Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday 27 January 2014

Cuti-Cuti Tanah Ayerku Pt 2

Sambungan Part 1.
Di Kuala Gandah kami tiba pukul 1 tengahari. Kami diberitahu aktiviti yang kami paling teruja iaitu mandi manda bersama gajah ditutup buat sementara erana sekarang musim hujan (walaupun hari tu cuaca panas terik) dan daerah Kuantan yang mengalami banjir teruk 2 minggu sebelum tu. Haih..malang sungguh. Tapi takpe, kita henjoy je lah.

-Fahim fed the elephant calf for the first time :)

-the smallest and the latest elephant calf found in the jungle,abandoned by his own mother. Omey angat!

-look at the river behind..where the elephants usually go for 'bersiram'..

-Fahim with Aunty Lin & Atuk..feeding time again,but for bigger elephant this time.

Pukul 3 petang kami terus bertolak ke Janda Baik. Sejam perjalanan kami tiba di satu gerai makan dalam kampung Janda Baik tu. Tapau nasik berlauk dan mineral water siap2. Sepanjang perjalanan terdapat banyak resort dan chalet, dan akhirnya tibalah kami di Hawa Resort...tada..

-jambatan masuk ke Hawa Resort.



Apalagiii....aktiviti yang diidam-idamkan dah di depan mata. Maka...jom mandeyyy!

-ada ikan kecik2.. Fahim suka duduk atas batu dalam sungai ni sambil tangan kuak air..

-kakak gue kat belakang tu kemahin mkn tepi sungai celop kaki.

-first time mandi sungai muka cuak.. :D

-babah dan abg Syarul (BIL) kemahin cam lepak kat warung ghopenyer..

-mama posing depan bilik kitorang..turun tangga tu je sungai..

-budak ni dah siap mandi pakai baju tido ada hati nak main air lagi??ish2..

Malam tu aku, kakak gue, dan anak2 semua lepak kat bilik sementara babah, mama, my hubby, dan Abg syarul gi tapau something for supper dan mencari durian. Heh..sape ke lagi yang ngidam durian kalau bukan incek Zaid..hewhew..

-piknik durian tgh2 malam..haha! Ada orang belanja musang king, but then he said prefer D24 type. Taste sweeter katanyer..

-malam tu juga ada aktiviti memancing bersama uncle Syarul. Dapat ikan tu..

Keesokan paginya, ikan tu selamat dibako. Hihi..

Pagi tu aku dan kak Eline gi redah kampung carik gerai nasik lemak. Adalah 2,3 gerai. Kami beli di satu gerai tu santek je ropenyer..banyak betui lauk pauk. Kami beli nasi lemak, sambal tumis, sambal tumis kerang, timun, paru goreng (peh baru jumpa sekian lama), pulut dan rendang ayam. Durian semalam pun masih berbaki so lepas tu desert durian sambil kaki celup air sungai lah uols..

Aktiviti mandi manda diteruskan. Jam dah pukul 11 pagi, aku pass Fahim kat Daddy pulak. Giliran mommy plak nak berendam. Anak2 buah yang lain sebok ajak jomlah gi kolam dari semalam lagi. Aku pun ikut jelah saje nak tengok. Sekali pergi tengok...walawehh sempoi+best tahap dewa kolam dia..batu2 disusun untuk tadah air tu dan kat situ tak banyak batu. Jadi cam pool la tapi airnya sedap sejuk dan jernih.. Lokasi dia di atas sikit dari chalet kitorang so kalau gi further lagi ke hulu tu memang nampak dah air terjun. Pehh..aku rindu nak pegi lagi lah. Bayangkan aku baru jumpa this 'hidden gem' lagi sejam nak check out? Tulah..lain kali budak2 cakap best sile percaye. Aku takde camera masa tu jadi itu je aku dapat bayangkan untuk korang. 

-like a 'kampung boy' hehe

Ok tu jelah entry kali ni. Sebenarnya nak buat review tentang Hawa Resort ni sebab next time balik memang berhajat nak ke sini lagi..unless ada tempat lain mcm ni berdekatan KL silalah suggest. Bilik dia ada 2 double bed,1 bathroom and toilet, fan only (no air-conditioning) and no tea & coffee facilities like most hotel and b&b in UK have, but you can easily get the hot water from the cooler machine nearby. Bawak la tupperware/jug/paper plate,cups and spoons sebab tiada food disediakan kecuali kalau datang untuk training. Our room rate is RM300 per room. Now for the star..

***** for the atmosphere/sungai jernih depan chalet is priceless
***** for the cleanliness
**** location/ada kedai makan dan kedai runcit berhampiran
*** for the price/quite pricey dengan apa yang ditawarkan. 
** for the online booking service. Quite unhappy with the never-pick-up-the-phone by the reception. Overall is okay.



Ok that's it. Kami bertolak balik ke KL, kak Eline dan keluarganya ke Sg. Buloh manakala our parents drove back to Batu Gajah. But all of us will be gathered at Pulau Pangkor the next day for Hari Keluarga Anak Cucu Tuk Tahir. More stories on Cuti-Cuti Tanah Ayerku in Part 3. Tunggu...(as if ada yg tunggu la kan..pfftt!)























10 comments:

nurbijen said...

ewah ewah.... beria berendam dalam air sungai... best nyer berendam air sungai kat M'sia.... air sungai kat sini sejuk bangat... rendam kaki kejap pun dah berlaga gigi menggigil...

my name is ivana said...

finally!!!
heheheeee...

lamanya tak mandi air sungai...
syok sungguh tgk aktiviti family tu..
full of laugh and happiness :)

Nadine said...

Seronoknya Ninie!! Cool je hero kecik you mandi air sungai yg sejuk tu! dah biasa cuaca sejuk ek Fahim? :D

Mrs.NZ said...

Kak Nur,

Miahaha!!! Seronok tak hengat time ni. Kalah budak2 huhu..air terjun dan sungai kt msia mmg terbaek..mmg takde la kt UK. Tu yg balik lps gian tu..

Mrs.NZ said...

Ivana,

Haa..awak kat msia kalau rajin gi la janda baik tu. Tapi klu ada kampung yg suasana cenggini lg best, free je. Hihi..
Seronok mandi sungai sambil mkn nasi lemak! :)

Mrs.NZ said...

Nadine,

Fahim cuak jugak tau. Tulah kecik2 tak introduce pool katekan..tp klu duduk tepi2 atas batu kemain suka.

Tapiii,bila dh bersih bdn sarung baju tdo dia gedik nak masuk air balik. Haih...

Mijoe said...

macam boleh bayangkan camne Fahim terjakun kejap dengan suasana kampung kat malaysia..he he.

tapi price resort tu mmg agak over la kan mommy! yg lain tu mmg sangat cun dah ngalahakan Hard Rock Hotel Batu Feringghi :)

Mrs.NZ said...

Mijoe,

Haha!! Sila bayangkan kejakunan beliau. Tp dia mmg takut2 berani ngn air sungai tu.

Mmg hover..tp nak wat cano..org kata brg baik mmg mahal, ye dok? Hewhew!

Fazlinil Irma said...

Musang king rasa dia pahit sikit... tp cina suka sgt.. d24 sedap dan murah sikit.. nasib la tak kempunan.. duk terbau2 lg durian masa buat durian crepe.. dr pintu lif dah boleh bau durian.. heee!!!

shieela said...

wow..mcmm best je ko nyer vacation kat janda baik nie..selalu gak dengar org cite.maybe next time aku blh bw family pi sana kot..