailah ke proses menunggu berjam-jam. In between sempat pegi lunch kat dalam kereta je. Dan kat situ ada multi-prayer room (asing untuk Lelaki & Perempuan) yang lengkap dengan tempat wudhu'. Dari pukul 12.30 sampai pukul 4.30 baru settle! How was my little Zidane? Was he behaving well?

Ok, mula-mula dia diam je dalam stroller. Dah lepas 40 minit, baru dia nak turun dari stroller. Lepas tu pegi lunch dan sepatutnya masa tu dah nap time dia. Tapi makin lama makin cergas pulak budak ni. Bawak dia main-main kat tempat lain yang tak ramai orang, dia nak poo poo plak. Lepas salin dia, dia makin aktif pulak tawaf satu area tu. Harghhh! Memang sangat-sangat penat hari tu. Tetiba biometric incek husband failed, nak kena buat lagi skali. Last-last kitorang jadi orang terakhir yang settle hari tu. Takpelah..ujian kecil je. Asalkan dah selesai pun dah bersyukur dah.

~sudah mampu menarik nafas lega..alhamdulillah...

Kitorang singgah masjid Liverpool..ehem incek Mijoe dan puan Malin,ingatkah lagi kat masjid Liverpool? Lepas tu ke Anfield pulak..kali ni dapat jugak menjejakkan kaki ke Liverpool Stadium setelah sekian lama mengidam. Hahaha! Zaid paksa rela je amik gamba iols. Maklumla dia die Man U die-hard-fan. Wakaka!








Dia Lebih Penat Dari Kita..
Esoknya, budak ni bangun paling lambat. 10.30 pagi baru bangun. Masamm...


~letih sangat sampai terbaring-baring kat lantai..

Tengahari tu daddy nak cari 3 in 1 waterproof jacket, maklumla orang tu nak kena commute hari-hari dengan train, sekarang pulak musim hujan je..So off to Cheshire Oaks we go....




~tak padan dengan kecik..nak jugak join memanjat.




3 Down..What Else To Do?
Exam dah settled,PR dah settled, and now..we are counting the days to move to......


BRADFORD,WEST YORKSHIRE!

Yeay!

Kitorang tak jadi duduk kat Leeds, tapi hubby decided to commute to work by train/by car from Bradford, which takes about 20 mins.

Bab rumah..tungguuu..!!!












18 comments:

nurbijen said...

tahniah Ninie...
banyak juga masa, tenaga dan pound terpaksa dikorbankan utk dapatkan PR... tapi tu namanya pelaburan masa depan... mmg panjang lagi rezeki Ninie sekeluarga kat UK ni....
wah, tak sabar nak tunggu warga baru ke Bradford...
Bila nak pindah tu?

cocochaneta said...

tahniah ninie, zaid and fahim, ingatkan fahim xyah apply. mesti dah lega kan, semoga hijrah ninie dan famili ni sentiasa diberkati allah. aminn.

tak sabar nak tunggu cerita dari bradford pulak,=)

Mijoe said...

pesal ntah tetibe uncle n aunty terbatuk2 kat KL..macam ada org tersebut nama je... :p

Alhamdulillah semua dah hampir selesai..tinggal bab pindah tu je. Nak je pergi tolong...

masjid tu mesti la ingat...takkan lupe punye! (citer pasal tu belum diupdate lagi...)tapi gambar kat enpil tuh mmg bikin panas!!! ha ha...

nanti ada la pulak daun pisang fresh datang ke West Yorkshire kan...

haniza said...

tahniah ninie dah berjaya... :) alhamdulillah... syukur... :)
ala yeke ade penambahan? kene tambah 1k ke nnt? halamak... exam tu mcm mana ninie? bertulis ke atau yg mcm ninie ckp tu yg kene interview gitu ye?

Mrs.NZ said...

Kak Nur,

Tq kak nur..rasa nak menangis pun ada sbb dah lerai kekusutan.Hihi..trima kasih jugak kat kak nur sudi contact2 dan welcome saya ke Bradford. Saya pindah 7/10 nanti. Insyallah nanti kita jumpa di Bradford.Eh..ada ke family di sana yang tau kami nak datang? :)

Mrs.NZ said...

Eta,

mekaseh..ehh,jangan xtau.Part biometric tu Fahim kena amik gamba jugak tau. Nasib baik sekali posing dah dpt muka serius. :p Tq doakan..amin.

Haa..nanti kami bersiaran dari Bradford eh.Tunggu...

Mrs.NZ said...

Mijoe,

Kahkahkah!! Dah agak dah mesti panas je penyokong tegar Red Devil kat sana tu..Fahim siap nangis lagi dia cakap xaci mommy posing sensorang,dia nak gak turun.Wakaka!

Nak datang tolong?Aish..kecik tapak tangan stadium enpil kami tadahkan.hahahaw! Takpe,dah kerahkan removal men packing skali.Nasib company bayo.Pasni check in b&b Bradford plak tau. ;)

Mrs.NZ said...

Niza,

Tq niza..Aah,masa dalina aritu kurang seribu pound fees dia. Dan pasal exam tu..hmmpph(tarik nafas)mmg better korang cepat2 ambik. October ni dah start ada Listening & Speaking skali. Kitorang hari tu cuma baca 5 bab pastu jawab 24 objective questions dengan pc. In fact,bulan 4 lepas dia baru tukar/penambahan dalam chapter exam tu. But you guys can do it..bila nak kena buat PR niza?

Niza boleh check kat website UKBA ttg fees tu, dan google Life in the UK Test ttg any new format. Dan tips 1 lagi,kalau nak buat appointment apply PR nanti try to avoid doing it on Friday. Lambattt!

Anonymous said...

Fuh..baca pun dah letih..inikan pulak ninie yg kena handle all the tedious process.. Alhamdulilah..yg penting dah selesai semua... Happy life di tempat baru..! Aminnnn..

Ninie ada instagram?

Yanty

susudalambotol said...

Alhamdulillah. Bestnyaaaaa!

ishamizu said...

Alhamdulillah..so happy for your family, Ninie! biasalah sebelum dapat PR mst mcm2 nak kene buat kan..tapi tak pe skrg dah bley tarik nafas lega, kan Fahim?..hehe

Wah Bradford, bestla berjiran dgn kak Nur..:)

Mrs.NZ said...

Yanty,

I ada insta tapi Yanti add I dulu la ye. Find me (honeyzidane)on Instagram. Yanti pkai username apa?Sng nnti nak approve.

Memang legaaa sangat. Tq Yanti,hope we'll be fine at new place.

Mrs.NZ said...

susudalambotol aka Hidd Mihat,

I was one of your silent readers and knowing that you'd visited my blog really make my day.Tq. :)

It has been a year I didn't read your blog,and when I revisited again,..... Semoga yang baik-baik aja untuk Hidd & Umar.*hugs

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

Itulah..dari tahun lepas lagi berat betul memikul beban.hehehe..alhamdulillah.Lepas ni boleh dah concentrate benda lain.

Aah..berjiran la iols ngn kak nur.Boleh ikut petik buah free selalu :p

nurbijen said...

Eh dah tak lama tu... sama trikh dengan Danish masuk nursery...
sempat la kita raya haji sama-sama... best2 nyer dah makin bertambah family kat Bradford :)

Hahahaha, nanti kita pergi petik buah free sama-sama... duk intai buah plum, bila la boleh petik ni...

Setakat ni kak nur belum beritahu sesiapa pun lagi sebab belum confirm tarikh... nanti boleh la kami hulurkan bantuan pada hari kejadian.. nanti kita msg2 yer :)

Anonymous said...

I baru add.. Id yantysk :)

Mrs.NZ said...

Kak Nur,

Insyallah kak raya haji kalau ada makan2 boleh jemput (hehe tak malu sungguh :p)

Oh..takpe time kasih.Susah2 aje.Pindah kali ni mmg senang sikit sbb company husband bayar removal yg boleh packing & unpack (certain items) skali.Lagipun mmg sengaja pilih hari Isnin sbb nak load n unload sng sbb org keje kan. Tinggal nak arah je.hihi.Wah..berbesar hati pulak orang Bradford welcome kitorg. Tenkiu2..

Mrs.NZ said...

Yanti,

ok noted. thanks. will check it soon.